Assalamualaikum Semoga kita diberkati Allah dalam menjalankan ibadah berpuasa.
Ana baru kembali dari China sampai di KLIA jam 4 30 pagi Ramadhan 1. Kiranya ana sudah terlepas tarawikh yang pertama. Perjalanan kali ini ana ke sebuah bandaraya yang dinamakan CENGDU di Wilayah Shechuan pada 7 ogos lalu, kawasan disebelah barat cina hampir bersempadan dengan Tibet.
Sekarang musim panas, namum kepanasan nya tidak menampakkan cahaya matahari seperti di negara kita, suasana nya seperti berjerebu tetapi kering dan tidak berangin. Pohon pohon maple yang ditanam berjajaran sepanjang jalan sedang mengeluarkan daun yang berwarna hijau. Hampir kebanyakkan bandar di China dijaga dengan baik, bersih dan teratur, tiada sampah sarap dan pepohon hijau ditanam hampir dikesemua jalan dan lorong utama. Tidak seperti di negara kita pepohon hijau di tebang sesuka hati ..bukti nya di Machang ini dahulu banyak pohon yang bersaiz besar di tepi jalan telah di tebang dan tidak di ganti baru sehingga sekarang dan meninggalkan suasana yang gersang dan lapang.
Kami tiba di Cengdu yang kepadatan penduduk nya seramai lebih dari 300 juta pada jam 1 tengahari. Cuaca yang kering sedikit sebanyak tidak menyelesakan kita yang biasa dengan cuaca panas tetapi lembab. Banyak kali kalau di pertimbangkan lebih baik lah kita tinggal di negara sendiri. Bandar ini sangat padat, besar dan luas. Banyak bangunan pencakar langit didirikan disini meskipun ia terletak jauh di pendalaman negara china.
Di China bahasa adalah menjadi masalah yang paling utama. Hampir kesemua penduduk cina tidak tahu berbahasa Inggeris. Kalau di Guangzhou dan Senzhen tempohari ramai juga yang boleh berbahasa Inggeris namun di sini amat sedikit malah tiada langsung yang tahu. Ana kira hanya ana berdua sahaja orang Melayu yang berada di bandaraya ini kerana didalam kapal terbang tempohari hanya ada 2 orang Melayu sahaja.
Ana terus ke Hotel yang telah di tempah nama nya Enjoyable Star Hotel. Itu pun kawan ana telah siapkan nama hotel tersebut ditulis dalam bahasa mandarin. Hulurkan sahaja kepada driver teksi di airport. Sewa nya tidak lah mahal hanya sekitar RMB 220 satu malam lebih kurang RM 110.00. Teksi tidak susah, tahan sahaja kalau kosong dan segala nya menggunakan meter dan tidak lah mahal. Mengikut pengalaman ana mereka tidak mengambil kesempatan untuk membawa kita jalan yang jauh bagi mengenakan caj yang lebih tetapi kekadang mereka sendiri tak pasti tempat yang kita nak tuju. So tip nya kita kena tengok, study dan ingat bangunan serta land mark yang berdekatan dengan tempat kita tinggal supaya tidak tersasar jauh.
Di sini memang mencabar.Makanan halal juga menjadi suatu masaalah besar kepada kita yang muslim. Meskipun penduduk cina Muslim lebih ramai dari keseluruhan penduduk di negara kita mereka tinggal dalam kawasan yang berselerak. Hotel tempat kami tinggal berdekatan dengan restoran Muslim - biasa lah bangsa Uigur. Ada nasi dan mee buatan tangan. Rasa nya pun sedap dan boleh di makan tanpa banyak kerenah.
Hari pertama kami menghabiskan masa berjalan sekitar bandaraya Cengdu. Cuaca yang kering menyebabkan kita cepat penat dan dahaga. Banyak air mineral jual di kedai harga nya tidak mahal sebotol 1 yuan atau 48 sen.
Penjual buah peach di tepi jalan
Hari berikut nya kami meneruskan perjalanan ke luar bandaraya Cengdu ke suatu bandar yang jauh hya 45 minit melalui Highway yang diberi nama Shifang city. Disini terletak nya banyak factory tekstil dan kami melawat factory yang membuat corak kimono. Di factory ini jugalah akan ana hantar seramai 8 orang peserta dari malaysia untuk dilatih selama 2 bulan nanti.
Bandar ini pun besar dan banyak bangunan tinggi tetapi agak terasa jauh di pendalaman jika dibandingkan dengan Cengdu. Kami bermalam semalaman di sini dan setelah segala urusan selesai esok hari nya kami bertolak semula ke Cengdu.
Di sini sekarang musim buah terutama buah Peach. Ia banyak dijual dikedai-kedai dan kaki lima serta di simpang jalan dengan basikal atau kereta sorong. Rasa nya sangat manis dan berisi lembut bagi yang telah cukup masak. Selain itu jenis buah Plum juga sedang bermusim. Ada berbagai bagai warna dan jenis Plum disini, hijau, kuning purple merah dan harga nya sangat murah. Oleh kerana murah dan manis ana banyak makan buah tersebut sehingga ana di serang lelah.
Berlatarbelakang Masjid di Cengdu
Selain dari bahasa musim panas di sini amat mencabar.Waktu siang nya agak panjang bermula jam 4 30 pagi subuh dan malam pada jam 8 malam. Sesungguh nya banyak pengalaman yang telah ana kutip. Benar lah kata KTS mengembara akan mematangkan kita dan menghargai akan kehidupan ini. Namun banyak negara yang ana telah lawati sebaik baik tempat adalah dinegara kita sendiri, Hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri. Namun hanya ada satu sahaja tempat didunia ini yang ana telah kunjungi dimana ana sentiasa merindui nya sehingga
kini dan selamanya yang tiada tandingan nya dimana kita dapat meletakkan segala roh dan jasad kita dengan aman dan tenang dan melupakan segala urusan dunia dan sekaligus telah mengubah sempadan keimanan ana. Subhanallah. Sesungguh nya tiada tempat di muka bumi ini yang lebih tenang dan aman selain berdiri dihadapan pintu rumah mu YA ALLAH memohon keampunan dengan sepenuh jiwa raga.
Sepanjang Ramadhan kali ini walau dimana kita berada marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah kita, memohon keampunan dan mendoakan kesejahteraan kepada roh kedua ibu bapa kita yang dikasihi semoga aman dan tenang, memperbanyakkan solawat dan salam serta memunaikan solat tahajjud sebelum kita bersahur, Insyaallah semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.
Jumpa lagi Wassalam.
Thursday, August 12, 2010
Salam Ramadhan
11:45 AM
DANURI SAKIJAN
3 comments
3 comments:
memang seronok dapat melihat negeri orang. ada yg dapat dipelajari. but one thing, setelah itu baru kita dapat apprecite tempat kita duduk. tapi kalau boleh balik negeri sendiri lagi lega. kan....walau tak jauh mana, kelantn vs sel je.
Can we see the pictures with Pandas?
at the centre of cina, that's no bamboo...
no bamboo, no pandas
even panda toy pun no.
Post a Comment