masa yg diambil 30 menit cukup. walaupun kekadang cepat atau lewat semenit dua. itupun setelah melalui 15 halangan lampu isyarat. 13 terdapat pada setengah perjalanan. setiap pagi dan petang. dahulu, lebih jauh dan lebih lama. satu jam 45 menit. dari klang ke tk. intan setiap hujung dan awal minggu. sebahagian besar dari kehidupan kita kini habis dijalan. berbanding dulu sebahagian besar kehidupan kita habis disawah atau dirumah. ini pada analisa ana. sudah pastilah banyak peristiwa yg telah kita alami dan kita lihat disepanjang waktu berkenaan. mungkin ada ide yg telah terjana dijalanan, diamalkan atau digunakan bagi memperbaiki kehidupan. perasan kah kalian bahawa jalanraya adalah sebuah dunia. dunia kecil yg penuh dengan segalanya. emosi, kemarahan, perniagaan , ide baru, agama, perkahwinan, dosa dan pahala.
percayalah juga bahawa sebahagian besar dari kita adalah orang-orang jahat yg tidak menghormati undang-ungang apabila berada dijalanraya. undang-undang jalanraya adalah baik dan dicipta bertujuan untuk memudahkan serta menyelamatkan kita yg menggunakan. tetapi kita malah seringkali memandangnya dengan sangat serong. ramai dari kalangan kita malah menekan pedal minyak semasa lampu isyarat berwarna kuning. jangan nak menafikan, lebih baik senyum. sebab itu sebahagian besar lampu isyarat tidak memaparkan warna kuning lagi. terutama dilembah kelang. hijau terus merah, tiada makna dan gunanya peringatan supaya sedia berhenti. bagaimanapun pelangaran ini dengan berbagai sebab dan alasan. paling popular, urgent dan kejar masa. masa sebenarnya tidak bisa dikejar, ia tetap lari dari kita. kerana itu kita disaran mendahului masa. sekiranya ente perlu sampai pada jam 8.00 manakala masa diambil 30 menit, bertolaklah pada jam 7.00, sekurangnya ente akan berasa lega jika terperengok oleh jem atau sebarang halangan yg terjadi diluar dugaan.
walaupun undang-undang punya penguatkuasa, pemerentah lebih menekankan kesedaran diri kerana kesedaran diri dapat mengurangkan kos dan lebeh berkesan pada jangka panjang. adakah kita telah sadar atau masih mabuk! orang siuman juga akan mabuk kalau dalam jem yg panjang ramai potong kiri! orang baik selalu menghadapi cabaran berat, terutama emosi dan mental. kerana itulah pahala sabar sangat besar.
90 km
jika kalian melalui jalan klang sabak, pasti akan terlihat tanda 90km pada papan bulat ditepi jalan. ini membawa makna kelajuan yg dibenar bagi jalan luar lebuhraya adalah 90km sejam. siapa yg baru dapat lesen memandu tahu itulah kelajuan maksima yg perlu diikuti apabila memandu dijalan berkenaan. ironinya apabila kecekapan telah bertambah, ingatan semakin kabur terhadap peraturan tersebut. lainlah bagi sahabat kalian yg tiada lesen memandu. besit sesukanya. bagaimana pendapat ente terhadap mereka yg jahat yg memandu laju melebehi kelajuan tersebut. serta apakah dosa dan kesalahan seseorang yg memandu 90 km dilorong tengah sehinga diwarning dgn hon serta lampu supaya ketepi! lainlah kalau kenderaan pihak berkuasa spt ambulan yg dalam kecemasan.
ana selalu berfikir tidak salah mereka yg lari selaju 90 km berada dilorong tengah kerana itulah limit kelajuan dibenar. dibelakangnya mengekori juga kelajuan 90km. manakala mereka yg makan angin memandu dilorong kiri. oleh itu tidak wajar sama sekali mereka yg berkelajuan melebehi 100km memarahi mereka ini lantaran menghalang laluan! orang jahat inilah yg sepatutnya tidak boleh berada dijalan klang sabak dan perlu mencari jalan sendiri samaada di laluan parit atau dibawah pokok-pokok. seorang penceramah bercerita semasa beliau ke us, telah melawat air terjun niagara dengan teksi. kelajuan yg dibenar 50mph. jalan kosong tetapi pemandu tetap dgn kelajuan itu. menyedari kalau di m'sia pemandu memecut pada jalan lapang, beliau telah meminta meningkatkan kelajuan. apa kata pemandu cab, canot man... this is amarika. lihat kesedaran dan mentaliti penghuni negara maju. itulah sebabnya ana tidak menghiraukan mereka yg memandu laju dan minta laluan jika memandu 90km dan berada dilorong tengah. bukankah jika ana beraleh kelorong kiri akan menyuburkan sikap pemanduan F.1 dijalanraya? bagimanapula kepada mereka yg memandu kurang 90km tetapi suka-suka berada di lorong tengah? sperti pemandu laju, mereka ini punya sakit mental dan perlu dihalang dari mengunakan jalanraya!
jejantas.
dari klang ke sg. buluh tempat kerja ana, ada enam jejantas. baru-baru ini suratkhabar memaparkan beberapa penguna jalanraya telah disaman lantaran tidak menggunakan jejantas buat menyeberang. kadangkala aneh dunia ini. orang yg memilih jalan mudah adalah seorang penjahat. pernahkah kalian terfikir bahawa jejantas dinegara kita sangatlah tidak friendly. menyusahkan dan menyeksa golongan tua dan oku! cobak tunggu seharian disana dan bilang berapa dan siapa yg menggunakan. dimana-mana jalan sebok, keputusan mes. pibg adalah meminta jkr membina jejantas dihadapan sekolah. setelah dibina, lihatlah betapa sukarnya anak-anak sekolah dgn beban berat menaik dan menurun tangganya. siapakah yg telah membawa cadangan noncence ini kejemaah menteri sehingga diimplimentasikan seantero negara?
pada pandangan ana, lebih baik di bina terowong menggantikan jejantas. tidak perlu terowong tinggi dan besar. cukup bagi penungang motoo, basikal dan pejalan kaki. terowong besar kelak akan dicilok pula oleh kereta. ana kira kosnya tidaklah besar mana kerana ianya kecil sahaja. lagipun kalau kita teliti banyak lagi projek belanja besar tetapi menafaatnya kepada rakyat tidak seberapa. malas je ana nak mengulasnya. tetapi siapalah ana dan siapalah yg nak terima cadangan ini walaupun ianya sangat briliant dan praktikal.
road desighn.
tahun lepas jalan klang sabak masih lapang dari tebing kanan ke tebing kiri. tiada penghadang jalan dibuat. kini telah banyak penghalang. hampir sepanjang jalan. siapa punya ide ini? dan mengapa dilaksanakan dgn sangat mudah! dalam banyak perkara kita dipaksa untuk menerima. kalau ente perlu menyeberang manakala lobang u-turn 1/2 km adakah ini mengembirakan? inilah yg telah terjadi. taukey kedai muram kerana pelanggan sukar datang, kereta menongkah arah kerana tempat yg dituju hampir dgn rumah. orang kita selalu fikir tak habis. perancangan selalu dibuat tanpa mengambil kesan dan implikasi. banyak penghalang dibuat tanpa menyediakan lampu jalan. pada waktu malam dan hari hujan berhati-hatilah terutamanya di kapar. penghadang jalan yg rendah, tidak bercat dan tiada lampu jalan sangat membahayakan. lebih baik memilih laluan tepi kerana kalau terpaksa kebirai jalan kereta tidak terhalang.
ana selalu terfikir siapakah road desighn tersebut. nampaknya ia telah menjadi rude-desighn! apakah yg telah dipelajari oleh para enginear? siapakah guru-guru mereka dan buku tahun berapa yg mereka telaah. masih ingatkah teragedi mrr.2 yg telah menjadi perdebatan hangat itu? kos memperbaiki mungkin melebehi kos membinanya.
inilah padahnya menghabiskan masa dijalanan tanpa zikir. emosi dan layanan fikiran selalu diikutkan sehingga semua yg ditempuh tidak betul belaka. kesimpulannya kalau kita warga yg sehat mental dan punya kefahaman tinggi terhadap sesuatu peraturan serta dapat mengamalkan kesabaran, kita akan dapat mengatasi segala perkara yg negatif yg menggugat keharmonian setempat. sama-samalah kita menggunakan masa kita dijalanan dengan bermenafaat kerana dunia kecil ini akan mendidik kita mendiami dunia besar ini dgn betul dan sempurna.
wassalam
klang.