Thursday, January 24, 2013

12 Rabiul Awal

 MaulidurRasul

Assalamualaikum Solawat dan salam keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW ......semoga kehidupan kita  sentiasa dirahmati Allah dan menjadi hamba Nya yang taat kepada perintah dan suruhan Nya dan mengikuti sunnah Rasulullah agar selamat didunia dan akhirat....

Saban tahun tarikh 12 Rabiulawal diraikan oleh umat islam diseluruh pelusuk dunia sebagai meraikan tarikh kelahiran Nabi besar junjungan kita. Banyak sambutan diadakan dengan berbagai cara dan dinegara kita kemuncak keraian nya adalah suatu perarakan membawa sepanduk sambil bersolawat keatas Nabi dan diadakan pemilihan tokoh  MaulidurRasul  dari kalangan  orang awam yang cemerlang mengikut bidang dan kreteria yang ditetapkan. Di Masjid dan surau juga diadakan majlis-majlis sambutan MaulidurRasul sepanjang bulan Rabiul Awal ini dimana-mana sahaja seluruh negara. Tambahan pula negara kita menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum. Begitulah pengiktirafan istimewa terhadap sambutan MaulidurRasul ini oleh kerajaan kita.

Beginilah tanggapan dan kefahaman saya terhadap MaulidurRasul ini. Cuti umum dan perarakan membawa sepanduk sambil bersolawat beramai-ramai. Tamat aktiviti ini tamatlah ingatan kita kepada Rasulullah. Malah sepanjang hayat saya tak pernah pun menyertai perarakan seumpama ini. Cuti dihabiskan di rumah sahaja, menjelang tengahari ke shopping mall untuk membeli belah. Selebih nya menghadap tv dan tidur...

Masyaallah saya tersedar betapa jahil nya saya selama ini. Ceramah oleh Ustaz Rasdy Jamil selepas maghrib malam tadi selama 2 jam lebih mengenai sirah Rasulullah sebelum kelahiran sehingga kewafatan sangat memberi bekas dihati. Tambahan lagi kuliah selepas subuh oleh Ustaz Roslan dari UM mengenai Rasulullah sebagai pembawa rahmat keseluruh alam menambahkan lagi betapa tidak layak nya saya menjadi pengikut Rasulullah umat akhir zaman yang perlu Baginda kenali di akhirat kelak.  Subhanallah....sudah 2 kali saya diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk mengunjugi dan menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjidil Nabawi . Bermakna sudah 2 kali saya mendaftarkan diri mengunjungi Baginda. " Barang siapa umat ku yang datang mengunjungi ku selepas aku wafat akan aku ingat nama nya di akhirat kelak dan sesungguh nya merekalah umat yang aku sayangi".....

Ya benar...sudah 2 kali saya menziarahi Baginda. Namun hakikat nya saya tidak pernah membaca sirah Baginda. Hadis hadis tinggalan nya hanya saya baca apa yang tercatat didalam buku agama semasa di sekolah menengah dahulu. Begitu juga sirah Nabi yang diketahui sehingga sekarang berasal dari kefahaman dan bacaan juga semasa di sekoah dahulu... Masyaallah ......miskin nya saya....daif nya saya dan dungu nya saya ..serta sombong nya diri ini tidak pernah mengambil tahu siapa sebenar nya Nabi besar kita Nabi Muhammad Rasulullah yang juga kekasih Allah yang membawa kerahmatan ke seluruh alam memberikan kita cahaya bagi menerangi jalan kegelapan, penunjuk jalan kebenaran,. Beliau lah yang membawa nilai-nilai kehidupan yang menjadi  kenekmatan kehidupan kepada kita semua.

Mulai hari ini marilah kita berusaha dengan sepenuh nya untuk mengenali Baginda, Bacalah sirah nabi yang banyak  ditulis dan dipasarkan dikedai buku. Antara yang disyorkan ialah Sirah Nabawiah karangan Syaikh Mustapha Al Shibai kalau tidak salah ejaan nya....Marilah kita mengenali Baginda dengan lebih mendalam sebagai tanda kecintaan kita yang sebenar kepada Baginda. Marilah kita memahami hadis-hadis tinggalan Baginda sebagai permata buat orang yang beriman..marilah kita mengikut sunah nya semampu yang boleh sebagai cara hidup

Amat malang lah kita sebagai umat Nabi Muhammad yang sangat beliau sayangi yang gagal menghayati rahmat dan hidayah yang dibawa oleh nya sebagai suatu nekmat penunjuk jalan bagi menuju  ke akhirat sedangkan kita memekakkan telinga kita yang tidak tuli, membutakan mata hati kita. Marilah kita kembali semula kepada ajaran nabi untuk menjadi pedoman kapda kita. Nabi mengenal kita kerana ketakwaan kita, ilmu dan amalan kita, iman kita kepada Allah bukan kerana bangsa kita Jawa atau Melayu atau Inggeris atau Arab sekalipun sebalik nya kerana agama kita Islam mengikut AlQuran dan Sunnah nya dan sentiasa mengingati nya. Marilah kita sambut bukan hanya kelahiran nya tetapi sambutlah Risalah yang dibawa nya kerana itu lebih penting untuk dihayati dan diamalkan. Jangan lah kita seperti Abu Lahab ...dia menyambut kelahiran anak sedara nya dengan begitu meriah sekali dan kedua tangan nya lah yang menatang Nabi ketika lahir dengan bangga dan penuh kasih sayang sehingga sanggup mengorbankan banyak haiwan ternakan tetapi apabila Nabi mengistiharkan sebagai Rasul maka Abu Lahab lah yang berkata Celaka lah kamu Muhammad ...lantas Allah SWT membalas semula kutukan nya dengan menurunkan surah Al Masad " Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!." ......Allohuakbar.

Marilah kita sentiasa bayangkan bahawa Nabi Muhammad sentiasa bersama dengan kita...sebenar nya pun Nabi tak pernah berpisah dengan kita ..didalam solat ia sentiasa ada didalam bacaan tahiyat kita setiap waktu..setiap saat dimuka bumi ini dimana sahaja.  Hanya jasad nya sahaja yang berpisah dengan kita didunia ini sedangkan roh nya, semangat nya, ajaran nya, solat nya ibadah kita dan segala nilai kehidupan yang baik adalah hasil dari menuruti perintah ajaran nya. Bercita-cita lah kita pada suatu saat nanti dihadapan Allah ketika ibu dan bapa tidak mengenal anak nya, abang dan kakak tidak kenal adik adik nya, biarlah Nabi yang kenal kita dan memberi syafaat kepada kita......aku memohon keampunan mu Ya Allah.

Ini lah sedikit sebanyak intipati yang dapat saya kongsikan bersama khalayak pembaca entry ini. Meskipun saya tidak bergelar ustaz dan tidak selayak nya namun saya sangat berharap agar catatan ini dapat memberi manafaat kepada umum yang membaca nya, anak-anak ku, anak-anak saudara ku adik beradik ku sedaya mugkin saya dapat lakukan demi memberi kesedaran sesama kita. Saya dengan rendah diri merasa tidak layak untuk memberikan huraian kepada perkara ini memandang kan diri saya yang sangat miskin pengetahuan terhadap nya. Saya sangat berharap dan berdoa agar suatu hari nanti akan ada dikalangan ahli kita cucu cicit Haji Sakijan dan Hajah Samah yang mempunyai pengetahuan mendalam didalam hal-hal agama islam yang boleh dipanggil sebagai ustaz atau ustazah dan memberikan ceramah serta bimbingan kepada kita semua. Insyaallah.

Jumpa lagi
Wassalam......




























0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification