Assalamualaikum
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, Nabi Besar Junjungan Kita Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan nya di dunia dan di akhirat. Amin.
Kita telah memasuki Bulan Julai dalam kalendar masihi dan pertengahan bulan Rajab selepas ini Syaaban dan Ramadhan dalam kaledar Islam. Masa berlalu dengan pantas 6 bulan telah berlalu dan tinggal 6 bulan terakhir tahun 2010. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai perkara telah kita sama-sama lalui. 2 kenduri besar telah dilaksanakan dengan jayanya, Satu di Chini Pahang dan satu di Kelang. Aku pun terkena tempias nya di Kelantan. Alhamdulillah segala nya telah berjalan dengan lancar dan di kira sangat meriah kerana kedua-dua nya adalah kenduri mantu buat pertama kali nya dalam sejarah masing-masing. Pasti nya keluarga yang terlibat merasa lega dan puas. Yang lain seperti aku mula mengira-gira dan melihat penanda aras yang kalian telah letakkan dalam mengadakan kenduri tersebut..harap-harap masih ada banyak waktu untuk aku memikirkan nya.
Sebeanar nya dah seminggu aku menanggung kesakitan pada buku lali kaki kiri disebabkan terseliuh semasa hendak melintas jalan di KLCC minggu lepas. Peristiwa ini berlaku pada Rabu minggu lalu sebaik sahaja aku turun dari kereta BMW Emi di hadapan menara TA bersebelahan dengan KLCC untuk menghadiri mesyuarat dan pembentangan cadangan projek. Sebaik sahaja emi berlalu aku dan rakan iaitu Prof Dr Nik melintas jalan untuk ke bangunan TA. Sebaik melintasi jalan dan berhenti di devider tengah jalan utntuk menyeberang entah tak semena-mena kaki kiri ini melangkah turun dari devider ke jalanraya untuk menyeberang dan dalam sekelip mata ia terpelecok dan aku tersengkur ke hadapan kerana menggalas beg sandang dibelakang dan tangan kiri memegang beg lap top pula.
ADUHHHHHH sakit nya tak terkata..pandangan ku tiba-tiba berpinar dan kaki kiri tak dapat di jejakkan dengan baik ke bumi. Dengan bantuan Prof Nik aku terhincut-hincut menyeberangi jalan tersebut...Berehat di bas stand tepi jalan tersebut selama hampir 15 minit sebelum meneruskan perjalanan ke tempat mesyuarat di Tingkat 17. Buku lali ini membengkak sebesar telur ayam dan lebam biru secara tiba-tiba. dan hasil nya aku tak dapat berjalan dengan normal..
Mesyuarat berjalan dengan lancar dengan kecederaan yang aku alami aku memberikan penerangan mengenai projek yang dicadangkan..akhir nya tanpa simpati maka mereka meluluskan kertas cadangan tersebut..
Selesai mesyuarat aku ke airport untuk kembali ke Kelantan melalui Subang. Kapal terbang pula delayed selama hampir 30 minit. Melepasi security check up sangat mudah..masing masing memberikan kata simpati dan jam 8 30 sekali lagi dengan berdengkot aku menaiki pesawat Fire Fly. Meskipun ditawarkan kerusi roda rasa nya aku belum bersedia untuk duduk di kerusi itu untuk di tolak...dengan senyuman menahan kesakitan aku gagahi juga mengharungi jalan yang tak sejauh mana untuk menaiki pesawat dan turun dari pesawat tersebut setiba nya di KB.
Esok pagi nya Khamis tukang urut datang ke rumah...Mak Su Tini panggilan nya memang selalu kami berurut dengan beliau..Jawa Indon yang menetap di Kelantan. Alhamdulillah selama 3 kali berurutan maka aku boleh meneruskan Bengkel jemputan aku di Kedah. selama 4 hari dan kembali dari Kedah petang semalam. Namun sengal kaki ini masih terasa.
Sepanjang seminggu di Kedah aku tidak kemana-mana hanya duduk di hotel diwaktu malam. Kesakitan ini telah menghilangkan mood dan keinginan untuk bergerak. Barulah terasa betapa nikmat kesihatan ini begitu besar makna nya. Bila ia di tarik sedikit...ia telah membawa satu kesan yang sangat mendalam didalam diri kita. Kebebasan kita mula terbatas, nafsu kita mula pudar, rasa kecewa mula menebal...rasa marah dan hilang sabar semakin membara...
Segala nya ada hikmat nya ..aku menerima dengan redha...mungkin ia satu peringatan kepada diri ini peringatan kepada kuasa yang Maha Esa. Sebenar nya ruang kehidupan kita hanya dibatasi oleh suatu tabir yang sangat nipis, antara sehat dan sakit, antara syukur dan kufur, dan diantara hidup dan mati.Ia sentiasa ada disebelah kita, Senipis sekelip mata.Sekali kita berkelip kita sehat dan kelipan selepas nya mungkin kita boleh ditimpa kesakitan.Begitulah kekuasaan nya. Barangkali ia mengingatkan aku supaya sentiasa mengingati nya..sepanjang masa setiap ketika sebagaimana aku mengingati nya dihadapan pintu rumah nya. Insyaalalah .
Semoga kalian sentisa menjaga kesihatan dan berhati-hati selalu.
Sekian wassalam
menara gading
Machang kltn.
Friday, July 2, 2010
Bila Kenekmatan Hidup Di Tarik Sedikit
12:07 PM
DANURI SAKIJAN
2 comments
2 comments:
As-salam.
Selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw.
sangatlah benar apa yg telah MG nyatakan dalam analisanya. beliau telah semakin matang tetapi semakin kurang metabolisma dalam diri. itu sebab terpelecok melintas jalan kena berurut 3 kali. org muda macam saly terpelecok main futsal berurut sekali dah baik. org muda metabolismanya masih aktif. ana masa sekolah menengah pernah terseliuh lutut, tak berurut, baik sendiri; sekarang dah tua masuk 50 th baru terasa kesannya, naik tangga pejabat terasa ngilu. org degil dan keras kepala memang gitu.
sepekara lagi mengenai hikmah sebagaimana yang di nyatakan oleh MG, adalah satu mistri Allah yg menjadi mistri alam kehidupan. dalam Kalam hikmah ke-84 kitab Al-hikam Imam Ibnu Athaillah ada menyatakan sebagai kesimpulan, jika Dia tidak memberi nikmat dunia, ertinya tak lain kerana Dia sayangkan hambanya. itu sebab setiap kesukaran akan berakibat kepada kebaikan, dgn prasyarat; kena SABAR DAN REDA. jangan mengeluh dan keluh kesah.
dalam perancangan awal memang ana telah berhasrat utk ikut sama MG kengadakan kursus di Kedah. sengaja nak relase tension dan mungkin dapat ilmu-ilmu baru dari beliau. maklom beliau telah jauh kedepan dengan perjalanan ke england dan cina selain ketanah suci Mekah al-mukarramah tempat yg menjadi cita-cita kita semua bagi melengkapkan rukun islam kita. sementelah pula ana tahun ini masuk senarai stand-by. bagaimanapun insyallah tahun 12 ana kesana. tetapi atas desakan kerja, ianya tidak terlaksana. rupanya ada hikmahnya, ana tak perlu menjaga beliau yg sedang sakit kaki dan menghadapi emosi tergangu. kalau tidak pasti anapun akan mengalami jiwa kacau. tetapi ruginya ana tak dapat menambah pahala kerana menemani beliau yg sedang mendapat cobaan.
memanglah hidup ini sentiasa berputar, seperti bola piala dunia yg sedang menyihir penduduk bumi. pagi ini ana baca blog ebal [sila rujuk: infinitesane.blogspot] yg mengingatkan ana betapa kehidupan ini singkat dan semakin menghampiri penghujung. memang 6 bulan telah berlalu dgn sangat pantas, manakala 6 bulan lagi akan kita lalui tanpa kita sedari. akhirnya kita bukan lagi dipangil penduduk bumi, mantan penduduk bumi.
kemana kita, adakah kita tahu kemana kita, adakah kita bersedia. sangat takut dan ngeri sebenarnya. bagaimanapun entry MG ada hikmahnya kerana ianya memberi peluang buat kita beringat dan membuat persediaan sementara masih ada hayat. kerana didunialah tempat kita bertanam, diakhirat tempat kita menuai. baik yg kita tanam, baiklah tuaian kita. buruk yg kita tanam, buruk jugalah hasil tuaian kita. nauzubillah.
wassalam.
Kesiannya paman...Maury pun dah 3 minggu dah buku lali dia terseliuh, masih sakit lagi...hari Khamis ni dia pergi jumpa doktor, supaya di x-ray kan. US baru celebrate 4th of July, independence day...so hari Isnin cuti.
Post a Comment