Sepanjang berada di Kota Makah aku berpeluang mengikuti rombongan ziarah yang memang telah diaturkan oleh Pakej tersebut. Setiap ziarah akan disudahkan dengan bermiqat umrah di kawasan-kawasan yang berbeza. Menurut kata ustaz rakan-rakan ku di kampus memberitahu supaya aku cuba pergi bermiqat umrah di tempat-tempat yang berlainan. Ini untuk mendapatkan pengalaman dan ziarah di tempat-tempat yang berbeza.
Lawatan pertama kami ialah untuk ke Jakronah. Jakronah adalah suatu tempat untuk kita bermiqat dan ia terletak agak jauh dari Kota Makah. Perjalanan ke Jakronah membolehkan kami singgah dibeberapa tempat bersejarah. Diantara nya Bukit Thur atau "Jabal Thur". Disini terdapat gua dimana Rasulullah telah bersembunyi ditemani sahabat nya Saidina Abu Bakar ketika beliau hendak dibunuh oleh orang-orang kafir Makah. Baginda telah bersembunyi selama 3 hari sebelum berangkat ke Madinah. Menurut sejarah digua ini pada masa itu terdapat banyak lubang dan setengah nya di huni oleh ular. Saidina Abu Bakar telah menutup semua lubang tersebut tetapi tinggal hanya satu lubang yang tak ada apa lagi yang hendak di sumbat maka Saidina Abu Bakar telah menyumbat nya dengan ibu jari beliau sendiri. Ketika Rasulullah berbaring dan tidur di pangkuan Saidina Abu Bakar ular di dalam lubang yang disumbat dengan ibu jari Abu bakar telah mematuk nya kerana ia hendak keluar. Saidina Abu Bakar kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah telah menahan kesakitan sehingga menggigil dan keluar airmata lantas air mata tersebut menitik ke muka Rasulullah dan terus terjaga. Rasulullah bertanya kenapa beliau menangis, lalu Abu Bakar pun memberitahu bahawa kaki nya di patuk ular. Lantas Rasulullah telah meludah kaki Saidina Abu Bakar dan dengan mukjizat nya maka sembuhlah patukan ular tadi.
Jabal Thur (Bukit yang terletak sebagai latarbelakang)
Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah (dakwah selama 13 tahun) ke Madinah pada tahun 622 Masihi dalam jarak sekitar 457 km. Rasullullah SAW bertolak dari Mekah pada 1 Rabiulawwal dan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawwal. Umur Rasulullah saw ketika itu ialah 53 tahun. 1 Muharam merupakan hari pertama Takwim Hijrah. Hijrah Rasullullah bermula dari bukit ini ke Madinah.
Kami juga melawat Jabal Rahmah, bukit dimana dikatakan pertemuan diantara Nabi Adam dan Hawa bertemu semula selepas terpisah selama 40 tahun. (ada yang kata 400 tahun). Jabal Rahmah ini terletak dikawasan padang arafah namun Padang Arafah sekarang telah mula menghijau ditanami dengan pokok-pokok teduhan yang semakin membesar.
Padang Arafah dari Jabal Rahmah (Semakin menghijau)
Kami juga melawat beberapa tempat lain seperti Thanaim dan bermiqat Umrah di Masjid Aisyah. Thanaim adalah tempat Miqat yang paling dekat sekali dari Kota Makah untuk bermiqat dan berniat Umrah iaitu kira-kira 7 km. Dan disini merupakan tempat yang paling mudah dan dekat untuk bermiqat kepada jemaah Haji dan Umrah yang tinggal di Kota Makah. Jika menaiki bas lebih murah dalam 2 riyal saorang atau 4 rial pergi dan balik. Biasa nya orang akan menggunakan khidmat teksi atau ven kerana lebih pantas dan pergi secara berkumpulan atau menunggu kereta penuh. Bayaran sekitar 10 -20 riyal seorang pergi dan balik. Ketika di Thanaim (Masjid Aisyah) kami diberitahu ada upacara menjatuhkan hukum Qisos iaitu pancung sedang berjalan di tengah padang letak kereta masjid tersebut. Ramai orang berkumpul untuk melihat hukuman tersebut dijalankan dan ia dilaksanakan secara terbuka. kami belum cukup berani untuk melihat nya dan melihat kumpulan orang ramai dari jauh sahaja. Subhanallah.....
Sempadan tanah haram dan tanah halal di thanaim
Kami juga berpeluang mengunjungi beberapa muzium di sekitar Kota Makah. Melihat dan mempelajari Warisan Kota Mekah yang lama. Artifak peralatan dan gambar-gambar yang berkaitan dengan Kaabah, struktur telaga zam-zam dan lain-lain. Di sini lawatan ke muzium tidak dibuka untuk orang ramai secara individu sebalik nya tempahan perlu dibuat dan tempoh lawatan akan diset kan terlebih dahulu. Sebagai contoh rombongan dengan 2 buah bas dari jam 4.00 petang hingga 4.20 petang. Bas perlu sebanyak 2 bas dan menepati tempoh lawatan dari 4 petang dan berakhir jam 4.20 petang. Jika tidak di patuhi lawatan akan diatalkan dan kami tidak dibenarkan masuk. Lawatan adalah percuma.
Kami juga berkesempatan melawat dan bermiqat di Hudaibiyah. Hudaibiyah adalah suatu tempat dimana Rasulullah telah membuat perjanjian ketika hendak memasuki Kota Mekah dari madinah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Ia dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Perjanjian ini di buat di bawah pokok dan tempat perjanjian tersebut telah didirikan masjid dan ia dikenali dengan nama masjid pokok. Kami juga berkesempatan untuk melawat ladang unta dan meminum susu unta segar yang baru di perah. Rasa nya seperti santan kelapa dan agak masin.
OK lah jugak kami membeli sebotol susu unta denganharga 5 riyal. Kami juga berpeluang memyapu buih susu unta ke muka......
Masjid asal Hudaibiah disini lah perjanjian ditandatangani
Di ladang unta
Jumpa lagi.................
0 comments:
Post a Comment