Sunday, November 21, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Assalamualaikum Segala Puji Bagi ALLAH SWT Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Nabi Besar junjungan kita semoga kita semua dirahmati Allah.
Selamat menyambut Aidil Adha. Tahun ini kami sekeluarga menyambut nya di Chini Pahang. Kami bertolak dari machang jam 5 30 petang hari selasa.Sempat juga aku tidur sekembali dari China pagi tu jam 10 pagi. Jalan raya disetengah tengah tempat agak panjang dengan konvoi kereta bergerak menuju ke Kelantan. Dan kami tiba di Chini pada jam 11 malam. Kang Mis dan Kak ti masih belum tidur kerana enunggu kami sampai. Ketupat plastik dan rendang daging serta sambal udang sudah siap dimasak dan terhidang untuk kami makan. Di Chini cuma ada ayun naim dan aman sahaja. Yang lain tak dapat cuti panjang untuk berhari raya. Kebetulan kami di Kelantan cuti selama 2 hari jadi adalah masa lebih untuk kami bercuti sekeluarga.

Pagi raya seperti biasa kami ke Masjid menunaikan solat Sunat Aidil Adha. Masjid Cini juga agak penuh tapi rasa nya tak sepenuh Raya Aidil fitri. Selepas solat kami pulang untuk menunggu baraan. Kali ini baraan tempat kang Mis adalah hentian yang terakhir sekali. Jadi hampir tengahari baru sampai giliran dan kebanyakkan ahli-ahli hanya minum sahaja kerana dah kenyang. Apa pun baraan tersebut tetap meriah.Masih ada lagi suasana hari raya dan membina hubungan rapat antara jiran-jiran di blok ini. Suasana ini perlu dikekalkan dan diteruskan oleh golongan muda. Tapi malang nya mereka yang masih setia adalah golongan peneroka generasi yang pertama. generasi kedua dah tak ada..kalau ada pun tak nak ikut serta. Nampak nya peratus aktiviti ini akan berakhir adalah sangat tinggi. Rasa nya tak lama lagi Chini pun akan jadi macam Shah Alam dan Kelang atau Pasir Panjang,

Petang itu selepas asar kami mengunjungi kubur arwah Hj Sakijan dan Hajjah Saamah. Kedua ibu bapa kita iaitu kakik serta embah korang semua. Mengirimkan fatihah dan mendoakan semoga roh mereka yang kita sayangi dirahmati Allah. Sempat lah kami menaburkan bunga rampai dan menyiram air diatas kubur mereka berdua. Ana dapat rasakan ketenangan mereka dialam sana. Semoga kita sentiasa mengingati mereka dan sedekahkan Fatihah kerana itu sahaja yang pasti sampai kepada mereka berdua. Amin.

Petang itu kami juga sempat melawat Tasik Chini. Tempat yang biasa kita lawati dahulu tiap kali kita ke Chini. Rasa nya dah bertahun juga tak kesana. Tasik Chini dah berubah. Resort yang dulu agak kurang terurus kini dah berubah wajah. Cantik dan moden. Jeti kayu telah di tukar kepada jeti batu. Tempat nya masih sama. Chalet juga telah diperbaiki dan berubah wajah. Agak moden dan menarik. Namun suatu perkara yang masih kurang menarik diresort ini adalah dari aspek penjagaan kebersihan. Nampak nya kita boleh mengeluarkan modal yang banyak untuk membina pasarana yang moden tapi sayang selepas ia siap dibina aspek penjagaan kebersihan seakan terabai dan tak masuk didalam kos operasinya. Sayang seribu kali sayang kesedaran terhadap kebersihan ini masih sangat rendah dan jauh terkebelakang dari negara negara lain yang pernah ana kunjungi. Di China sekalipun ana pernah lihat besi penghadang jalanraya dilap setiap pagi oleh pekerja yang ditugaskan- saorang mak chik dan setiap jalan raya di pancut dengan air dari lori tangki setiap malam untuk dibersihkan dari habuk dan lorong kaki lima kedai disapu waktu malam sebelum siang menjelang tiba.

Raya kedua ada korban di Masjid Chini. Kabar nya sebanyak 6 ekor lembu diserahkan oleh Dato Najib kepada mereka. Sekarang musim buah dah berlalu tetapi kehadiran kami telah disambut oleh buah Mangga kak Ti yang berbuah agak banyak didepan rumah. Buah nya besar-besar dan sudah tua serta sedia di petik. Apa lagi kami pun memperail buah tersebut untuk dimakan dengan kicap dan gula. WOW marvelous.

Raya kali ini kami di Chini, tahun depan tak tau lah raya kat mana. KTS dah beri isyarat untuk raya di Mekah. Insyaallah semoga dimakbulkan. Apa pun raya tetap raya walau dimana ia disambut dan bagaimana ia diraikan. Emi tahniah kerana mendapat baby baru lelaki sempena raha haji tahun ini. Pengumuman itu diberitahu kepada kami semasa kami berada di Cameron Highland. KTS pun sempat bercuti ke PD. Nampak nya dia dah sinonim dengan resort kat PD tu.
Insyaallah tahun depan kita boleh bercuti bersama.

Jumpa lagi wassalam





1 comments:

kts said...

samalah, ana pun resah melihatkan sikap warga. kesedaran sivik kita sebenarnya masih rendah. selalunya kita terlupa dan terleka, umpamanya dijalan raya dan kebersihan. macam ne ye nak memperbaiki.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification