Kami bertolak dari Al - Ulaa pada jam 3 petang menuju ke Madinah semula. . Mutawif membacakan Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW sebaik sahaja bas memasuki Kota Madinah dan kami sampai di hotel yang sama ketika orang ramai pulang setelah solat Isyak. Mutawif berpesan kepada jemaah wanita jika ingin ke Raudah malam ini jam 8.00 ada ustazah akan membawa kesana dan tunggu di lobi hotel. Dengan terburu-buru dan waktu hanya tinggal 30 minit isteri ku bersiap terus ke bilik untuk mengikuti Ustazah yang dimaksudkan kerana kami tidak tahu keadaan didalam masjid Nabi itu sendiri dan mengorbankan makan malam pada hari itu. Aku berjumpa Cekgu Manaf rakan yang ku kenali bertugas sebagai guru di MRSM Kuantan dan bertanya beliau samaada dah ke Raudah ke belum. Dia memberitahu malam ini Ustaz Salim akan membawa jemaah ke Raudah pada jam 9.00 malam aku mohon untuk mengikuti nya walaupun Ustaz Salim bukan mutawif dari kumpulan ku.
Jam 9.30 kami menuju keMasjid Nabi untuk ke Raudah dengan diketuai oleh Mutawif Ustaz Salim. Aku benar-benar tak tahu cara dan tempat dan adab mengunjungi masjid Nabi ini sebab itu lah aku menunggu Mutawif yang memang ditugaskan untuk membantu jemaah yang baru seperti kami. bagi mereka yang dah mengetahui dan biasa malah dan berulangkali datang dan melakukan nya aku kira mereka tak ada masaalah dan pergi sendiri ikut waktu dan masa yang mereka suka. Tetapi bagi aku yang tak mngerti apa-apa , kosong dan bebal, ini lah cara nya yang aku fikir paling baik untuk aku belajar dan mengikuti nya. Dan dalam rombongan Ustaz Salim ada lah lebih kurang 5 orang sahaja yang mengikuti nya malam itu.
Kami memasuki pintu pagar Masjid Nabi dan mutawif memberi salam kepada Rasullullah dan para sahabat, dan terus menuju pintu masuk Baqik (pintu masuk yang mengadap perkuburan Baqik). Sesampai sahaja berhampiran pagar perkuburan dan Masjid mutawif berhenti dan memberitahu kami untuk berdoa kepada Ahli kubur Baqik dimana disitu disemadikan isteri anak dan para sahabat Rasulullah. Dikatakan juga ahli kubur ini telah dijanjikan syurga di akhirat kelak. malah siapa-siapa yang dikuburkan di sini dan diterima oleh Allah SWT akan dijanjikan syurga walaupun ia orang awam masa kini. Oleh itu mutawif tersebut memberitahu berdoalah kita agar kita dipindahkan ke sini aapabila kita mati kelak walau pun jasad kita dikuburkan di tempat lain. Wallah Hu 'Alam.
Kami meneruskan perjalanan ke pintu Baqik...kelihatan masih ramai orang disitu. Sebenar nya ada 2 pintu yang tembus terus menuju ke Raudah dan Makam Rasulullah. Iaitu pintu Babu Salam dan Pintu Baqik.Dari luar makam Rasullullah terletak dibawah kubah masjid yang berwarna hijau. Pintu Baqik adalah pintu yang paling hampir dengan Makam Rasullullah dan Raudah terletak disebelah Makam Rasulullah. Ia merupakan kawasan yang kecil kukira hanya berkeluasan sekitar saiz rumah teres biasa dan dibahagi 2 untuk jemaah lelaki dan wanita
Kawasan itu terletak nya mimbar nabi dan karpet nya berwarna hijau. Kami bersama orang ramai berpusu dan menunggu giliran secara berhimpit-himpit dan melihat peluang dengan berdiri dibelakang orang yang sedang bersembahyang dan berdoa. Rakan ku memberitahu jika ada peluang terus bersembahyang dua rekaat dan berdoa. Dan aku menunggu peluang yang terbaik untuk berbuat demikian dengan sabar....akhir nya orang yang dihadapan ku bergerak keluar dan aku pun menggantikan tempat nya untuk menunaikan solat 2 rakaat dan berdoa......
Setelah selesai aku pun bangun keluar dan orang lain yang sedia menunggu mengambil alih tempat ku pula. Dalam keadaan demikian kita tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri walaupun tidak ada orang yang akan menghalang kita duduk lama disitu tetapi harus juga kita memberi peluang kepada orang lain juga...
Aku pulang ke hotel sendiri setelah terpisah dengan rakan ku semasa di dalam Raudah tadi. Terus ke hotel dan keluar semula dengan isteri ku untuk membeli nasi kerana dia tak sempat makan malam. Kalau di Makah dan Madinah jika mahu membeli nasi untuk dua orang makan cukup hanya membeli satu bungkus sahaja. Harga agak mahal 10 riyal tetapi kadang-kadang tak habis makan kerana ia mengandungi lauk ayam 3 ketul, roti seperti capati dan kentang goreng.
Hari hari berikut nya kami memenuhi jadual lawatan yang telah diaturkan di sekitar kota madinah....Mengunjungi Masjid Quba'. Sebelum ke masjid ini kita diminta untuk berwuduk dari rumah (tempat tinggal) dan dalam keadaan wuduk menunaikan solat 2 rakaat di masjid Quba' dan pahala nya bersamaan dengan sekali mengerjakan Umrah.....kami juga ke Jabal Uhud melihat kawasan perang Uhud dan menziarahai perkuburan para Syuhada dimana Saidina Hamzah telah gugur semasa peperangan rersebut dan hati nya di robek oleh Hendon dan cuba di makan oleh nya. Dalam peperangan itu 70 orang Syuhada telah mati Syahid termasuk Rasulullah sendiri cedera dan patah gigi nya. Perkuburan itu kini telah dipasang tembok dan kita tak dapat melihat kedalam hanya. Doa dipanjatkan dari luar tembok tersebut terasa apa yang kita nikmati dalam beragama sekarang adalah hasil perjuangan mereka yang terkorban demi menegakkan Agama kita yang Syumul ini..dan kita tidak bersusah payah seperti mereka ....Subhanallah.....semoga roh mereka dirahmati ALLAH dan mereka yang Syahid ini di tempatkan didalam syurga..........
Kami juga melawat masjid Kiblatain...(masjid 2 kiblat) masjid dimana Nabi Muhammad SAW menukar kiblat dari masjidil Aqsa ke Masjidil Haram sekarang setelah turun wahyu dari ALLAH SWT. Ketika itu beliau sedang mengimamkan solat zuhur kalau tak silap. Masjid tersebut mempunyai 2 menara yang berdekatan dan bertentangan antara satu sama lain. Kami juga melalui masjid "tikar" dan tak pasti mengenai sejarah nya, melawat ladang korma dan pasar korma sebelum mengakhiri lawatan kami pada hari itu dan pulang ke hotel sebelum masuk waktu zohor.
Malam itu aku pergi sendiri ke Raudah setelah sembahyang maghrib dan Isyak di baris hadapan (baris hadapan hanya ada 6 syaf sahaja dan baris ini dihadapan selepas Raudah dan Makam Rasullullah dan seterus nya Imam) dan malam itu aku mendapat peluang agak lama didalam Raudah.....
Saya meninggalkan Raudah melintasi makam Rasulullah dan dua sahabat nya, meninggalkan nya dengan rasa sayu dan sebak kerana esok aku akan beragkat pulang ke tanah air. Tidak ku tahu bila lagi aku akan sampai kesini menziarahi makam beliau........
jumpa lagi......
Saturday, January 9, 2010
Hari-Hari Terakhir Di Madinah
11:07 AM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment