Monday, October 24, 2011

Hari Baru

Hari Isnin. Ia merupakan hari permulaan dalam minggu baru mengikut kebiasaan kita. Biasa nya bagi yang bekerja makan gaji hari ini merupakan hari yang agak malas untuk memulakan tugas. Ini disebabkan kita telah bercuti selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad yang disebut hujung minggu.
Kita faham rutin harian bermula seperti minggu-minggu sebelum nya. 2 hari berehat menyebabkan tempo waktu harian kita berubah. Terasa malas dan alangkah seronok nya kalau hari-hari seperti hari Sabtu dan Ahad. Ini boleh dirasai bila kita bersara kelak. Buat masa ini saya tak fikir kita dapat melakukan nya kerana faktor keperluan pendapatan dan tanggungan yang masih banyak. Hari ini saya mula menjadualkan aktiviti harian saya selama seminggu semoga saya berjaya mengikuti nya.

Antara Buku dan Bunga



Sabtu dan Ahad dihabiskan dengan duduk dirumah. Mengemas rumah dan menghias taman kecil dihadapan rumah. Membeli keperluan dapor untuk simpanan seminggu. Sabtu berkesempatan untuk ronda-ronda ke Sungai Buluh. Dengan harapan meninjau nurseri yang 11 tahun dulu banyak kedapatan ditepi jalan. Jalan-jalan telah berubah. Dahulu amat mudah untuk ke Sungai Buluh hingga ke Hospital Kusta. Kini jalan semakin besar dan digantikan dengan lebuh raya agak sukar untuk saya membiasakan diri sambil mengingati jalan lama 11 tahun dahulu. Perjalanan saya hanya setakat depan RRI sahaja belum berani untuk diteruskan kehadapan. kami berhenti di beberapa syarikat nurseri yang terleatak di tepi jalan. Tidak banyak pokok bunga disitu yang dijual tetapi banyak perusahaan peralatan lanskap seperti taman air berkolam ikan diperbuat dari sand stone. Sungguh cantik dan menawan harga nya 4 angka. Akhir nya kami hanya mencuci mata sambil mengumpul idea untuk taman kami di rumah.

Sebenar nya hobi saya antara nya ialah menghias rumah. Dalam istilah sekarang ialah hiasan dalaman dan hiasan laman 'interior decorator" and "Landscape decorator". Peluang menduduki semula rumah sendiri membuatkan saya teruja untuk mengaktifkan hobi ini. Perinsip nya saya perlu menggunakan kos yang paling murah dengan olahan sendiri untuk mendapatkan hasil yang diingini. Tenaga kerja nya ialah anak-anak. Mereka perlu dilibatkan supaya mereka dapat merasai keperluan dan hasil yang diperolehi.

Bagi saya Laman rumah perlu cantik dan mempunyai pandangan mata yang menarik. Ia merupakan "First Impression" bagi kita atau tetamu yang datang berkunjung kerumah kita. Secara tidak langsung ia dapat mencerminkan personaliti situan rumah. Ia juga dapat merehatkan minda kita dengan memandang laman rumah yang dihiasi dengan kehijauan pohon -pohon dan warna bunga yang kembang berseri. Secara tidak langsung ia menjadi terapi minda yang baik disamping menghayati anugerah ciptaan Tuhan. Ia juga memupuk sikap bertanggung jawab antara nya memelihara tumbuhan, menyiram air, membaja dan mengurus laman walaupun kecil. Daya kreativiti juga dapat disuburkan dimana ia amat perlu didalam menyusun atur tumbuhan dan memilih tumbuhan yang sesuai dengan konsep laman kita. laman yang baik adalah laman yang mempunyai karektor dan konsep yang tersendiri. Laman saya masih dalam proses pembikinan. Masih mencari konsep yang sesuai walaupun sudah mempunyai karaktor nya. Siapa yang berminat boleh lah kongsi idea disini.

Saya membeli sepasu bunga yang telah menjadi. Maksud nya ia telah membesar dan berbunga. Ia jenis kemboja berbunga putih. Tidak berbau harum kerana ia species dari jepun. Bunga nya cantik dan lebat serta berbunga sepanjang tahun. Di laman saya ia menjadi "Focal Point" bagi pandangan mata. Membeli nya memerlukan pertimbangan yang lama. Samaada beli buku atau bunga. Kedua-dua nya merupakan hobi saya. Dalam tahun ini saya telah mengeluarkan hampir 200 rm untuk buku saya. Untuk bunga belum pun separuh dari nya. Kedua dua nya baik. Buku memberikan kita ilmu dan bunga memberikan kita tanggungjawab.
Walau apa pun moga kedua-dua nya memberikan kebaikan kepada kediaman saya dan keluarga.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification