Assalamualaikum semoga kita semua di rahmati Allah.
Memilih Teman
Saya mempunyai kenalan yang agak ramai. Tetapi teman atau rakan yang karib sangat sedikit. Ia boleh dibilang dengan jari malah tidak keterlaluan jika dihitung sepuluh jari tangan pun tidak sampai. Rakan karib sangat sedikit. Tafsiran nya rakan karib adalah rakan yang sangat rapat dan boleh dipercayai. Kadangkala mereka adalah tempat kita mengadu masalah dan berkongsi rasa.
Seingat saya rakan karib adalah mereka yang berjaya mencorakkan kehidupan kita. Mereka berjaya mengubah diri kita dan mengujudkan personaliti diri sekali gus menjadi siapa diri kita pada masa hadapan. Ketika saya menuntut di ITM pada awal 80 dahulu saorang senior telah mengubah diri saya sehingga saya menjadi seperti sekarang. Dari saorang budak kampung yang mempunyai "self esteem" yang rendah dan mempunyai perasaan "inferiority complex" yang tinggi akhir nya saya berubah kepada saorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berani bercakap dan mudah bergaul dengan orang lain serta bersikap adventure. Kebaikannya beliau tidak pernah mengajak saya berkunjung ke tempat-tempat maksiat dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik meskipun beliau tidak juga mengajak saya ke masjid.
Ketika bertugas di Sabah dahulu pun saya hanya mempunyai beberapa orang rakan karib sahaja. Masih berhubungan sehingga sekarang walaupun tidak pernah bersua sehingga kini hampir 23 tahun. Beberapa orang dari mereka berjaya mengubah diri saya. Namun kebanyakkan nya semua bersifat membangunkan potensi diri dan menjadi guru yang baik. Begitu juga sepanjang tempoh penghijrahan ke Kelantan selama 11 tahun. Saya hanya mempunyai seorang dua sahaja rakan karib sehingga sekarang.
Saya ingin mengingatkan kepada anak-anak saya terutama nya dan pembaca agar berhati-hati dalam memilih teman atau rakan dalam pergaulan. Perkara ini sangat penting untuk direnungi bersama kerana tanpa kita sedari rakan atau teman adalah mereka yang banyak mempengaruhi personaliti diri kita. Personaliti ini adalah diri kita pada masa hadapan. Lebih mendalam lagi dari satu pandangan sisi tanpa kita sedari setiap dosa dan pahala yang kita lakukan ternyata bersumber dari pergaulan sehari-hari bersama orang lain iaitu rakan-rakan disekeliling kita.
Oleh itu kelompok rakan yang mesti kita gauli hanya ada dua. Pertama, rakan yang membantu kita berbuat kebaikan dan ketakwaan. Kedua rakan atau sahabat yang membantu kita dalam urusan dunia. Jika kita menemui rakan yang Allah berikan kedua sifat tersebut kepada nya maka haruslah kita bergaul dengan nya. Jika rakan atau teman tidak mempunyai kedua dua sifat tersebut maka haruslah kita menjauhi nya dan jadikan lah rakan atau kenalan biasa sahaja. Hanya mereka yang menolong mu dalam hal kebaikan yang akan menyelamatkan kita didunia dan akhirat.
Memang kenyataan nya sedikit sekali orang yang akan menerima nasehat ini. Bersabar dalam memperjuangkan persatuan adalah sesuatu yang sangat berat.Dengan rahmat nya muga Allah membimbing kita untuk menapak disetiap jalan kebaikan bagi mengharungi kehidupan dan masa hadapan yang semakin mencabar terutama diawal tahun baru ini.
Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru Masihi 2013 kepada semua pembaca blog kita. Meskipun ia telah berlalu hampir 5 hari namun kedatangan nya masih dirasai. Sebenar nya ia tidak banyak membawa perubahan kepada diri kita. Hanya sekadar anjakan tarikh kepada tahun yang baru setelah genap pusingan selama 12 bulan atau satu tahun. Hakikat nya hari ini dan semalam sama sahaja...kita masih melakukan rutin harian yang sama...polar kehidupan juga sama...jam tidur dan berehat kita sama...makan dan bekerja juga sama..rakan-rakan juga sama..kalau ada perubahan pun hanya sedikit sahaja dan tidak memberi sebaran signifikan yang besar....hanya umur kita sahaja bertambah dari segi angka sebagai contoh dari 50 bakal menjadi 51 pada tahun 2013 ini.....mungkin ini agak signifikan kepada kita, mungkin juga kita tidak berasa apa-apa......dan hari berlalu seperti hari-hari biasa yang kita tempohi semalam...
Wassalam..
Sunday, January 6, 2013
Selamat Tahun baru 2013
1:04 AM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment