Salam semua
Bismillahirrahmannirrahim...
Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana nikmat dan kesempatan yang masih dirasai..
Saya sambung semula catatan sementara masih ada kesempatan..
Saya pohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang sengaja mahupun tidak sengaja..saya juga pohon kemaafan kepada para pembaca andai ada kekhilafan dan kekurangan..sesungguhnya saya hanya hamba-Nya yang amat kerdil dan serba kekurangan.
Mengerjakan umrah bukan suatu kebanggaan..begitu kata abang Danuri...malahan selepas pulang ke tanah air, cabaran baru akan bermula..ya, itu memang betul. Ya Allah bersihkanlah hatiku, jauh sekali berasa kononnya saya adalah hamba yang baik maka kerana itu saya memilih untuk mengerjakan umrah berbanding melancong ke tempat lain.Bukan kerana itu...bukan kerana itu..demi sesungguhnya,kalau boleh saya ingin merahsiakan rancangan kami ini, tapi nasihat daripada rakan-rakan...carilah keredhaan Allah dan keredhaan makhluknya sebelum berangkat pergi agar dipermudah segala urusan, maka dengan itu saya banyak bertanya dan belajar tips-tips daripada orang yang pernah ke sana. Bukan untuk membesar-besarkan cerita ingin ke sana. Di samping itu, kita digalakkan memohon kemaafan daripada ahli keluarga, saudara mara dan kenalan-kenalan kita agar kita bersih daripada dosa-dosa sesama manusia. Atas sebab inilah saya membuka mulut yang saya dan suami ingin ke Tanah Suci.
Kesibukan kerja menjadikan ruang untuk belajar dan menghayati disiplin-disiplin ilmu untuk ke Tanah Suci sangat sedikit. Malahan Bang Danuri memberi nasihat, apabila mendaftar sahaja seeloknya, amalkanlah solat malam secara istiqomah (berterusan) tetapi...solat malam saya selalunya hanya dalam mimpi. Mungkin Malam-malam cuti, ibadah saya lebih konsisten, selainnya hanya tinggal azam. Tiap-tiap malam saya setkan alarm handphone jam 3 pagi...tapi akhirnya terlajak juga jam 5.00 pagi...cam na tu? Itulah kelemahan saya. Keletihan pada waktu siang dan adakalanya kesibukan membawa pulang kerja hingga larut malam sering saya jadikan alasan untuk melegakan hati yang resah kerana tertinggal solah tahjjud, solat taubat, solah syukur dan solat hajat. Hari terus berlalu...hati kian resah kerana persediaan rohani belum mantap. Hanya 2 minggu terakhir barulah saya benar-benar tekun. Bacaan Alquran mula mengisi malam-malam sunyi. Ya Allah terimalah aku menjadi tetamu-Mu.....
Dek kerana sibuk juga Emi tidak hirau sangat akan keperluar-keperluan yang perlu disediakan. Oleh sebab itu juga saya sering bertengkar kecil dengan Emi. Saya rasa dia tidak serius. Dari urusan buat passport, mendapatan suntikan pelalian, sampailah kepada membeli keperluan untuk ke Tanah Suci, saya yang banyak membebel dan bertegas. Mungkin dah sikap orang perempuan kuat membebel...(kata Emi)itulah juga punca pertengkaran kecil kami. Tapi alhamdulillah...Allah telah mempermudah segala urusan...
Anak? Siapa nak jaga? Bukan seorang..5 orang, bukannya dah besar..semuanya sedang memerlukan perhatian khusus terutamanya Alya, Iman dan Ikhwan..Camna ni? Soalan pertama yang kawan-kawan dan kenalan tanyakan setelah mendapat tahu saya akan ke Tanah Suci "anak-anak ditinggalkan dengan siapa?" Ya Allah, saya pun buntu sebenarnya...mengenangkan kerenah mereka yang pelbagai dan menguji kesabaran itu, saya berfikir siapakah yang sanggup memikul beban dan tanggungjawab ini. Pada mulanya saya berhasrat untuk meletakkan mereka pada Shamsul, adik saya yang tinggal di Bandar Saujana Putra...tapi memandangkan isterinya juga bekerja, sedangkan mereka ada 2 orang anak yang masih kecil...hasrat itu seakan terbantut. Apabila balik kampung, saya jumpa kakak ipar yang tinggal di kuantan, katanya dia sanggup (mungkin secara bergurau) menjaga anak-anak saya asal saya sanggup menghantarnya ke sana. Tapi Emi tak setuju...Adam dan Balqis bersekolah dan lagipun, kami tak sanggup nak hantar anak-anak ke Kuantan..balik dari Tanah Suci...tentunya kami amat merindui mereka. Akhirya...(mungkin ini ketentuan Allah) Kami berfikir Abang Danuri dan Kak Idalah yang paling sesuai. Tetapi bagaimana nak cakap dengan mereka? Sanggupkah mereka? Saban hari saya berdoa, Ya Allah aku berserah sepenuhnya...aku sangat-sangat bergantung kepadamu...Emi cakap, biarlah dia yang cakap dengan Kak Ida dan Abang Danuri...Alhamdulillah...terima kasih yang tidak terhingga buat kak Ida dan Abang Danuri, berat mata memandang, sebenarnya berat lagi bahu yang memikul. Saya sangat-sangat berserah kepada Allah..semoga Allah mempermudah urusan Kak Ida dan Abang Danuri menjaga anak-anak saya yang sangat aktif, banyak kerenah dan sangat menduga. Saat ini juga air mata saya menitis kerana mengenangkan pengorbanan mereka yang sanggup menjaga anak-anak kami. Memang 2 minggu bukan jangka masa yang lama tetapi dengan 5 orang anak kecil..tentunya itu adalah saat yang menguji kesabaran. Terima kasih sekali lagi buat Abang Danuri dan Kak Ida tak lupa juga buat Arina dan Zana...
Saya percaya mereka telah melaksanakan amanah ini dengan amat amat baik..kalau tidak masakan Ikhwan boleh melupakan ibunya dalam masa 2 minggu...malah tak kenal dan tidak mahu diambil ibunya...(itupun suatu tamparan hebat untuk saya...anak sendiri tak nak dengan ibunya)...
(sambung lagi...nak sembahyang asar dan ambil anak balik dari sekolah)
Monday, March 26, 2012
Persediaan dan Cabaran Sebelum Pergi...
3:22 PM
suria
No comments
0 comments:
Post a Comment