Tuesday, November 2, 2010

pemikir

Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat Rasulullah saw.

hari ini ana ada lunch dgn pengurus bank. beliau masih muda, bersemangat, punya motivasi tinggi. oleh kerana ana lebih berumur (bukan tua) beliau beri perhatian lebih bila ana bercakap. itu hormat namanya. nampak etika sosialnya sangat menyenangkan. oleh kerana makan, topik perbualan berbagai. dari hal kerja, sosial, berita semasa dan cerita-cerita merapu. kami berpisah dalam suasana ceria dan lega. memang pertemuan ini bukan hal kerja yg boleh berakhir dgn stress atau cemas.

petang ini, ana dapat masage beliau. ucap terima kasih kerana perbincangan tadi dan..... saya gembira dgn pendekatan en. ....., en. ..... seorang pemikir yg baik... sila beri tunjuk ajar... mulanya ana tak kisah. kata bebudak sekarang tak ambik pot. kemudian ana senyum dalam hati. tahukah kalian bagaimana senyum dalam hati? hati anda senyum tapi wajah anda biasa-biasa sahaja.

memang ana gemar baca buku. dari pembacaan telah melatih minda supaya berfikir dan menilai. ruang usia yg telah luas menyebabkan pandangan kita lebih tajam dan berbagai. perkara ini menjadikan kita lebih kritikal dan rasional. ini munkin yg menjadikan beliau itu tertarik dgn ana dan mengatakan ana sebagai pemikir. berat persepsi tersebut.

dalam pengalaman ana kita sering terlepas peluang yg ada disekeliling kita. seorang teman bercerita bagaimana ia membawa saudaranya berubat merata negeri dari johor, kelantan dan lain-lain. semasa berubat di kedah, bomoh kedah bagi tahu bahawa bomoh besar ada di kampungnya sendiri, mengapa pergi jauh. sangat ironis! bukan dinegeri malah di kampung sendiri. kadangkala kita berhadapan dgn masalah. kita pun mencari teman atau ustaz atau kiyai bagi mendapatkan panduan atau nasihat sehingga ketempat yg jauh. tanpa kita sedari dalam kelompok dan saudara mara kita sendiri ada yg berkemampuan dan berkeupayaan.

mengapa perkara tersebut boleh berlaku? ana berpendapat ini soal fokus. kita kurang memberikan fokus kepada persekitaran kita. orang dikeliling kita. ini disebabkan ianya berada dalam lingkungan kita. oleh itu tidak mustahil kawasan peranginan yg berhampiran rumah kita, kita tidak pernah sampai. tahu-tahu sahabat kita yg duduk dinegeri lain menceritakan betapa istimewa tempat berkenaan. selama ana balik ke sini sudah 2 tahun, bkt. malawati belum lagi ana panjat. pusat kelip-kelip di kg. kuantan juga belum ana singahi. sedangkan orang luar setiap minggu kesana. begitu juga orang-orang hebat dikalangan kita. kerana orang itu membesar bersama kita, sama busok bila bangun tido berbau ngences, kita jadi lupa bila dia sudah mempunyai keistimewaan. tetapi kalau kita fokus, mungkin kita dapat melihat kelebihan tersebut.

ana tak kata ana istimewa. tetapi dah adalah yg ingin dapatkan panduan kerana ana ada kualiti sebagai seorang pemikir katanya... susah gak ni.....

wassalam.

klang.

5 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Ebal ada kisah benar, mungkin ada yang tak percaya dengan kisah ini...

Ebal "pernah" digelar "DR LOVE"!!!
bukan "Dr Rozmy 40 juta" tu ye.
sesuatu yang bila ebal pikir balik, ebal sendiri susah nak percaya. Sebab dulu masa kat SDAR, budak dorm ebal, satu katil double decker, dia katil atas, mengalami complexity dalam hubungan dia dengan aweknya. Dan dengan ajaibnya ebal menyelesaikannya rilek je. Tapi jalan penyelesaiannya ebal x igt. yg ebal igt, ia berkesan.
Kadang kala kita (ebal) ada buah fikiran, tapi kita sendiri x gunakannya dan gunakan org lain sebagai bahan ujikaji.

Anonymous said...

bkn ko je bal..kdg2 aku pun mcmtu..dpt dgr atau selesaikan masalah tetapi masalah 2 kite sendiri xpenah hadapi..entahlah..kdg2 pelik gak..

pe said...

satu pengalaman yg baik.
boleh dikongsi bersama.

Anonymous said...

aq ingt elok si aman yg tngh frus nongeng tu hntr kt ebl. lu bal kasik gosok dia pnya jiwang kkarat bgi kilat kalu.... ok ke dr love.

Anonymous said...

Yes Dr Love bagi ramuan sikit kat aman yang tengah tak aman tu. Sangat setuju.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification