Tuesday, January 8, 2013

"ON THE SPOT" Tapi Signifikan.

Assalamualaikum Semoga kita semua dirahmati Allah.
Malam sabtu yang lalu saya diundang untuk majlis Makan Malam Pra Graduasi Fakulti di De - Palma Inn Shah Alam. Saya juga adalah salah saorang dari AJK majlis tersebut.
Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam dengan tema Budaya Melayu Tradisional. Suasana meriah dengan para pelajar yang menggayakan pakaian mengikut tema yang disyorkan. Begitu juga dengan para jemputan masing-masing berusaha untuk berpakaian ala-ala Melayu tradisional. Saya sekadar berbaju melayu dan bersamping sahaja.

Sebaik sahaja melangkah masuk kedewan utama majlis diadakan saorang AJK terus menerpa saya dengan satu permintaan. HAJI ...minta tolong baca doa pembuka majlis ya. Alamak saya terkedu seketika. Lantas saya menjawab  ..tak ada orang lain ke...Tak ada kata beliau...saya melihat di meja makan ada beberapa orang rakan staff lain yang sudah menunaikan haji lebih awal dari saya...Tu Haji..X..ada dan Hai..Y pun ada minta lah mereka bacakan doa....AJK tu menjawap ala mereka tak hendak tak berani....lagipun Haji baru balik dari Mekah....Ala baca ringkas je dah cukup...

Saya diam seketika alamak apa doa nak baca ni dalam hati....seketika sebaik sahaja Dekan dan Timbalan masuk kedalam dewan pengacara pun memulakan majlis. "Bagi memberkati majlis kita dijemput Tuan haji  ..... untuk membacakan doa. Saya melangkah naik ke pentas dengan tenang dan penuh yakin...akhir nya doa selamat berjaya saya bacakan dan diaminkan oleh semua para hadirin.

Kembali ke kerusi saya merenung semula peristiwa "on the spot" yang saya alami. Ia merupakan majlis rasmi yang pertama kali saya bacakan doa. Secara pribadi saya tidak menolak permintaan tersebut tetapi saya tidak bersedia langsung. Jika diberitahu awal-awal insyaallah pasti saya akan bersedia dengan lebih baik. Saya terkenangkan ekoran dari peristiwa ini ....bersediakah kita dalam sebarang kemungkinan jika kita menghadapi sesuatu perkara yang diluar jangkaan kita..Saya terkenangkan jika tiba-tiba saya didatangi Malaikal Maut adakah saya sudah bersedia untuk menghadapi nya.. Masyaallah ...ia peristiwa on the spot  yang pasti berlaku kepada kita semua yang kita tidak tahu bila dan dimana.....adakah kita akan berkata Wahai malaikat kenapa tidak beritahu dahulu akan kedatangan engkau supaya aku dapat besedia......Allah ....Allah kerdil nya kita pada masa itu...Ya Allah berikan lah aku kesempatan untuk mecari bekal secukup nya sebelum aku dipanggil mengadap mu...inilah cabaran Pasca Haji yang perlu saya hadapi....Renungkan lah.

Jumpa lagi.
Menara Gading Shah Alam.






2 comments:

kts said...

Ana pun banyak kali terlibat dgn peristiwa sedemikian sejak setahun lalu. Tapi sehinga kini masih dpt mengelak... tapi akan sampai masanya ana tak akan dapat mengelak.

DANURI SAKIJAN said...

Ha ha ha begitu lah apabila kita sudah di gelar HJ ..cabaran nya makin besar...banyak perkara hadir diluar jangkaan...apa pun Allah maha mengetahui..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification