SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR BATIN
Allahuakbar.Allahuakbar Allahuakbar Walillah Hilham.... Selamat Menyambut Hari Raya Aidil fitri maaf zahir batin dari kami sekeluarga. Kepada semua pembaca saya mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang saya mengisi entry entry yang lepas.
Tentang Gallery...
Baru-baru ni saya ditugaskan untuk memberi nafas baru dalam blog ini. Dan salah satu permintaannya adalah untuk mengadakan image gallery.
KOREA 2012 Last Part
Rasanya kali ini aku akan menceritakan serba sedikit apa yang aku tengok dan belajar sepanjang seminggu berada di Korea.
Sakura OH Sakura
Sakura telah ditanam hampir dikesemua jalan di disini. Lebih-lebih lagi di taman-taman awam dan sekeliling bangunan seperti sekolah malah di tepi sungai serta pagar. Penjagaan nya sangat rapi. pokok yang hampir roboh diberi kayu sokongan. Dikuil-kuil mereka, pohon sakura yang sangat besar dan kelihatan tua masih gagah dan ampuh melawan zaman sama usia dengan bangunan yang dibena.
Sunday, April 16, 2017
SNOW IN MY HART
Pengalaman Ke KYOTO....
03:36 AM Subuh 05:18 AM Matahari terbit11:52 AM Zohor 03:32 PM Asar 06:25 PM Maghrib 07:56 PM Isyak. Jam 5.18 pagi matahari sudah terbit di Osaka. namun begitu suasana masih lagi sunyi dan sejuk ..yang kedengaran hanyalah deruan keretapi yang silih berganti tidak jauh dari tempat kediaman kami...seolah olah ia berkhidmat selama 24 jam tanpa henti...
Rancangan hari kedua ini kami akan ke Kyoto. Ia merupakan bandar lama yang mengambil masa hampir satu jam menaiki keretapi dari tempat kami tinggal. Pada tahun 2012 saya pernah ke sana bersama rakan rakan semasa berseminar dahulu. Ingat ingat lupa dan memberanikan diri kami berpandukan Mr Google Map untuk mengetahui laluan keretapi kesana.
Sekitar jam 7,30 pagi kami menuju stesyen Tsuruhasi..selepas membeli tiket pergi balik ke Kyoto kami pun naik ke Platform untuk menaiki keretapi yang sepatut nya...namun begitu sesampai nya kami di Platform yang berkenaan langkah kami terhenti seketika... MasyaAllah.......
Orang terlalu ramai dan terkejar kejar malah berlari lari mengejar keretapi yang sampai...ia merupakan suatu pemandangan yang baru bagi kami...Akhir nya kami pun mengambil keputusan untuk bersama dengan mereka beratur menunggu keretapi yang tiba....
Tidak sampai 5 minit menunggu keretapi pun sampai...sebaik sahaja pintu terbuka ..dengan pantas orang menaiki nya dan berhimpit himpit ....dalam 2 minit pintu tertutup dan keretapi pun mula
bergerak untuk menuju ke stesyen yang berikut nya.....Kami semua termasuk didalam kelompok orang orang jepun yang ramai untuk ke tempat kerja..Suasana didalam keretapi bukan seperti sadin lagi...malah sendat tidak dapat bergerak walau seinci pun...masing masing berhadap hadapan sesama sendiri.kami hanya dapat menolehkan kepala sahaja kekanan dan kekiri malahan kebanyakkakan orang jepun bersaiz tinggi belaka..Hampir 15 minit juga kami berdiri dan memegang satu sama lain...satu pengelaman baru bagi kami apabila menaiki train yang sangat sendat dengan manusia di bumi asing.....it was a real life of japan...Bagus dan terpuji orang jepun ini mereka sangat sporting....dan mungkin sudah hari hari seperti itu mereka pasrah dengan keadaan...kebanyakkan orang jepun menggunakan kemudahan awam untuk ke tempat kerja sebab itu lah jalan raya mereka lengang dan tidak kedapatan langsung trafic jam.......sebalik nya trafic jam berlaku dihampir setiap stesyen keretapi diawal pagi sebelum waktu pejabat. Untuk mengelakkan dari berebut dengan mereka sebaik nya kita menaiki keretapi sebelum jam 7.00 pagi atau selepas jam 9.00 pagi...
![]() |
| Osaka Train Map.. |
Sebaik sahaja kami keluar dari stesyen cuaca mendung dan sangat sejuk..kami tak tau kemana arah hendak dituju...dengan selamba dan penuh konfident kami melintas jalan menuju kearah deretan teksi yang sedang menunggu penumpang...Arif bertanyakan kepada driver teksi arah tempat kami ingin pergi iaitu Arashiyama..bambo forest...malang nya pemandu teksi itu tidak memahami bahasa inggeris sambil menunduk kan kepala memohon maaf...Kami pun menuju ke Bus stop yang terletak berhampiran dari situ..ada peta besar dibelakang nya kami cuba melihat peta dan mencari arah yang kami hendak tuju...Arip bertanya kan lagi beberapa orang yang kebetulan lalu disitu...mereka cuba sedaya upaya membantu dengan merujuk peta tersebut juga....namun ia berakhir dengan ucapan maaf tidak dapat membantu...Akhir nya saya mengambil keputusan untuk ke bandar Kyoto dengan menaiki bas......
Saturday, April 8, 2017
Malam pertama di Osaka
Apartment yang kami sewa memuatkan seramai 7 orang penghuni dewasa. Satu bilik tandas asing ..bilik mandi attach dengan ruang basuh pakaian serta menjemur kain. Satu ruang tamu sekali dengan dapor yang ringkas ..peti ais.. tv termasuk portable Wifi yang boleh dibawa kemana mana sahaja dan satu wifi permenant didalam rumah....serta mesen basuh..satu bilik tidur katil double...Agak selesa meskipun kecil. Semua peralatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan..Syarat nya kemaskan semula ..letak ditempat asal dan cukup bilangan nya apabila kita cek out...tidak ada siapa yang bertanya atau datang untuk memastikan semua peralatan dan keadaan kemas seperti sedia kala..segala nya hanya dengan kepercayaan dan tanggungjawab penyewa .....
Masing masing mahu menggunakan bilik air ..maklumlah hampir satu hari satu malam kami tidak berpeluang untuk menggunakan bilik air bagi menguruskan diri seperti mandi berus gigi dan sebagai nya....Sesuatu yang sangat mengagumkan dijepun ialah hampir segala gala nya menggunakan aplikasi digital..terutama tandas dan bilik air...Saya memberitahu anak anak untuk membiasakan dulu dengan butang-butang switch yang ada bersebelahan mangkuk tandas atau bath tub...Biasa nya tidak banyak paip manual yang dipasang didalam bilik air. Oleh itu kita mesti mengetahui butang mana yang hendak ditekan dipanel kawalan mengikut fungsi yang dikehendaki... Masalah nya semua bahasa ditulis dalam tulisan Nippon.....hahhahaha..try and era jer lah.....Tandas tidak berfungsi selagi kita tidak duduk diatas mangkuk nya.....
Secara ringkas boleh lah saya terangkan seperti berikut:
Shower untuk pancutan air ke punggung dan tekanan pancutan air boleh dikawal dengan melaraskan Spray Strength. Untuk menghentikan pancutan tekan Stop. Tandas kami juga mempunyai penderia dimana sekiranya anda tidak duduk diatas nya mangkuk panel kawalan tidak berfungsi. Jadi jangan risau kerana pancuran air tidak akan berlaku ketika anda memakai seluar semula...
Bidet digunakan khas untuk kaum wanita...
Terdapat juga butang untuk pancuran air berirama..kawalan suhu air dan sebagai nya. Apa yang menarik terdapat hembusan angin suam dari bawah untuk mengeringkan punggung selepas pancuran...Hahahaha ini memang Win.....Di setengah tempat tandas awam terdapat penutup tandas automatik, dimana sekiranya pengguna datang ia terbuka dengan sendiri dan tertutup dengan sendiri sekiranya pengguna meninggalkan nya..Ada juga semburan pewangi automatik selepas penggunaa dan sebagai nya.....
Wednesday, April 5, 2017
Pengembaraan Bermula
Keretapi yang kami naiki dari Kansai Airport berhenti di Tenoji dan kami bertukar train ke laluan Osaka loop untuk meneruskan perjalanan ke Tsuruhashi stesyen. Hari ini kemudahan perjalanan semakin mudah walupun untuk ke Luar negara yang tidak pernah kita kunjungi segala gala nya ada dihujung jari..Google Map banyak membantu..malah direction on line map pun sudah ada ..kita hanya perlu mengikut sahaja direction yang diberi...setakat ini segala nya berjalan lancar ..type sahaja alamat yang hendak di tuju..
kami tiba di Stesyen Tsuruhashi hampir jam 10.00 pagi. Sebaik sahaja keluar dari stesyen Mr Google telah membawa kami ke alamat rumah yang telah ditempah. Jika mengikut maklumat dari Airbnb ia terletak tidak jauh dari dari stesyen kira kira 5 minit berjalan kaki.. Afiq bertindak sebagai juru pandu arah yang mengikut petunjuk yang diberikan oleh Google...Dengan masing masing mengheret beg beroda melalui laluan kaki lima kedai tidak smpai 5 minit kami sampai dipintu masuk appartment yang disewa. Ahhh..lega sampai juga akhir nya.
Sesampai sahaja kami di entrant appartment kami tercari cari kunci rumah. Arahan nya ambil kunci didalam mangga besar bernombor 602 yang tergantung di pagar. Memang ada mangga besar tetapi didalam nya tidak mengandungi kunci..ia kosong. Saya membaca arahan dengan lebih terperinci OO kami hanya boleh memasuki apartment selepas jam 2.00 petang. Lama lagi kemana arah nak dituju dan takkan nak membawa semua beg yang kami bawa untuk diusung kehulu kehilir sementara menunggu jam 2.00 petang. Kami bercadang untuk meninggalkan sahaja beg yang kami dibawah apartment tersebut.
Sambil mencari idea yang terbaik kelihatan seperti ada wanita yang bertugas mengemas apartment tersebut diruang dalam yang dipisahkan oleh pintu kaca gelongsor. Pintu itu terbuka dan saya masuk memberitahu wanita itu untuk meninggalkan beg kami didalam sementara menunggu jam 2.00 petang. Dengan ramah dan bahasa jepun nya yang kami tak faham ia mempersilakan kami masuk dan meninggalkan beg tersebut ditepi lift. Ahh kali ini baru kami rasa lega dan bebas untuk merayau.Kami memulakan langkah dengan menaiki train semula menuju Namba Stesyen untuk bertemu dengan saorang kenalan baru ..Shino San pemilik restorant halal di kawasan Dotonbori.
![]() |
| Secawan Kopi berharga 500Y..huhu 100Y bersamaan Rm 4.00 Baryani sepinggan 1500Y.. |
Sinsaibashi..Dotonbori dan stesyen keretapi....
Sekitar jam 4.00 petang kami bertolak balik ke appartment di Tsuruhashi semula. Sesampai sahaja di Appartment terus mengambil mangga kunci dan sebaik sahaja ia dibuka memang sudah ada anak kunci diletakkan didalam mangga besar tersebut..Akhir nya kami berjaya memasuki apartment di tingkat enam ....apa lagi air condition di dinding mempunyai dua fungsi sebagai pemanas dan penyejuk udara...kami pun memilih untuk mood heater bagi memanaskan ruang tamu .......
Hemmm hendak sangat merasa musim sejuk.....
Monday, April 3, 2017
HARI PERTAMA
Kami tiba di KLIA jam 9.00 mlm . Penerbangan kami dijadualkan pada jam 11.30 malam . Emi dan Dr Hanif rakan sekerja telah menghantar kami ke airport.Kami telah pun membuat pendaftaran masuk lebih awal secara online. Hanya ke kaunter pendaftaran masuk untuk barang dan beg yang kamu bawa sahaja. Urusan nya agak ringkas dan mudah. Setelah menunaikan solat isyak di surau KLIA kami menunggu masa berlepas di Restoran Mc D..
Oh ya kami telah menyewa peranti internet Wifi untuk kegunaan sepanjang kami di Jepun nanti dengan kadar sewa 250.00 Ia akan berfungsi sebaik sahaja kami tiba di sana.Peranti itu perlu dipulangkan semula sebaik tiba dari Jepun.
Jam 10.30 kami melepasi kaunter imigresen dan menaiki train ke terminal Satelit bagi pelepasan ke luar negara. Jam 12.10 kami berlepas dari KLIA menuju ke Osaka yang mengambil masa selama 6 jam penerbangan dengan jadual tiba di Kansai Air port Osaka pada jam 7.00 pagi waktu tempatan.
Wajah anak -anak dan menantu kelihatan sangat teruja ..bagi mereka inilah pertama kali menaiki pesawat yang mengambil masa agak lama dan pertama kali ke luar negara kecuali Arif yang pernah sampai ke Cina dan Bali Indonesia.....Saya pula ini merupakan kunjungan saya yang ketiga ke Negara matahari terbit...Cuma kali ini lebih bermakna kerana telah ditemani semua ahli keluarga saya termasuk isteri yang tercinta.....
Setelah hampir dua jam penerbangan hidangan makan malam disediakan kepada semua penumpang..
apalagi makan lah kami diwaktu tengah malam bagi mengalas perut....penerbangan diteruskan dengan gelap malam dan menunggu waktu pagi untuk tiba ke distinasi...sesekali melayan video dihadapan bangku masing masing dan melihat kedudukan peta bagi mengetahui dimana kami berada...ZZZzzzzz.....
![]() |
| Layan... |
Mendengar snow shower masing masing semakin teruja....Sebaik sahaja melangkah kaki keluar pesawat memasuki airport bridge ..angin yang dingin menyapa wajah kami....Woww dingin nya tiba tiba menusuk tulang ..kami seperti memasuki peti ais yang besar....
Sekali lagi kami menaiki train menuju ke terminal utama...melepasi imigresen tidak lah lama walaupun beratur agak panjang...Jangan lupa untuk mengisi borang pendaratan Arrival Kad bagi yang bukan warganegara yang diberi oleh pramugari semasa didalam kapalterbang...
![]() |
| Selamat tiba di Kansai Inter Airport Osaka. |
![]() |
| Sejuk menusuk Tulang dan berasap mulut... |
Di luar terminal cuaca sangat sejuk...masing- masing teruja menikmati suhu sejuk yang tak pernah dirasai sebelum ini...dengan sedikit gerimis dan angin menambahkan lagi kesejukan nya..Puas menikmati suhu dingin buat pertama kali nya kami bergerak ke tingkat 2 terminal keretapi untuk menuju ke Tsuruhasi...Daripada Google map yang telah diprint lebih awal kami perlu ke Tenoji dahulu dan menukar train ke tsuruhasi...
Sambil membaca peta rangkaian keretapi di stesyen kami melihat berapa harga tiket untuk ke destinasi yang hendak dituju..900 Y seorang...untuk ke Tsuruhashi...sambil mengingat kembali macamana nak beli tiket melalui mesin tiket yang pernah saya buat beberapa tahun lalu...
Sesuatu yang bagus dan menyenangkan di jepun ialah kalau kita beli tiket dengan duit besar tak ada masalah dengan duit baki....Begitu juga jika kita membeli di kedai biasa walaupun harga nya hanya 300Y dan kita beri 10000Y baki nya tetap dipulangkan dengan senyuman dan dikira didepan kita berulangkali bagi memastikan baki nya cukup...Ia tidak berlaku di tempat kita....
Akhir nya dengan bertanyakan beberapa orang disitu kami berjaya menaiki train yang betul...maka bermula lah pengembaraan kami sekeluarga di bumi Nipon ini.......
Pengembaraan bermula......
OSAKA CITY PERCUTIAN YANG DIRANCANG (PART 3)
Saya sudah memohon kebenaran keluar negara kepada ketua jabatan. Ia merupakan prosedur wajib bagi kakitangan awam yang ingin keluar negara samaada atas urusan rasmi atau persendirian seperti pergi bercuti dan termaktub didalam peraturan perentah Am atau General Order (GO).
Selain itu dokumen yang sangat penting pasti nya Passport. Tanpa passport antarabangsa kita tidak boleh melakukan perjalanan keluar negara dan memasuki mana -mana negara di dunia ini dengan sah. Maka sekeluarga lah berkunjung ke Pejabat Imigresen di Kompleks PKNS Shah Alam setelah mengisi borang yang dimuat turun secara dalam talian.
Seawal jam 8.00 pagi mereka sudah ke pejabat imigresen..mendapat no giliran melebihi angka 50..ini menunjukkan setiap hari ramai orang yang berurusan di sini. Hampir kesemua ahli berjaya memperolehi passport masing - masing kecuali Muhammad Arif...
Dari pengkalan data imigresen beliau telah disenarai hitamkan untuk tidak dibenarkan keluar negara atas sebab tidak membuat pembayaran pinjaman PTPTN. Beliau perlu berurusan dan mendapat kebenaran dari PTPTN bagi menarik balik sekatan perjalanan ke luar negara. Berurusan di PTPTN membuka suatu chapter yang baru dalam kesah ini.......
Ia tidak selesai pada hari itu malah disuruh datang lagi minggu hadapan untuk urusan penjadualan pembayaran semula pinjaman dan membuat perjanjian yang baru. kata nya urusan untuk awal tahun 2017 telah ditutup dan akan dibuka semula pada minggu hadapan..
Seminggu berlalu berurusan semula di PTPTN ..kata nya urusan penjadualan semula belum dibuka..perlu tunggu dengan tarikh baru yang tidak dapat dipastikan bila ...kata pegawai dikaunter PTPTN tersebut...waktu semakin suntuk hanya tinggal 2 minggu untuk berlepas..Aduh..tak kan nak tinggal kan arif.sorang..tiket dah beli ....pikiran semakin buntu..
Keesokan hari nya timbul satu idea untuk melayari portal PTPTN...kebetulan terdapat talian aduan jika menghadapi sebarang pertanyaan...lantas saya menelefon no tersebut..Saorang pegawai wanita menjawab dihujung talian..saya memperkenalkan diri dan menyuarakan masalah yang dihadapi..setelah memberitahu maklumat yang diminta termasuk tarikh berlepas ..beliau dengan mesra sudi membantu iaitu peminjam perlu membayar sekurang kurang nya 25% dari tunggakan pinjaman. Bayaran boleh dibuat secara online dan wassap kan resit bayaran kepada nya sahaja dan penjadualan bayaran semula serta perjanjian boleh diuruskan setelah kembali dari luar negara.
Pembayaran 25 % langsung dilakukan secara online melalui Maybank2u...dan diwassapkan kepada nya. Keesokan hari nya sekatan keluar negara diportal Imigresen telah ditarik balik. Akhir nya Muhammad Arif berjaya memperbaharui passport beliau .....sehingga kini bayaran bulanan pinjaman seperti yang diberitahu terus dibuat melalui online dan tidak melakukan penstrukturan semula pembayaran balik pinjaman dan perjanjian seperti yang dicadangkan . Sehinga kini apabila disemak larangan sekatan keluar negara masih dimansuhkan......
Nota..
Semak dan selesaikan dahulu pinjaman PTPTN jika ingin keluar negara seawal mungkin supaya tidak menjejaskan perancangan dan urusan yang lain ...
Berakhir satu episod ...masuk fasa ke 4..
OSAKA CITY PERCUTIAN YANG DIRANCANG (PART 2)
Saya perlu mencari tempat tinggal yang sesuai dan murah untuk penginapan kami sekeluarga sepanjang tempoh percutian di Jepun nanti. Kalau boleh mengikut pengalaman saya yang telah dua kali ke negara matahari terbit ini tempat tinggal harus berdekatan dengan stesyen keretapi. Ia dapat memudahkan pergerakan kami nanti kerana stesyen yang jauh pasti menyebabkan kami berjalan kaki jauh untuk pergi dan balik dan memenatkan.
![]() |
| Airbnb.com |
Dengan bantuan saorang kenalan yang tinggal di Kyoto saya memohon beliau mencarikan rumah yang mampu sewa disekitar Osaka dan berdekatan dengan stesyen keretapi.. Akhir nya sekitar pertengahan bulan november beliau berjaya mendapatkan sebuah apartment melalui Airbnb untuk 7 orang berhampiran stesyen keretapi Tsuruhashi dengan harga sekitar 400.00 semalam.....jika dibahagi kepada 7 0rang ahli rombongan sekitar 57.00 semalam untuk seorang selama 6 malam 7 hari...Ia perlu dibayar secara Online juga......
Sekitar bulan November 2016 saya pun membayar sewa rumah yang dicadangkan.
![]() |
| Ini lah peta kawasan Rumah Airbnb yang ditempah |
![]() |
| Bahagian hadapan pintu masuk appartment |
![]() |
| Gambar pemandangan diruang tamu. |
Selesai bahagian kedua dan masuk ke fasa tiga ....persiapan untuk melancung..

6:29 PM
DANURI SAKIJAN




















