Saturday, March 31, 2012

Madinah dan Raudhah

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad yang dikasihi
Assalamualaikum w.b.t
Kemaafan saya pohonkan kerana entry sebelum ini tidak sempurna, terpublish selepas disimpan dalam ruangan draf.
Saya cuba untuk terus menulis kerana rasa kecintaan dan keterujaan yang masih terasa.Selepas pulang ke tanah air, kesibukan terus membelengu, Emi juga seperti sediakala, terus sibuk menguruskan kerjanya, tak tetap di satu-satu tempat hingga adakalanya kami tak sempat bertanya khabar apa cerita masing-masing dalam satu hari. saya akan terus cuba menulis...dengan harapan apa yang ditulis mampu menyemai benih-benih positif dalam tindak tanduk kita. Walaupun sebesar zarah...

Dalam entry kali ini saya fokus di Madinah..

Madinah al-Munawwarah, satu bandar yang sejuk dan tenang. Walaupun ciri-ciri hiruk pikuk kotaraya ada di Madinah, tetapi jika kita selami, kita akan terasa ketengannya.
Cuaca Madinah ketika kami sampai di sana, agak dingin, terutama pada waktu malam. Cuma pada hari terakhir, terasa agak panas..mungkin tuhan memberi peluang kepada kami untuk merasai cuaca panas di Madinah sebelum kami meninggalkan bumi Rasulullah itu.

Masjid Nabawi..merupakan destinasi wajib...kami menjejakkan kaki di lapangan terbang Madinah lebih kurang jam 8 malam waktu tempatan. Urusan imegresen seperti yang sering diceritakan oleh jemaah-jemaah yang pernah sampai di sana...agak lama dan memenatkan. Tapi alhamdullillah, Allah telah memudahkan urusan...tiada penerbangan lain yang mendarat pada waktu itu, jadi para pegawai yang terlibat hanya melayan kami, maka barisan tidaklah sepanjang yang dijangka...

Kami sampai di hotal Durrah Fayroz jam 10 malam. Saya dapat sebilik dengan Kakak, Kak Ton, Nora dan anaknya Suha (12 tahun). Kami agak keletihan..tapi saya berhasrat untuk mengunjungi Masjid Nabawi malam itu juga jika diizinkan tuhan."Kak, jom sembahyang isya' di masjid," Saya mengajak Kakak. Kakak bersetuju manakala Kak Ton dan Nora mengambil keputusan untuk pergi esok pada waktu subuh sahaja.

Saya teringat kata-kata mutawif semasa dalam bas dari airport tadi, raudhah untuk perempuan ditutup jam 10@11 malam. Saya melihat jam di tangan, ..sudah jam 11malam. Sempatkah saya ke raudhah malam ini juga?

Sampai di masjid (bhgn prmpn) sudah ramai jemaah wanita yang balik, malah bahagian hadapan masjid telah ditutup. Kelihatan beberapa jemaah wanita keluar dari bahagian dalam masjid. Kakak menarik tangan saya, "jom dik, kita ke raudhah," Saya menurut. Polis wanita arab berpurdah hitam mengawal laulan.."Ibu, ibu..qalas!..(sudah)..tutup..tutup," wah mereka pandai berbahasa Melayu Indonesia. Mereka melarang kami masuk. Akhirnya kami sembahyang di bahagian yang masih dibuka. Kami kemudiannya minum air zamzam (buat kali pertama di bumi Madinah).Kakak menegur saya, jangan minum sekali teguk..3,5,@7 teguk dan mengadap kiblat. Berdoalah supaya air zamzam boleh menjadi penawar segala penyakit.Balik semula ke hotel jam 12.30 malam..sukarnya melelapkan mata. Tak sabar menunggu esok...

Raudhah...

Dalam jemaah kami, tiada mutawwif wanita, jadi pada pagi pertama di Madinah, (Jemaah lelaki dibawa oleh Ustaz Iswan melawat makam Rasulullah dan kubur baqi')jemaah wanita boleh cuba untuk memasuki raudhah. Raudhah adalah taman syurga di dunia. Berdoa di situ tiada hijab.

Subhanallah rupa-rupanya masuk raudhah bukan semudah disangka. Jemaah wanita berebut-rebut. Polis-polis masjid (wanita berpurdah hitam) mengumpulkan jemaah mengikut bangsa. Kumpulan Melayu (M'sia dan Indonesia) mendapat giliran terakhir...Setelah lebih kurang 3 jam menunggu dan bergerak sedikit demi sedikit akhirnya tibalah giliran kami..berasak-asak orang menolak kami. Saya terpisah daripada Kakak, Kak Ton dan Nora. Petanda Raudhah, karpet hijau. Apabila kaki memijak karpet hijau, saya mengucap syukur dan cuba sembahyang sunat..namun dek kerana ramainya orang, baru mengangkat tangan nak takbiratulihram, saya ditolak oleh jemaah turki yang berbadan lebih besar. Saya hampir terjatuh,sembahyang saya batal. Berasak-asak lagi...tiada ruang untuk sujud. Ya Allah, terimalah aku...berilah aku peluang..perlahan-lahan saya mencari ruang, akhirnya alhamdulillah...dapatlah saya bersembahyang sunat yang ringkas dan sempatlah saya berdoa, memohon keampunan dan semoga Rasulullah sudi memberi syafaatnya semasa di padang masyar kelak. Saya belum puas sebenarnya..tapi keadaan memaksa saya keluar dan meninggalkan kawasan tersebut. Saya berazam...malam ini aku akan cuba lagi..perlu atur strategi...

Malam itu selepas Isya', saya dan Kak Ton, cuba lagi, kali ini kami berazam untuk ikut tepi dinding, supaya berpeluang mengucapkan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kami meninjau kedudukann yang strategik..itu kubah hijau, maknanya makam nabi ada di situ..kami harus rapat ke kiri...kami masih berasak-asak seperti waktu sebelumnya...Sampai di tempat yang dimaksudkan, saya menjengket untuk mengintai makam Rasulullah ( buat pengetahuan yang belum pergi, peluang jemaah wanita tidak seperti jemaah lelaki, kita tak dibenarkan melawat secara dekat..ada penghadang)saya pun mengucapkan salam..Assalamualaika Ya Rasulullah, ya habiballah..sebak rasanya..Ya Rasul..aku datang..terimalah aku menjadi umatmu...tak lupa juga saya menyampaikan salam rakan-rakan yang berkirim salam.

Saya menjadi penghadang, saya suruh Kak Ton sembahyang di depan saya (dalam kwsn Raudhah) Saya depakan tangan dan andai ada orang yang menolak dan cuba melangkah Kak Ton, saya halang dengan berkata..solat..solat..solat..dapatlah Kak Ton solat dengan tenang. Orang Arab dan orang Turki lebih besar dan lebih kasar, jadi Kak Ton tak dapat melakukan perkara yang sama kepada saya. Saya dilanggar semasa sedang sujud..tapi Allah telah maha pemurah...sebelum melangkah keluar, polis arab berpurdah menarik tangan saya dan Kak ton agar solat di tepi tempatnya berdiri, di situ kami lebih puas, ruang untuk sujud lebih luas.. Alhamdullillah.. Pengajarannya..hendak seribu daya..usaha dan keikhlasan pasti ada bahagiannya.

Kak Ton kata "Marem dik.." (puas). Saya pun puas..walaupun tak sampai 10 minit berada di kawasan raudhah...sekurang-kurangnya saya lebih tenang, lebih bersemangat dan saya dapat membantu Kak Ton (kakak saya yang tua berusia 62 tahun ).
Esok melawat kawasan bersejarah..sekitar kota Madinah...

(sambung selepas ini)

Thursday, March 29, 2012

muzakarah

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
kepada Mu fakir memohon keampunan. sesungguhnya fakir sangat lemah dan sentiasa menzalimi diri. kepada Mu jua fakir memohon taufik dan hidayah, akal yg cerdas, ingatan yang jelas dan lancar bicara. semuga yang tuntas dari minda lantas jari jemari keatas aksara akan ada ilmu dan menafaat. amin.

kemarin ana menyemak kitab ihya' imam al-ghazali yg terkenal itu.
persoalannya tercetus jumaat sudah. selepas solat ana bertanya teman yg bersama, apakah solat sunat yg wajar dilakukan apabila khatib telah mula berkhotbah. memang tadi kami terlewat sampai. teman itu menyatakan solat qalbiah jumaat kerana telah azan. sedangkan ana buat sunat tahyatul masjid. seingat ana pernah membacanya didalam ihya'. kerana itu ana menyemaknya. sepekara lagi berkaitan jumaat yg ana selalu mushkil adalah masbuk jumaat. masbuk adalah jika kita solat bukan bersama imam dari awal. kaedahnya, jika kita dapat rakaat ke-2; maka tambahlah satu lagi setelah imam salam. tetapi jika kita sampai imam telah sujud rakaat-2, kita ikut dgn niat dzuhur kemudian menyempurnakan salat dzuhur setelah imam salam.
semalam ana jumpa teman itu dan menyatakan penemuan ana. rujukan ana dan ana bertanya mana rujukan beliau yg menyatakan sunat qalbiah jumaat. dia akan menyumak. pagi ini teman itu menyatakan apa yg ana nyatakan betul. beliau juga menyemak ihya'. rujukan sunat qalbiah adalah dari kawannya. kami bersepakat utk mengikut imam al-ghazali.
inilah muzakarah.

Nabi saw bersabda: menuntut ilmu wajib atas tiap-tiap muslim.
yg wajib adalah ilmu syariat islam. kerana denganya ibadah kita tuntas, sempurna mengikut kaedah dan caranya. umumnya kita telah diajar dan belajar ilmu agama islam semenjak kecil samaada secara formal atau non-formal. kita tahu solat, puasa, zakat dan haji wajib dilaksanakan oleh seorang muslim. dengan syarat-syarat tertentu. haji umpamanya setelah kita mampu.

setelah nuri balik dari mekah beberapa tahun lepas, beliau sering menyebut qiamulail. semasa ana akan kemekah buat haji, beliau menasihati agar melakukan qiamulail. solat taubat dan solat tasbih. ana tak pernah buat. memang telinga ana tebal, semuanya tertepis keluar. tak ada yg masuk. sekali sahaja ana lakukan semasa bermalam di masjid negeri sebelum kemekah!
nuri memang seorang pendakwah. tak pernah putus asa mengajar dan menunjuki. semasa emy&sham nak buat umrah selalu ana dengar beliau menasihatkan mereka melakukan qiamulail sebelum berangkat. dlam tulisan sham, beliau menyatakan telah berusaha mengikuti nasihat tersebut sebaik mungkin. mereka adek dan sekarang baru ana faham hati mereka lebih lembut, kerana itu dapat mengikuti nasihat abang.

ada beberapa buku tentang qiamulail yg ana ada, ana simpan dan ana baca. cuma amal sahaja yg belum tuntas. sekurang-kurangnya pahala niat dan pahala ilmu ada. tapi ilmu tanpa amal seperti pokok tampa buah. tidak beri menafaat pada makhlok. ana patut istighfar..... semuga Allah memberi ana hidayah dan kekuatan bathin.

isu yg ana ketengahkan: bagaimana kita melakukan qiamulail.
qiamulali adalah solat malam. dilakukan setelah solat isya'. ianya merupakan perlakuan solat fardhu, takbiratul ihram, ruku', iktidal, sujud dan salam. isinya adalah solat-solat sunat. ianya sangat bermakna kerana Allah azza wajalla, turun kelangit dunia seperdua atau sepertiga malam bagi menerima taubat org yg bertaubat, mengabulkan doa org yg berdoa dan menberi keampunan kpd org yg memohon keampunan. dimasa Nabi saw, para sahabat hampir mewajibkan solat ini sangking keutamaannya. [rujuk surah al-muzammil].
bagaimanakah nuri melakukannya, emy/sham melakukannya atau bagaimana ana melakukannya. apakah rujukan nuri, apakah rujukan emy/sham dan apakah rujukan ana.
ana menggambil iktibar dari peristiwa sunat jumaat ana yg terlewat tadi.

cadangan ana : bagaimana kalau kita bermuzakarah mengenai isu qiamulali ini. carilah tempat dan masa sesuai. umpamanya rumah ana atau rumah nuri, kerana nuri pencetus qiamulail ini pada hari cuti minggu. emy bawa kudapan. kita bawa kitab dan muzakarah. kita sepakat dan laksana kaedah yg sama. doa yg sama dan dan ilmu yg sama. semuga dgn cara ini amalan kita lebih sempurna dan yakin.

insyallah.

Monday, March 26, 2012

Memulakan Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi
Keampunan dipohon kehadrat Allah s.w.t
Kemaafan dipinta kepada para pembaca
Saya sambung catatan pengalaman sementara masih berkesempatan..

Kepada anak-anak buah yang membaca coretan ini, anggaplah apa yang dicoret ini sebagai satu galakan untuk membuat perubahan yang positif di samping salah satu cara untuk kita sama-sama memuhasabah diri...Jauh sekali niat di hati ingin menimbulkan rasa takjub atau membangga diri. Saya hanyalah hamba-Nya yang sangat kerdil dan serba kekurangan.

Terima kasih yang tak tertingga saya ucapkan kepada semua ahli keluarga yang sanggup meluangkan masa menghantar saya dan Emi di KLIA tempoh hari. Malahan Kak Tie dan Kang Miskiran sanggup datang dari Chini untuk serta menghantar kami..padahal kami pergi cuma pergi 2 minggu, bukannya seperti jemaah haji yang pergi sehingga 40-45 hari. Hal ini juga memberi keinsafan kepada saya yang ikatan kekeluargaan ini sungguh erat dan semua ahli keluarga sangat mengambil berat akan kebajikan setiap ahlinya. Syukran jazilan....Semoga Allah merahmati kita semua. Dalam kapal terbang saya berkata kepada Emi, semua orang memberi sokongan kepada kita maka kita tidak seharusnya mensia-siakan peluang ini. Tips dan nasihat daripada Abang Danuri, Abang Nasir dan Kang Miskiran akan kami cuba praktikkan apabila tiba di Tanah Suci nanti...

Perpisahan dengan anak-anak tidak melemahkan semangat saya sebaliknya itulah yang memberi kekuatan kepada saya..kerana saya mahu menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Dalam hati saya tahu Emi turut sedih tapi dalam kapal terbang dia lebih cool.

Dalam perjalanan hati saya berdebar-debar, tak sabar untuk menjejakkan kaki di bumi yang penuh barakah. Sukarnya untuk melelapkan mata..Saya cuba mengulang kaji semula buku panduan umrah supaya apa yang bakal saya laksanakan nanti tidak menyalahi rukun dan syarat-syaratnya. Kami menaiki pesawat Saudi Air..di hadapan tempat duduk kami disediakan skrin (mcm tv la lebih kurang). Bagusnya antara perisian yang terdapat dalam skrin tersebut a

Persediaan dan Cabaran Sebelum Pergi...

Salam semua
Bismillahirrahmannirrahim...
Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana nikmat dan kesempatan yang masih dirasai..
Saya sambung semula catatan sementara masih ada kesempatan..
Saya pohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang sengaja mahupun tidak sengaja..saya juga pohon kemaafan kepada para pembaca andai ada kekhilafan dan kekurangan..sesungguhnya saya hanya hamba-Nya yang amat kerdil dan serba kekurangan.

Mengerjakan umrah bukan suatu kebanggaan..begitu kata abang Danuri...malahan selepas pulang ke tanah air, cabaran baru akan bermula..ya, itu memang betul. Ya Allah bersihkanlah hatiku, jauh sekali berasa kononnya saya adalah hamba yang baik maka kerana itu saya memilih untuk mengerjakan umrah berbanding melancong ke tempat lain.Bukan kerana itu...bukan kerana itu..demi sesungguhnya,kalau boleh saya ingin merahsiakan rancangan kami ini, tapi nasihat daripada rakan-rakan...carilah keredhaan Allah dan keredhaan makhluknya sebelum berangkat pergi agar dipermudah segala urusan, maka dengan itu saya banyak bertanya dan belajar tips-tips daripada orang yang pernah ke sana. Bukan untuk membesar-besarkan cerita ingin ke sana. Di samping itu, kita digalakkan memohon kemaafan daripada ahli keluarga, saudara mara dan kenalan-kenalan kita agar kita bersih daripada dosa-dosa sesama manusia. Atas sebab inilah saya membuka mulut yang saya dan suami ingin ke Tanah Suci.

Kesibukan kerja menjadikan ruang untuk belajar dan menghayati disiplin-disiplin ilmu untuk ke Tanah Suci sangat sedikit. Malahan Bang Danuri memberi nasihat, apabila mendaftar sahaja seeloknya, amalkanlah solat malam secara istiqomah (berterusan) tetapi...solat malam saya selalunya hanya dalam mimpi. Mungkin Malam-malam cuti, ibadah saya lebih konsisten, selainnya hanya tinggal azam. Tiap-tiap malam saya setkan alarm handphone jam 3 pagi...tapi akhirnya terlajak juga jam 5.00 pagi...cam na tu? Itulah kelemahan saya. Keletihan pada waktu siang dan adakalanya kesibukan membawa pulang kerja hingga larut malam sering saya jadikan alasan untuk melegakan hati yang resah kerana tertinggal solah tahjjud, solat taubat, solah syukur dan solat hajat. Hari terus berlalu...hati kian resah kerana persediaan rohani belum mantap. Hanya 2 minggu terakhir barulah saya benar-benar tekun. Bacaan Alquran mula mengisi malam-malam sunyi. Ya Allah terimalah aku menjadi tetamu-Mu.....

Dek kerana sibuk juga Emi tidak hirau sangat akan keperluar-keperluan yang perlu disediakan. Oleh sebab itu juga saya sering bertengkar kecil dengan Emi. Saya rasa dia tidak serius. Dari urusan buat passport, mendapatan suntikan pelalian, sampailah kepada membeli keperluan untuk ke Tanah Suci, saya yang banyak membebel dan bertegas. Mungkin dah sikap orang perempuan kuat membebel...(kata Emi)itulah juga punca pertengkaran kecil kami. Tapi alhamdulillah...Allah telah mempermudah segala urusan...

Anak? Siapa nak jaga? Bukan seorang..5 orang, bukannya dah besar..semuanya sedang memerlukan perhatian khusus terutamanya Alya, Iman dan Ikhwan..Camna ni? Soalan pertama yang kawan-kawan dan kenalan tanyakan setelah mendapat tahu saya akan ke Tanah Suci "anak-anak ditinggalkan dengan siapa?" Ya Allah, saya pun buntu sebenarnya...mengenangkan kerenah mereka yang pelbagai dan menguji kesabaran itu, saya berfikir siapakah yang sanggup memikul beban dan tanggungjawab ini. Pada mulanya saya berhasrat untuk meletakkan mereka pada Shamsul, adik saya yang tinggal di Bandar Saujana Putra...tapi memandangkan isterinya juga bekerja, sedangkan mereka ada 2 orang anak yang masih kecil...hasrat itu seakan terbantut. Apabila balik kampung, saya jumpa kakak ipar yang tinggal di kuantan, katanya dia sanggup (mungkin secara bergurau) menjaga anak-anak saya asal saya sanggup menghantarnya ke sana. Tapi Emi tak setuju...Adam dan Balqis bersekolah dan lagipun, kami tak sanggup nak hantar anak-anak ke Kuantan..balik dari Tanah Suci...tentunya kami amat merindui mereka. Akhirya...(mungkin ini ketentuan Allah) Kami berfikir Abang Danuri dan Kak Idalah yang paling sesuai. Tetapi bagaimana nak cakap dengan mereka? Sanggupkah mereka? Saban hari saya berdoa, Ya Allah aku berserah sepenuhnya...aku sangat-sangat bergantung kepadamu...Emi cakap, biarlah dia yang cakap dengan Kak Ida dan Abang Danuri...Alhamdulillah...terima kasih yang tidak terhingga buat kak Ida dan Abang Danuri, berat mata memandang, sebenarnya berat lagi bahu yang memikul. Saya sangat-sangat berserah kepada Allah..semoga Allah mempermudah urusan Kak Ida dan Abang Danuri menjaga anak-anak saya yang sangat aktif, banyak kerenah dan sangat menduga. Saat ini juga air mata saya menitis kerana mengenangkan pengorbanan mereka yang sanggup menjaga anak-anak kami. Memang 2 minggu bukan jangka masa yang lama tetapi dengan 5 orang anak kecil..tentunya itu adalah saat yang menguji kesabaran. Terima kasih sekali lagi buat Abang Danuri dan Kak Ida tak lupa juga buat Arina dan Zana...
Saya percaya mereka telah melaksanakan amanah ini dengan amat amat baik..kalau tidak masakan Ikhwan boleh melupakan ibunya dalam masa 2 minggu...malah tak kenal dan tidak mahu diambil ibunya...(itupun suatu tamparan hebat untuk saya...anak sendiri tak nak dengan ibunya)...

(sambung lagi...nak sembahyang asar dan ambil anak balik dari sekolah)

Di mana Nak Mula?

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Salam buat semua
Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan limpahan rahmat dan kasih sayang Allah yang maha kaya.
Setelah agak lama tiada kesempatan menzahirkan butir-butir bicara dalam blog ini, Insya-Allah pada kesempatan ini saya cuba berkongsi pengalaman yang pernah kami lalui dalam usaha hijrah kami....
Pertama-tamanya saya ingin memohon keampunan kepada Allah s.w.t andai apa yang bakal ditulis menimbulkan sesuatu di luar keredhaan-Nya atau menimbulkan salah sangka dalam kalangan pembaca. Sesungguhnya segala kekurangan itu adalah milik kami yang terlalu kerdil..keduanya kami ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang membacanya andai coretan ini disalahfahami...

Di mana saya perlu bermula?

Saya dan Emi tak pernah terfikir untuk ke Tanah Suci dalam tahun-tahun terdekat ini. Pertamanya kerana fikiran kolot kami yang mengatakan haji/umrah itu untuk orang-orang yang bersedia nak jadi baik dan keduanya kami tak punya harta untuk dilaburkan ke arah itu. Setahun sebelum ini, gaji kami hanya cukup untuk perbelanjaan harian..malah berhutang lagi ada (kad kredit...)

Segalanya mula berubah...pada tahun 2009, apabila Kak Ida dan Abang Danuri pulang dari mengerjakan umrah, ada sesuatu yang menarik perhatian dan merubah persepsi saya. Abang Danuri berbeza dari yang sebelumnya. Buah fikiran dan nasihatnya membuka pintu hati saya dan sangat terkesan..Subhanallah..Maha suci Allah ..atas kehendaknya saya mula berkata dalam hati..kalau ada rezeki aku ingin ke Tanah Suci sebelum usia menjangkau tua. Saya cuba menyemak duit simpanan di Tabung Haji...itulah saja yang ada..Apabila mendaftar..Allahhuakbar tahun 2040 baru mungkin giliran kami untuk mengerjakan haji. Adakah umur saya masih panjang untuk tiba sampai waktu itu?

Secara bersahaja saya bersembang dengan Emi..pada mulanya dia tak kisah sangat, mungkin keletihan kerja dan melayan kerenah anak-anak maka isu yang saya bawakan tidak berapa menarik minatnya. Saya terus sibuk menguruskan hidup..kerja tak yang sudah-sudah, urusan harian dan rutin yang sama, ibadah dan pengabdian kepada tuhan masih begitu juga...iman masih senipis kulit bawang, sembahyang hanya yang fardhu, puasa sunat boleh dibilang dengan jari tangan, sedekah jariah tentulah tak ada lantaran harta yang tak berapa nak ada...astagfirullahhalazim...begitulah kami...sibuk urus kerja ,anak, kerja, anak....Tapi keinginan itu tetap ada..

Cerita-cerita tentang kenikmatan dan kemanisan beribadah di Tanah Suci terus saya ikuti daripada rakan-rakan yang baru pulang dari Tanah Suci serta dari Abang Danuri dan apabila mendengar berita Abang Nasir dan Kak Sinah akan ke sana pada tahun 2011, cerita tentang itu semakin hebat dan rancak dibicarakan dalam kalangan ahli keluarga kita. Saya mula terfikir, Ya Allah..adakah kesempatan buatku? Layakkah aku menjadi tetamu-Mu? Abang Danuri kata banyakkan solat malam dan dekatkan diri kepada Allah...saya mula berjinak-jinak solat malam..tapi belum istiqamah..dengan kata lain..bukan tiap-tiap malam. Sehinggalah pada suatu malam, tanpa semena-mena saya berasa sangat sayu dan menangis sehingga air mata saya bercucuran memohan kepada Allah agar diberi peluang ini, dan saya ingin berubah...kalau sebelum ini saya jenis yang cincai saja dalam melakukan ibadah...saya berharap dengan izin Allah kunjungan ke Tanah Suci mampu merubah diri saya. Kalau pun perubahan itu tidak besar, memadailah saya berasa nikmat ketika melakukan ibadah khusus kepada Allah. Subhanallah...esok paginya selepas sarapan, Emi berkata kepasa saya.."Bie, jom kita pergi umrah". Saya tak memberi respon secara langsung kerana saya tahu..itu hanya kata-kata kosong..kami memang tak berduit.
Emi kata dia mendapat inspirasi daripada jiran kawasan perumahan kami yang pergi umrah dan tegar meninggalkan anak-anak yang masih kecil di pusat asuhan. Katanya lagi, duit hasil jualan rumah pangsa yang dibelinya sewaktu bujang cukup untuk kami ke sana. Saya mengucapkan syukur kepada Allah. Tapi Jemputan itu belum datang lagi...

Lewat tahun 2011, saya secara berseloroh bersembang dengan kakak saya, cikgu yang mengajar di Sabak Bernam. Saya mengajaknya mengerjakan umrah. Dia secara serius menjawab, memang dia, suami, Kak Ton, Nora dan anak-anaknya sudah mendaftar..adakah saya berminat untuk turut serta...saya terkedu, Ya Allah adakah ini aturan-Mu?Setelah berbincang dengan Emi, kami bersetuju turut mendaftar...dan saat ini barulah saya merasakan Allah telah menghantar jemputannya. Alhamdulullah rezeki kami murah..Emi berjaya mengumpul duit bagi tujuan itu kami tak perlu guna duit jualan rumah yang kami masih lagi menunggu(belum settle lagi sampai sekarang. Itulah mulanya....

(bersambung...)

Friday, March 23, 2012

Suatu Catatan

Assalamualaikum Semoga dirahmati Allah.

Malam Akhir
Malam ini merupakan malam akhir anak-anak emi akan berada dan bermalam bersama kami selama 2 minggu. Ia merupakan suatu tempoh yang lama jika dihitung semenjak awal kehadiran mereka di rumah saya. Tetapi apabila sampai tempoh nya ia terasa sangat pendek dan pantas. begitulah Allah SWT menciptakan masa kepada kita didunia ini. Ia datang dan berlalu tanpa kita sedari. Sebab itulah Allah turunkan surah "Wal Asr" kepada umat nya.

Secara lahiriah nya mereka semakin rapat kepada kami terutama yang kecil. Sudah ada jalinan "Chemistry" "lulut" kata orang jawa kita diantara kami dengan mereka. Walaubagaimanapun hubungan ayah dan ibu dengan anak-anak tidak dapat diputuskan.Sudah pasti yang besar berasa sedikit sebanyak kerinduan kepada kedua-dua orang tua nya. Insyaallah  tengahari esok mereka akan bertemu semula. Dan bakal berakhirnya suatu tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah sehingga kini amanah itu dapat ditunaikan sebaik mungkin.

Apa yang pasti rumah kami bakal sunyi semula. Ia kembali kepada sebelum nya. Terasa jugak sayu  apabila anak-anak kecil ini bakal kembali kerumah mereka semula. Tiada lagi ketawa kecil, jeritan nyaring, pergaduhan serta perbalahan adik beradik, usik mengusik membawa pertengkaran dan berakhir dengan tangisan, lama-kelamaan segala nya menjadi biasa kepada kami. Disebalik itu ada kemeriahan yang berlaku. Ada keceriaan dihati kami.

Umrah Mabrur
Itu lah yang diharapkan apabila kita pergi ketanah suci setelah mengerjakan umrah dan kembali ke tanah air. Ia merupakan suatu pengalaman individu yang sangat unik. Setiap individu yang kesana akan pulang membawa bersama pengalaman beribadah di rumah Allah terutama bersolat dihadapan kaabah dan di Masjidil Nabawi dimana makam Rasullullah di tempatkan. Insyaallah kita bakal mendengar kesah pengalaman emi dan syam sepanjang mereka berada disana.

Emi dan Syam merupakan mereka yang beruntung. Di usia muda telah diberi peluang dan dijemput oleh Allah SWT untuk mengunjungi nya. Mereka berdua sanggup meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk menyahut panggilan Nya. Ia merupakan suatu pengorbanan yang sangat tinggi. Kalau saya sekalipun dalam situasi itu mungkin belum sanggup untuk menyahut cabaran seperti itu. Tahniah saya ucapkan kepada mereka berdua ternyata anak-anak, harta benda, kerjaya, business bukan menjadi suatu halangan bagi mereka untuk ke tanah suci dalam tempoh yang agak panjang. Berserah kepada Allah SWT, bertawakkal dan bermohon kepada nya. Dan percayalah hanya kepada Allah kita bergantung harapan dan segala nya telah ditentukan oleh nya.

Suatu Permulaan Kepada cabaran Baru
 Umrah. Ia bukan suatu kebanggan. Malah ia merupakan suatu cabaran baru dalam fasa kehidupan kita sebagai umat islam. Ada cabaran dan dugaan menanti kita. Mampukah kita meneruskan amal ibadat kita seperti di tanah suci setelah kita kembali ketanah air sendiri?. Mampukah kita mengekalkan momentum solat malam kita seperti di sana. Mampukah kita mengekalkan solat kita secara berjemaah, mampu kah kita berubah persepsi kita dari sebelum nya kepada persepsi yang lebih baik terhadap tuntutan agama kita..atau kita kembali seperti asal sebelum keberangkatan kita ke sana setelah kita kembali semula..ke rumah kita.
Ia merupakan suatu cabaran..Dugaan yang sangat besar. Saya sendiri masih tertewas dengan pengaruh persekitaran yang ada disekeliling. Subhanallah..Semoga kita yang pernah mengunjungi nya sentiasa tidak putus asa mencuba dan terus berusaha melawan godaan tersebut dan merasai kemanisan beribadah sepertimana ketika kita berada di sana. Sekurang-kurang nya ia dapat mengubah sempadan keimanan kita. Walaupun seinci........tapi signifikan.







Friday, March 9, 2012

TANPA TAJUK

Assalamualaikum Semoga kita semua dirahmati Allah.
Sudah agak lama entry" masih perjalanan ke 5" ini dipersada blog kita. Nampak nya ia masih belum mampu ditolak kebawah untuk disimpan sebagai arkib lantaran tiada entry baru. Begitulah juga hidup kita seharian. Ia akan kelihatan kekal begitu tanpa sebarang perubahan meskipun hari berganti hari.

KULIAH BERMULA
Minggu ini kuliah saya di Universiti bagi sesi baru sudah bermula. Suasana kampus kembali meriah. Jalan jalan didalam kampus kembali sesak dengan jumlah kenderaan yang sentiasa bertaliarus hampir setiap waktu. Parkir semakin sukar dan sentiasa berebut-rebut. Kelihatan siswa baru berjalan kaki berbaris menuruni jalan berbukit. Jumlah nya semakin ramai, lebih ramai wanita dari lelaki. Zaman saya dahulu di tahun 1980-85 setiap jalan didalam kampus adalah dua hala. Manakala siswa lelaki melebihi siswa perempuan. Kenderaan tidak sebanyak sekarang. Penuntut nya lebih ramai yang berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Kini bas disediakan sepanjang waktu. Apa yang jelas membezakan siswa sekarang dengan dahulu ialah dari segi kemudahan dan gaya hidup saorang penuntut IPT. Tapi rasa nya zaman saya dahulu lebih 'adventurous" jika dibandingkan dengan budak-budak zaman sekarang. Zaman dahulu kami memang dalam keadaan "menuntut ilmu", Hampir segala nya dicari dan dicuba sendiri. Belajar dari pemerhatian dan pengalaman "hands on" hasil dari membantu rakan-rakan senior. Pensyarah hanya mengkritik, meunjukkan kelemahan serta kekurangan pelajar. Dan sebagai pelajar pula perlu mempertahankan apa yang telah dihasilkan. Kadangkala malah seringkali berlaku perdebatan yang hangat tetapi hasil nya pelajar terpaksa mengalah. Dan itulah proses pembelajaran kami di Uni ketika ituTetapi sekarang mereka "disuapkan" dengan ilmu...pun mereka menelannya dengan sambil lewa.Asal lulus...cukuplah. Apapun saya sentiasa mendoakan agar mereka menjadi insan yang berjaya dan berguna suatu hari nanti. Ramai lulusan Universiti yang berjaya dan mencipta kejayaan selepas tamat dan memasuki alam pekerjaan, walaupun ketika belajar dahulu amat susah untuk diajar.......

SARAAN

Umum telah mengetahui skim saraan penjawat awam yang baru dicadangkan telah dibatalkan. Penjawat awam kembali kepada skim saraan yang sedia ada. PM telah mengumumkan nya secara rasmi semalam. Rakan-rakan menyambut pengumuman tersebut dengan berbagai rasa. Ada penyelarasan yang dibuat dan penambahbaikan yang sedang dikaji. Saya menerima seadanya. Rezeki datang dari Allah. Kita perlu mensyukuri nya. Jika ada penambahan ia merupakan bonus dan nikmat Allah yang yang tak terhingga kepada saya. Wang bukan lah segala-gala nya dan kita tidak dapat menolak bahawa hampir segala nya memerlukan kewangan. Namun kita mengejar wang kerana memenuhi keinginan kita.Banyak perkara-perkara dalam kehidupan kita yang sebenar nya tidak penting tetapi ia menjadi kepentingan kerana nafsu kita. Lantas kita mencari wang untuk memenuhi tuntutan tersebut. Akhir nya banyak pembaziran yang telah kita lakukan dengan penggunaan wang. So carilah wang dan gunakan untuk keperluan kehidupan kita dan bukan memenuhi tuntutan gaya hidup kita. Sedih juga mendengar rakan-rakan yang sudah berkira-kira mendapat laba yang besar dari pelaksanaan skim yang telah dibatalkan. Allah maha mengetahui dan telah mengira secukup nya rezeki yang diberikan kepada hamba nya. Ia tidak berlebih dan tidak juga berkurang. Subhanallah.

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH

Sabtu ini Emi dan Syam akan mengerjakan Umrah ke Tanah Suci. Alhamdulillah ia merupakan suatu jemputan yang sangat bermakna dalam kehidupan mereka berdua. Pulang ke "kampung halaman Iman" kita semua umat Islam seperti yang ditazkirahkan oleh KTS semasa di Janda Baik. Ia merupakan separuh dari perjalanan ke 5. Tidak semua orang menerima jemputan dari Allah SWT. Mereka yang punyai banyak wang pun ramai yang tidak pernah ke sana malah tiada  keinginan untuk ke sana tetapi sebalik nya lebih gemar  kenegara eropah untuk bercuti.

Percayalah pulang ke kampung Iman kita tidak sama rasa nya dengan pergi bercuti kenegara lain. Di sini ada jiwa dan roh yang dapat kita rasai menusuk kedalam kalbu. (tahap rasa mungkin berbeza-beza antara satu sama lain). Disini kita akan merasai kerdil nya saorang hamba kepada pencipta nya. Dan kita akan merasai bertuah nya diri kita kerana telah dijemput sebagai tetamu Allah kerumah nya. Malah berdiri betul-betul dibawah pintu rumah Allah. Berdoa dan mintalah apa sahaja yang baik untuk kehidupan kita didunia dan di akhirat. Doakan lah sekali adik beradik saudara mara, anak-anak sedara agar dapat peluang untuk menjadi tetamu Allah juga suatu hari nanti.

Dugaan dan ujian adalah pasti bagi semua umat Islam bagi menguji keimanan. Ia juga janji Allah. Pemergian Emi dan Syam juga saya fikir tidak lepas dari ujian tersebut. meninggalkan anak-anak di tanah air selama 2 minggu juga merupakan suatu ujian besar buat mereka. Juga ujian besar buat saya sekeluarga yang bakal memikul amanah menjaga nya. Insyaallah apa yang penting niat perlu suci dan ikhlas. Kebergantungan doa dan harapan hanya pada Allah. Semoga mereka selamat pergi dan pulang serta mendapat Umrah yang Mabrur. Kembali nanti kita harap dapat menatap catatan travelog mereka di tanah suci. Semoga usaha kecil ini dapat menyemarakkan keinginan ahli kita yang lain mencatatkan destinasi percutian mereka ke tanah suci dimasa akan datang.

Jumpa lagi.

p/s . masih tak dapat membaca pengalaman mereka yang dah pergi haji..menulis juga merupakan suatu cabaran dan ujian.







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification