Salam Selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Rasullulah yang sangat dikasihi
adalah dituntut sebaik sahaja kita memasuki Kota Madinah -Dahulu ia dikenali sebagai Yathrib. Dan kami memasuki kota tanah haram ini sekitar jam 8 malam iaitu kira-kira 5 jam perjalanan menaiki bas dari makkah.
Jalan raya agak sebok tetapi bangunan yang didirikan adalah dalam keadaan yang lebih terancang dan teratur. Memang betul lah kata orang Kota Madinah lebih terancang dan kelihatan bersih jika dibandingkan dengan Kota Makah. Saya yang buat pertama kali sampai dikota ini secara spontan tercari-cari Masjid Nabi atau Masjid Nabawi yang ku kira pasti nya besar dan tersergam indah seperti yang biasa dilihat dikaca TV kita semasa azan maghrib berkumandang.
Memasuki pusat bandar aku terlihat dikejauhan cahaya yang terang disekitar suatu kawasan dan bangunan rata yang agak luas dan kelihatan beberapa minaret atau menara yang tinggi disetiap penjuru kawasan. lantas aku mengagak itulah masjid Nabawi. Semakin hampir ia semakin menjelaskan pandangan ku dan semakin yakin itulah masjid tersebut. Bas membelok-belok dicelah-celah bangunan yang tinggi dan tersergam indah....cantik dan moden...difahamkan itu adalah hotel-hotel disekitar masjid tersebut yang mana bahagian bawah nya adalah shoping kompleks atau kedai-kedai menjual beranika barangan. Bas masih bergerak dijalanan ku lihat ramai orang yang masih berjalan dengan tujuan masing-masing. Akhir nya bas berhenti betul-betul ditepi pagar masuk Masjid Nabi dihadapan Hotel Al Ansar. Dengan perasaan syukur kulihat Masjid Nabi hanya sebelah hotel tempat aku bakal menginap.
Menunggu untuk mendapatkan kad kunci hotel memakan masa dan agak lama dan memenatkan maklumlah mutawif kena menguruskan 200 lebih jemaah.Akhir nya aku memperolehi kad kunci ku dan memasuki bilik yang ditetapkan. Melihat keluar tingkap bilik kami betul-betul mengadap Masjid Nabi. Aku menikmati pemandangan tersebut dengan rasa yang tak dapat digambarkan seolah-olah aku berada di rumah ku dan surau disebelah rumah ku adalah masjid tersebut.....malam itu aku ke Masjid tersebut dengan agak lewat kerana menguruskan beg-beg yang ditinggalkan di lobi hotel. Namun aku hanya bersembahyang jamak Isyak dan maghrib serta sunat dan tidak pergi ke Raudah.....Mutawif pula menasihati kami untuk berehat kerana esok kami akan berangkat ke Al - Ulaa yang akan mengambil masa 5-6 jam.
Pagi itu aku solat subuh di masjid nabi dan Jemaah haji masih ramai yang belum pulang ke tanah air.
Jam 9 pagi kami berangkat ke AL -ULAA sejauh 500 km ke utara Madinah.....rancangan nya kami akan bermalam disana dan baru kembali semula ke Madinah.........
Pemandangan Masjid Nabi dari tingkap hotel ku
Di Al-ULAA dan Madain Salleh...........
Thursday, January 7, 2010
Sampai di Madinah Al Munawwarah
11:52 AM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment