Saturday, January 9, 2010

Selamat Tinggal Madinah

Hari terakhir di Madinah. Kami akan bertolak jam 4 petang setelah solat Asar. Beg kami perlu diletakkan dilobi hotel sebelum jam 1 tengahari. Pagi itu kami menyusuri lorong lorong sekitar hotel dan sebahagian besar barang-barang telah dikemaskan malam tadi. kami hanya membeli beberapa kilo kurma dan beberapa helai sejadah sahaja sebagai buah tangan. Beg kami tidak bertambah pun jumlah nya seperti kami sampai dulu hanya berat sahaja yang bertambah.

Kami sempat menunaikan zohor dan Asar di masjid nabi dan kami tidak mahu terlepas daripada nya. Kami menaiki bas pada jam 5 petang. Dengan perasaan sayu bas bergerak menuju ke lapangan terbang Madinah. Aku diam dan memandang keluar tingkap bas dengan pandangan kosong dan sayu. Terbayang saat ketika sampai dan akan berangkat pulang sekarang dan masa yang berlalu begitu pantas sekali. Saya juga rasa lega kerana segala yang dihajati telah tercapai namun pada masa yang sama ada unsur ketakutan dalam jiwa ini. Mampukah aku ulangi lagi perkara-perkara yang sama jika aku dipanggil semula untuk mengerjakan Haji atau Umrah lagi? atau aku menjadi terlalu yakin dan seterus nya mengujudkan perasaan riak dan bangga diri atau sombong.....Ya Allah ampunkan lah aku sesungguh nya hamba mu ini masih terlalu daif....
namun apa yang pasti aku ingin kembali lagi bagi mengerjakan Haji dan Umrah......aku ingin kembali lagi ke Makah dan Madinah......dan melakukan nya dengan lebih baik lagi....

Jam 10 malam aku sudah berada di awan yang tinggi....samar-samar aku terbayang cabaran sebenar yang akan aku tempuhi selepas ini.....mampukah aku mengubah diri ku....mampukah aku mengekalkan momentum yang aku lakukan sepanjang aku di Tanah suci....atau aku kembali kekal seperti sebelum nya insan yang sama, tingkah laku, adab dan amal yang sama malah mungkin lebih menurun...lebih teruk lagi........tanpa mengalami sebarang perubahan......
Ya Allah Ya Tuhan ku jangan lah aku diuji sedemikian rupa lagi....sesungguh nya aku ingin berubah....dan aku telah melihat keesaan mu, kasih sayang mu, dan permudahkan jalan keimanan ku sebagaimana engkau yang maha pengampun lagi maha mengasihani....
Diri ku terasa ringan......lapang.......dan kosong.......
Penerbangan pulang ke Tanah air ku biarkan dengan seribu pertanyaan yang mungkin tak terjawab..
Selamat tinggal Madinah..
Selamat tinggal Makah
Selamat tingga Masjidil Haram.....
Selamat tinggal Rasullullah....
Aku telah diberi peluang untuk belajar, diajar dan memahami keesaan mu ...
Astagfirullah, Asragfirullah.Astagfirullah.....kami mohon keampunan mu.....

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification