Saturday, January 30, 2010

catatan-catatan jalanraya

masa yg diambil 30 menit cukup. walaupun kekadang cepat atau lewat semenit dua. itupun setelah melalui 15 halangan lampu isyarat. 13 terdapat pada setengah perjalanan. setiap pagi dan petang. dahulu, lebih jauh dan lebih lama. satu jam 45 menit. dari klang ke tk. intan setiap hujung dan awal minggu. sebahagian besar dari kehidupan kita kini habis dijalan. berbanding dulu sebahagian besar kehidupan kita habis disawah atau dirumah. ini pada analisa ana. sudah pastilah banyak peristiwa yg telah kita alami dan kita lihat disepanjang waktu berkenaan. mungkin ada ide yg telah terjana dijalanan, diamalkan atau digunakan bagi memperbaiki kehidupan. perasan kah kalian bahawa jalanraya adalah sebuah dunia. dunia kecil yg penuh dengan segalanya. emosi, kemarahan, perniagaan , ide baru, agama, perkahwinan, dosa dan pahala.
percayalah juga bahawa sebahagian besar dari kita adalah orang-orang jahat yg tidak menghormati undang-ungang apabila berada dijalanraya. undang-undang jalanraya adalah baik dan dicipta bertujuan untuk memudahkan serta menyelamatkan kita yg menggunakan. tetapi kita malah seringkali memandangnya dengan sangat serong. ramai dari kalangan kita malah menekan pedal minyak semasa lampu isyarat berwarna kuning. jangan nak menafikan, lebih baik senyum. sebab itu sebahagian besar lampu isyarat tidak memaparkan warna kuning lagi. terutama dilembah kelang. hijau terus merah, tiada makna dan gunanya peringatan supaya sedia berhenti. bagaimanapun pelangaran ini dengan berbagai sebab dan alasan. paling popular, urgent dan kejar masa. masa sebenarnya tidak bisa dikejar, ia tetap lari dari kita. kerana itu kita disaran mendahului masa. sekiranya ente perlu sampai pada jam 8.00 manakala masa diambil 30 menit, bertolaklah pada jam 7.00, sekurangnya ente akan berasa lega jika terperengok oleh jem atau sebarang halangan yg terjadi diluar dugaan.
walaupun undang-undang punya penguatkuasa, pemerentah lebih menekankan kesedaran diri kerana kesedaran diri dapat mengurangkan kos dan lebeh berkesan pada jangka panjang. adakah kita telah sadar atau masih mabuk! orang siuman juga akan mabuk kalau dalam jem yg panjang ramai potong kiri! orang baik selalu menghadapi cabaran berat, terutama emosi dan mental. kerana itulah pahala sabar sangat besar.


90 km

jika kalian melalui jalan klang sabak, pasti akan terlihat tanda 90km pada papan bulat ditepi jalan. ini membawa makna kelajuan yg dibenar bagi jalan luar lebuhraya adalah 90km sejam. siapa yg baru dapat lesen memandu tahu itulah kelajuan maksima yg perlu diikuti apabila memandu dijalan berkenaan. ironinya apabila kecekapan telah bertambah, ingatan semakin kabur terhadap peraturan tersebut. lainlah bagi sahabat kalian yg tiada lesen memandu. besit sesukanya. bagaimana pendapat ente terhadap mereka yg jahat yg memandu laju melebehi kelajuan tersebut. serta apakah dosa dan kesalahan seseorang yg memandu 90 km dilorong tengah sehinga diwarning dgn hon serta lampu supaya ketepi! lainlah kalau kenderaan pihak berkuasa spt ambulan yg dalam kecemasan.

ana selalu berfikir tidak salah mereka yg lari selaju 90 km berada dilorong tengah kerana itulah limit kelajuan dibenar. dibelakangnya mengekori juga kelajuan 90km. manakala mereka yg makan angin memandu dilorong kiri. oleh itu tidak wajar sama sekali mereka yg berkelajuan melebehi 100km memarahi mereka ini lantaran menghalang laluan! orang jahat inilah yg sepatutnya tidak boleh berada dijalan klang sabak dan perlu mencari jalan sendiri samaada di laluan parit atau dibawah pokok-pokok. seorang penceramah bercerita semasa beliau ke us, telah melawat air terjun niagara dengan teksi. kelajuan yg dibenar 50mph. jalan kosong tetapi pemandu tetap dgn kelajuan itu. menyedari kalau di m'sia pemandu memecut pada jalan lapang, beliau telah meminta meningkatkan kelajuan. apa kata pemandu cab, canot man... this is amarika. lihat kesedaran dan mentaliti penghuni negara maju. itulah sebabnya ana tidak menghiraukan mereka yg memandu laju dan minta laluan jika memandu 90km dan berada dilorong tengah. bukankah jika ana beraleh kelorong kiri akan menyuburkan sikap pemanduan F.1 dijalanraya? bagimanapula kepada mereka yg memandu kurang 90km tetapi suka-suka berada di lorong tengah? sperti pemandu laju, mereka ini punya sakit mental dan perlu dihalang dari mengunakan jalanraya!


jejantas.

dari klang ke sg. buluh tempat kerja ana, ada enam jejantas. baru-baru ini suratkhabar memaparkan beberapa penguna jalanraya telah disaman lantaran tidak menggunakan jejantas buat menyeberang. kadangkala aneh dunia ini. orang yg memilih jalan mudah adalah seorang penjahat. pernahkah kalian terfikir bahawa jejantas dinegara kita sangatlah tidak friendly. menyusahkan dan menyeksa golongan tua dan oku! cobak tunggu seharian disana dan bilang berapa dan siapa yg menggunakan. dimana-mana jalan sebok, keputusan mes. pibg adalah meminta jkr membina jejantas dihadapan sekolah. setelah dibina, lihatlah betapa sukarnya anak-anak sekolah dgn beban berat menaik dan menurun tangganya. siapakah yg telah membawa cadangan noncence ini kejemaah menteri sehingga diimplimentasikan seantero negara?

pada pandangan ana, lebih baik di bina terowong menggantikan jejantas. tidak perlu terowong tinggi dan besar. cukup bagi penungang motoo, basikal dan pejalan kaki. terowong besar kelak akan dicilok pula oleh kereta. ana kira kosnya tidaklah besar mana kerana ianya kecil sahaja. lagipun kalau kita teliti banyak lagi projek belanja besar tetapi menafaatnya kepada rakyat tidak seberapa. malas je ana nak mengulasnya. tetapi siapalah ana dan siapalah yg nak terima cadangan ini walaupun ianya sangat briliant dan praktikal.

road desighn.

tahun lepas jalan klang sabak masih lapang dari tebing kanan ke tebing kiri. tiada penghadang jalan dibuat. kini telah banyak penghalang. hampir sepanjang jalan. siapa punya ide ini? dan mengapa dilaksanakan dgn sangat mudah! dalam banyak perkara kita dipaksa untuk menerima. kalau ente perlu menyeberang manakala lobang u-turn 1/2 km adakah ini mengembirakan? inilah yg telah terjadi. taukey kedai muram kerana pelanggan sukar datang, kereta menongkah arah kerana tempat yg dituju hampir dgn rumah. orang kita selalu fikir tak habis. perancangan selalu dibuat tanpa mengambil kesan dan implikasi. banyak penghalang dibuat tanpa menyediakan lampu jalan. pada waktu malam dan hari hujan berhati-hatilah terutamanya di kapar. penghadang jalan yg rendah, tidak bercat dan tiada lampu jalan sangat membahayakan. lebih baik memilih laluan tepi kerana kalau terpaksa kebirai jalan kereta tidak terhalang.

ana selalu terfikir siapakah road desighn tersebut. nampaknya ia telah menjadi rude-desighn! apakah yg telah dipelajari oleh para enginear? siapakah guru-guru mereka dan buku tahun berapa yg mereka telaah. masih ingatkah teragedi mrr.2 yg telah menjadi perdebatan hangat itu? kos memperbaiki mungkin melebehi kos membinanya.
inilah padahnya menghabiskan masa dijalanan tanpa zikir. emosi dan layanan fikiran selalu diikutkan sehingga semua yg ditempuh tidak betul belaka. kesimpulannya kalau kita warga yg sehat mental dan punya kefahaman tinggi terhadap sesuatu peraturan serta dapat mengamalkan kesabaran, kita akan dapat mengatasi segala perkara yg negatif yg menggugat keharmonian setempat. sama-samalah kita menggunakan masa kita dijalanan dengan bermenafaat kerana dunia kecil ini akan mendidik kita mendiami dunia besar ini dgn betul dan sempurna.
wassalam

klang.

5 comments:

menara gading said...

Assalamualaikum
ku kira perjalanan hidup kita ini pun umpama berjalan diatas jalanraya.Kita mengharapkan jalan yang lurus untuk menuju ke destinasi, namun jalan yang lurus dan lapang sering menyebabkan kita terlena dan alpa kadangkala mengundang bencana.Kita melalui jalan kehidupan yang banyak papan tanda amaran,,agar kita sentiasa berhati-hari dan beringat...tetapi kta yang tidak sabar sering mengabaikan peraturan hidup..akhir nya juga membawa kepayahan dan kelewatan dan lebih buruk membawa bencsna..lantas jalan mana yang kita harus tempuhi...jaman sekarang orang lebih suka ikut jalan short cut..alasan nya cepat dan pantas...dalam jalan kehidupan ini adakah istilah short cut ini benar-benar membantu dan kita selamat dalam perjalanan kehidupan kita...
Kita juga sering merungut jalan yang kita lalui berlobang-lobang dan tidak rata...hingga memusnahkan keselesaan kita...melalui jalan yang baik dan rata pula kita tetap merungut kerana dikenakan tol dan kadangkala sesak oleh ramai pengguna jalanraya...akhirnya keselesaan yang diharapkan mengundang rungutan dan ketidakselesaan juga,,,lalu jalan mana yang kita harus ikut...
Dalam menentukan jalan mana yang perlu kita ikut kita perlu ada kesabaran..perlu ada keyakinan iaitu keimanan...dan perlu ada ilmu pengetahuan..agar kita tidak mensia siakan masa diatas jalan raya, diatas jalanraya orang boleh tidur, orang boleh dapat ilham, orang boleh berurus niaga dan mendapatkan tender,orang boleh mengasah bakat, orang boleh mengaji, menyanyi, bernasyid, boleh mendapat ilmu boleh mengumpat dan boleh tak dapat apa-apa membuang masa dengan kos malah boleh dapat dosa dan kena saman.......
wallohuaklam..pilih lah jalan hidup sendiri yang di redhoi Allah SWT.

machang kelantan.

Ini Iqbal Nasir said...

sebenarnya ebal x nak komen...tapi utk menyeru org lain, ebal komen jgk la skit je...x de kene mengene ngan entri ni sgt pun...
tujuan ebal x nak komen pada mulanya adalah utk memberi ruang utk org lain komen, kerana topik ini x terlalu mendalam...maksudnya boleh dibincang hal-hal kerak sahaja...sbb tu lah asalnya ebal x nak komen...biar org yg biasa dgn isu2 sebegini berkomen...malangnya, sepi juga...komen paman nok pun dah sentuh bnda yang lebih mendalam...jadi, sesiapa yang boleh menyentuh isu ini dari perspektif keraknya, boleh la berkongsi...mana tau ada ilmu yang nak dikongsi...meskipun ada suntikan agama dalam entri ini, ada juga sudut ilmiah zahir yang boleh dibincangkan...
kamon la...komen...saya jadi observer je lepas ni utk entri ini...

pe said...

salam semua.
semoga didalam pemeliharaan Allah jua, disamping keluarga tersayang atau teman serumah.
memang yg ana paparkan seumpama meletakkan sekeping coin 20 sen dihadapan kalian. lalu ana katakan coin ini kurang cantik dan perlu diperbaiki. gambarnya perlu ditukar dan bentuknya jua.dari bulat kpd 3 segi dan ada satu lubang supaya bisa diikat dgn tali. mudah dibawa. bukankah ini straight foward. jalanraya yg perlu pengurusan baru. pemikiran segar dan berani dari anda sekelian. lagipun kita terjebak setiap hari dgn kerenahnya. mungkin itu maksud ebal 'kerak'. kupasan luaran. tetapi paman kalian telah meneliti disebaliknya. the other side of the coin. yg dilihatnya bukan meteri atau gambar hiasanya. tetapi nilai 20 sen itu. nilai itu bisa memberi apa! kue sebutir dan air seacawan. ini bisa menghilangkan dahaga dan merungkai rasa lapar.
memang ini maksud ana, kedua-duanya sekali. mengikut pemikiran dan ilmu kalian. nuri yg telah melihat dan memegang berbagai jenis coin, sen, sterling, rupiah tentu mempunyai analogi yg berbagai berbanding kita yg hanya mengenali dan menggunakan sen. bukan itu sebenarnya yg diharapkan, tetapi pandangan bodo kalian. ide yg bernas malah sehingga mengubah dunia bermula dari ide bodo. filamen lampu dicipta setelah mencuba berbagai media. termasuk janggut tomas edision sendiri. graviti ditemui setelah epal menimpa kepala. rupanya epal itu telah memecahkan pintu pemikiran yg tertutup. apa lagi kata-kata yg dapat diguna buat tujuan itu. ebal dgn berani berbahasa orang muda. cabaran ana sebagai org tua tentulah berbedza. tetapi maksudnya serupa.
yg mulai kelihatan, nuri,ente punya bakat seorang falsafah.

Anonymous said...

Berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Apasal orang tak nak komen ya? sibuk? Malas? Tak reti? Tak ada info? Tak faham? Atau tak ngam?

pe said...

sepanjang jalan k.selangor klang telah menyimpan kisah silam ana. ianya telah mulai pupus dari latar ingatan seperti pupusnya jalan selorong dan pohon-pohon kelapa disepanjang pinggirannya. tetapi ia telah bangun semula dari kotak nostalgia semenjak akhir-akhir ini. seperti tunas baru dari tunggul yg telah tumbang. sekurang-kurangnya 3 tempat telah mengingatkan ana kepada kenangan itu.
pertamanya ditegongan pasir tutung. disitulah ana accident kereta pagi-pagi semasa nak ke shah alam. kereta lencer itu baru saja ana beli. kereta second-hand. mungkin kerana kereta telah berumur dan pemandu baru, ana terpeleset kekiri melanggar jembatan rumah cina. rumah itu kini telah tiada. yg ada dikawasan itu adalah perumahan baru. betapa paniknya ana pengeran saja yg tahu.
keduanya dikawasan jeram. disitilah ana sampai waktu tengahari dengan menaiki basikal dari pasir panjang. basikal itu untuk kegunaan nuri berulang alek dari rumah kang mis ke STAR [tuanku ampuan rahimah ye, bukan tunku abd. rahman]. rumah kang mis di bukit badak kalau tak silap ana berhampiran conough bridge. setiap kali terlihat kedai makan, terbayang betapa manis dan sejuknya a.b.c. tetapi disepanjang jalan, ana hanya meneguk air jarang bekalan arwah mak. ana tak boleh bayang apa jadi pada nuri kalau ana tak bawak basikal itu.
ketiga dikawasan berhampiran sg. serdang berhadapan kilang membuat bingkai pintu dan tingkap. disitulah arwah bapak accident moto dgn emi sewaktu nak kekenduri arwah chegu tamsir di sementa. mujur berjumpa chegu sarwani yg dalam perjalanan kedestinasi sama. dari accident itulah kudrat bapak berkurang hingga ke akhir hayat beliau.
bayangkan betapa perasaan ana setiap hari melalui point-point trajik itu? sedih, duka, sayu, iba, semangat, perjuangan dan dendam. semuanya hidup kembali. setelah api membara itu beransur padam.
pernahkah kalian merasakan sebegitu?
oleh itu apa erti 'tak ngam'. memang kita ada berbeda pendapat, tetapi masakan itu merengangkan silaturahim keluarga. kalau ana silap dan menguris hati kalian, ana minta maaf. tiada tujuan begitu walau sekelumit. sebaiknya nyatakan, kita patut belajar jadi berani, kerana org yg berani akan survived dalam alam yg serba mencabar ini.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification