Selepas ke Xiamen, China untuk menghadiri Forum World Water Week pada 2010, aku tidak pernah termimpi akan dihantar ke luar negara lagi oleh pejabat aku atas apa jua urusan sekalipun.
Awal tahun lalu, aku diberitahu akan dihantar ke Changwon, Korea untuk mengendalikan pameran antarabangsa (EAS Congress 2012 Changwon City, Korea) yang kali pertama disertai oleh pejabat (kata senior pejabatlah..xtaulah betul ke x) aku pada Bulan Julai.
Pejabat aku tidak pernah tidak menyertai kongress yang diadakan setiap 3 tahun sekali ini tetapi tidak pernah sertai pameran yang dianjurkan. So, sepanjang 1/2 tahun ini, aku sibuk menyiapkan bahan-bahan baru untuk dibawa ke pamaren tersebut. Kalaupun aku tak ke sana, aku tetap kena siapkan bahan-bahan tersebut kerana kerja-kerja tersebut terletak di bawah bahagian aku. Seramai 4 orang akan bersama-sama aku (pengarah dan bos kecik join kongress, aku & my friends handle pameran).
Aku bertolak dari KLIA pada 6/7/12 untuk menaiki flight MH jam 11.30pm dan akan sampai di Incheon, Seoul pada 7/7/12 jam 7.10am waktu tempatan (sejam awal dari Malaysia). dari Incheaon, kami berempat menaiki bus limosin ke Gimpo Airport untuk menaiki flight ke Gimhae, Busan pada jam 11.30am. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit. Di Busan,kami menunggu bas selama sejam lebih untuk ke Changwon yang mengambil masa sejam juga untuk sampai ke hotel.
Monday, July 23, 2012
KOREA 2012 Part.1
7:54 AM
Nia-Ixara Studio
2 comments
2 comments:
Dah lama xguna..lupe nk susun gambar mcmne, kenalah tulis petunjuk kat cni.
Gambar dari atas:
1. Kt flight..sarapan..kul4.30am kalau xsilap.
2. Baru sampai Incheon Airport, Seoul.
3. Kat Kimpo Airport, tgu Flight ke Busan.
4. Flight yg akan dinaiki..Korean Air.
5. Gimhea Airport, Busan.
Tahniah teruskan menulis catatan dan upload gambar yang menarik
Ia boleh dijadikan motivasi kepada pembaca muda.
Nampak nya saban tahun ada sahaja ahli persatuan keluarga ini yang berpeluang
keluar negara samaada bercuti atau bersemianr atas urusan rasmi Ia sesuatu yang Sangat membanggakan. Dalam agama kita Islam pun mengesyorkan agar umat nya mengembara kemerata tempat supaya dapat menyaksikan kebesaran NYA disamping menambahkan ketakwaan kita kepada maha pencipta. Banyak yang kita boleh pelajari contoh nya budaya mereka, cara hidup,penjagaan alam sekitar, dan yang paling penting apabila kita keluar negara terutama ke negara bukan islam ialah bagaimana kita perlu menjaga kewajipan kita seperti soal solat, makanana halal dan dalam erti kata lain keluar negara juga merupakan suatu ujian Allah kepada kita iaitu ujian keimanan dan godaan duniawi. Wallohualam.
Post a Comment