Kami tiba di Bandar Al - Ulaa kira-kira jam 1 tengahari dan terus menuju ke Madain Salleh Resort yang terletak dikaki banjaran bukit yang berwarna merah. Al - Ulaa adalah bandar kecil yang mempunyai suhu agak dingin. Cuaca sejuk cukup terasa disamping panas matahari yang agak perit. Dan ia semakin sejuk menjelang petang dan malam, menurut penduduk disitu cuaca boleh mencecah hingga -2 c pada bulan januari dan Februari.
Kami diberikan kunci bilik masing-masing tetapi saya diberi kunci untuk berada didalam resort yang dibina di tengah padang terbuka ala kemah Kaum Badawi. Saya kata ini menarik dan suatu pengalaman baru. Di dalam kemah ini segala nya serba lengkap ada bilik air, peti ais malah tv astro yang banyak chanel nya dan dikelilingi karpet pada bahagian dinding serta lantai. Cukup mewah walaupun luaran nya hanya ditutupi plastik berwarna hitam.... kami seperti berhaneymoon di tengah padang pasir...
Sepatut nya kami akan mula membuat lawatan pada jam 3.00 petang tetapi oleh kerana masalah pengangkutan lawatan di tunda ke jam 8.00 esok pagi. Kami menghabiskan masa melihat sekeliling kaki bukit banjaran berbatu merah dan panorama bandar Al Ula pada waktu senja.....dan malam nya hanya didalam kemah menonton Astro serta berehat kerana cuaca sejuk dan berangin pada waktu malam....membataskan pergerakan kami di luar kemah.
Lawatan kami bermula dengan melawat kampung purba penempatan penduduk Al Ulaa yang terawal. rumah rumah mereka diperbuat dari batu lumpur dan terdapat satu kota yang mengandungi 800 buah rumah dengan lorong-lorong sempit menghubungkan antara satu rumah dengan rumah yang lain.
kami juga melawat sebuah muzium yang menyimpan khazanah lama artifak yang terdapat disekitar kawasan tersebut.
Akhir nya kami menuju ke tapak warisan dunia melihat keajaiban ciptaan tuhan dan melihat kekuasaan Allah terhadap kaum Nabi Salleh A.S yang bernama kaum Tsamud. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Salleh bagi mengajak kaumnya kembali ke jalan yang benar tetapi mereka menolak disebabkan mereka adalah bangsa yang cukup hebat pada masa itu kerana telah tinggal di dalam rumah yang dibena dengan menebuk bukit-bukit dan tinggalan nya masih boleh dilihat sehingga sekarang. Nabi Salleh membuktikan kebenaran melalui mukjizat selepas kaum nya meminta keajaiban. Maka keluarlah seekor unta betina dari dinding sebuah batu yang besar. Mereka tidak percaya lalu unta tersebut di bunuh oleh mereka sedangkan Nabi Salleh telah memerintahkan supaya unta tersebut tidak di ganggu dan di bunuh. Lalu Nabi Salleh memberitahu umat nya dalamtempoh 3 hari akan diturunkan bencana oleh Allah kepada mereka.Lalu pelbagai kejadian aneh berlaku. Menurut kata mutawif pada hari pertama kulit mereka bertukar menjadi warna kuning, hari kedua warna merah dan hari ketiga pula bertukar ke warna biru. Akhir nya Allah turunkan bala kepada mereka dengan ledakan atau letusan hebat bukan saja memecahkan anak telinga tetapi bunyi tersebut menyebabkan mereka hancur berkecai dalam sedetik sahaja. Bangsa besar ini lenyap menjadi abu dalam sekelip mata sahaja.
(Surah al-Haqqah: 4 dan 5, An-Naml: 45-54)
Namun Nabi Muhammad SAW pernah berpesan supaya kita tidak digalakkan mengunjungi tempat ini dalam jangka masa yang lama.....cukup hanya untuk melihat kesan nya dan menginsafi serta mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Sesuatu yang agak aneh disetiap rumah kaum Tsamud ini mengeluarkan bau yang tidak sedap di cium dan bau tersebut agak ganjil dan tak pernah dihidu oleh kami. Subhanallah ..........mungkin itu bau bala yang telah Allah turunkan kepada mereka. wallahualam.Dan jauh kan lah kita daripada nya.........
Akhir nya kami singgah di Stesyen keretapi yang sudah tua dan tidak digunakan lagi.Diberitahu bahawa jalan keretapi tersebut akan menghubungi Madinah sehingga ke Turki...dan telah tidak digunakan lagi semenjak zaman Abassiyah lagi. Jarak diantara stesyen keretapi tersebut ke Turki adalah sejauh lebih dari 2000 Km.
Di elephant rock Perkampungan kaum Tsamud
Keretapi ke Turki
Jumpa lagi .....................
Thursday, January 7, 2010
Al - ULAA Madain Salleh
9:54 PM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment