Friday, September 16, 2011

Masih Lagi Raya




Minggu lepas rumah kami di Shah Alam dikunjungi baraan dari keluarga Tuan Pengerusi Persatuan iaitu Misbahkhul Munir Sakijan. Kesemua anak anak dan cucu cucu nya telah datang menziarahi paman nya di sekitar Shah Alam. Kami membuat persiapan sejak awal pagi. Seperti biasa memang menjadi budaya kita orang Jawa bila saudara mara memberitau akan benkunjung kekediaman kita pasti tuan rumah akan menyediakan juadah istimewa menyambut kedatangan mereka. Ini memang menjadi budaya bangsa Jawa sejak dari dulu lagi. Saya masih ingat dahulu diawal perkahwinan saya telah berkunjung ke batu Pahat Johor untuk menziarahi saudara mara sebelah isteri. Setiap rumah paman dan wak yang kami kunjungi akan dijamu dengan makan nasi.... sampai tak muat perut nak diisi.....dan budaya itu lah yang saya praktikkan sehingga sekarang. Dan ia memberi suatu kepuasan kepada tuan rumah kerana dapat menjamu tetamu yang datang..."perlukah ia di kekalkan?...

Sehingga lewat petang keluarga Kang Misbah belum sampai.jadual nya sekitar jam 3 petang. Tetapi lain yang ditunggu lain yang datang..sekitar jam 3 petang Abang Hafiz (abang bik idah) dan keluarga nya muncul di depan rumah tanpa sebarang notis...alhamdulillah reseki mereka dan kebetulan kami pun belum beraya bersama mereka.

Tidak lama kemudian saorang kawan lama Dr Ruhaizin ( Pensyarah di UPM) datang bersama keluarga nya. Beliau adalah rakan karib saya semasa sama-sama belajar di ITM awal tahun80 an dahulu. Lama juga kami tak berjumpa bertahun jugalah...kali terakhir berjumpa ketika beliau singgah di rumah kami di Kelantan sekitar tahun 2005...Kini beliau menetap di Sungai Merab Kajang..insyaalah akan saya kunjungi beliau satu hari nanti di rumah nya...

Sekitar jam 5 petang barulah Kang Misbah dan baraan nya sampai di rumah saya. Meriah juga baraan nya kerana dianggotai oleh anak beranak dan cucu-cucu....
Apalagi jamuan nya kalau tak Nasi Ayam....yang merupakan resepi istimewa keluarga kami...
Sekitar jam 6 petang mereka meneruskan baraan ke rumah Azlan di Kg Melayu Subang. Malam itu Kang Misbah bermalam di rumah Paman Emi di Saujana Putera.....

Ahad 11 hb tengahari saya sempat menghadiri majlis kenduri kahwin anak rakan sekolah lama di dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam. Boleh tahan ramai nya namun kemeriahan nya pasti tak sama seperti diadakan majlis di rumah sendiri. Apa pun itulah cara nya orang bandar membuat majlis kenduri kahwin. Kawasan perumahan memang agak terhad dan ruang untuk mendirikan kemah juga sangat terhad....termasuk parkir kereta....

Sebelah petang kami menziarahi Seri Sulasteri dirumah nya yang terletak di meru kelang. Kabar nya beliau telah terkena serangan penyakit Angin Ahmar..pada bulan Mei yang lalu. Alhamdulillah beliau telah boleh mengurus diri dan berjalan serta bercakap semula dengan baik. Sekarang beliau masih meneruskan terapi dan membuat rawatan susulan. Didoakan semoga beliau cepat sembuh seperti sediakala. Dan marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dijauhi dan dihindari dari terkena penyakit Angin Ahmar yang merbahaya ini. Ada doa nya dan marilah kita sama-sama membaca nya sekurang-kurang nya sekali seumur hidup. Insyaallah ......akan terhindar dari nya....

Selepas itu kang misbah pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke Pasir Panjang..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification