Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi
Keampunan dipohon kehadrat Allah s.w.t
Kemaafan dipinta kepada para pembaca
Saya sambung catatan pengalaman sementara masih berkesempatan..
Kepada anak-anak buah yang membaca coretan ini, anggaplah apa yang dicoret ini sebagai satu galakan untuk membuat perubahan yang positif di samping salah satu cara untuk kita sama-sama memuhasabah diri...Jauh sekali niat di hati ingin menimbulkan rasa takjub atau membangga diri. Saya hanyalah hamba-Nya yang sangat kerdil dan serba kekurangan.
Terima kasih yang tak tertingga saya ucapkan kepada semua ahli keluarga yang sanggup meluangkan masa menghantar saya dan Emi di KLIA tempoh hari. Malahan Kak Tie dan Kang Miskiran sanggup datang dari Chini untuk serta menghantar kami..padahal kami pergi cuma pergi 2 minggu, bukannya seperti jemaah haji yang pergi sehingga 40-45 hari. Hal ini juga memberi keinsafan kepada saya yang ikatan kekeluargaan ini sungguh erat dan semua ahli keluarga sangat mengambil berat akan kebajikan setiap ahlinya. Syukran jazilan....Semoga Allah merahmati kita semua. Dalam kapal terbang saya berkata kepada Emi, semua orang memberi sokongan kepada kita maka kita tidak seharusnya mensia-siakan peluang ini. Tips dan nasihat daripada Abang Danuri, Abang Nasir dan Kang Miskiran akan kami cuba praktikkan apabila tiba di Tanah Suci nanti...
Perpisahan dengan anak-anak tidak melemahkan semangat saya sebaliknya itulah yang memberi kekuatan kepada saya..kerana saya mahu menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Dalam hati saya tahu Emi turut sedih tapi dalam kapal terbang dia lebih cool.
Dalam perjalanan hati saya berdebar-debar, tak sabar untuk menjejakkan kaki di bumi yang penuh barakah. Sukarnya untuk melelapkan mata..Saya cuba mengulang kaji semula buku panduan umrah supaya apa yang bakal saya laksanakan nanti tidak menyalahi rukun dan syarat-syaratnya. Kami menaiki pesawat Saudi Air..di hadapan tempat duduk kami disediakan skrin (mcm tv la lebih kurang). Bagusnya antara perisian yang terdapat dalam skrin tersebut a
Monday, March 26, 2012
Memulakan Perjalanan
10:49 PM
suria
No comments
0 comments:
Post a Comment