Friday, March 9, 2012

TANPA TAJUK

Assalamualaikum Semoga kita semua dirahmati Allah.
Sudah agak lama entry" masih perjalanan ke 5" ini dipersada blog kita. Nampak nya ia masih belum mampu ditolak kebawah untuk disimpan sebagai arkib lantaran tiada entry baru. Begitulah juga hidup kita seharian. Ia akan kelihatan kekal begitu tanpa sebarang perubahan meskipun hari berganti hari.

KULIAH BERMULA
Minggu ini kuliah saya di Universiti bagi sesi baru sudah bermula. Suasana kampus kembali meriah. Jalan jalan didalam kampus kembali sesak dengan jumlah kenderaan yang sentiasa bertaliarus hampir setiap waktu. Parkir semakin sukar dan sentiasa berebut-rebut. Kelihatan siswa baru berjalan kaki berbaris menuruni jalan berbukit. Jumlah nya semakin ramai, lebih ramai wanita dari lelaki. Zaman saya dahulu di tahun 1980-85 setiap jalan didalam kampus adalah dua hala. Manakala siswa lelaki melebihi siswa perempuan. Kenderaan tidak sebanyak sekarang. Penuntut nya lebih ramai yang berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Kini bas disediakan sepanjang waktu. Apa yang jelas membezakan siswa sekarang dengan dahulu ialah dari segi kemudahan dan gaya hidup saorang penuntut IPT. Tapi rasa nya zaman saya dahulu lebih 'adventurous" jika dibandingkan dengan budak-budak zaman sekarang. Zaman dahulu kami memang dalam keadaan "menuntut ilmu", Hampir segala nya dicari dan dicuba sendiri. Belajar dari pemerhatian dan pengalaman "hands on" hasil dari membantu rakan-rakan senior. Pensyarah hanya mengkritik, meunjukkan kelemahan serta kekurangan pelajar. Dan sebagai pelajar pula perlu mempertahankan apa yang telah dihasilkan. Kadangkala malah seringkali berlaku perdebatan yang hangat tetapi hasil nya pelajar terpaksa mengalah. Dan itulah proses pembelajaran kami di Uni ketika ituTetapi sekarang mereka "disuapkan" dengan ilmu...pun mereka menelannya dengan sambil lewa.Asal lulus...cukuplah. Apapun saya sentiasa mendoakan agar mereka menjadi insan yang berjaya dan berguna suatu hari nanti. Ramai lulusan Universiti yang berjaya dan mencipta kejayaan selepas tamat dan memasuki alam pekerjaan, walaupun ketika belajar dahulu amat susah untuk diajar.......

SARAAN

Umum telah mengetahui skim saraan penjawat awam yang baru dicadangkan telah dibatalkan. Penjawat awam kembali kepada skim saraan yang sedia ada. PM telah mengumumkan nya secara rasmi semalam. Rakan-rakan menyambut pengumuman tersebut dengan berbagai rasa. Ada penyelarasan yang dibuat dan penambahbaikan yang sedang dikaji. Saya menerima seadanya. Rezeki datang dari Allah. Kita perlu mensyukuri nya. Jika ada penambahan ia merupakan bonus dan nikmat Allah yang yang tak terhingga kepada saya. Wang bukan lah segala-gala nya dan kita tidak dapat menolak bahawa hampir segala nya memerlukan kewangan. Namun kita mengejar wang kerana memenuhi keinginan kita.Banyak perkara-perkara dalam kehidupan kita yang sebenar nya tidak penting tetapi ia menjadi kepentingan kerana nafsu kita. Lantas kita mencari wang untuk memenuhi tuntutan tersebut. Akhir nya banyak pembaziran yang telah kita lakukan dengan penggunaan wang. So carilah wang dan gunakan untuk keperluan kehidupan kita dan bukan memenuhi tuntutan gaya hidup kita. Sedih juga mendengar rakan-rakan yang sudah berkira-kira mendapat laba yang besar dari pelaksanaan skim yang telah dibatalkan. Allah maha mengetahui dan telah mengira secukup nya rezeki yang diberikan kepada hamba nya. Ia tidak berlebih dan tidak juga berkurang. Subhanallah.

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH

Sabtu ini Emi dan Syam akan mengerjakan Umrah ke Tanah Suci. Alhamdulillah ia merupakan suatu jemputan yang sangat bermakna dalam kehidupan mereka berdua. Pulang ke "kampung halaman Iman" kita semua umat Islam seperti yang ditazkirahkan oleh KTS semasa di Janda Baik. Ia merupakan separuh dari perjalanan ke 5. Tidak semua orang menerima jemputan dari Allah SWT. Mereka yang punyai banyak wang pun ramai yang tidak pernah ke sana malah tiada  keinginan untuk ke sana tetapi sebalik nya lebih gemar  kenegara eropah untuk bercuti.

Percayalah pulang ke kampung Iman kita tidak sama rasa nya dengan pergi bercuti kenegara lain. Di sini ada jiwa dan roh yang dapat kita rasai menusuk kedalam kalbu. (tahap rasa mungkin berbeza-beza antara satu sama lain). Disini kita akan merasai kerdil nya saorang hamba kepada pencipta nya. Dan kita akan merasai bertuah nya diri kita kerana telah dijemput sebagai tetamu Allah kerumah nya. Malah berdiri betul-betul dibawah pintu rumah Allah. Berdoa dan mintalah apa sahaja yang baik untuk kehidupan kita didunia dan di akhirat. Doakan lah sekali adik beradik saudara mara, anak-anak sedara agar dapat peluang untuk menjadi tetamu Allah juga suatu hari nanti.

Dugaan dan ujian adalah pasti bagi semua umat Islam bagi menguji keimanan. Ia juga janji Allah. Pemergian Emi dan Syam juga saya fikir tidak lepas dari ujian tersebut. meninggalkan anak-anak di tanah air selama 2 minggu juga merupakan suatu ujian besar buat mereka. Juga ujian besar buat saya sekeluarga yang bakal memikul amanah menjaga nya. Insyaallah apa yang penting niat perlu suci dan ikhlas. Kebergantungan doa dan harapan hanya pada Allah. Semoga mereka selamat pergi dan pulang serta mendapat Umrah yang Mabrur. Kembali nanti kita harap dapat menatap catatan travelog mereka di tanah suci. Semoga usaha kecil ini dapat menyemarakkan keinginan ahli kita yang lain mencatatkan destinasi percutian mereka ke tanah suci dimasa akan datang.

Jumpa lagi.

p/s . masih tak dapat membaca pengalaman mereka yang dah pergi haji..menulis juga merupakan suatu cabaran dan ujian.







1 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

ebal dah cuba update blog ebal tiap-tiap hari. setiap hari ada satu tema. kalau talian internet hilang sahaja maknanya x ada entri baru. Entri latest hari ni pasal kuliah subuh wak pasir panjang kat hari keluarga hari tu...

http://infinitesane.blogspot.com/2012/03/islam-di-era-globalisasi-survival.html

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification