Sudah hampir 2 minggu peperiksaan akhir semester berjalan di Universiti saya bertugas. Ada dua jenis pengujian yang dilaksanakan di Fakulti saya iaitu 1. Berasaskan peperiksaan bertulis dan 2. berasaskan penilaian projek hasil kerja pelajar.Projek pelajar merupakan penilaian yang dibuat berdasarkan hasil kerja yang telah disiapkan mengikut tema dan bidang pengkhususan masing-masing. Mereka perlu menghasilkan design yang kreatif disamping mempunyai nilai estatika, serta konsep yang yang telah ditetapkan. Mereka biasanya bertungkus lumus untuk menyiapkan projek masing-masing dan akhir nya dinilai oleh para pensyarah yang berkenaan. Bagi mereka yang bertungkus lumus menyudahkan projek yang diberi dan menjawab soalan bagi subjek yang bertulis insyaAllah akan lulus. Bagi penuntut di semester akhir mereka akan menamatkan pengajian dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam disiplin masing-masing.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya mendapati majoriti para pelajar masakini belajar dengan niat yang berbeza tidak sebagaimana sewaktu saya menuntut dahulu diawal tahun 80. Ketika ini mereka belajar dengan bermatlamatkan untuk lulus peperiksaan atau penilaian semata-mata. Sedangkan zaman saya dahulu kami belajar adalah untuk mengetahui dan bukan untuk lulus sahaja. Hasil nya kami mencari ilmu dan menemui ilmu-ilmu yang baru tetapi para pelajar sekarang menunggu ilmu yang di sampaian oleh guru dan menghafal nya.Akhir nya mereka gagal untuk menimbulkan ilmu-ilmu yang baru dan beramal dengan ilmu yang diperolehi kerana budaya menerima dan menghafal hanya membolehkan mereka menjadi graduan yang pasif dan tidak pro aktif.
Wahai anak-anak ku menuntutlah ilmu dengan semangat ingin tahu dan membongkar rahsia-rahsia nya dan jangan lah menuntut ilmu kerana hanya ingin lulus peperiksaan dan hanya untuk dianugerahkan segulung kertas yang dipanggil diploma atau ijazah semata-mata.
Membacalah. Salah satu resepi kejayaan orang menuntut ilmu adalah dengan membaca. Kita belajar membaca semenjak dari darjah satu. Dimasakini ibu bapa menghantar anak-anak ada yang seawal umur 2-3 tahun ke tadika atau pusat asuhan kanak - kanak. Diusia itu mereka sudah dilatih untuk membaca. kemudian memasuki alam persekolahan rendah selama 6 tahun, diteruskan ke peringkat menengah selama 5 tahun dan disambung keperingkat pengajian tinggi selama 3-4 tahun dan ditambah lagi beberapa tahun diperingkat sarjana dan akhir nya diperingkat PhD selama 3 - 6 tahun lagi. Insyaallah kita akan dapat melepasi kesemua peringkat tersebut dengan jaya nya. Tetapi malang sekali proses membaca kita akan tamat sebaik sahaja kita melangkah ke alam pekerjaan atau sebaik sahaja kita menamatkan peperiksaan akhir kita di sekolah atau di Universiti.
Kita akan mula membaca lagi apabila kita akan menghadapi peperiksaan untuk tujuan kenaikan pangkat atau gred didalam kerjaya kita. Kesimpulan nya kita hanya membaca untuk sesuatu tujuan sahaja iaitu untuk lulus peperiksaan. Tiada peperiksaan maka tamat lah buku untuk kita baca. Begitu juga kita membaca Kitab Alquran. Kita membacanya hanya untuk khatam Quran semata-mata. Jika kita khatam ketika di sekolah rendah seusia 10 tahun sebagai contoh maka itulah kali terakhir kita membaca nya dan khatam. Selepas itu sehingga keusia kita dewasa ini kita tak pernah khatam lagi...MasyaAllah. Marilah kita membaca, sesungguh nya ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah IQRA......BACALAH......Bacalah dengan nama Tuhan Mu.....untuk menjadi insan yang cemerlang marilah kita MEMBACA......
Selamat Hari Lahir.
Tengahari tadi sempat bersolat jemaah di Masjid Negeri bersama KTS. Usai solat beliau kata hari ini adalah hari lahir beliau. Ikut tarikh beranak beliau berusia 55. Ikut tarikh pendaftaran beliau 1 tahun lebih muda. Kami menikmati Teh Arab yang berperisa cengkih dan roti arab berintikan ayam di Cafe Masjid.
Di FB tadi sempat melihat anak sedara mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau. Nampak nya blog kita sudah tidak menjadi pilihan utama sebagai medium untuk berkomunikasi dan berekspresi. Tidak mengapalah Insyaallah saya masih mempunyai kekuatan dan kesetiaan untuk menggunakan nya. Cuma barangkali suatu masa Blog juga akan secara beransur-ansur hilang populariti lemas dan akhir nya tenggelam oleh ledakan teknologi serta pelbagai medium yang lebih cepat dan ringkas. Bukankah itu tanda nya akhir zaman semakin menghampiri kita.
Selamat Hari lahir diucapkan kepada KTS. Tak kira walau yang keberapa kita sambut ia hanya sekadar angka. Apa yang penting biarlah setiap tahun usia berganjak ia menaikkan kita kepada satu tingkat atau tahap lagi darjat kita menuju kepada Allah SWT. Menambahkan keimanan, Menambahkan kefahaman yang lebih jelas kepada jalan menuju Akhirat kerana itu adalah pengakhiran perjalanan kita. Biarlah bertambah nya umur kita menyerlahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah. Menjadi Ahli Ibadah, Ahli Masjid, dan ahli menuntut ilmu.
Usia lalu kita tinggalkan sebagai suatu nostalgia semata-mata. Ia tidak akan berulang. Ia hanya menjadi rujukan kepada orang yang akan datang. Jangan kita terbuai dan terleka oleh nostalgia kerana ia tidak membawa kita kehadapan sebalik nya ia hanya membawa kita berpusing-pusing sahaja di tempat yang sama umpama si keldai yang mengisar gandum. Akhir nya bekalan kita berciciran yang dikejar semakin jauh kudrat kita semakin lemah masa kita semakin suntuk dan kita berada didalam kerugian.kita perlu bersedia untuk penilaian dan peperiksaan yang menentukan tempat kita di Syurga atau sebalik nya....Subhanallah ....
SELAMAT HARI LAHIR KTS.
Jumpa lagi.
Rumah kecil di Shah Alam.
Thursday, January 17, 2013
Peperiksaan dan Penilaian
1:17 AM
DANURI SAKIJAN
1 comment
1 comments:
trimas..
ada beeza pada usia emas ini. pada kudrat dan emosi..
sukar nak dimengertikan. kerana itulah rupanya orang tua kita dulu mudah tersingung dengan perlakuan kita 'orang muda'.. untuk mengertinya.. tungulah bila kalian dah 55 tahun..
selamat hari jadi buat seorang aku! semakin tua semakin kuat cabarannya..
hanya ana yg tau..
Post a Comment