Friday, March 8, 2013

SEBULAN BERLALU

Assalamualaikum semoga kita semua di rahmati Allah swt.

Masa bergerak sangat pantas. Sudah sebulan berlalu selepas entry terakhir di blog ini terdampar sepi. Tiada siapa diantara ahli kita yang berkesempatan untuk mengupdate entry-baru. Begitulah keadaan nya saya kira masing-masing dengan hal dan perkara masing-masing yang perlu diuruskan saban hari. Jadual harian yang sangat padat. Ketidak cukupan waktu untuk mencatatkan seayat dua bagi disampaikan kepada khalayak yang mengunjungi blog ini. Masyaallah aktiviti seharian kita telah memberi pengaruh yang sangat besar kepada kehidupan  seharian  dalam meladeni kehendak diri sendiri dan dan semua yang dibawah tanggungan kita. Ia saolah olah tidak akan bernoktah.Semoga apa yang kita lakukan saban hari perlu diiringi dengan keikhlasan dan hanya kerana Allah. Semata-mata kerana Allah dan tiada sekutu bagi nya.

Pelbagai peristiwa telah dilalui sepanjang bulan february yang lalu. Perjumpaan ketua-ketua keluarga yang menjadi tonggak mewakili keluarga-masing-masing dapat berkumpul di rumah kecil saya di SA. Secara kesimpulan nya ia merupakan perjumpaan santai yang dirancang dengan pantas oleh Suria sempena Majlis Walimatul Urus Anak Hajah Syaripah dan Hj Dollah Kudin Waris tua terdekat kita di SS 24 SA.
Ia merupakan suatu majlis perjumpaan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim disamping bertanya khabar dan perkembangan keluarga masing-masing.

Banyak perkembangan yang telah berlaku samaada dalam bentuk material, kehidupan masing-masing dan pertambahan ahli -ahli keluarga telah dilaporkan kepada pengerusi iaitu En Misbahkhul Munir.. Sempat juga membincangkan beberpa aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2013 ini. Diantara nya Mini hari keluarga, 2. Majlis Korban sempena Edul Adha 3. Majlis Tazkirah dirumah ahli-ahli yang terpilih dan yang paling penting Yuran. Saya pasti ia ada dicatatkan oleh SU persatuan kita iaitu Cekgu Suria. Ada baik nya minit itu diupdatekan dalam blog ini. Harapan nya agar ada respon dari ahli ahli bagi penambahbaikkan atau pemurnian lagi.

Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan sudah pasti memerlukan kewangan. Alhamdulillah ada berlaku kutipan yuran semasa majlis dijalankan tempohari. Elok juga jika laporan kewangan diupdatekan dan ahli-ahli boleh memberi sumbangan idea bagaimana untuk melicinkan lagi proses yuran bulanan ini dapat dipungut. Selain itu ahli-ahli juga diharap dapat memberi idea-idea bagaimana mahu manjana pendapatan selain dari pungutan yuran bulanan. Sekurang-kurang nya ada aktiviti penjanaan ekonomi dalam persatuan kita dan ia baik bagi mendidik ahli-ahli yang muda untuk berkecimpung didalam perniagaan dimasa hadapan. Kita perlu yakin bahawa 9/10 dari punca rezeki itu datang nya dari aktiviti perniagaan.Bahkan Allah sangat suka kepada hamba nya yang melakukan pekerjaan sendiri dalam mencari rezeki seperti Nabi Daud. Dikalangan ahli persatuan kita sudah ada beberapa orang yang menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa. Alhamdulillah khabar nya sudah ada yang berjaya hingga merentasi sempadan negara...dan ada yang sudah berkira-kira untuk membuka cawangan perniagaan ditempat lain...Ia sesuatu yang sangat membanggakan dan saya sangat berharap agar mereka-mereka ini suatu masa nanti dapat berkongsi pengalaman kepada kita semua mengenai jatuh bangun nya mereka didalam bidang perniagaan yang mereka ceburi sekaligus menjadi contoh ikutan kepada generasi kita yang masih muda. Saya ingin memberi pesanan  jalankanlah perniagaan itu mengikut sunnah dan syariat yang dituntut oleh agama agar ia selamat dunia dan akhirat disamping mendapat rezeki yang halal keuntungan di dunia juga sekaligus mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak. Ingat lah kita perlu mengutamakan Akhirat dan dunia hanya sebagai laluan.

Juga beberapa peristiwa besar berlaku sepanjang bulan yang lalu. Negara kita telah diceroboh oleh segolongan puak yang menuntut hak sebagai tanah air mereka sehingga mengorbankan nyawa pasokan keselamat kita dan dari kumpulan penceroboh di Lahad datu Sabah. Adalah sangat malang sekali peristiwa ini berlaku diantara kita yang seagama islam. Banyak iktibar yang dapat kita perolehi dari peristiwa ini. Namun ingin saya simpulkan iaitu inilah akibat apabila kita melupakan Masjid. Bermakna kita melupakan Allah SWT yang mencipta kita. Tidak mensyukuri apa yang telah kita perolehi. Kita hilang arah dan hilang punca. Hilang pertimbangan dan hilang kewarasan. Dan sentiasa lihat pada diri sendiri dan jangan lihat pada orang lain. Semoga ia dapat diatasi dengan baik dan kembali tenang seperti sediakala....perajurit yang gugur semoga roh mereka dirahmati Allah.Sekali lagi saya nyatakan dunia ini hanya laluan ..Akhirat yang perlu diutamakan.

Jumpa lagi Wassalam.
Menara Gading.


Friday, February 1, 2013

RESEPI KEJAYAAN

Assalamualaikum semoga kita dirahmati dan diberkati Allah.

ISTIQOMAH DAN KELAZIMAN

 Salah satu resepi kejayaan kita ialah sentiasa melakukan sesuatu dengan secara berulangkali sehingga menjadi suatu kelaziman. Amat jarang sekali kita memperolehi sesuatu kejayaan atau mencapai cita - cita hanya dengan sekali percubaan. Ia boleh dikatakan sebagai nasib baik atau telah ditakdirkan oleh Allah swt.

Konsep kelaziman ini telah diterapkan kepada kita semenjak dari kecil lagi. Dari bayi kita diajar berkata-kata dengan bahasa yang kita gunakan seharian dan akhir nya kita boleh berkomunikasi dan difahami oleh kelompok ahli masyarakat di sekeliling kita. Kemudian diajarkan untuk mengurus diri dengan penggunaan toilet yang betul dan akhir nya kita pandai mengunakan toilet, kemudian kita diajar untuk menggossk gigi sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun tidur diwaktu pagi. Kemudian kita diajar untuk memakai kasut dengan betul..kasut kanan dengan kaki kanan dan kasut kiri dengan kaki kiri...Kemudian kita dihantar ke sekolah untuk membaca, mengira dan menulis. Akhir nya kita berjaya keluar dari golongan buta huruf dan boleh membaca, mengira serta menulis juga hasil dari latihan berulang-ulangkali..saban hari..malah bertahun-tahun Kemudian kita dihantar kesekolah untuk mengaji dan setelah bertahun-tahun juga akhir nya kita khatam Al Quran....Kemudian kita diajar untuk cara-cara Solat dan Berpuasa....Akhir nya kita tahu hanya cara-cara untuk solat dan berpuasa...sahaja.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang yang berjaya adalah mereka yang telah melakukan banyak kali percubaan. Antara yang terkenal ialah Tomas Edison. Beliau sangat terkenal dengan penciptaan bulb eletrik yang kita guna sehingga sekarang. Kabar nya beliau telah melakukan percubaan sehingga 1000 kali sebelum dia berjaya. Tiger wood pemain golf yang terkenal dan kaya raya memukul bola golf sejak dari kecil lagi. Sudah tentu beliau perlu belajar memukul bola golf dengan teknik hayunan kayu dan kebolehan mengira jarak jauh lubang serta membaca arah tiupan angin dengan betul dan tepat. Dan ia sudah pasti memerlukan latihan beribu-ribu kali hayunan untuk memperolehi pukulan yang "perfect"...

Begitu juga dengan para ilmuan Islam dan tokoh tokoh ulamak islam yang terkenal. Mereka belajar menuntut ilmu semenjak dari kecil lagi. Imam Syafie bejaya menghafaz AlQuran semenjak berumur 9 tahun.. Imam Hanbal telah menghafal lebih dari 700,000 hadis dan diceritakan pernah solat 300 rekaat semalaman..Imam Malik pula dapat mengingati 29 dari 30 hadis yang dibaca oleh guru nya secara lisan dan beliau telah berguru hampir seramai 900 guru . Malah ramai lagi tokoh-tokoh islam yang lain yang sangat hebat dalam bidang masing-masing dan sudah tentu mereka belajar sejak dari kecil dan beristiqomah serta melazimi nya saban waktu.

Jelas bahawa mereka ini berjaya kerana dengan kesungguhan dan iltizam yang sangat tinggi dimana perkara perkara yang dilakukan telah menjadi suatu kelaziman. Mereka melakukan nya kerana telah mencapai suatu peringkat dan dapat merasai kenekmatan dan "passion' yang sangat mendalam. Mereka mempunyai impian masa hadapan yang jelas dan yakin bahawa impian mereka boleh dicapai pada suatu hari nanti dan membawa kepada kehidupan yang bahagia samaada kehidupan dunia atau kehidupan di akhirat. Akhir nya mereka mencapai kepuasan dalam perkara yang dilakukan nya.

Pada hari ini ramai diantara kita rata-rata kita tidak sabar dalam banyak perkara yang kita lakukan. Kita mahukan hasil kejayaan yang yang diperolehi dengan pantas dan cepat. Kita mahukan pendapatan yang banyak dengan segera, kita mahukan kereta mewah dengan pantas, rumah besar dengan cepat , mengumpul harta dengan banyak  dan segala-gala nya kalau boleh dengan sekelip mata. Masyaalah.. Banyak sejarah yang terdahulu menunjukkan kepada kita kaedah dan cara seperti ini tidak menghasilkan keuntungan yang kekal. Ia akan berlalu dengan pantas sepantas mana kita memperolehi nya. Kerajaan Firaun, kerajaan Rom, Karun dan lain-lain akhir nya tersungkur ke bumi setelah apa yang mereka perolehi dengan mudah telah menutup hati mereka untuk tidak beriman dengan Allah swt. Ia bukan sesuatu yang hebat disisi Allah.

Lakukan perkara yang kita kerjakan saban hari dengan penuh istiqomah dan menjadi kelaziman yang menyenangkan. Insyaalah kita akan mencapai kejayaan suatu hari nanti. Jika kita sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang kita kerjakan dan sentiasa membanding-bandingkan dengan apa yang dilakukan oleh orang lain lebih baik dari kita..akhir nya kita akan kecewa dan tidak dapat menunjukkan sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan. Cintailah tugasan kita...lakukan dengan sepenuh rasa...Solat kita adalah tugas utama kita di muka bumi ini mengatasi tugasan yang lain... Cintai Allah dan Rasul adalah istiqomah dan kelaziman yang perlu dilakukan setiap saat ....apabila ia sentiasa menjadi kelaziman maka ia akan sentiasa ada didalam hati kita dan akhir nya itulah yang menolong kita diakhirat kelak.

Selama 2 hari saya menghadiri Persidangan Akademik di Dewan Besar denga tema "Propelling Academic Excellence through World Class Practices" mengikuti syarahan yang disampaikan oleh ahli akademik dari Universiti luar negara yang dijemput khas..kesimpulan nya mereka menyatakan seperti apa yang saya catatkan diatas.......Bilakah agak nya akan dapat mendengar syarahan dari mereka yang berjaya dalam bidang akademik yang menganuti ajaran Islam...

Jumpa lagi..
Menara Gading.


Thursday, January 24, 2013

12 Rabiul Awal

 MaulidurRasul

Assalamualaikum Solawat dan salam keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW ......semoga kehidupan kita  sentiasa dirahmati Allah dan menjadi hamba Nya yang taat kepada perintah dan suruhan Nya dan mengikuti sunnah Rasulullah agar selamat didunia dan akhirat....

Saban tahun tarikh 12 Rabiulawal diraikan oleh umat islam diseluruh pelusuk dunia sebagai meraikan tarikh kelahiran Nabi besar junjungan kita. Banyak sambutan diadakan dengan berbagai cara dan dinegara kita kemuncak keraian nya adalah suatu perarakan membawa sepanduk sambil bersolawat keatas Nabi dan diadakan pemilihan tokoh  MaulidurRasul  dari kalangan  orang awam yang cemerlang mengikut bidang dan kreteria yang ditetapkan. Di Masjid dan surau juga diadakan majlis-majlis sambutan MaulidurRasul sepanjang bulan Rabiul Awal ini dimana-mana sahaja seluruh negara. Tambahan pula negara kita menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum. Begitulah pengiktirafan istimewa terhadap sambutan MaulidurRasul ini oleh kerajaan kita.

Beginilah tanggapan dan kefahaman saya terhadap MaulidurRasul ini. Cuti umum dan perarakan membawa sepanduk sambil bersolawat beramai-ramai. Tamat aktiviti ini tamatlah ingatan kita kepada Rasulullah. Malah sepanjang hayat saya tak pernah pun menyertai perarakan seumpama ini. Cuti dihabiskan di rumah sahaja, menjelang tengahari ke shopping mall untuk membeli belah. Selebih nya menghadap tv dan tidur...

Masyaallah saya tersedar betapa jahil nya saya selama ini. Ceramah oleh Ustaz Rasdy Jamil selepas maghrib malam tadi selama 2 jam lebih mengenai sirah Rasulullah sebelum kelahiran sehingga kewafatan sangat memberi bekas dihati. Tambahan lagi kuliah selepas subuh oleh Ustaz Roslan dari UM mengenai Rasulullah sebagai pembawa rahmat keseluruh alam menambahkan lagi betapa tidak layak nya saya menjadi pengikut Rasulullah umat akhir zaman yang perlu Baginda kenali di akhirat kelak.  Subhanallah....sudah 2 kali saya diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk mengunjugi dan menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjidil Nabawi . Bermakna sudah 2 kali saya mendaftarkan diri mengunjungi Baginda. " Barang siapa umat ku yang datang mengunjungi ku selepas aku wafat akan aku ingat nama nya di akhirat kelak dan sesungguh nya merekalah umat yang aku sayangi".....

Ya benar...sudah 2 kali saya menziarahi Baginda. Namun hakikat nya saya tidak pernah membaca sirah Baginda. Hadis hadis tinggalan nya hanya saya baca apa yang tercatat didalam buku agama semasa di sekolah menengah dahulu. Begitu juga sirah Nabi yang diketahui sehingga sekarang berasal dari kefahaman dan bacaan juga semasa di sekoah dahulu... Masyaallah ......miskin nya saya....daif nya saya dan dungu nya saya ..serta sombong nya diri ini tidak pernah mengambil tahu siapa sebenar nya Nabi besar kita Nabi Muhammad Rasulullah yang juga kekasih Allah yang membawa kerahmatan ke seluruh alam memberikan kita cahaya bagi menerangi jalan kegelapan, penunjuk jalan kebenaran,. Beliau lah yang membawa nilai-nilai kehidupan yang menjadi  kenekmatan kehidupan kepada kita semua.

Mulai hari ini marilah kita berusaha dengan sepenuh nya untuk mengenali Baginda, Bacalah sirah nabi yang banyak  ditulis dan dipasarkan dikedai buku. Antara yang disyorkan ialah Sirah Nabawiah karangan Syaikh Mustapha Al Shibai kalau tidak salah ejaan nya....Marilah kita mengenali Baginda dengan lebih mendalam sebagai tanda kecintaan kita yang sebenar kepada Baginda. Marilah kita memahami hadis-hadis tinggalan Baginda sebagai permata buat orang yang beriman..marilah kita mengikut sunah nya semampu yang boleh sebagai cara hidup

Amat malang lah kita sebagai umat Nabi Muhammad yang sangat beliau sayangi yang gagal menghayati rahmat dan hidayah yang dibawa oleh nya sebagai suatu nekmat penunjuk jalan bagi menuju  ke akhirat sedangkan kita memekakkan telinga kita yang tidak tuli, membutakan mata hati kita. Marilah kita kembali semula kepada ajaran nabi untuk menjadi pedoman kapda kita. Nabi mengenal kita kerana ketakwaan kita, ilmu dan amalan kita, iman kita kepada Allah bukan kerana bangsa kita Jawa atau Melayu atau Inggeris atau Arab sekalipun sebalik nya kerana agama kita Islam mengikut AlQuran dan Sunnah nya dan sentiasa mengingati nya. Marilah kita sambut bukan hanya kelahiran nya tetapi sambutlah Risalah yang dibawa nya kerana itu lebih penting untuk dihayati dan diamalkan. Jangan lah kita seperti Abu Lahab ...dia menyambut kelahiran anak sedara nya dengan begitu meriah sekali dan kedua tangan nya lah yang menatang Nabi ketika lahir dengan bangga dan penuh kasih sayang sehingga sanggup mengorbankan banyak haiwan ternakan tetapi apabila Nabi mengistiharkan sebagai Rasul maka Abu Lahab lah yang berkata Celaka lah kamu Muhammad ...lantas Allah SWT membalas semula kutukan nya dengan menurunkan surah Al Masad " Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!." ......Allohuakbar.

Marilah kita sentiasa bayangkan bahawa Nabi Muhammad sentiasa bersama dengan kita...sebenar nya pun Nabi tak pernah berpisah dengan kita ..didalam solat ia sentiasa ada didalam bacaan tahiyat kita setiap waktu..setiap saat dimuka bumi ini dimana sahaja.  Hanya jasad nya sahaja yang berpisah dengan kita didunia ini sedangkan roh nya, semangat nya, ajaran nya, solat nya ibadah kita dan segala nilai kehidupan yang baik adalah hasil dari menuruti perintah ajaran nya. Bercita-cita lah kita pada suatu saat nanti dihadapan Allah ketika ibu dan bapa tidak mengenal anak nya, abang dan kakak tidak kenal adik adik nya, biarlah Nabi yang kenal kita dan memberi syafaat kepada kita......aku memohon keampunan mu Ya Allah.

Ini lah sedikit sebanyak intipati yang dapat saya kongsikan bersama khalayak pembaca entry ini. Meskipun saya tidak bergelar ustaz dan tidak selayak nya namun saya sangat berharap agar catatan ini dapat memberi manafaat kepada umum yang membaca nya, anak-anak ku, anak-anak saudara ku adik beradik ku sedaya mugkin saya dapat lakukan demi memberi kesedaran sesama kita. Saya dengan rendah diri merasa tidak layak untuk memberikan huraian kepada perkara ini memandang kan diri saya yang sangat miskin pengetahuan terhadap nya. Saya sangat berharap dan berdoa agar suatu hari nanti akan ada dikalangan ahli kita cucu cicit Haji Sakijan dan Hajah Samah yang mempunyai pengetahuan mendalam didalam hal-hal agama islam yang boleh dipanggil sebagai ustaz atau ustazah dan memberikan ceramah serta bimbingan kepada kita semua. Insyaallah.

Jumpa lagi
Wassalam......




























Thursday, January 17, 2013

Peperiksaan dan Penilaian

Sudah hampir 2 minggu peperiksaan akhir semester berjalan di Universiti saya bertugas. Ada dua jenis pengujian yang dilaksanakan di Fakulti saya iaitu 1. Berasaskan peperiksaan bertulis dan 2. berasaskan penilaian projek hasil kerja pelajar.Projek pelajar merupakan penilaian yang dibuat berdasarkan hasil kerja yang telah disiapkan mengikut tema dan bidang pengkhususan masing-masing. Mereka perlu menghasilkan design yang kreatif disamping mempunyai nilai estatika, serta konsep yang yang telah ditetapkan. Mereka biasanya bertungkus lumus untuk menyiapkan projek masing-masing dan akhir nya dinilai oleh para pensyarah yang berkenaan. Bagi mereka yang bertungkus lumus menyudahkan projek yang diberi dan menjawab soalan bagi subjek yang bertulis insyaAllah akan lulus. Bagi penuntut di semester akhir mereka akan menamatkan pengajian dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam disiplin masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya mendapati majoriti para pelajar masakini belajar  dengan niat yang berbeza tidak sebagaimana sewaktu saya menuntut dahulu diawal tahun 80. Ketika ini mereka belajar dengan bermatlamatkan untuk lulus peperiksaan atau penilaian semata-mata. Sedangkan zaman saya dahulu kami belajar adalah untuk mengetahui dan bukan untuk lulus sahaja. Hasil nya kami mencari ilmu dan menemui ilmu-ilmu yang baru tetapi para pelajar sekarang menunggu ilmu yang di sampaian oleh guru dan menghafal nya.Akhir nya mereka gagal untuk menimbulkan ilmu-ilmu yang baru dan beramal dengan ilmu yang diperolehi kerana budaya menerima dan menghafal hanya membolehkan mereka menjadi graduan yang pasif dan tidak pro aktif.

Wahai anak-anak ku menuntutlah ilmu dengan semangat ingin tahu dan membongkar rahsia-rahsia nya dan jangan lah menuntut ilmu kerana hanya ingin lulus peperiksaan dan hanya untuk dianugerahkan segulung kertas yang dipanggil diploma atau ijazah semata-mata.

Membacalah. Salah satu resepi kejayaan orang menuntut ilmu adalah dengan membaca. Kita belajar membaca semenjak dari darjah satu. Dimasakini ibu bapa menghantar anak-anak ada yang seawal umur 2-3 tahun ke tadika atau pusat asuhan kanak - kanak. Diusia itu mereka sudah dilatih untuk membaca. kemudian memasuki alam persekolahan rendah selama 6 tahun, diteruskan ke peringkat menengah selama 5 tahun dan disambung keperingkat pengajian tinggi selama 3-4 tahun dan ditambah lagi beberapa tahun diperingkat sarjana dan akhir nya diperingkat PhD selama 3 - 6 tahun lagi. Insyaallah kita akan dapat melepasi kesemua peringkat tersebut dengan jaya nya. Tetapi malang sekali proses membaca kita akan tamat sebaik sahaja kita melangkah ke alam pekerjaan atau sebaik sahaja kita menamatkan peperiksaan akhir kita di sekolah atau di Universiti.

Kita akan mula membaca lagi apabila kita akan menghadapi peperiksaan untuk tujuan kenaikan pangkat atau gred didalam kerjaya kita. Kesimpulan nya kita hanya membaca untuk sesuatu tujuan sahaja iaitu untuk lulus peperiksaan. Tiada peperiksaan maka tamat lah buku untuk kita baca. Begitu juga kita membaca Kitab Alquran. Kita membacanya hanya untuk khatam Quran semata-mata. Jika kita khatam ketika di sekolah rendah seusia 10 tahun sebagai contoh maka itulah kali terakhir kita membaca nya dan khatam. Selepas itu sehingga keusia kita dewasa ini kita tak pernah khatam lagi...MasyaAllah. Marilah kita membaca, sesungguh nya ayat pertama  yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah IQRA......BACALAH......Bacalah dengan nama Tuhan Mu.....untuk menjadi insan yang cemerlang marilah kita MEMBACA......

Selamat Hari Lahir.

Tengahari tadi sempat bersolat jemaah di Masjid Negeri bersama KTS. Usai solat beliau kata hari ini adalah hari lahir beliau. Ikut tarikh beranak beliau berusia 55. Ikut tarikh pendaftaran beliau 1 tahun lebih muda. Kami menikmati Teh Arab yang berperisa cengkih dan roti arab berintikan ayam di Cafe Masjid.

Di FB tadi sempat melihat anak sedara mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau. Nampak nya blog kita sudah tidak menjadi pilihan utama sebagai medium untuk berkomunikasi dan berekspresi. Tidak mengapalah Insyaallah saya masih mempunyai kekuatan dan kesetiaan untuk menggunakan nya. Cuma barangkali suatu masa Blog juga akan secara beransur-ansur hilang populariti lemas dan akhir nya tenggelam oleh ledakan teknologi serta pelbagai medium yang lebih cepat dan ringkas. Bukankah itu tanda nya akhir zaman semakin menghampiri kita.

Selamat Hari lahir diucapkan kepada KTS. Tak kira walau yang keberapa kita sambut ia hanya sekadar angka. Apa yang penting biarlah setiap tahun usia berganjak ia menaikkan kita  kepada satu tingkat atau tahap lagi darjat kita menuju kepada Allah SWT. Menambahkan keimanan, Menambahkan kefahaman yang lebih jelas kepada jalan menuju Akhirat kerana itu adalah pengakhiran perjalanan kita. Biarlah bertambah nya umur kita menyerlahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah. Menjadi Ahli Ibadah, Ahli Masjid, dan ahli menuntut ilmu.

Usia lalu kita tinggalkan sebagai suatu nostalgia semata-mata. Ia tidak akan berulang. Ia hanya menjadi rujukan kepada orang yang akan datang. Jangan kita terbuai dan terleka oleh nostalgia kerana ia tidak membawa kita kehadapan sebalik nya ia hanya membawa kita berpusing-pusing sahaja di tempat yang sama umpama si keldai yang mengisar gandum. Akhir nya  bekalan kita  berciciran yang dikejar semakin jauh kudrat kita semakin lemah masa kita semakin suntuk dan kita berada didalam kerugian.kita perlu bersedia untuk penilaian dan peperiksaan yang menentukan tempat kita di Syurga atau sebalik nya....Subhanallah ....

SELAMAT HARI LAHIR KTS.

Jumpa lagi.
Rumah kecil di Shah Alam.















Tuesday, January 8, 2013

"ON THE SPOT" Tapi Signifikan.

Assalamualaikum Semoga kita semua dirahmati Allah.
Malam sabtu yang lalu saya diundang untuk majlis Makan Malam Pra Graduasi Fakulti di De - Palma Inn Shah Alam. Saya juga adalah salah saorang dari AJK majlis tersebut.
Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam dengan tema Budaya Melayu Tradisional. Suasana meriah dengan para pelajar yang menggayakan pakaian mengikut tema yang disyorkan. Begitu juga dengan para jemputan masing-masing berusaha untuk berpakaian ala-ala Melayu tradisional. Saya sekadar berbaju melayu dan bersamping sahaja.

Sebaik sahaja melangkah masuk kedewan utama majlis diadakan saorang AJK terus menerpa saya dengan satu permintaan. HAJI ...minta tolong baca doa pembuka majlis ya. Alamak saya terkedu seketika. Lantas saya menjawab  ..tak ada orang lain ke...Tak ada kata beliau...saya melihat di meja makan ada beberapa orang rakan staff lain yang sudah menunaikan haji lebih awal dari saya...Tu Haji..X..ada dan Hai..Y pun ada minta lah mereka bacakan doa....AJK tu menjawap ala mereka tak hendak tak berani....lagipun Haji baru balik dari Mekah....Ala baca ringkas je dah cukup...

Saya diam seketika alamak apa doa nak baca ni dalam hati....seketika sebaik sahaja Dekan dan Timbalan masuk kedalam dewan pengacara pun memulakan majlis. "Bagi memberkati majlis kita dijemput Tuan haji  ..... untuk membacakan doa. Saya melangkah naik ke pentas dengan tenang dan penuh yakin...akhir nya doa selamat berjaya saya bacakan dan diaminkan oleh semua para hadirin.

Kembali ke kerusi saya merenung semula peristiwa "on the spot" yang saya alami. Ia merupakan majlis rasmi yang pertama kali saya bacakan doa. Secara pribadi saya tidak menolak permintaan tersebut tetapi saya tidak bersedia langsung. Jika diberitahu awal-awal insyaallah pasti saya akan bersedia dengan lebih baik. Saya terkenangkan ekoran dari peristiwa ini ....bersediakah kita dalam sebarang kemungkinan jika kita menghadapi sesuatu perkara yang diluar jangkaan kita..Saya terkenangkan jika tiba-tiba saya didatangi Malaikal Maut adakah saya sudah bersedia untuk menghadapi nya.. Masyaallah ...ia peristiwa on the spot  yang pasti berlaku kepada kita semua yang kita tidak tahu bila dan dimana.....adakah kita akan berkata Wahai malaikat kenapa tidak beritahu dahulu akan kedatangan engkau supaya aku dapat besedia......Allah ....Allah kerdil nya kita pada masa itu...Ya Allah berikan lah aku kesempatan untuk mecari bekal secukup nya sebelum aku dipanggil mengadap mu...inilah cabaran Pasca Haji yang perlu saya hadapi....Renungkan lah.

Jumpa lagi.
Menara Gading Shah Alam.






Sunday, January 6, 2013

Selamat Tahun baru 2013

Assalamualaikum semoga kita semua di rahmati Allah.

Memilih Teman
Saya mempunyai kenalan yang agak ramai. Tetapi teman atau rakan yang karib sangat sedikit. Ia boleh dibilang dengan jari malah tidak keterlaluan jika dihitung sepuluh jari tangan pun tidak sampai. Rakan karib sangat sedikit. Tafsiran nya rakan karib adalah rakan yang sangat rapat dan boleh dipercayai. Kadangkala mereka adalah tempat kita mengadu masalah dan berkongsi rasa.

Seingat saya rakan karib adalah mereka yang berjaya mencorakkan kehidupan kita. Mereka berjaya mengubah diri kita dan mengujudkan personaliti diri sekali gus menjadi siapa diri kita pada masa hadapan. Ketika saya menuntut di ITM pada awal 80  dahulu saorang senior telah mengubah diri saya sehingga saya menjadi seperti sekarang. Dari saorang budak kampung yang mempunyai "self esteem" yang rendah dan mempunyai perasaan "inferiority complex" yang tinggi akhir nya saya berubah kepada saorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berani bercakap dan mudah bergaul dengan orang lain serta bersikap adventure. Kebaikannya beliau tidak pernah mengajak saya berkunjung ke tempat-tempat maksiat dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik meskipun beliau tidak juga mengajak saya ke masjid.

Ketika bertugas di Sabah dahulu pun saya hanya mempunyai beberapa orang rakan karib sahaja. Masih berhubungan sehingga sekarang walaupun tidak pernah bersua sehingga kini hampir 23 tahun. Beberapa orang dari mereka berjaya mengubah diri saya. Namun kebanyakkan nya semua bersifat membangunkan potensi diri dan menjadi guru yang baik. Begitu juga sepanjang tempoh penghijrahan ke Kelantan selama 11 tahun. Saya hanya mempunyai seorang dua sahaja rakan karib sehingga sekarang.

Saya ingin mengingatkan kepada anak-anak saya terutama nya dan pembaca agar berhati-hati dalam memilih teman atau rakan dalam pergaulan. Perkara ini sangat penting untuk direnungi bersama kerana tanpa kita sedari rakan atau teman adalah mereka yang banyak mempengaruhi personaliti diri kita. Personaliti ini adalah diri kita pada masa hadapan. Lebih mendalam lagi dari satu pandangan sisi tanpa kita sedari setiap dosa dan pahala yang kita lakukan ternyata bersumber dari pergaulan sehari-hari bersama orang lain iaitu rakan-rakan disekeliling kita.

Oleh itu kelompok rakan yang mesti kita gauli hanya ada dua. Pertama, rakan yang membantu kita berbuat kebaikan dan ketakwaan. Kedua rakan atau sahabat yang membantu kita dalam urusan dunia. Jika kita menemui rakan yang Allah berikan kedua sifat tersebut kepada nya maka haruslah kita bergaul dengan nya. Jika rakan atau teman tidak mempunyai kedua dua sifat tersebut maka haruslah kita menjauhi nya dan jadikan lah rakan atau kenalan biasa sahaja. Hanya mereka yang menolong mu dalam hal kebaikan yang akan menyelamatkan kita didunia dan akhirat.

Memang kenyataan nya sedikit sekali orang yang akan menerima nasehat ini. Bersabar dalam memperjuangkan persatuan adalah sesuatu yang sangat berat.Dengan rahmat nya muga Allah membimbing kita untuk menapak disetiap jalan kebaikan bagi mengharungi kehidupan dan masa hadapan yang semakin mencabar terutama diawal tahun baru ini.

Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru Masihi 2013 kepada semua pembaca blog kita. Meskipun ia telah berlalu hampir 5 hari namun kedatangan nya masih dirasai. Sebenar nya ia tidak banyak membawa perubahan kepada diri kita. Hanya sekadar anjakan tarikh kepada tahun yang baru setelah genap pusingan selama 12 bulan atau satu tahun. Hakikat nya hari ini dan semalam sama sahaja...kita masih melakukan rutin harian yang sama...polar kehidupan juga sama...jam tidur dan berehat kita sama...makan dan bekerja juga sama..rakan-rakan juga sama..kalau ada perubahan pun hanya sedikit sahaja dan tidak memberi sebaran signifikan yang besar....hanya umur kita sahaja bertambah dari segi angka sebagai contoh dari 50 bakal menjadi 51 pada tahun 2013 ini.....mungkin ini agak signifikan kepada kita, mungkin juga kita tidak berasa apa-apa......dan hari berlalu seperti hari-hari biasa yang kita tempohi semalam...

Wassalam..

Monday, December 31, 2012

Tawaf Widak - Tawaf Selamat Tinggal

Assalamualaikum semoga kita semua di berkati Allah swt.
Hari ini adalah hari terakhir untuk kita berada di tahun masihi 2012. Bermakna kita sudah sampai ke penghujung hari dalam kalender masihi dan esok insyaallah kita semua akan bernafas di tahun baru 2013. Bermakna juga umur kita semakin menjadi pendek untuk terus kekal di dunia ini dan zahir nya ia bertambah banyak dari segi angka nya.

Begitu juga catatan perjalanan ibadah haji kami semakin hampir untuk sampai ke nokhtah nya. Meskipun sudah ada respon dari pembaca menyatakan pengakhiran entry ini didalam komen yang lepas namun saya berhasrat untuk menamatkan nya sebaik sahaja mendarat  di KLIA.

TAWAF WIDAK

Kami diarahkan untuk melaksanakan tawaf widak oleh TH pada 4 Nov 2012 jam 3.00 pagi. Ini bermakna kami sudah tidak berkesempatan untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram kerana sebaik sahaja selesai tawaf widak kami perlu segera meninggalkan Tanah Haram dan dilarang untuk bergambar, membeli belah, membayar hutang bersukaria dan lain-lain. Begitulah beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi.

Tawaf Widak adalah tawaf selamat tinggal dan ia merupakan suatu kemestian kepada penduduk Makah yang akan keluar meningglkan Makah. Bagi jemaah haji seperti kami keberangkalian tawaf widak sebagai tawaf selamat tinggal untuk kali terakhir adalah sangat tinggi. Entah berkesempatan lagi atau tidak bagi kami untuk datang mengunjungi Baitullah ini dimasa akan datang. Namun kami tetap berdoa agar ia bukanlah kali terakhir untuk kami berada disini dan kami memohon agar diberi peluang untuk kami datang lagi dimasa akan datang.

Selesai tawaf dan solat sunat kami terus berjalan keluar Masjidil Haram untuk pulang ke Maktab bagi menaiki bas yang dijadualkan bertolak ke Jedah pada jam 6.00 pagi. Kali ini saya tidak berasa terlalu sedih ketika meninggalkan Masjidil Haram. Barangkali kerana telah biasa dan tinggal agak lama disini dibandingkan semasa berziarah mengerjakan umrah dahulu. Tetapi perasaan sayu tiba-tiba hadir menusuk kalbu sebaik sahaja bas mula bergerak meninggalkan maktab dan lambaian para jemaah yang masih tinggal di lobi hotel mengiringi kesedihan ini. Baru lah terasa perjalanan ini sudah tidak berpatah balik dan bumi MakkatulMukarromah ini bakal di tinggalkan selamanya.

Saya menoleh keluar tingkap bas. Menara jam masih tetap berdiri gagah dan secara perlahan-lahan ia semakin rendah  ...rendah dan menghilang disebalik bangunan bangunan dihadapan nya...........ia lenyap bersama deraian air mata yang tak dapat dibendung......bayangan jalan-jalan yang dilalui ke masjidil haram saban hari diwaktu siang dan malam..suara penjual barang dagangan dikaki lima ,,suara keset mengaji alquran di gerai..gerai ...dan suara jemaah lain memanggil Haji..Haji...datang silih berganti...kesesakan di masjidil haram dan penuh nya dataran kaabah   ahhh...segala nya hadir dalam bayangan ingatan yang sukar untuk dipadam......apa pun saya memohon keampunan mu ya Allah sepanjang keberadaan saya disini jika ada perlakuan saya yang menjadikan dosa keatas diri saya mohon di ampunkan.......dan saya memohon agar haji kami adalah haji yang mabrur...bas  bergerak menuju Jeddah dengan lancar...

MADINATUL HUJAJ
Kami tiba di Madinatul Hujaj pada jam 10.00 pagi. Ia merupakan tempat transit bagi jemah haji Malaysia yang akan pulang ke tanah air pada keesokan hari. Ada 2 blok bangunan salah satu nya mempunyai 4 tingkat sebagai asrama penginapan. Satu lagi umpama gudang yang menempatkan bagasi dan untuk check in sekali oleh syarikat penerbangan.
Bersantai di Madinatul Hujaj -Teransit 1 malam sebelum berangkat pulang

Kami hanya berehat sahaja untuk menunggu penerbangan pulang yang dijadualkan keesokan hari pada jam 11 pagi. Ada sebuah gerai yang menyediakan masakan ala Malaysia sepeti soto, sate dan ABC disini. Kami sempat merasa bagi menghilangkan kerinduan kepada makanan kita yang sudah lama tidak dikecapi. Harga nya ...agak mahal juga..tetapi tiada pilihan  ..boleh lah....

Tiada sebarang tekanan disini kecuali ketika  cek in bagasi. Bagi mereka yang mempunyai bagasi melebehi 25 kg ia dikatakan akan dicaj mengikut lebihan kg. Bagi yang memasukkan air zam-zam sekali didalam bagasi akan disuruh untuk dikeluarkan..dan berbagai-bagai lagi versi yang boleh dan tak boleh dibawa semasa menaiki pesawat. Akhir nya tiba masa chek in tiada satu pun beg yang perlu dibuka setelah discan dan di timbang....yang melebihi had atau yang melebihi saiz yang dibenarkan untuk dibawa sebagai Hand Carry  segala nya tidak diteliti oleh petugas yang bertugas...segala nya mudah.......

Setelah selesai isyak hampir semua jemah haji telah merehatkan diri dikatil masing-masing..Kesemua mereka  tidak sabar untuk menunggu hari esok ..penerbangan pulang ke tanah air. Jam 2.00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap ke lapangan terbang. Jam 4.00 kami bertolak ke lapangan terbang. Bas kami tiba agak lewat, Setelah solat subuh diairport kami terus berbaris dikaunter chek in dan terus ke kaunter imigresen. Jam 11.00 pagi Kapal terbang kami berlepas ke KLIA ..kali ini ia hanya pesawat Air Asia X yang disewa oleh TH.....
Bording Hall .menunggu pesawat untuk pulang

Penerbangan pulang ketanah air mengambil masa 8 jam..Meskipun pesawat agak kecil dibandingkan ketika kedatangan kami dahulu namun penerbangan kami dalam keadaan yang selesa. Tiada ribut atau hujan serta mendung yang kami tempuhi. Masing-masing melayan perasaan sendiri namun barangkali 1/3 dari jemaah yang menaiki pesawat ini mengalami batuk. Dan penerbangan ini cukup sinonim dengan  bunyi mereka yang batuk sepanjang penerbangan hingga ke KLIA.  Entah beberapa kali saya telena dan terjaga sambil memikirkan bagaimana saya selepas Pasca Haji ini...apakah perubahan yang berlaku pada diri, mampukah saya mengekalkan ibadah seperti mana di Tanah Suci.saya berharap agar ada perubahan positif yang dapat mengubah sempadan keimanan saya selepas ini..Insyaallah...Alhamdulillah akhir nya kami selamat tiba di KLIA jam 12.15 malam. Ia tercepat hampir 1 jam 1/2 dari jadual yang sepatut nya. Setiba nya di KLIA teringat kata-kata Prof Kamil .."Hj jangan lupa sampai sahaja KLIA lakukan solat syukur...dan lihatlah berapa ramai yang melakukan nya".....benar ketika semua jemaah ceria menunggu bagasi masing-masing saya dan beberapa orang jemaah sahaja yang menuju ke surau yang terletak bersebelahan dengan tempat menunggu bagasi...jemaah yang mengikut kami tak sampai pun 10 orang......kami adalah jemaah yang terakhir keluar dari ruang ketibaan ....Emi dan Syam sudah menunggu kami di muka pintu ....Kami pulang ke rumah menaiki kereta emi...sebagaimana beliau menghantar kami ke Kelana Jaya ...terima kasih kepada semua yang menunggu kami terutama KTS dan keluarga di KLIA...

Akhir nya kami ingin memohon kemaafan kepada semua yang membaca blog ini jika sepanjang entry saya ada yang terguris di hati, ada yang terasa dan tersinggung..Saya memohon keampunan tiada terniat pun di hati saya hanyalah pengalaman saorang hamba Allah yang daif dan serba kekurangan yang mencari keredhaan ilahi bagi mengubah sempadan keimanan diri..yang baik jadikan lah tauladan yang buruk hanya datang dari saya dan jadikanlah sempadan.

Sekian Wassalam
Selamat Tahun Baru 2013.













Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification