Thursday, November 25, 2010

CATATAN PENGEMBARA





Assalamualaikum Semoga kita sentisa di rahmati Allah SWT. Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW nabi besar junjungan kita.
Lawatan saya ke Cengdu China pada 9 - 15 nov 2010 merupakan lawatan akhir musim Autumn.
Cuaca dingin dan sangat menyegarkan. Di beberapa hari dalam minggu tersebut ada waktu nya angin bertiup dan sejuk nya terasa hingga kebas telinga dan kering bibir. Ini merupakan lawatan kali ke 3 ke sana dan kali ke empat ke China pada tahun ini. Secara tak langsung negara ini dah agak serasi dengan saya meskipun masih menghadapi masalah komunikasi dengan warga nya.

Di kebanyakkan kedai kecil dan gedung perniagaan mewah dan sederhana rata-rata menjual pakaian untuk musim sejuk. Coat berbulu dan tidak berbulu, sweater, jaket kulit dan kasut boot tinggi hingga ke lutut dijual merata-rata tempat. Hingga ke pasar malam dari harga yang murah hingga ke harga yang mahal. Barang-barang tersebut tidak lah saya beli kerana saya bukan bermastautin di negara empat musim tersebut. Dan tinggal dinegara kita tak memerlukan pakaian jenis tersebut. Kalau ke Cameron highland pun paling lama hanya bermalam selama 2 malam dan kesejukan nya tidak memerlukan pakaian tambahan.

Berjalan-jalan diwaktu pagi menyelusuri kaki lima kedai dan lorong-lorong sangat mengasyikkan. Dengan suasana hiruk pikuk keenderaan terutama bunyi horn dan kesesakan orang ramai menuju haluan masing-masing tidak mengganggu keselesaan kita menghirup udara segar dan dingin. Dengan kebersihan kaki lima yang dijaga dengan sempurna, tidak ada salakan anjing dan aroma asap cholok yang perlu kita hidu. Pohon-pohon maple dan pohon biloba yang banyak ditanam dikaki lima serta lorong-jalan telah bertukar warna daun dari hijau ke warna kuning dan choklet keemasan memberi suasana yang sangat menawan dan romantik. Berjalan hampir sejam tak terasa penat dan tidak mengeluarkan peluh.

Kebanyakkan kedai dan gedung pasaraya dibuka agak awal pada musim ini iaitu sekitar jam 8 pagi. Tetapi mereka tutup kedai seawal jam 5 - 6 petang. Paling lewat pun mereka tutup pada jam 9.00 malam kecuali restoran dan kedai buah-buahan kadangkala sampai lewat malam. Waktu malam di sini agak awal jam 6 petang dan matahari agak susah untuk kelihatan dan suasana tengahari tiada beza nya dengan suasana seperti waktu jam 7 pagi yang berkabus dan suram.

Lawatan kali ini saya sempat melawat kebeberapa buah kilang cetakan tekstil. Kehadiran kami disambut dengan ramah dan mereka dengan rela menerangkan proses - proses yang dijalankan satu persatu. Kalau anda berkunjung ke China jangan lupa membawa kad nama bagi yang ada kad nama. Mereka sangat appreciate kita kalau memberikan kad nama kita kepada mereka.
Dengan ada kad nama mereka beranggapan kita mempunyai urusan business atau berurusan dengan perniagaan dan mereka sangat menghormati nya dan menganggap kita saorang yang serius dalam perniagaan.

Di Cengdu Enjoyable Star Hotel merupakan hotel yang biasa saya tinggal. Selain dari kedudukan nya dikawasan yang tidak sesak dan selesa dengan harga yang sangat murah 220 Yuan kira kira RM 110 satu malam bersetatus 3 star ia berdekatan dengan restoran muslim. En Ilias keturunan Uigur dan isterinya merupakan tuanpunya restoran tersebut. Di bantu oleh saudara nya Solehah mereka sudah mengenali kami dengan rapat. Walaubagaimana pun masalah bahasa membataskan kami untuk berkomunikasi dengan mereka dengan lancar. Dia ada mengajak kami untuk ke kampung nya yang diberi nama Chin Khan iaitu 1 jam penerbangan atau 12 jam dengan memandu keenderaan dari Chengdu. Kampung nya kawasan pergunungan yang dipenuhi padang ragut kerana mereka membela kambing dan mempunyai salji bila tiba musim dingin. Majoriti kata nya penduduk kampung mereka berugama Islam Sunnah Wal Jamaah. Hari terakhir kami dijamu dengan ikan goreng dan ayam goreng sambil makan nasik paprik direstoren nya. Saya pula memberikan kopi segera 3 dalam satu yang masih berbaki untuk mereka. Puas mereka mencari tanda halal dalam uncang kopi tersebut. Logo yang terlalu kecil tapi memuaskan hati mereka akhir nya mereka menerima dengan senyuman tanda terima kasih. Ilias juga ada menyatakan kepada saya untuk saya tinggal di Cengdu menjadi Imam dan mengajar mengaji. Ahh terlalu tinggi tawaran itu dan saya hanya senyum mengenangkan siapa diri saya yang sebenar nya.

Saya juga berkesempatan untuk melawat pusat kajian dan pemuliharaan beruang panda yang terletak tidak jauh dari hotel kami sekitar 20 minit dengan menaiki teksi. Dengan bayaran tiket 64 yuan sekitar 32 rm kami melawat pusat pemuliharaan tersebut. Kawasan nya agak luas sekitar 2 jam berjalan kaki secara rileks untuk melengkapkan lawatan di sekitar pusat tersebut.
Disini di tempatkan panda-panda yang hidup bebas didalam kawasan yang berpagar tembok seperti zoo. Di dalam kawasan ini juga terdapat pusat penyelidikan panda untuk kajian peringkat Pasca siswazah iaitu PhD khusus untuk Panda. Terdapat 2 spesis panda di pusat ini. Panda biasa putih berbelang hitam dan satu lagi dipanggil red panda lebih mirip seperti rubah.
Pusat ini dijaga dengan sangatrapi, bersih dan dipenuhi berbagai tumbuhan seperti buluh dan pohon-pohon lain. Cuaca sejuk pagi minggu tersebut sangat menyegarkan dan pelancung tidak begitu ramai.

Lawatan kali ini telah melengkapkan lawatan saya ke Wilayah Sechuan ini dengan melihat haiwan yang menjadi ikon bandaraya ini iaitu panda. Haiwan ini juga satu satu nya spesis yang masih hidup dan hanya di temui di wilayah ini sahaja di seluruh negara china meskipun sejarah nya haiwan ini pernah mendiami hingga ke sempadan Vietnam satu masa dahulu.

Lawatan berulangkali ke negara ini memang memberikan banyak kenangan dan pengajaran kepada saya. Kerajinan warga nya dari usia muda hingga tua, kuat bekerja, ketekunan yang ditunjukkan, keramahan dan sikap membantu orang lain tolong menolong dan kejujuran mereka mengingatkan saya kepada menuntut ilmu lah hingga ke negara China benar-benar mengesankan meskipun hadis tersebut dinyatakan tidak soheh.

Saya kira setakat ini dahulu catatan pengembaraan saya barangkali untuk menutup tirai tahun 2010. Semoga catatan ini dapat kita kongsi bersama dan memberikan inspirasi kepada semua. Elok juga kalau ada pengalaman pengalaman lain yang dilalui oleh ahli-ahli agar dapat dikongsi bersama. Tidak semesti nya catatan pengembaraan keluar negara, malah catatan harian kita pun baik untuk di kongsi kerana pengalaman yang kita lalui setiap hari tidak akan berulang lagi dan tidak sama antara satu sama lain.

Jumpa lagi "Zei Jian" Wassalam.

1 comments:

kts said...

betul tu, cameron highland mana sejuk lagi. habis dah kena tebang buat kebun sayur dan hakisan tanah. melihat negara orang baru kita sedar betapa kita tidak appreciate ciptaan tuhan.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification