Friday, October 21, 2011

Seminggu Berlalu

Salam semua

Hari Jumaat
Hari ini Jumaat. Dalam Islam Jumaat adalah Penghulu segala hari. Ini bermakna ia merupakan hari yang paling istimewa dan penuh keberkatan. Sudah tentu amalan baik yang kita lakukan pada hari ini mendapat ganjaran yang banyak dari Allah SWT. Marilah kita rebut peluang menambahkan pahala dan saham kita di akhirat dengan memperbanyakkan amalan yang baik dan mendatangkan pahala. Perkara yang paling mudah ingatkan Allah..banyakkan berzikir semasa kita memandu adalah amalan yang ringkas dan bermenafaat.

Berlalu nya Seminggu.

Bagi kita yang bekerja hari Jumaat adalah hari pengakhiran kita bekerja pada minggu tersebut terutama yang bertugas sebagai kakitangan awam seperti saya. Sabtu dan Ahad adalah hari bercuti. Biasa nya mood kita sangat baik apabila tiba hari Jumaat kerana esok dan lusa kita tak payah pergi bekerja. Tetapi kita jarang memikirkan sepanjang hari yang telah berlalu apakah kejayaan yang telah kita capai yang boleh dibanggakan untuk diri kita sendiri. Adakah kita telah menjadi saorang pekerja yang baik...telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sempurna..menjadi ayah dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anak nya..saorang suami yang baik terhadap isteri nya saorang isteri yang baik terhadap suami nya dengan jiran-jiran kita..dengan haiwan peliharaan kita dengan tumbuh-tumbuhan yang kita tanam dan yang paling penting hubungan kita dengan Allah SWT bertambah atau tidak amalan kita atau mendatar sahaja dan seminggu berlalu seperti minggu-minggu sebelum nya.

Dalam hal ini saya masih terlalu jauh tercorot kebelakang. Setiap minggu index kegagalan masih terlalu tinggi bila dibandingkan dengan index kejayaan. Namun saya tetap berazam dan berdoa untuk cuba melakukan perubahan dalam diri saya berubah dari satu tingkat kebaikan ketingkat kebaikan yang lebih baik saban minggu. marilah kita sama-sama berubah dan pengalaman dari sahabat yang telah berjaya mengubah diri kearah kejayaan hidup yang lebih baik dunia dan akhirat dapat dikongsi bersama.

Kita Perlu Merancang

Banyak buku motivasi mengenai kejayaan menekankan keperluan untuk merancang. Saya mengakui merancang amat mudah untuk dilakukan tetapi sangat susah untuk diikuti dan dilaksanakan. Banyak kali rancangan tinggal rancangan. Apa yang kita tulis cantik-cantik diatas kertas hanya tinggal tulisan. Apa yang diangan-angan akan tinggal angan-angan dan gambaran yang menarik dalam impian..hakikat nya kita tak kemana-mana dan tak berubah dari sehari kesehari dari minggu ke saban minggu - tetap sama. Saya mengutarakan hal ini untuk mengingatkan diri saya sendiri seperti khutbah setiap jumaat khatib sentiasa mengingatkan kita mengenai ketakwaan kepada Allah. lepas selesai solat kita pun bubar dan apa yang diingatkan oleh khatib tetap tinggal didalam masjid dan gagal untuk kita bawa keluar dan simpan didalam hati kita. Sehingga jumaat hadapan proses itu berulang lagi..Subhanallah saya pun begitu juga...nipis betul keimanan kita. Saya berazam untuk membuat perancangan kehidupan harian saya. Ia perlu dicatatkan didalam buku nota harian. Dan saya sangat berazam untuk cuba mengikuti perancangan selama seminggu saya dengan sempurna kalau tidak 100 peratus 80 peratus pun kira ada perubahan dalam kehidupan saya. ini termasuk untuk menulis saban hari atau paling tidak seminggu 3 kali didalam blog ini.Tak kesah lah samaada masih ada pengikut dalam blog ini yang membaca atau tidak sekurang-kurang nya ia dapat mendisiplinkan diri saya untuk menulis.Dengan cara ini momentum saya untuk menulis dapat dikekalkan dan cita - cita saya untuk menulis buku dapat dirialisasikan. Marilah kita sama-sama merancang apa yang terbaik yang hendak kita capai dalam hidup kita dunia dan akhirat

1 comments:

Anonymous said...

aminnn....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification