Tuesday, October 25, 2011

Mahasiswa Sekarang

Hari ini kelas saya dijadualkan pada sebelah pagi. Seramai 26 pelajar saya yang mendaftar bagi kumpulan ini. Kursus Innovative and Contemporary Textile Design. Semester 4 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.
Subjek ini memerlukan kefahaman pelajar untuk menghasilkan rekacorak dari subjek matter yang dipilih. Ia perlu diolah dan dikembangkan hingga menjadi suatu motif yang boleh dijadikan rekacorak yang menarik diatas fabrik. Para pelajar saya perlu memerah idea dan menggunakan daya kreativiti bagi mendapatkan hasil yang baik. Selain itu sudah diingatkan berkali-kali malah saban minggu untuk membuat penyelidikan terhadap rekacorak yang hendak dihasilkan.
Pada masa sekarang zaman limpahan maklumat melalui teknologi internet menghasilkan penyelidikan bukan lah suatu perkara yang merumitkan. Bagi memperolehi pencambahan idea pelbagai bahan rujukan sangat mudah tetapi perlu tahu teknik dan platform yang betul.
Tetapi anak-anak murid zaman sekarang agak terkebelakang dalam hal ini. Padahal segala-gala nya sudah terhidang didepan mata. hampir kesemua anak murid saya kebetulan semua nya wanita mempunyai laptop dan boleh mengakses internet walau dimana sahaja berada.
Kegairahan mereka menggunakan teknologi ini bagi menimba ilmu dan mencari maklumat sangat mendukacitakan. Akhir nya teknologi ini nampak nya sangat berjaya untuk dijadikan sebagai tool bersosial sahaja.

Mahasiswa Sekarang 2.0

En kami baru konvo minggu lepas. Tahniah saya membalas. Kami tak tau nak kerja apa. Sekarang tengah cari -cari kerja part time. Aduh terkelu saya sekejap tak tau apa nak dibalas dengan soalan tersebut. Saya percaya pertanyaan ini bukan datang dari saorang mahasiswa sahaja malah ia pasti dialami oleh beribu lagi mahasiswa yang lain yang telah bergaduan. Saya terkenangkan anak -anak saya yang masih menuntut di IPTA dan anak-anak sedara serta anak murid saya yang lain. Apakah pekerjaan mereka pada masa akan datang setelah bergelar graduan. Peluang pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan yang diperolehi sudah semakin sempit. Sesetengah sektor barangkali sudah tepu. Lantas pekerjaan apakah yang mereka boleh mohon apabila keadaan ini terjadi. kakitangan awam pula bakal diberi pilihan untuk berkhidmat sehingga umur 60 tahun. ?

Cara yang terbaik untuk memperolehi pendapatan ialah dengan bekerja sendiri. "Berniaga", kalau bunyi nya tak berapa sedap jadilah usahawan secara kecil-kecilan dahulu. Dalam kelas saya selalu menekankan peri perlu nya mereka menjadi usahawan. Tetapi biasa nya topik itu kurang mendapat sambutan kerana masing-masing belum celik dalam bidang perniagaan. Berniaga atau menjadi usahawan bukan lah suatu yang mudah..malah ia lebih sukar daripada menuntut ilmu di menara gading. Malah faktor yang paling utama sekali untuk menjadi usahawan atau berniaga ialah pengorbanan. Menjadi saorang usahawan banyak perkara yang perlu dikorbankan, antara nya kesenangan, masa, tenaga, harga diri, dan banyak lagi...disamping strategi, kaedah pemasaran, seni berniaga, modal, perhubungan dan lain-lain. Rata-rata mereka tidak bersedia untuk memasuki bidang ini setelah tamat belajar. Lantas apakah pilihan mereka ?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification