dgn nama Allah Yg Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
selawat dan salam buat Rasulullah saw.
pagi ini ana keklinik. pereksa darah dan gula. ubat pula dah habis. memang setiap bulan ana kena preksa kesihatan. dah banyak tahun kena buat perkara tersebut. dr beritahu tekanan darah ok. stabil. bulan lepas naik sedikit. ana jangka tidak berubah, kerana sejak akhir-akhir ini agak tension dgn kerja. rupanya sebalik. tetapi bacaan gula makin meningkat.
ana tahu kaedah bagi mengatasinya. makan dan exsersise. sudah banyak kali dr itu ingatkan supaya ana buat exsersise. pernah sekali beliau menawarkan basikal bodonya yg masih baru dan jaran diguna utk ana beli. tetapi saiz rumah yg terhad, ana tidak dapat terima tawarannya. kemudian beliau cadang supaya ana kayuh basikal keliling taman. itupun ana tak dapat follow. sejak akhir-akhir ini beliau cadang ana buat jogging atau walking. bawaklah sekali org rumah dan anak-anak. tapi lecehnya bawak anak, lebih banyak belanja dari berjogging. lari sikit, makan yg banyak. ana bayangkan kalau bawak farah jogging kat tasik shah alam. jumpa mc D kat bulatan tu berhenti makan. akhirnya matlamat nak bakar lemak dan kalories tidak tercapai, malah bertambah lemak dan kalories. bagaimanapun nasihat beliau yg ini ana ikut, tetapi jogging dalam rumah selama 15 menit.
pada masa ana berumur kurang 50 tahun, ana selalu beranggapan menjadi org tua akan menjadikan anda rehat dan tenang. ini disebabkan kita telah stabil dan anak-anak telah membina kehidupan sendiri. sesekali pada hujun minggu atau pada hari perayaan kita akan di sebokkan oleh anak dan cucu. tetapi rialitinya tidak begitu. masuk 50 tahun kita kena mengurus kesihatan kita dengan lebih bersungguh-sungguh. kita kena jaga makan dan senaman supaya makanan yg kita makan tidak menjadi sediment, terkumpul menjadi toksik dalam tubuh kita dan akhirnya memudaratkan diri. kita kena senam kerana dgn senam akan dapat membakar kalori dari makanan. itu sebab org kg dulu kalau meninggal kerana penyakit tua, bukan darah tinggi atau jantung. itu sakit org senang. wong sugeh.. tapi org kg sekarang sudah ramai yg meninggal kerana sakit wong sugeh. menunjukkan org kg juga sudah senang dan senang menguruskan sawah ladang mereka. dulu masa jaman ana kecil kena ngarit dan najak bendang maincannal. kesuh kapan arek rampung. rasa jemu nak kebendang setiap ujung minggu. tetapi kesihatan baik. tak ada perut boroi. gambar ana masa mula kerja.. aduhai cekeding.
kalau kita ingin supaya hari tua kita selesa dan tidak mengkusutkan fikiran anak istri kerana masalah kesihatan kita, jagalah kesihatan. kawal lah makan minum dan buatlah excersise. mainlah futsal ke joging ke secara regular/ tersusun. bagi mereka yg berkemampuan pergilah ke gym. disana senaman lebih teratur dan ada instructor sebagai juru pandu.
sejarah kesihatan keluarga kita menunjukkan darah tinggi adalah penyakit keturunan. dari arwah kakik kepada mak dan kini ana. tidak mustahil menurun ke generasi akan datang. tetapi kalau kita telah menjaga kesihatan sedari awal tidak mustahil ianya dapat dilewatkan dari menyerang kita. pada masa ana mencecah dewasa tiada siapa mengingatkan ana supaya berhati-hati dalam menjaga makan dan senaman. kini bila sudah merasainya baru terasa betapa perlu kalian diingatkan. ana percaya masih ramai yg tidak dapat mengikutnya. saly diingatkan supaya menjauhi minuman bergas kerana ada lelah, tetapi masih bedal semacam. tapi dia ada senam. ok gak. yg lain, balik kerja baring dan lelap. ini sangat tidak baik utk kesihatan badan dan mental. ana dah ingatkan.. jangan salahkan kami pulak dikemudian hari.
wassalam.
klang.
Saturday, October 30, 2010
excersise
10:54 PM
mohdnasir
4 comments
4 comments:
Assalamualaikum.
Exercise adlah suatu perbuatan yang sepatutnya kita lakukan sepanjang masa bagi mengekalkan kecergasan fizikal. Masa zaman menuntut dulu selalu ana joging di ban tepi laut sebelah petang,atau di sawah padi daribelakang rumah ke ban 1, waktu itu kakti masih duduk dibaroh lagi. Selepas kahwin dan berhijrah ke Sabah selalu ana main badminton dengan rakan rakan sebelah malam di Dewan Beaufort, dan bila duduk di Shah Alam pula selau main pimpong di sekolah. Tapi sejak berhijarah ke Kelantan semenjak tahun 2000 hingga sekarang tak pernah dah buat latihan berjoging yang ada dulu aktif juga main pimpong. Rasa nya itu je lah permainan yang boleh ana main seusia sekarang. Tetapi selepas geng main pimpong dah takada kerana melanjut pelajaran PhD ke Melburne dua tahun sudah sampai sekarang tak pernah eksesais apa-apa. Teringin jugak nak mula joging balik rasa nya kena start tahun depan bila dah pindah semula ke Shah Alam sebab dulu hujung minggu selalu gak joging dengan anak dan isteri di tasik Shah Alam itu pun kalau ada masa dan tak sebok dengan meeting dan urusan lain.KTS boleh lah join sekali. Anak-anak dah besar kita je yang dah berumur ni untuk maintain kudrat bila ke Mekah nanti. Habis -habis pun bajet bawak air mineral je tak payah lah nyinggah McD.
Ana pun dah lama tak buat Medical Check up.Cuma ada lah baru baru ni buat BP alhamdulillah masih paras normal. Gula dah lama tak cek jugak dulu 4 je ada jugak hajat nak pereksa kat kelinik kesihatan atas bukit kat ofis lama aku tu , free je tapi tak pergi jugak pun sampai sekarang bukan jauh sangat. Sebelum balik ni ana nak chek dulu. Dikalangan kita rasa nya ramai yang dah dihinggapi penyakit darah tinggi dan gula lebih ni. Kena lah sentiasa beringat apabila mengambil makanan sebab kebanyakkan punca penyakit bermula dari perut. Lapar pun jadi penyakit,,,kenyang pun jadi penyakit.
Wassalam
good idea.
memang aktiviti jogging kalau ade kawan dapat memeitivasikan kita. taklah boring sangat. ade yg boleh dibualkan. rasanya ente boleh jadik teman interaksi yg baik dan sekepala. tapi ana nak pandu ke shah alam agak tak bermotivasi la...
Ha haha haha
Itu masalah nya tak dapat den nak nolong nya.
Tasik tu ada kat Shah Alam tak ada kat Kelang.
Kalau tasik nak dekat lagi dengan rumah kat sebelah rumah Emi la....siap boleh bawak pancing lagi.
sesekali boleh jogging kat sana.
bawak pancing sekali. cari laok t/hari.
kalau nak senang, bagi sham masak terus.
kita baham je...
dapat jogging, dapat interaksi.
Post a Comment