Thursday, March 29, 2012

muzakarah

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
kepada Mu fakir memohon keampunan. sesungguhnya fakir sangat lemah dan sentiasa menzalimi diri. kepada Mu jua fakir memohon taufik dan hidayah, akal yg cerdas, ingatan yang jelas dan lancar bicara. semuga yang tuntas dari minda lantas jari jemari keatas aksara akan ada ilmu dan menafaat. amin.

kemarin ana menyemak kitab ihya' imam al-ghazali yg terkenal itu.
persoalannya tercetus jumaat sudah. selepas solat ana bertanya teman yg bersama, apakah solat sunat yg wajar dilakukan apabila khatib telah mula berkhotbah. memang tadi kami terlewat sampai. teman itu menyatakan solat qalbiah jumaat kerana telah azan. sedangkan ana buat sunat tahyatul masjid. seingat ana pernah membacanya didalam ihya'. kerana itu ana menyemaknya. sepekara lagi berkaitan jumaat yg ana selalu mushkil adalah masbuk jumaat. masbuk adalah jika kita solat bukan bersama imam dari awal. kaedahnya, jika kita dapat rakaat ke-2; maka tambahlah satu lagi setelah imam salam. tetapi jika kita sampai imam telah sujud rakaat-2, kita ikut dgn niat dzuhur kemudian menyempurnakan salat dzuhur setelah imam salam.
semalam ana jumpa teman itu dan menyatakan penemuan ana. rujukan ana dan ana bertanya mana rujukan beliau yg menyatakan sunat qalbiah jumaat. dia akan menyumak. pagi ini teman itu menyatakan apa yg ana nyatakan betul. beliau juga menyemak ihya'. rujukan sunat qalbiah adalah dari kawannya. kami bersepakat utk mengikut imam al-ghazali.
inilah muzakarah.

Nabi saw bersabda: menuntut ilmu wajib atas tiap-tiap muslim.
yg wajib adalah ilmu syariat islam. kerana denganya ibadah kita tuntas, sempurna mengikut kaedah dan caranya. umumnya kita telah diajar dan belajar ilmu agama islam semenjak kecil samaada secara formal atau non-formal. kita tahu solat, puasa, zakat dan haji wajib dilaksanakan oleh seorang muslim. dengan syarat-syarat tertentu. haji umpamanya setelah kita mampu.

setelah nuri balik dari mekah beberapa tahun lepas, beliau sering menyebut qiamulail. semasa ana akan kemekah buat haji, beliau menasihati agar melakukan qiamulail. solat taubat dan solat tasbih. ana tak pernah buat. memang telinga ana tebal, semuanya tertepis keluar. tak ada yg masuk. sekali sahaja ana lakukan semasa bermalam di masjid negeri sebelum kemekah!
nuri memang seorang pendakwah. tak pernah putus asa mengajar dan menunjuki. semasa emy&sham nak buat umrah selalu ana dengar beliau menasihatkan mereka melakukan qiamulail sebelum berangkat. dlam tulisan sham, beliau menyatakan telah berusaha mengikuti nasihat tersebut sebaik mungkin. mereka adek dan sekarang baru ana faham hati mereka lebih lembut, kerana itu dapat mengikuti nasihat abang.

ada beberapa buku tentang qiamulail yg ana ada, ana simpan dan ana baca. cuma amal sahaja yg belum tuntas. sekurang-kurangnya pahala niat dan pahala ilmu ada. tapi ilmu tanpa amal seperti pokok tampa buah. tidak beri menafaat pada makhlok. ana patut istighfar..... semuga Allah memberi ana hidayah dan kekuatan bathin.

isu yg ana ketengahkan: bagaimana kita melakukan qiamulail.
qiamulali adalah solat malam. dilakukan setelah solat isya'. ianya merupakan perlakuan solat fardhu, takbiratul ihram, ruku', iktidal, sujud dan salam. isinya adalah solat-solat sunat. ianya sangat bermakna kerana Allah azza wajalla, turun kelangit dunia seperdua atau sepertiga malam bagi menerima taubat org yg bertaubat, mengabulkan doa org yg berdoa dan menberi keampunan kpd org yg memohon keampunan. dimasa Nabi saw, para sahabat hampir mewajibkan solat ini sangking keutamaannya. [rujuk surah al-muzammil].
bagaimanakah nuri melakukannya, emy/sham melakukannya atau bagaimana ana melakukannya. apakah rujukan nuri, apakah rujukan emy/sham dan apakah rujukan ana.
ana menggambil iktibar dari peristiwa sunat jumaat ana yg terlewat tadi.

cadangan ana : bagaimana kalau kita bermuzakarah mengenai isu qiamulali ini. carilah tempat dan masa sesuai. umpamanya rumah ana atau rumah nuri, kerana nuri pencetus qiamulail ini pada hari cuti minggu. emy bawa kudapan. kita bawa kitab dan muzakarah. kita sepakat dan laksana kaedah yg sama. doa yg sama dan dan ilmu yg sama. semuga dgn cara ini amalan kita lebih sempurna dan yakin.

insyallah.

3 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Buat kat rumah aku...Bila nak mula minggu ni pun ok gak sabtu petang...maghrib isyak boleh jemaah kat masjid negeri..

kts said...

muzakarah bukan budaya kita. bagi menjadikan budaya bukan mudah. perlu kekuatan diri dan kekuatan ilmu. atau mungkin dunia telah terlalu kuat rangkulannya sehingga sukar utk melepaskan.

suria said...

Salam..
Muzakarah yang dimaksudkan tentulah suatu majlis ilmu...semasa saya sekolah dulu,(di asrama) pada pagi Ahad @ petang Sabtu, warden asrama mewajibkan penghuni asrama menghadiri suatu majlis yang saya kira hampir sama dengan yang KTS cuba anjurkan. Kami namakan Usrah...iaitu satu kumpulan kecil terdiri daripada 8 @ 10 orang dan ada perbincangan kecil berkenaan sesuatu isu dan naqibah (ketua) akan merujuk buku @ kitab bagi menjawab atau mengupas persoalan yang dibincangkan...

Saya kira kita boleh mulakan...mungkin sebagai permulaan sekali dalam 2 bulan.... Macam yang KTS cuba ketengahkan isu Qiamullail...mungkin kita boleh kupas..ajaklah anak-anak buah kita sekali supaya sedikit sebanyak mereka juga mendapat pengetahuan dan siapa tahu, terbuka pintu hati kita semua untuk menjadikan Qiamullail sebagai satu budaya hidup yang kita akan amalkan saban malam...

Cuma biasalah..masa sering menjadi cabaran utama, selagi kita terikat dengan urusan duniawi..kita akan tewas dengan kesibukan...
Walau apapun..saya tetap menyokong usul yang dibawakan oleh KTS...saya rasa sangat teruja dengan ahli keluarga ini yang mempunyai pelbagai visi dan cara..malahan apa yang diketengahkan ini mampu menjadi wadah untuk silaturrahim yang lebih erat, Insya-Allah...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification