Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan


Assalamualaikum Semoga kita diberkati Allah dalam menjalankan ibadah berpuasa.
Ana baru kembali dari China sampai di KLIA jam 4 30 pagi Ramadhan 1. Kiranya ana sudah terlepas tarawikh yang pertama. Perjalanan kali ini ana ke sebuah bandaraya yang dinamakan CENGDU di Wilayah Shechuan pada 7 ogos lalu, kawasan disebelah barat cina hampir bersempadan dengan Tibet.
Sekarang musim panas, namum kepanasan nya tidak menampakkan cahaya matahari seperti di negara kita, suasana nya seperti berjerebu tetapi kering dan tidak berangin. Pohon pohon maple yang ditanam berjajaran sepanjang jalan sedang mengeluarkan daun yang berwarna hijau. Hampir kebanyakkan bandar di China dijaga dengan baik, bersih dan teratur, tiada sampah sarap dan pepohon hijau ditanam hampir dikesemua jalan dan lorong utama. Tidak seperti di negara kita pepohon hijau di tebang sesuka hati ..bukti nya di Machang ini dahulu banyak pohon yang bersaiz besar di tepi jalan telah di tebang dan tidak di ganti baru sehingga sekarang dan meninggalkan suasana yang gersang dan lapang.
Kami tiba di Cengdu yang kepadatan penduduk nya seramai lebih dari 300 juta pada jam 1 tengahari. Cuaca yang kering sedikit sebanyak tidak menyelesakan kita yang biasa dengan cuaca panas tetapi lembab. Banyak kali kalau di pertimbangkan lebih baik lah kita tinggal di negara sendiri. Bandar ini sangat padat, besar dan luas. Banyak bangunan pencakar langit didirikan disini meskipun ia terletak jauh di pendalaman negara china.
Di China bahasa adalah menjadi masalah yang paling utama. Hampir kesemua penduduk cina tidak tahu berbahasa Inggeris. Kalau di Guangzhou dan Senzhen tempohari ramai juga yang boleh berbahasa Inggeris namun di sini amat sedikit malah tiada langsung yang tahu. Ana kira hanya ana berdua sahaja orang Melayu yang berada di bandaraya ini kerana didalam kapal terbang tempohari hanya ada 2 orang Melayu sahaja.
Ana terus ke Hotel yang telah di tempah nama nya Enjoyable Star Hotel. Itu pun kawan ana telah siapkan nama hotel tersebut ditulis dalam bahasa mandarin. Hulurkan sahaja kepada driver teksi di airport. Sewa nya tidak lah mahal hanya sekitar RMB 220 satu malam lebih kurang RM 110.00. Teksi tidak susah, tahan sahaja kalau kosong dan segala nya menggunakan meter dan tidak lah mahal. Mengikut pengalaman ana mereka tidak mengambil kesempatan untuk membawa kita jalan yang jauh bagi mengenakan caj yang lebih tetapi kekadang mereka sendiri tak pasti tempat yang kita nak tuju. So tip nya kita kena tengok, study dan ingat bangunan serta land mark yang berdekatan dengan tempat kita tinggal supaya tidak tersasar jauh.
Di sini memang mencabar.Makanan halal juga menjadi suatu masaalah besar kepada kita yang muslim. Meskipun penduduk cina Muslim lebih ramai dari keseluruhan penduduk di negara kita mereka tinggal dalam kawasan yang berselerak. Hotel tempat kami tinggal berdekatan dengan restoran Muslim - biasa lah bangsa Uigur. Ada nasi dan mee buatan tangan. Rasa nya pun sedap dan boleh di makan tanpa banyak kerenah.
Hari pertama kami menghabiskan masa berjalan sekitar bandaraya Cengdu. Cuaca yang kering menyebabkan kita cepat penat dan dahaga. Banyak air mineral jual di kedai harga nya tidak mahal sebotol 1 yuan atau 48 sen.

Penjual buah peach di tepi jalan

Hari berikut nya kami meneruskan perjalanan ke luar bandaraya Cengdu ke suatu bandar yang jauh hya 45 minit melalui Highway yang diberi nama Shifang city. Disini terletak nya banyak factory tekstil dan kami melawat factory yang membuat corak kimono. Di factory ini jugalah akan ana hantar seramai 8 orang peserta dari malaysia untuk dilatih selama 2 bulan nanti.
Bandar ini pun besar dan banyak bangunan tinggi tetapi agak terasa jauh di pendalaman jika dibandingkan dengan Cengdu. Kami bermalam semalaman di sini dan setelah segala urusan selesai esok hari nya kami bertolak semula ke Cengdu.
Di sini sekarang musim buah terutama buah Peach. Ia banyak dijual dikedai-kedai dan kaki lima serta di simpang jalan dengan basikal atau kereta sorong. Rasa nya sangat manis dan berisi lembut bagi yang telah cukup masak. Selain itu jenis buah Plum juga sedang bermusim. Ada berbagai bagai warna dan jenis Plum disini, hijau, kuning purple merah dan harga nya sangat murah. Oleh kerana murah dan manis ana banyak makan buah tersebut sehingga ana di serang lelah.


Berlatarbelakang Masjid di Cengdu

Selain dari bahasa musim panas di sini amat mencabar.Waktu siang nya agak panjang bermula jam 4 30 pagi subuh dan malam pada jam 8 malam. Sesungguh nya banyak pengalaman yang telah ana kutip. Benar lah kata KTS mengembara akan mematangkan kita dan menghargai akan kehidupan ini. Namun banyak negara yang ana telah lawati sebaik baik tempat adalah dinegara kita sendiri, Hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Namun hanya ada satu sahaja tempat didunia ini yang ana telah kunjungi dimana ana sentiasa merindui nya sehingga
kini dan selamanya yang tiada tandingan nya dimana kita dapat meletakkan segala roh dan jasad kita dengan aman dan tenang dan melupakan segala urusan dunia dan sekaligus telah mengubah sempadan keimanan ana. Subhanallah. Sesungguh nya tiada tempat di muka bumi ini yang lebih tenang dan aman selain berdiri dihadapan pintu rumah mu YA ALLAH memohon keampunan dengan sepenuh jiwa raga.
Sepanjang Ramadhan kali ini walau dimana kita berada marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah kita, memohon keampunan dan mendoakan kesejahteraan kepada roh kedua ibu bapa kita yang dikasihi semoga aman dan tenang, memperbanyakkan solawat dan salam serta memunaikan solat tahajjud sebelum kita bersahur, Insyaallah semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.

Jumpa lagi Wassalam.

Sunday, August 8, 2010

tk. kemang

Asalammualaikum. Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. denganNya kita memperolehi segala kebaikan dan rezeki serta perlindungan. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw yg menunjuki kita jalan-jalan lurus penuh kerahmatan. juga fatihah buat kedua ibu-bapa kita yg melahirkan, mendidik dan menyayangi kita hingga mengenal sempadan buruk -baik kehidupan.
ana baru balik dari tk. kemang. lusa ianya akan menjadi lokasi melihat anak bulan. esoknya kita akan mula berpuasa atau sebaliknya. bagai satu ketentuan pula dalam diari hidup ana, beberapa hari sebelum puasa kami akan bercuti. suatu ketika dulu, kami bercuti di pangkor. masa itu ana berkerja di tk. intan, jadi senanglah ana punya perhubungan dgn pusat percutian tersebut. sekarang dah balik klg. terasa jauh pula ianya dari kami dan tempat penginapan yg dulu kami duduki telah hilang no. teleponnya. oleh itu kami memilih port dickson pada kali ini. mudah utk sampai dan kalau tak dapat tempat boleh balik semula, berkelah sehari sahaja.
semunya bermula selepas kenduri kawin nahar. kak sinah mengadu kepenatan lantaran menguruskan event tersebut. memang ana relax je. ana ada penyakit, tak boleh tension jadi kak sinahlah yg beria-ia. kesannya beliau yg tension dan berangan-angan kalau dapat rehat di satu tempat yg tenang- alangkah baiknya. memang kita perlu change direction kalau menghadapi kebuntuan. keluar dari hirok-pikok kebuntuan itu dan melupakan. tetapi ana agak sebok begitu juga saly. individu yg kami harapkan bagi menguruskannya masih berkursus di klia. maka ianya telah terdiam dalam lembaran perancangan.
minggu ini kami mempunyai kelapanan. begitu juga saly. beberapa minggu yg lalu beliau ada tournament futsal di uitm. tetapi oleh kerana tergesa-gesa, tempat penginapan tidak dapat diperolehi terlebih dahulu. tahun sudah nahar dan mak adek-adeknya telah bercuti di PD dgn tidak berperancangan. sampai sana baru cari penginapan. dapat. di kynas resort tempat kita punya family gathering dulu yg diatur oleh emy-sham. kali ini juga kami guna kaedah yg sama. tetapi semasa keluar rumah, terperengok jiran sebelah yg bertanya nak kemana dgn beg besar. maklom ana ada penyakit, selain pakaian banyaklah bekalan ana. roti perang, quarker oat, susu tepung; malah ana sempat masak nasi beras ponni siap laok dan sayur. tu yg nampak macam nak boyong tu. jadi kenalah kami bagitau nak bercuti di PD. malu besar ni kalau tetiba esok pagi dah ada kat umah!
cuaca baik semalam, 7 ogo 2010. tengah hari pada waktu kami berankat, mentari tidaklah seterik mana. perjalanan juga baik, dari bkt. raja terus keluar di PD. mulanya kami ingin mencari makan dahulu, tetapi kata kak sinah lebih baik cari penginapan. itupun yg kritikal. kalau gagal, kenalah bermalam kat klg. hotel rivervew pun tak mengapa asal tak balik malam tu, mana nak sembunyi muka pada org kg yg dah tau.... mulanya pergi hotel segi, sebelah marina cove, ada bilik suit, rm650. waw... 3 bulan sewa rumah. pergi sebelah, ada kondo rm500++ lebih kurang sebelumnya. kita pun pusing tk. kemang. ada banyak hotel termasuk yg tutup dan resort. yg kami ingat dan akan tanya dulu adalah resort kynas. itu pun yg kami tahu. nampaknya macam ramai penginap kerana ruang parking penuh. masuk, tanya; ada satu saja tinggal bilik kosong. sewa rm150. bagitau kata orang gomen dapat kurang rm20. minta tilam tambah satu rm20. jumlah rm150. tetapi kena letak rm200 tunai. no crd card.
tempat ini nostalgic buat ana. sudah 3 kali keluarga ana bercuti di PD, semuanya disini. yg paling mengesankan teringat family gathering bersama arwah mak. kawasan belakang resort sudah di up gradekan. tapak parking berturap. rasanya kawasan belakang telah kecil sedikit. tapak padang volyball dah tak ada. padang tinggal separoh utk aktiviti telly match. nampaknya memang ada acara hari keluarga pada hari itu. 2 group lagi. satu lagi diatas tempat kita buat dulu. manakala kolam renang dan pantai masih spt dulu.
bulan ini bacaan gula ana agak tinggi. dr. zul menasihati agar banyak buat excersice. katanya yg paling baik berenang. dengan berenang seluroh badan kita akan bergerak. kaki, tangan dan pinggang. mengingatkan itu, sepetang ana berendam dalam kolam. memang betul, malam itu baru terasa kesannya. aduh..... sakit-saakit semua. pantai diluar resort juga pada pandangan ana ada ciri-ciri privacy. pengunjung tidak ramai dan airnya jernih. tetapi bukit di kiri kanannya telah dimajukan dgn pusat peranginan baru. tidak tahu berapa lama keindahan pantai, pasir dan air jernih dapat bertahan. sempatlah juga kami mandi laut beberapa ketika sebelum mandi kolam pula sehingga dekat nak maghrib.
kedai makan memang banyak kat sini. pergilah arah tk. kemang, ada banyak sepanjang jalan dgn dihiasi lampu warna warni. setelah memilih kedai yg banyak pengunjung, kerana kata org itu indicator makanan sedap maka kami pun memesan makanan. waw... inilah masalah makan ditempat percutian. seingat ana telah 3 lokasi perkara yg sama berlaku. pertama di pangkor, sangat lambat hingga kami keluar cari kedai makan lain. kedai lain juga serupa, malah banyak bahan telah habis dan tidak ditambah kerana nak habiskan stok sebelum puasa. kedua di langkawi, lambat yg amat dan oder lain, dtg lain. mengamok ebal... kali ini, aduhai..... lambat, lambat, lambat.. sampai nak tertidor menunggu. mujur tak ada ebal.. kitaorg ingat juga kat ko bal..
malam itu semasa ana membaringkan badan dalam suhu dingin ekon, terasa betapa nyaman suasana. sedang di loby, kakaoke masih gairah mendendangkan lagu-lagu pilihan pengunjung. sebahagian besarnya sumbang mambang. lalu teringat beberapa tahun dahulu, sewaktu kita berkakaoke, begitu jugalah pada pendengaran pengunjung lain... terutamanya pada waktu emy menyanyi... pagi ini, hujan turun. ana yg bercadang nak jalan-jalan di pantai tergendala. mungkin ini akibat dari mereka yg berkaraoke tadi malam....
dalam perjalanan pulang, ana merasakan betapa bersyukur kerana masih dapat menikmati keindahan kehidupan ini walau hanya ditempat sendiri. kalau nuri bercerita perjalanan mekah, london, kk dan cina, cerita johor, tk. kemang juga sangat mengesankan. perjalanan ini walau dimana boleh memberi kita erti kehidupan. mengembaralah utk menjadi lebih dewasa.
wassalam.

Thursday, August 5, 2010

Kota Kinabalu

Assalamualaikum Semoga di rahmati Allah semua.Solawat dan Salam kepada Nabi muhammad SAW.
Dah lama blog ini agak sepi, KTS telah kembali semula selepas Walimatul Urus bulan Jun yang lalu. Agak lama beliau menyepi mungkin kepenatan dah mula hilang dan kembali seperti sedia kala. Entry nya mengenai jelajah Johor negeri yang paling sedikit pernah ana explore hanya baru sampai di Muar dan Batu pahat sahaja. Selebih nya ana tak pernah sampai. JB lagi lah belum dijejaki. Dalam seluruh negeri yang ada di Malaysia ini hanya Johor sahaja yang belum habis ana jelajahi, Ana baru kembali dari Sabah. Bertolak pada pagi Jumaat lepas dan kembali semula ke Kelantan pada hari Rabu.

Sudah 3 tahun semenjak kali terakhir ana ke Sabah pada 2007 yang lalu. Bandar Kota Kinabalu sudah semakin pesat membangun. Dibandingkan dengan awal tahun 80an ketika ana bermastautin di Sabah sekarang sudah banyak bangunan pencakar langit. kondo mewah Hotel-hotel yang juga mewah nama nya.

Ana sampai di Air port KK setelah transit selama 30 minit di Labuan pada jam 1 tengahari. Saorang pegawai dan kenalan dari UiTM Sabah telah menunggu di airport bersama pemandu dan Ven. Semasa transit di Labuan dari udara Labuan kelihatan juga membangun dengan pesat. Tidak seperti tahun 80 an yang ada hanya Hotel Victoria tempat ana pernah bermalam.

Kami terus ke kaki gunung Kinabalu untuk bermalam dan sempat berkunjung kebeberapa bandar di sekitar nya seperti Kundasang dan Ranau. Bandar bandar ini masih tidak banyak berubah. Cuaca masih lagi dingin dan petang membawa ke malam kami disambut dengan hujan. Gunung Kinabalu tidak kelihatan kerana diselaputi kabus yang sangat tebal.

Pagi itu hujan masih renyai-renyai namun kabus yang menutupi Gunung Kinabalu telah beransur hilang sekaligus menyerlahkan kegagahan dan keanggunan wajah nya yang sebenar. Gunung dan puncak nya dapat ditatapi dengan begitu jelas sekali dari tempat penginapan ana.
Subuh di sini seawal jam 4 45 pagi dan maghrib pula pada jam 6 30 petang.

Sabtu kami turun semula ke Kota Kinabalu dan menginap di Marina Court Apartment berhadapan dengan laut dan dekat dengan pasar Philipin. Pasar kraf ini masih tidak berubah, Ahad berkesempatan mengunjungi Tamu Jalan Gaya. Pasar yang sangat popular dihujung minggu dimana segala macam barangan diperdagangkan di pasar ini. Barangan kraf tradisional, barangan makanan, pakaian, haiwan peliharaan termasuk anak anjing dan kucing barangan antik siput laut kopi yang di mesen on the spot segala nya ada di jalan gaya ini.

Bandar asal Kota Kinabalu tidak banyak berubah wajah. Pembangunan nya dilaksanakan di luar dari bandar utama iaitu dikawasan menggatal, likas dan menghala ke Papar. Banyak juga kawasan berpaya dahulu dimana kampung air terletak telah di tebus guna dan dijadikan kawasan pembangunan.

Sepanjang disana ana berkesempatan juga dikunjungi beberpa rakan lama. Cekgu Asri dahulu sesama ana mengajar di SMK Beaufort telah pun menukar kerjaya sepenuh masa nya dari cekgu menjadi usahawan yang berjaya. Ana tumpang Land Cruiser mewah nya dan menikmati hidangan tengahari di kelab Golf Sutera Harbour, Alhamdulillah beliau masih seperti dahulu dan melayan kawan lama seperti dulu jugak. Semoga Allah memberkati nya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Beliau juga menghantar ana ke Air port dan menjemput ana sekeluarga untuk ke Sabah dengan menawarkan keenderaan nya jika anak ke sana lagi.

Rakan-rakan ana seramai 8 orang lagi, sarat dengan membeli belah. Datang dengan satu beg tetapi balik dengan berkotak-kotak tambahan. Ana sahaja yang datang dengan satu beg pakaian dan kembali semula dengan beg yang sama. Maklumlah mereka semua nya pertama kali sampai di negeri dibawah bayu ini, segala nya baru dan murah pada perkiraan mata mereka. Ana pula apabila sampai di bumi Sabah ini umpama balik ke kampung ana sendiri. Oleh itu keinginan untuk membeli belah terasa kurang nya. Yang mengairahkan ana hanya untuk berjumpa kawan-kawan lama dan menyelusuri jalan-jalan yang pernah ana lewati suatu ketika dahulu.
Oleh kerana jadual yang agak ketat ana tak sempat untuk ke Beaufort tempat lahir dua orang anak ana dahulu. Rasa kecewa juga kerana ada rakan yang telah sanggup bercuti pada hari yang sepatut nya ana bercadang untuk mengunjungi beliau..Maaf lah kak Siti Nurbayah kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Insyaallah lain kali kalau umur panjang dan ada rezeki akan ana kunjungi sahabat-sahabat di Beaufort termasuk ke rumah beliau.

Banyak yang ana pelajari sepanjang di Sabah tempohari seperti mana KTS alami semasa kunjungan nya ke Johor. Perkara yang paling menyentuh perasaan ialah erti sebuah persahabatan. Orang masih mengingati dan mengenang ana meskipun setelah berpuluh tahun di tinggalkan. Banyak jemputan yang ana tidak dapat penuhi. Betul lah pantun orang tua dahulu;

Pulau Pandan Jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang juga.

Ana kira semasa ana pernah bermastautin di Sabah dahulu ana telah meninggalkan budi yang baik, sebab itulah ana rasa sangat dihargai setiap kali ana berkunjung ke sana.
Pesan ana sentisa lah kita berbuat baik dan bergaul dengan masyarakat walau dimana kita berada terutama apabila kita di perantauan.
Ana akan ke Cengdu China pada Sabtu ini untuk meneruskan pengembaraan ana di bumi Tuhan yang luas ini. Insyaallah akan ana kongsi kan nanti pengalaman di sana.
Jumpa lagi.

Wassalam
menara gading

Tuesday, August 3, 2010

johor

dengan nama Allah Yg. Maha Pengasih dan Penyayang. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw. apa khabar semua.

malam ini ana ada di johor. kota tinggi. hotel mayers. johor memang agak asing buat ana. selain bt. pahat dan pt. raja, ada sekali dua ke j.b. lain-lain tempat, tidak pernah sampai. oleh itu perjalanan hari ini agak menarik. interesting dalam menambah pengalaman hidup.

sebelum sampai johor, ana telah singgah di melaka. merlimau ana jumpa kawan lama. sudah beberapa tahun tak jumpa sudah tentu banyak ceritanya. kalau dulu semasa sama-sama di damansara pun banyak ceritanya, walau duduk sebelah meja; inikan dah lama tak bertemu.
banyak perkembangan beliau yg telah semakin berkembang. terbaharu telah naik pangkat lagi. tahniah wak! kerana itu dia belanja makan assam pedas di muar. memang sedap; apatah pula makan free...

dari muar masuk semula ke highway melalui interchange paguh, ana melalui jalan lama. memang lain kala melalui jalan kampung. feelnya lebih sedikit. anak-anak tentu boring dan resah dan akan memilih highway yg pastinya kondusif. tetapi bagi ana pastinya ada nostalgia. begitu juga utk sampai ke kota tinggi, menempuh laluan lama.

kota tinggi tidak besar. lebih kurang tk. intan, sekali pusing sudah jelajah semua laluannya. tetapi setelah check-in, sekali lagi pusing; terasa ada kelainannya kota ini. pertama, ianya agak sunyi dari hirok pikok kota. ianya tenang. agak aneh dinegeri yg berjiran dgn kota singa, peniaga melayu agak ramai. kedai-kedainya majoriti jurujualnya gadis melayu yg manis-manis belaka.bangla dan indon, hampir tidak kelihatan. mungkin mereka duduk dalam ladang!

kota ini juga sungguh convineant. pasar basah buka waktu petang dan maghrib. tempatnya ditengah bandar dan bersekali dgn penjualan barang keperluan harian, malah ada kedai eletronik. emporium? mulanya kami tidak menemuinya, setelah pusing dua kali baru kami sedar ianya tidak jauh dari pasar basah. sesuai dgn tempat, harganya juga berpatutan. sempat juga ana sambar tiga helai, kalau kat klang nak beli satu pun susah; satu faktor pembelian sebagai kenangan sampai kat kota tinggi. dah keluar, teringat esok balik nak jumpa ebal; masok balik sambar satu lagi t-shirt camel active buat ebal. org tua memang selalu macam tu, kalau beli utk sendiri akan teringat anak-anak. arwah bapak pun dulu macam tu, tapi taklah camel; ikut kemampuan, cap pagoda sahaja...

esok ana nak tengok dusun buah-buahan PPNJ kat sg. lebak. buat contoh projek di kuala selangor. pengalaman org sebenarnya sangat berguna dijadikan panduan. itu sebab org tua sangat diperlukan dalam keluarga. walaupun istilahnya quran buruk; spiritnya sangat kuat..
sabelum balik hotel, kami makan di restoran mj. kedainya bersih, makanannya sedap. tempat ni kami dapat setelah bertanya dgn jurujual pasaraya. sebenarnya banyak yg ana pelajari hari ini.

bagaimana pula dgn esok..
muga lebih baik..
wassalam..

Thursday, July 15, 2010

SEKADAR BERKONGSI...

Assalammualaikum semua...
rasanya lama dah xentry apa2 kt blog nie...sibuk sangatlh...pg ni ade ms jp..taiplah ape2...hehe...

12 Julai yg lps..genap sebln aku melayari kehidupan berumah tangga..keadaan masih ok wpun kadang2 lupe yg kite ni dh ade bini..haha...
aku penah berjanji dgn diri aku utk membawa isteri ke rumah saudara mara lps kawen ni..tp apakan daya, stp hjg mgu spjg bulan Julai nie byk aktiviti/program/pameran yg LUAS sertai sbb byk agensi/NGO dsb nk wt sblm pose nie...pening2 nk arrange org lg.bhn lg..huh..

3 Julai ade pameran di SMT Sepang. Aku xjoin sbb nk kemas n cr brg umah ape yg xcukup lg..tp smptlh tdo umh mak sehari sbb nk tgk Ned vs Bra. Itu pun hr ahad adik ipar aku msk hospital..suspek jantung...baru 24 thn..trs berhenti hisap rokok dia..huhu..skrg dh ok tp dia kna ht2 gak..

10 Julai aku ade Pelancaran Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak(PKSSMM) bersama PEKAWANIS di DUN Gombak Setia ( kwsn Dato' Dr. Mohamed Hasan Ali). Pg2 aku dh hntr Jue ke rumah mertua dia...kt cna aku set up bhn pameran n wt video jer..ade masuk paper Sinar 13 Julai..muka aku xdelah sbb keje blkg tabir..haha..ptg hbs..blk umh mak tdo smp ptg...

11 Julai pej aku wt 'World Cup Fever LUAS 2010' kt Sport Planet Sek.16. Aku diundi mewakili England, so aku pun wtlh rambut Beckham..haha...Sal join kiteorg sbb kategori wanita krg org..pej aku byk makcik2 jer..dia pun terkejut tgk rmbut aku..bkn dia je smua org xsangka aku wt rambut nie...haha..tp mlm 2 cukur balik..sok keje mane leh rambut mcmtu..mak nmpk ni mengamuk dia..nasib baik bini sporting...haha..





17 Julai ade Program Gotong-Royong Membersihkan Pantai Morib..program bahagian aku..so lglh aku kna join..

18 Julai ade Karnival Sungai Way..aku kna join gak sbb bos aku xleh hadir..aku kena handle PKSSMM..

24 Julai ade Program Qua-Qua kt Sungai Gombak..aku xtaulah aku join ke x sbb person in charge xkuarkan nama lg..harap2 xlh sbb ingat nk ke rumah kakak ipar kt Seremban..jue dh rindu dgn anak buah dia kt sana..sllu sbt2..phm2lh...nk suruh kecnalh 2..hahaha..

31 Julai ade Family Day pej Jue/Gotong-Royong Bersihkan Pantai Pedang, Sekinchan,mana nak g ni??adoyai..pening2...wpun program bahagian aku tp aku dh jnji nk g family day dlu so terpaksalah xg..ingat leh lawat wak pasir panjang sekali..tp apekan daya..raya nntilh nmpknye..huhu..

Finally,6-8Ogos aku n some frenz nk ke PD mkn angin..lm dh plan..nmpknye mmg plan aku xjdlh nie..br nk pecah tradisi g umah sedara2 lps kawen tp mmg raya jugaklah baru aku g umh sedara mara...sape srh wt majlis dkt2 nk pose??
mintak maaf semua sedara mara yang disebelah abah mahupun di sebelah mak...hehe..

Akhir kata..majulah sukan umtuk negara & selamat menunaikan ibadah puasa tidak lama lagi...Dan terima kasih semua yg hadir/tolong di majlis perkahwinan aku kt kelantan dan klang..jasamu tetap ku kenang smp bila2...

Assalammualaikum...


Juenahar.

Saturday, July 10, 2010

SEKADAR BERTANYA KHABAR

Assalamualaikum. Semoga kalian dirahmati Allah SWT.
Sudah agak lama blog ini menyepi. Bagai terkena sihir bola sepak kata KTS. Barangkali betul jugak kerana penduduk bumi keseluruhannya memang bagai terkena sihir tersebut. Esok adalah hari terakhir sihir bola ini bakal berakhir dan akan di ketahui juara nya antara Portugal dan Belanda..siapa yang lebih ampuh bakal menjadi juara dunia kemudian menunggu 4 tahun lagi untuk terkena sihir nya semula. Ahli ahli persatuan ini pun andaian ku bukan hanya terkena sihir bola tapi nampak nya bagai terkena badi pengantin. Maklumlah setelah beberapa even pengantin kita lalui dengan meriah nya selepas klimak nya di Kelang masing-masing juga menyepi diri...senyap dan sekali-sekali muncul di laman muka buku. Kalau dulu dulu ia umpama terkena badi pengantin......Ngantuk lesu dan layu....harap harap telahan ini meleset.......kalau tidak siap lah kena cari baju pengantin untuk direndam dan air nya dibuat mandi hahahahah...

Kaki ana masih terasa lagi cengkering-cengkering nya, walaupun sudah boleh menapak secara normal tapi memang betul kata KTS tahap metabolism ana sudah menurun tidak seperti Sally yang masih cergas bermain futsal..Ini bermakna ana terpaksa mengakui bahawa faktor usia memang suatu yang significance dalam kecergasan diri kita dan ana terpaksa mengakui nya bahawa usia ana sudah semakin meningkat. Bukti nya sengal kaki ini memang lambat kebah nya walau sudah masuk minggu ketiga. Namun demikian jiwa dan semangat ana masuk lagi kuat harap harap ia akan dapat bertahan lama dan tidak terpengaruh dengan usia yang semakin meningkat.

Tidak ada sebarang isu yang ana nak utarakan disini, cuma ingin mengisi blog ini agar tidak sepi dan melatih tangan supaya masih ringan untuk menaip satu-satu huruf di permukaan papan kekunci ini. Selain mengasah minda dan otak ana supaya selari dengan jejari tangan yang menaip perkataan serta menterjemahkan apa yang sedang ana fikirkan sekarang. Kalau tidak ana sendiri akan tewas oleh godaan sendiri yang memang malas untuk menaip bahkan untuk berfikir sekalipun.

Apa khabar saudara saudara kita yang jauh DI USA ....Di Sabah....oh ya Insyaallah hujung bulan ini ana akan ke Sabah barangkali sekitar Kota Kinabalu selama beberapa hari. Lawatan akademik dan setelah di war-warkan nampak nya ramai sahabat-sahabat ana yang tinggal di Sabah sekitar KK dan Beaufort sedang menanti kan kedatangan ana..Ada yang dah berpuluh tahun tak jumpa tapi masih mengingati... Insyaaallah kalau ada kesempatan mereka semua akan ana ziarahi dan masing masing menawarkan kemudahan termasuk tempat tinggal dan keenderaan....wah terasa terharu nya.... Ana bercita cita nak buat satu catatan dalam Travel Log boleh dibaca oleh orang lain..

Apa khabar pengantin baru kita berbulan madu di mana agak nya...senyap tanpa khabar berita Kak niah pun sejak kahwin senyap dan hilang begitu sahaja jumpa sekejap pun tak sempat hendak bercerita .....begitulah hidup kita ini masing masing sebok dengan tugas tanggungjawab dan hal masing-masing.....Apa khabar Suria...juga hilang seri pagi nya barangkali terlalu sebok dengan tugas sebagai guru dan melayan kerenah anak-anak... Emi pun barangkali sedang sebok mencari peluang-peluang baru business nya ...begitulah kalau tak di cari pasti hilang suru nya...
Apa khabar Kak Oya....Business lady yang sedang tercari-cari tapak bagi mengukuhkan kerjaya masing-masing...begitu jugak yang lain-lain Sahari tak lama lagi komuter direct ke Ipoh akan beroperasi ...sudah pasti akan memudah kan beliau berulang alik ke Ipoh dari Kl ....

Ana masih seperti dulu buka semester baru dan tugas ana untuk mendidik anak-anak Melayu
disamping tugas -tugas lain di menara gading.. Khabar nya Sally dah sambung Masters elok lah tu masih ada semangat untuk menmyambung pelajaran..Harap-harap ramai lagi ahli persatuan ini yang masih punyai semangat untuk menuntut ilmu hingga ke peringkat yang paling tinggi. Yang masih belajar buat lah yang terbaik dan berazam untuk memperolehi First Class Honour yang di sekolah bercita-cita memperolehi A untuk semua mata pelajaran......

jumpa lagi..
Menara Gading.

Friday, July 2, 2010

Bila Kenekmatan Hidup Di Tarik Sedikit

Assalamualaikum
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, Nabi Besar Junjungan Kita Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan nya di dunia dan di akhirat. Amin.
Kita telah memasuki Bulan Julai dalam kalendar masihi dan pertengahan bulan Rajab selepas ini Syaaban dan Ramadhan dalam kaledar Islam. Masa berlalu dengan pantas 6 bulan telah berlalu dan tinggal 6 bulan terakhir tahun 2010. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai perkara telah kita sama-sama lalui. 2 kenduri besar telah dilaksanakan dengan jayanya, Satu di Chini Pahang dan satu di Kelang. Aku pun terkena tempias nya di Kelantan. Alhamdulillah segala nya telah berjalan dengan lancar dan di kira sangat meriah kerana kedua-dua nya adalah kenduri mantu buat pertama kali nya dalam sejarah masing-masing. Pasti nya keluarga yang terlibat merasa lega dan puas. Yang lain seperti aku mula mengira-gira dan melihat penanda aras yang kalian telah letakkan dalam mengadakan kenduri tersebut..harap-harap masih ada banyak waktu untuk aku memikirkan nya.
Sebeanar nya dah seminggu aku menanggung kesakitan pada buku lali kaki kiri disebabkan terseliuh semasa hendak melintas jalan di KLCC minggu lepas. Peristiwa ini berlaku pada Rabu minggu lalu sebaik sahaja aku turun dari kereta BMW Emi di hadapan menara TA bersebelahan dengan KLCC untuk menghadiri mesyuarat dan pembentangan cadangan projek. Sebaik sahaja emi berlalu aku dan rakan iaitu Prof Dr Nik melintas jalan untuk ke bangunan TA. Sebaik melintasi jalan dan berhenti di devider tengah jalan utntuk menyeberang entah tak semena-mena kaki kiri ini melangkah turun dari devider ke jalanraya untuk menyeberang dan dalam sekelip mata ia terpelecok dan aku tersengkur ke hadapan kerana menggalas beg sandang dibelakang dan tangan kiri memegang beg lap top pula.
ADUHHHHHH sakit nya tak terkata..pandangan ku tiba-tiba berpinar dan kaki kiri tak dapat di jejakkan dengan baik ke bumi. Dengan bantuan Prof Nik aku terhincut-hincut menyeberangi jalan tersebut...Berehat di bas stand tepi jalan tersebut selama hampir 15 minit sebelum meneruskan perjalanan ke tempat mesyuarat di Tingkat 17. Buku lali ini membengkak sebesar telur ayam dan lebam biru secara tiba-tiba. dan hasil nya aku tak dapat berjalan dengan normal..
Mesyuarat berjalan dengan lancar dengan kecederaan yang aku alami aku memberikan penerangan mengenai projek yang dicadangkan..akhir nya tanpa simpati maka mereka meluluskan kertas cadangan tersebut..
Selesai mesyuarat aku ke airport untuk kembali ke Kelantan melalui Subang. Kapal terbang pula delayed selama hampir 30 minit. Melepasi security check up sangat mudah..masing masing memberikan kata simpati dan jam 8 30 sekali lagi dengan berdengkot aku menaiki pesawat Fire Fly. Meskipun ditawarkan kerusi roda rasa nya aku belum bersedia untuk duduk di kerusi itu untuk di tolak...dengan senyuman menahan kesakitan aku gagahi juga mengharungi jalan yang tak sejauh mana untuk menaiki pesawat dan turun dari pesawat tersebut setiba nya di KB.
Esok pagi nya Khamis tukang urut datang ke rumah...Mak Su Tini panggilan nya memang selalu kami berurut dengan beliau..Jawa Indon yang menetap di Kelantan. Alhamdulillah selama 3 kali berurutan maka aku boleh meneruskan Bengkel jemputan aku di Kedah. selama 4 hari dan kembali dari Kedah petang semalam. Namun sengal kaki ini masih terasa.
Sepanjang seminggu di Kedah aku tidak kemana-mana hanya duduk di hotel diwaktu malam. Kesakitan ini telah menghilangkan mood dan keinginan untuk bergerak. Barulah terasa betapa nikmat kesihatan ini begitu besar makna nya. Bila ia di tarik sedikit...ia telah membawa satu kesan yang sangat mendalam didalam diri kita. Kebebasan kita mula terbatas, nafsu kita mula pudar, rasa kecewa mula menebal...rasa marah dan hilang sabar semakin membara...
Segala nya ada hikmat nya ..aku menerima dengan redha...mungkin ia satu peringatan kepada diri ini peringatan kepada kuasa yang Maha Esa. Sebenar nya ruang kehidupan kita hanya dibatasi oleh suatu tabir yang sangat nipis, antara sehat dan sakit, antara syukur dan kufur, dan diantara hidup dan mati.Ia sentiasa ada disebelah kita, Senipis sekelip mata.Sekali kita berkelip kita sehat dan kelipan selepas nya mungkin kita boleh ditimpa kesakitan.Begitulah kekuasaan nya. Barangkali ia mengingatkan aku supaya sentiasa mengingati nya..sepanjang masa setiap ketika sebagaimana aku mengingati nya dihadapan pintu rumah nya. Insyaalalah .
Semoga kalian sentisa menjaga kesihatan dan berhati-hati selalu.

Sekian wassalam

menara gading
Machang kltn.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification