Hari kedua di Makkahtul Mukarromah.
Kami bangun seawal jam 3.30 pagi. Setelah mandi besiap untuk ke Masjidil Haram.Hotel kami terletak tidak jauh dari situ kira-kira 300 meter sahaja dibelakang Hotel Hilton yang mengadap pintu masuk utama pintu 1. Dijalan sudah ramai yang menuju ke Masjidil Haram namun ada juga yang baru balik.
Kira-kira jam 4 pagi kami memasuki Masjidil Haram dan terus menunaikan Tawaf Sunat sebanyak 7 pusingan Kaabah bermula dari rukun hajar Aswad atau lampu hijau di tiang masjid pintu kearah sai.Kmi mengambil masa kurang 30 minit untuk melengkapkan 7 pusingan kerana orang masih ramai lagi. Setelah selesai aku menunggu waktu subuh.Sejam sebelum waktu subuh azan pertama berkumandang untuk membangunkan orang tidur. Kemudian azan subuh berkumandang setelah masuk waktu subuh dan 20 minit kemudian biasa nya Ikomat akan dilaungkan dan bermula lah solat.
Aku duduk diluar lingkungan orang tawaf. Sambil mengadap Kaabah dan memerhatikan keadaan orang ramai yang sedang bertawaf sambil berzikir mana yang teringat. Betul betul mengadap Multazam tapi agak jauh ke belakang. Melihat keliling buat pertama kali kerana malam tadi tak sempat berbuat demikian kerana letih selesai mengerjakan Umrah terus balik berehat.
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya) antara nya ialah Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk kedalam nya, aman tenteramlah dia.Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada nya. Dan sesiapa yang kufur sesungguh nya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekelian makhluk. (surah Al Imran ayat 97).
Saya duduk sambil memerhatikan sekeliling, Multazam yang tak pernah lengang dari diratapi oleh orang ramai, pintu Kaabah yang sentiasa digayuti orang , Hajar Aswad yang tak pernah sunyi dari diserbu oleh orang ramai, pancuran emas , Hijir Ismail dan Makam Ibrahim.
Masih ada waktu yang panjang sebelum solat subuh. Selepas isteri ku selesai bertawaf bersama ku tadi dia terus ke ruang sembahyang yang dikhaskan untuk kaum perempuan. Aku pun bangun dan cuba memasuki semula kelompok orang yang sedang tawaf berhanyut bersama mereka dan cuba mendekati kaabah sedekat yang mungkin.
Saya dapat berhenti di Makam Ibrahim dan melihat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim teletak diatas batu yang dikatakan batu didatangkan dari Syurga. Semasa pembinaan Kaabah oleh nabi Ibrahim Baginda akan menaiki batu ini dan batu itu akan bergerak ketas kekanan dan kekiri mengikut arahan nabi Ibrahim bagi menyusun batu untuk dibina kaabah tersebut. Melintasi Hijir Ismail ruang melengkung seperti ladam kuda ini sentiasa penuh dan berasak-asak manusia untuk masuk kedalam menunaikan solat dan berdoa di bawah pancuran emas. Aku cuba-cuba meninjau dan hanya dapat melangkah kan kaki sedikit dan terpaksa membatalkan niat kerana ditolak orang keluar semula.Masih berhanyut dan tiba-tiba di saf pertama orang sudah mula berdiri dan berhenti dari tawaf mereka membina saf yang pertama dengan arahan penjaga keselamatan disitu.
Aku pun berhenti dari berhanyut.....Alhamdulillah aku dapat saf yang pertama untuk orang awam.Gembiranya tak terkata. Sementara mereka yang tawaf masih terus bertawaf dan secara automatik kumpulan tawaf mula bergerak ke belakang dan baris-baris saf kedua dan ketiga mula terbentuk secara semulajadi nya, Subhanallah begitu rupa nya .........dan aku tahu kaedah tersebut kalau mahu mendapat saf yang paling hadapan......dan begitulah yang aku lakukan setiap masa untuk mendapat saf yang paling hadapan...Tetapi kita perlu menunggu masa yang agak lama hampir 30 minit sebelum solat sebenar dilakukan......tapi kukira itulah harga yang pelu dibayar jika ingin duduk dibarisan saf hadapan.....Subuh itu aku berada di saf paling hadapan menghadap pancuran emas....
Hari ini tiada rancangan lawatan.Maka aku putuskan untuk beriktikaf didalam masjidil haram. Aku mahu duduk lama dan menghadap Baitullah. Aku mahu merasai bahawa aku adalah tetamu nya yang istimewa...
Abu Hurairah melaporkan Rasulullah pernah berkata, "Orang-orang yang menunaikan Haji dan Umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepada nya pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadanya, pasti diampunkan".
"Tetamu Allah ada tiga, orang yang menunaikan Haji, orang yang menunaikan Umrah dan orang yang berperang fisbilillah" (Hadis direkodkan oleh Nasa'i Ibnu Hibban dan Hakim).
Hari ini aku beriktikaf ..Sekali bersembahyang di Masjidil Haram pahala nya sama dengan 100 ribu atau 55 tahun 6 bulan dan 22 hari bersembahyang di tempat lain kecuali di masjid Nabawi dan masjid Al Aqsa. Sekira nya sembahyang sehari semalam pahala nya bersamaan dengan 277 tahun 9 bulan dan 10 hari. Allah menurunkan 120 rahmat nya setiap hari di Masjidil Haram. iaitu 60 rahmat untuk mereka mengerjakan tawaf, 40 untuk mereka yang bersembahyang dan 20 untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.....Subhanallah......
Ustaz-ustaz juga berkata tempat-tempat yang mustajab atau tanpa hijab bagi berdoa seperti di Multazam, Hijir Ismail, Bawah pancuran emas, dibelakang makam ibrahim, bukit Safa dan Raudah. Segala nya kelihatan seperti membantu manusia supaya bersih sesuci bayi dan mampu mengumpul bonus sebanyak mungkin kerana terpilih sebagai tetamunya. Dalam hati aku berazam untuk berbuat demikian.....
Dan hari itu dengan sepuas puas nya aku beriktikaf dan mengenalpasti tempat-tempat yang dinyatakan diatas sebagai tempat yang paling mustajab untuk berdoa....sayu dan syahdu terasa kerdil nya diri ini...terasa kalau lah begini nikmat nya sudah lama aku patut datang kesini...dan mula memahami mengapa tempat ini menjadi begitu istimewa bagi seluruh umat islam....dalam diam aku teringatkan saudara ku yang sudah mendapat 2 kali undangan dari tabung haji namun masih belum mendapat undangan khas dari Allah Subhanahu Wataala. aku teringat kan nya dan berdoa agar beliau dapat kesini dan merasai sepertimana yang aku rasai...... dan sesuatu yang aku pelajari selagi Allah belum mengkehendaki nya ia tak akan berlaku meskipun kita punya wang yang banyak, waktu yang lapang, keinginan yang tinggi dan surat jemputan dari yang berkenaan ......Subhanallah....Pagi itu aku mesej kan perasaan ku kepada saudara ku itu agar dapat tempias nya.......
Selamat tahun baru masihi 2010 semoga semua keluarga sakijan memperoleh kejayaan yang cemerlang didunia dan di akhirat, dan jumapa lagi.........
Friday, January 1, 2010
Beriktikaf didalam masjidil Haram.
12:08 AM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment