Friday, February 5, 2010

umah gede seng suwung

pasir panjang: kampung ana yg terletak dijalan klang-sabak, tiada apa istimewanya. tahun 60 kami berpindah kesitu. mengikut bapa yg ingin mencuba penghidupan baru. berniaga! membuka kedai gambar, gunting rambut dan karan rambut. jika difikirkan dalam-dalam ternyata pemikiran bapak dan mak bukan sembarangan. pemikiran muda mereka ternyata moden, jauh merentas jaman dan berbeda dari teman seangkatan mareka yg rata-rata petani kelapa. membuka kedai gambar bukan sebarang niaga, kena ada pengetahuan teknikal. memang dulu ada bilik gelap buat mencuci gambar dan bancuhan kemikal yg perlu diketahui. ana suka menemani bapak disitu. tapi kena duduk diam-diam.

dalam ingatan ana yg masih sangat muda, perniagaan mereka maju juga. ada saja yg datang utk bergambar, kerinting rambut dan bergunting. ana juga beberapa kali pernah mengikut bapa ke kl mendapatkan bekalan filem dan kemikal pencuci gambar. dirumah arwah wak ni lah kami bermalam, yg aku tak tau dimana lokasinya. tetapi apabila pekan sekincan mendapat bekalan api letrek, teknologi gambar dan kerinting rambut telah meningalkan kami kebelakang, menyebabkan kedai kami kehilangan pelanggan. sekiranya perniagaan itu maju dan berkembang, mungkin bapa sempat pakai kereta merc bukan moto kapcai pada akhir hayatnya.

maka kembalilah kami ke profesion turunan kami- petani! ana percaya semangat berniaga sentiasa bersemarak dalam jasad bapak. kerana itu walaupun tidak berniaga besar, bapak tetap berniaga ais-cream didepan sekolah dato' mustaffa. setelah beliau uzur barulah berhenti. kerana itulah apabila ana dan nuri bekerja agak besar dan terpandang, ada yg meleceh kami kerana tega membiarkan bapak terus berniaga ice-cream loceng. ana dan nuri punya prinsip yg sama dan tak kami hiraukan omelan itu. itulah tandanya kami degil dan keras kepala, terutama ana.

kerana itulah semangat niaga turun kepada generasinya, kakak dan adek-adek ana yg mata duitan. tetapi kang mis menuruti warisan temurun- petani. sedang ana, walau kerja pertanian, telah terperangkap dalam lembaran kitab-kitab beliau. mungkin inilah doa arwah agar ada warisnya yg jadi kiyai, entah bila akan jadi realiti. Al-fatihah buat kedua mereka yg telah mewariskan semangat dan jalur kehidupan yg sangat berguna buat kami pada hari ini.

pt. baru adalah kampung asal kami. kg itu lebih kami rindui pada jaman cilik kami. kg itu hebat, meriah dan mewah. kelapa pada waktu itu merupakan komoditi utama, seperti k/sawit pada hari ini. ana tidak tahu berapa banyak kebun mbah kakek, tetapi rumah kakek memang gede sebanding dgn rumah-rumah orang terpandang di kg itu. setiap raya dan cuti sekolah kami akan kesana dan saat itu amat dinantikan. beberapa lama kemudian, apabila embah kakek kembali kerahmatullah, kami mulai rengang dengan rumah itu, dan terasa jauh dari hati kami.

pada jaman itu, kg bagan datoh juga hebat dan meriah. kg dimana beberapa orang saudara sebelah bapak tinggal. beberapa kali raya kami kesana. walaupun mereka tidak mewah, tetapi suasana bagan datoh amat hebat dalam mata kanak-kanak ana waktu itu. penduduknya ceria dan bersemangat. lihatlah suria, salah seorang penduduk yg berjiran dgn kg itu. 30 tahun kemudian, ana telah bertugas di tk. intan. dapatlah ana menjejaki semula kg itu. tetapi apa yg ana lihat dan temui? umah-umah gede yg dulu tersergam hebat dan angkuh, kini usang dan terbiar. semangatnya lesu dan luntur. tiadalagi suara beduk dan kentung bertingkah pada waktu maghrib. tiadalagi suara riang anak-anak dilaman atau diberandar. kini mereka menjadi penghuni bandar setelah berjaya sebagai pelajar cemerlang atau mencari penghidupan baru disana setelah kelapa kecundang sebagai komoditi utama dan alami kejatuhan harga yg mengelongsor teruk dipasaran. selain itu, jika kalian menelusuri jalan bota/parit dibelah kanan, umah-umah gede seng suwung neh akeh. kampung iki neh hebat kambek bagan datoh. nang kene kerabat-kerabat sultan rame bersemayam. bayangkan betapa gah kg ini suatu ketika dahulu.

embah-embah kita membina umah gede di kg asal akhirnya ditinggal suwung. setelah mereka meninggal, tiada siapa menziarahi. selalunya keluarga akan rengang setelah ketua keluarga tiada. waris-waris membawa diri masing-masing dan membentuk kelompok keluarga sendiri. pusingan roda kehidupan ini tidak akan berhenti disitu. pusingan itu semakin menghampiri kita. rumah yang kita bina dan duduki bakal ditinggal suwung. rumah yg kita tempati dipekan mungkin didiami oleh waris kita atau disewakan. masih ada permintaan. bagaimana umah-umah gede dan agam difelda-felda? mungkinkah akan jadi umah gede seng suwung koyo nyang bagan datoh dan bota/parit? hanya waktu menentukan, tetapi waris-waris, mulailah memikirkan dan mengambil contoh tauladan dari pengalaman ana itu. inilah ana kongsi bersama, buat generasi muda keluarga ini.

tak perlu komen, teruslah bertindak.
wassalam.

tengahmalam sabtu.
klang.

7 comments:

menara gading said...

Assalamualaikum.Semoga di rahmati Allah
Sekarang...
Zaman telah berubah..hati kita juga sudah berubah-ubah, keluarga semakin besar dan tinggal jauh diantara satu sama lain, masing-masing dengan citarasa kerjaya masing-masing.
masing-masing dengan kehidupan masing-masing dan hal masing-masing...masing masing cari makan sendiri-sendiri alhamdulillah kita tidak ada yang miskin...yang perlu dilaporkan kepada TV3 untuk meminta bantuan dalam program bersama Mu.
Sebenar nya fenomena ini sudah menjadi biasa pada masa kini, atau zaman moden ini, tetapi adakah ini yang kita kehendaki, adakah ini visi kita dalam berpersatuan ini? apakah matlamat kita dalam berpersatuan ini? adakah hanya setakat habis didalam komen sahaja adakala mengiris dan terhiris, kadangkala kita berasa jauh hati kadangkala kita berasa besar hati, kadang-kadang kita menonjolkan diri kadangkala kita menyembunyikan diri... mungkin kadang kala kita berasa terpencil kecil dan kerdil lantaran tak mampu memberi komen dan sumbangan lantaran ketandusan ilmu dan pengalaman...
kita perlu melihat kembali matlamat dan tujuan kita berpersatuan. Apakah Visi dan Misi persatuan kita ini, hala tuju persatuan ini, objektif nya, apakah peranan dan sumbangan setiap ahli didalam persatuan ini, apakah kebaikan kepada ahli-ahli nya..dan yang penting kesedaran setiap ahli terhadap perlu nya berpersatuan dibawah persatuan ini tak kira usia kedudukan dan status bekerja atau menuntut ilmu atau pencen di kampung di bandar dalam negara malah tinggal diluar negara.
Perisian nya perlu pelbagai, keagamaan, business, motivasi, panduan berumah tangga, soala jawab menyelesaikan masalah, penyelesaian matematik... penyelesaian masalah Bahasa Arab, Inggeris melayu..jadi anak-anak yang dibangku sekolah ada tempat untuk merujuk masalah home work dan sebagai nya....termasuk hukum hakam agama...keimanan , tauhid, solat bagaimana solat malam yang betul...pengalaman di tanah suci..tips--tips mendapat haji dan umrah yang mabrur...dan sebagai nya.
Kita terlalu mementingkan diri sendiri..kita tak punya disiplin yang tinggi..kita tak yakin pada saudara mara kita sendiri, kita tidak jujur pada diri sendiri, kita tidak bersatu hati, kita tidak ikhlas dan sering mengharap balasan, kita tidak sanggup berkorban sepertimana orang yang terdahulu berkorban untuk kita dan akhir nya terkorban rasa dan perasaan dan kita sering memberi pelbagai alasan.
Kita sudah tidak yakin dengan perumpamaan sebatang lidi dengan seberkas lidi yang lebih kuat sifat nya, kita tidak yakin untuk memberikan yuran bulanan kita untuk disimpan didalam akaun persatuan, kita terlalu ambil remeh dan ambil mudah semua perkara...
Hakikat nya kita sering melirik kereta apa yang orang sebelah kita pandu, besar nya rumah orang lain...tinggi nya bangunan persatuan ini...persatuan Hok Kien...persatuan Taw Chew...mungkin kah satu hari nanti kita punya bangunan PERSATUAN KELUARGA SAKIJAN DAN SAAMAH
Perajalanan kita ke akhirat bermula dengan perjalanan kita di muka bumi ini...kejayaan kita diakhirat juga bermula dengan kejayaan kita dimuka bumi ini...bukan kah lebih baik jika setiap tahun kita dapat menghantar ahli keluarga ini ke Makah mengerjakan Haji dan Umrah dengan tabung kita sendiri...kita membantu ahli-ahli yang tidak minat bekerja makin gaji untuk membuka business sendiri..yang dah berbusiness membantu ahli lain yang mahu membuat business sebagai mentor...ahli-ahli yang belum memperolehi pekerjaan dibantu untuk menambahkan pengalaman dan mencari rezeki.....
oleh itu sama-sama lah kita menyumbangkan idea..jangan lah kita jumud dengan apa yang ada kerana kita sebenar nya belum sampai kemana-mana kita masih gagal menterjemah dan meneruskan semangat dan cita-cita besar, Idea besar orang tua kita... IDEA GEDI TAPI MASIH SUWUNG...

wassalam
bukit ilmu machang.

pe said...

assalamualaikum semua keluarga,
sejak ada blog ni, banyak benda dpat ana recall.
setengahnya tepat, setengah lagi kurang tapat, malah mungkin silap. tapi bukan salah. salah, merupakan perkara diketahui, tapi diseleweng. oleh berbagai tujuan. ana tiada tujuan, walau sekelumit utk menyeleweng. tapi kalau ada yg tau kesilapan, silah betulkan. ini menyebabkan ana seronok menulis. kedua, melalui proses pendigestan bahan yg hendak ditulis dan semasa analisa dibuat, baru ana paham mengapa sesuatu itu terjadi. seperti menemui semula 'missing link'. sama seperti arceologist yg menyusun semula tulang-tulang jaman pra-sejarah yg akhirnya diketahui pemilik tulang itu. dinasour kah, manusia kah. ini menyebabkan ana seronok menulis. selain itu blog ini juga telah merentas pagar keluarga ini. sebagai bukti, teliti ruang utk cating, ada seorang mencari temannya, kamisah miskiran! bukan kah beliau org luar lingkungan. aku setuju sangat dgn pandangan nuri. kalau kita teliti, seoran demi seorang paman dan bibik kita meninggal, semakin renggang kita dgn keluarga itu. semakin asing mereka dgn kita. bayangkan kalau kak ti dan kang mis pahang telah tiada, adakah lagi kita nak kerumah cini itu? rumah besar dan bunglow bukan daya tarikan, walau kita duduk rumah kecil. tarikan utk akrab adalah kedekatan. walaupun jauh, kalau dekat dihati. kita akan sentiasa bersilaturahim. itusebab kita jangan berhenti mengisi blog ini. walau apa jadi kita tetap teruskan. sekurang-kurangnya kita boleh terus 'meracuni' fikiran mereka dgn ide gedi kakek mereka. itu sebab ana sudah mulai meveritykan pengisian. agama, pengkisahan dan diary perjalanan. ana harap satu saja, mereka masih tetap membuka dan mengikuti blog ini. kalau mereka mulai membenci dan menutupnya..... ana akan tetap mengisinya. tapi... kalau web-master emy givup. tiada apa daya ana, tunggu sajalah pupusnya keluarga ini...sesuatu yang sangat menyedihkan.

paman nok said...

Terima kasih sahri kerana telah membaiki laptop zana hari tu. Rm 50 tu ok ke..paman ingat elok jugak engko letak satu ruang untuk "DR PC" so mana-mana ahli persatuan ini boleh tanya engko kalau ada masalah pc. maklum lah ramai yang ada pc desk top atau laptop..sekurang-kurang nya ada tempat kami nak mintak nasihat dan boleh lepas duit minum engko...kalau tak nak pun boleh dapat pahala... web master emi boleh tambah satu kolum lah untuk hal seperti ini...kat kedai cerita je mintak rm 800 woi.....

paman nok said...

geni.com adalah suatu perisian untuk menghasilkan family tree.Ia berbentuk seperti template. Amat mudah untuk digunakan dan ia boleh di access oleh ahli family. Nahar cuba lah buka taip je geni.com
dalam yahoo pun boleh.Selamat mencuba.

kts said...

arie,
ade satu lagi komputer zana yg sedang rosak kat umah paman. dah lama terbiar sepi tanpa perhatian. laptop generasi awal. tak ingat ape brand. nec ke hp. boleh ke diberi nyawa semula?

Shahri said...

50 cukup je paman...ni harga pengenalan....hehe.Yg komputer lama tu kena tgk dulu. Klu berbaloi unk direpair bole la. Klu x, simpan je la buat perhiasan.

kts said...

dah lama dah jadik perhiasan. tu yg nak guna balik kalau boleh d menafaatkan. jenisnya acer. tapi klu talinya lebeh mahal dari lumbu, jadik tukun je le jawabnya.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification