Thursday, October 20, 2011

Salam Dari Menara Gading

Salam semua semoga diberkati Allah kehidupan seharian kita. Solawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
Ada waktu sedikit hari ini untuk diisi bagi menulis kedalam blog yang semakin sepi. Biasa lah kehidupan kita pun seumpama roda ada masa kita berada di atas dan ada ketika nya kita berada di bawah. Kebiasaan nya juga setiap yang baru itu memang menarik perhatian kita manakala sesuatu yang dah mula lama agak kurang diberi perhatian . Malah banyak perkara apabila ia menjadi lama ia tidak menjadi hirauan kita lagi.

Pejabat Baru.

Minggu lepas saya menerima kunci pejabat saya setelah hampir 11 bulan saya bertukar ke Shah Alam. Ia merupakan suatu tempoh yang lama untuk seorang Pensyarah yang baru berkhidmat di sini. Alasan nya ruang pejabat yang sangat terhad tidak mampu menampung jumlah kakitangan akademik yang ramai. Perkara ini memang benar kerana ramai pensyarah yang ditempatkan meja kerja nya secara kelompok seperti guru-guru di sekolah didalam satu bilik. Alhamdulillah saya diberi ruang kerja untuk satu orang yang agak selesa dan berprivisi mungkin kerana saya adalah pensyarah kanan di fakulti ini. kebetulan pensyarah yang sebelum ini mendiami pejabat tersebut telah melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Taiwan. Secara asas nya segala kemudahan telah tersedia.

Konvokesyen ke 75

Hari ini bermula Konvokesyen Universiti yang ke 75. Ia diadakan di dewan baru universiti yang diberi nama Dewan Agung Tuanku Canselor. Saya teringat waktu konvokesyen zaman saya dahulu. Ia diadakan di Dewan Sri Budiman. Dewan ini masih ada sehingga kini namun sudah tidak dapat menampung jumlah graduan yang semakin ramai. Saya merupakan graduan pertama dari persatuan keluarga sakijansaamah yang bergraduan pada tahun 1984. Pada masa itu institusi ini masih dikenali sebagai ITM. Kali kedua saya bergraduan pada 1986. Masa itu majlis diadakan sangat meriah. Ada pesta konvo sepanjang tempoh ia dijalankan. Tetapi sekarang keadaan nya kelihatan kurang meriah tidak seperti zaman saya dahulu. Walaubagaimanapun kegembiraan dan kebanggaan masih terasa dan pasti dirasai oleh semua graduan yang telah berjaya. Tahniah kepada semua anak bangsa yang telah menamatkan pengajian masing-masing dan bergelar Graduan. Bagi anak-anak yang masih belum menamatkan pengajian berusahalah dengan cemerlang dan sematkanlah cita-cita untuk menjadi graduan cemerlang dengan memperolehi anugerah dekan atau anugerah Naib Canselor. Bagi yang masih dibangku sekolah tanamkan lah azam untuk menimba ilmu hingga ke menara gading.

Khabar dari Tanah Suci

Petang Sabtu lepas Salbiah singgah ke rumah ditemani Farah dan Iqbal. kata nya dari Sun Way jalan-jalan. Ada khabar dari KTS dan Isteri yang kini berada di Tanah Suci Mekah. Mereka dikhabarkan berada dalam keadaan baik sehat walafiat. Maktab tempat mereka tinggal agak jauh dari Masjidil Haram. Wah itu tentu berita yang sangat baik kerana sudah pasti pahala nya banyak untuk beliau berjalan kaki berulang alik dari maktab ke Masjidil Haram. Saya harap begitulah dan kalau boleh jangan dijadikan alasan untuk tidak berjemaah dan hanya solat di maktab sahaja. Kabar nya juga mereka berjaya tawaf berdekatan dengan Kaabah ....wah seronok nya tentu banyak pengalaman beliau sepanjang berada di sana kalau boleh dikongsi kepada kita semua apabila mereka balik kelak. Salbiah juga beritau kiriman airzam-zam dan korma sudah tiba di rumah nya tapi lupa nak bawak malahan dia belum tengok lagi isi nya. Beberapa hari lepas Tuan Hj Miskiran ada menelefon saya bertanyakan khabar KTS dan isteri. Kata nya senyap je tak ada khabar berita. Saya beritau mereka dalam keadaan sehat dan kini berada di Mekah. Beliau meminta no tel KTS di Mekah untuk beliau hubungi. Tidak dapat dipastikan samaada beliau berjaya menghubungi KTS atau tidak. Nampak nya rindu juga mereka kat sedara nya yang kini berada di Tanah Suci. apa pun mari kita sama-sama mendoakan agar mereka sentiasa sehat dan tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan sementara menunggu musim haji yang akan tiba 2 minggu lagi.

JUMPA LAGI WASSALAM.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification