Assalamualaikum Semoga di rahmati Allah
Masa bergerak begitu pantas. Sekarang sudah masuk bulan Syaaban dan tidak sampai sebulan lagi kita bakal menyambut Ramadhan Al Mubarak. Masyaallah. Dan bulan masihi sudah memasuki separuh tahun bagi tahun 2012 ini.
Dua hari sudah saya telah menamatkan kursus haji intensif selama 2 hari di Masjid Al Rahimiah Kelang. Di penghujung kursus semua bakal haji diberikan soalan ujian kefahaman dari pihak LTH. Alhamdulillah lulus dengan cemerlang. Selepas ini akan diadakan pemeriksaan kesihatan pula. Jika lulus insyaallah kami akan menjadi tetamu nya pada tahun ini.
Kursus yang diberi hanyalah ulangan dari kursus yang telah dihadiri selama 16 minggu. Ia disampaikan secara ringkas dan secara asas nya perkara yang disampaikan sudah diketahui oleh bakal haji. Dilihat dari pandangan hadapan ia tidak memberi signifikan yang besar tetapi dari pandangan sisi ia lebih kepada bagaimana hati kita membuat penilaian serta tanggapan kepada sesuatu perkara secara lebih mikro. Pengulangan adalah penting. Dalam banyak perkara ibadah seperti solat umpamanya ia adalah perbuatan yang sama secara berulang-ulang. Pengulangan adalah bertujuan bagi memantapkan lagi kefahaman kita kepada sesuatu perkara tersebut. Ia mengajar kita supaya tidak berputus asa. Supaya kita menjadi lebih sabar. Supaya kita menjadi lebih mahir dan yakin dan supaya kita dapat melakukan sehingga ia betul-betul sempurna dan berkualiti sehingga berkesan di hati.
Sepanjang kursus dijalankan semenjak kursus bersiri selama 16 minggu dan disambung dengan kursus intensif para penceramah lebih banyak menumpukan perhatian kepada soal perjalanan ibadah dan cara-cara melaksanakan nya disampaikan ioleh ustaz-ustazah yang dilantik. Ia banyak membantu para peserta dan bakal-bakal haji dalam memahami kaedah yang betul dalam mengerjakan ibadah tersebut. Mempelajari pantang larang yang perlu dipatuhi dan sebagai nya. Namun tidak ada diterapkan soal perlu nya kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT sepanjang masa dalam konteks kehidupan dan ibadah kita sepanjang kita berada di sana. Tidak diceritakan saat kita menghadapi kesukaran, saat kita menghadapi kepayahan, dan bagaimana kita perlu sentiasa berdoa dan bermohon kepada Allah semata-mata ketika dalam kesusahan dan kepayahan. Saya kira mereka lebih menumpukan kepada soal fizikal tetapi kurang dari segi pengisian jiwa ketika berada di tanah suci. Saya masih mencari -cari pengisian jiwa yang perlu saya bawa sebagai bekalan disana. Ia umpama masakan, resepi nya sudah diketahui, cara memasak juga sudah dipelajari tetapi bagaimana kita hendak memastikan bahawa hidangan yang kita masak itu lazat rasa nya .....dan haji yang kita lakukan itu mabrur hasil nya.....Allah..Allah bantu lah aku..
Sudah hampir setahun lebih passport Arif tidak diketahui dimana ia hilang. Puas digeledah dalam rumah dalam setiap laci dan beg namun ia tidak dijumpai. Saya berkira-kira ingin meminta beliau melaporkan kepada pihak berkuasa menyatakan passport nya hilang. Dan penggantian nya akan memerlukan masa yang lama hingga mengambil tempoh setahun oleh Jabatan Imigresen. Saya teringat pesan saorang rakan..jika kita menghadapi masalah memohon lah pertolongan daripada Allah. Alhamdulillah tengahari tadi ketika saya membelek-belek fail hitam didalam rak diatas meja tulis saya, Passport Arif yang hilang dijumpai dicelah lembaran fail tersebut..sedangkan semalam ibu nya telah mengeluarkan kesemua isi fail itu.....Subhanallah...aku memohon keampunan mu....
wassalam jumpa lagi..
Thursday, June 28, 2012
Sembang Petang
6:28 PM
DANURI SAKIJAN
No comments
0 comments:
Post a Comment