Thursday, October 6, 2011

Salam...
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad S.A.W

Setelah sekian lama tidak menulis dan tidak menjengah blok ini, hati ini bagai diruntun untuk menulis, walaupun mungkin tiada pembaca setia tetapi sekurang-kurangnya terluah apa yang terbuku dalam hati ini.

Sebagai manusia, tanggungjawab yang dipikul memang tidak terhitung lantaran amanah dan tugas yang perlu dilaksanakan sehinggakan terlupa tujuan Allah menjadikan kita di muka bumi ini. Urusan dunia sering diutamakan sehingga terlupa aku adalah hamba-Nya yang dijadikan hanya untuk menyembah-Nya. Ya Allah ampunkan diri ini kerana kelalaian ini. Ya Allah kuatkan hati ini, dan permudahkanlah segala urusanku.

Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hadir dan merasai nikmatnya menjadi salah seorang ahli keluarga Sakijan. Aku bukan sahaja diterima dengan baik, malahan adakalanya aku terlupa aku adalah ipar bukannya adik-beradik asal dan adakalanya aku yang terlebih-lebih..barang kali sifat semulajadiku yang mudah mesra dan berbaik sangka. Maafnya abang-abang dan Kakak-kakak serta anak buah sekalian andainya tingkahku yang melebihi had. Suamiku pula memang seorang yang sangat sporting dan sangat menyokong apa jua keputusan yang aku cadangkan. sikapnya yang ringan tulang dan amat memahami sangat membuatkan aku bahagia sebagai seorang isteri. Walaupun kami memulakan rumah tangga dalam keadaan serba kekurangan, namun berkat usaha gigihnya, kami mampu merubah corak rumahtangga kami. Walaupun tidak semewah mana namun kami tidaklah pula menjadi perempat. Semoga kebahagian ini berkekalan dan bertambah manis...

Abang-abang iparku pula mempunyai keistimewaan masing-masing. Setiap seorang daripada mereka banyak mengajarku walaupun secara tidak langsung. Kang Misbahkhulmunir dalam lemah lembutnya mengajar aku agar bersabar dalam mendidik anak-anak dan bicaranya yang bersahaja sebenarnya sering mengingatkan aku agar mengutamakan pendidikan agama dalam kehidupan seharian. Kak Tie pula dalam bersahajanya sebenarnya mengajar kita agar tidak berkira dalam hubungan kekeluargaan. KTS, seorang abang ipar yang kukagumi.Sikap dan pendiriannya walaupun adakalanya menjengkelkan tetapi memberi maksud tersirat yang memberi pengajaran dan keinsafaan kepada sesiapa yang mengerti. Abang Danuri, kukira kini merupakan keluarga yang paling rapat setakat ini. Banyak ilmu dicurahkan, kalaupun bukan berkaitan ilmu untuk memperoleh pangkat dan kedudukan tetapi sejak akhir-akhir ini aku memperoleh keinsafan yang mendalam untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Aku berazam untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Kalaupun tidak sempurna tetapi berusaha menjadi lebih baik setiap hari..maka dengan itu aku merindui suatu saat yang boleh menjadi sempadan untuk aku berubah, menjadi hamba-Nya yang lebih taat dan ikhlas....Abang Danuri...aku rindu dan amat mengimpikan ziarah ke tanah suci seperti yang pernah kau lalui...terima kasih bang atas segala pengalaman berhargamu itu....Akanku usahakan juga untuk mengikut jejakmu itu...kalaupun panggilan haji masih jauh, aku berharap sekurang-kurangnya aku mampu melaksanakan umrah...

Ah, banyak sebenarnya yang ingin kuluahkan, namun demi masa aku masih perlu bijak merancang...kepada suami yang kucintai, SELAMAT HARI LAHIR...semoga usia yang masih berbaki ini kita penuhi dengan kemanisan iman.....

1 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Belajar dulu jangan tergesa-gesa untuk kesana.
Praktik sedikit sebanyak dulu di sini. Insyaallah akan di permudahkan.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification