Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad yang dikasihi
Assalamualaikum w.b.t
Kemaafan saya pohonkan kerana entry sebelum ini tidak sempurna, terpublish selepas disimpan dalam ruangan draf.
Saya cuba untuk terus menulis kerana rasa kecintaan dan keterujaan yang masih terasa.Selepas pulang ke tanah air, kesibukan terus membelengu, Emi juga seperti sediakala, terus sibuk menguruskan kerjanya, tak tetap di satu-satu tempat hingga adakalanya kami tak sempat bertanya khabar apa cerita masing-masing dalam satu hari. saya akan terus cuba menulis...dengan harapan apa yang ditulis mampu menyemai benih-benih positif dalam tindak tanduk kita. Walaupun sebesar zarah...
Dalam entry kali ini saya fokus di Madinah..
Madinah al-Munawwarah, satu bandar yang sejuk dan tenang. Walaupun ciri-ciri hiruk pikuk kotaraya ada di Madinah, tetapi jika kita selami, kita akan terasa ketengannya.
Cuaca Madinah ketika kami sampai di sana, agak dingin, terutama pada waktu malam. Cuma pada hari terakhir, terasa agak panas..mungkin tuhan memberi peluang kepada kami untuk merasai cuaca panas di Madinah sebelum kami meninggalkan bumi Rasulullah itu.
Masjid Nabawi..merupakan destinasi wajib...kami menjejakkan kaki di lapangan terbang Madinah lebih kurang jam 8 malam waktu tempatan. Urusan imegresen seperti yang sering diceritakan oleh jemaah-jemaah yang pernah sampai di sana...agak lama dan memenatkan. Tapi alhamdullillah, Allah telah memudahkan urusan...tiada penerbangan lain yang mendarat pada waktu itu, jadi para pegawai yang terlibat hanya melayan kami, maka barisan tidaklah sepanjang yang dijangka...
Kami sampai di hotal Durrah Fayroz jam 10 malam. Saya dapat sebilik dengan Kakak, Kak Ton, Nora dan anaknya Suha (12 tahun). Kami agak keletihan..tapi saya berhasrat untuk mengunjungi Masjid Nabawi malam itu juga jika diizinkan tuhan."Kak, jom sembahyang isya' di masjid," Saya mengajak Kakak. Kakak bersetuju manakala Kak Ton dan Nora mengambil keputusan untuk pergi esok pada waktu subuh sahaja.
Saya teringat kata-kata mutawif semasa dalam bas dari airport tadi, raudhah untuk perempuan ditutup jam 10@11 malam. Saya melihat jam di tangan, ..sudah jam 11malam. Sempatkah saya ke raudhah malam ini juga?
Sampai di masjid (bhgn prmpn) sudah ramai jemaah wanita yang balik, malah bahagian hadapan masjid telah ditutup. Kelihatan beberapa jemaah wanita keluar dari bahagian dalam masjid. Kakak menarik tangan saya, "jom dik, kita ke raudhah," Saya menurut. Polis wanita arab berpurdah hitam mengawal laulan.."Ibu, ibu..qalas!..(sudah)..tutup..tutup," wah mereka pandai berbahasa Melayu Indonesia. Mereka melarang kami masuk. Akhirnya kami sembahyang di bahagian yang masih dibuka. Kami kemudiannya minum air zamzam (buat kali pertama di bumi Madinah).Kakak menegur saya, jangan minum sekali teguk..3,5,@7 teguk dan mengadap kiblat. Berdoalah supaya air zamzam boleh menjadi penawar segala penyakit.Balik semula ke hotel jam 12.30 malam..sukarnya melelapkan mata. Tak sabar menunggu esok...
Raudhah...
Dalam jemaah kami, tiada mutawwif wanita, jadi pada pagi pertama di Madinah, (Jemaah lelaki dibawa oleh Ustaz Iswan melawat makam Rasulullah dan kubur baqi')jemaah wanita boleh cuba untuk memasuki raudhah. Raudhah adalah taman syurga di dunia. Berdoa di situ tiada hijab.
Subhanallah rupa-rupanya masuk raudhah bukan semudah disangka. Jemaah wanita berebut-rebut. Polis-polis masjid (wanita berpurdah hitam) mengumpulkan jemaah mengikut bangsa. Kumpulan Melayu (M'sia dan Indonesia) mendapat giliran terakhir...Setelah lebih kurang 3 jam menunggu dan bergerak sedikit demi sedikit akhirnya tibalah giliran kami..berasak-asak orang menolak kami. Saya terpisah daripada Kakak, Kak Ton dan Nora. Petanda Raudhah, karpet hijau. Apabila kaki memijak karpet hijau, saya mengucap syukur dan cuba sembahyang sunat..namun dek kerana ramainya orang, baru mengangkat tangan nak takbiratulihram, saya ditolak oleh jemaah turki yang berbadan lebih besar. Saya hampir terjatuh,sembahyang saya batal. Berasak-asak lagi...tiada ruang untuk sujud. Ya Allah, terimalah aku...berilah aku peluang..perlahan-lahan saya mencari ruang, akhirnya alhamdulillah...dapatlah saya bersembahyang sunat yang ringkas dan sempatlah saya berdoa, memohon keampunan dan semoga Rasulullah sudi memberi syafaatnya semasa di padang masyar kelak. Saya belum puas sebenarnya..tapi keadaan memaksa saya keluar dan meninggalkan kawasan tersebut. Saya berazam...malam ini aku akan cuba lagi..perlu atur strategi...
Malam itu selepas Isya', saya dan Kak Ton, cuba lagi, kali ini kami berazam untuk ikut tepi dinding, supaya berpeluang mengucapkan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kami meninjau kedudukann yang strategik..itu kubah hijau, maknanya makam nabi ada di situ..kami harus rapat ke kiri...kami masih berasak-asak seperti waktu sebelumnya...Sampai di tempat yang dimaksudkan, saya menjengket untuk mengintai makam Rasulullah ( buat pengetahuan yang belum pergi, peluang jemaah wanita tidak seperti jemaah lelaki, kita tak dibenarkan melawat secara dekat..ada penghadang)saya pun mengucapkan salam..Assalamualaika Ya Rasulullah, ya habiballah..sebak rasanya..Ya Rasul..aku datang..terimalah aku menjadi umatmu...tak lupa juga saya menyampaikan salam rakan-rakan yang berkirim salam.
Saya menjadi penghadang, saya suruh Kak Ton sembahyang di depan saya (dalam kwsn Raudhah) Saya depakan tangan dan andai ada orang yang menolak dan cuba melangkah Kak Ton, saya halang dengan berkata..solat..solat..solat..dapatlah Kak Ton solat dengan tenang. Orang Arab dan orang Turki lebih besar dan lebih kasar, jadi Kak Ton tak dapat melakukan perkara yang sama kepada saya. Saya dilanggar semasa sedang sujud..tapi Allah telah maha pemurah...sebelum melangkah keluar, polis arab berpurdah menarik tangan saya dan Kak ton agar solat di tepi tempatnya berdiri, di situ kami lebih puas, ruang untuk sujud lebih luas.. Alhamdullillah.. Pengajarannya..hendak seribu daya..usaha dan keikhlasan pasti ada bahagiannya.
Kak Ton kata "Marem dik.." (puas). Saya pun puas..walaupun tak sampai 10 minit berada di kawasan raudhah...sekurang-kurangnya saya lebih tenang, lebih bersemangat dan saya dapat membantu Kak Ton (kakak saya yang tua berusia 62 tahun ).
Esok melawat kawasan bersejarah..sekitar kota Madinah...
(sambung selepas ini)
Saturday, March 31, 2012
Madinah dan Raudhah
11:11 AM
suria
1 comment
1 comments:
Hendak seribu daya.kalau kita mencuba dan tidak putus asa pasti berjaya..
Post a Comment