Friday, December 30, 2011

Selamat


Assalamualaikum Semoga di berkati Allah.
Selamat bermakna sesuatu perkara telah selesai disempurnakan dengan baik. Atau sesuatu perjalanan telah smpai ke destinasi yang dituju tanpa sebarang halangan.

Selamat kembali ke tanah air.


Selamat kembali ke tanah Air kepada Kak Ita dan keluarga, Maury, Daniel dan Emma Semenjak kali terakhir 2006 yang lalu. Ketibaan jam 8 45 pagi semalam 29 Dis 2011 menghilangkan rindu selama 5 tahun berpisah. Kepulangan kali ini membawa ahli keluarga baru beliau iaitu emma. Danial semakin membesar dan tinggi meskipun umur nya sebaya Adam anak paman emi. Maury masih seperti dulu gaya dan approach nya tidak berubah. Kak Ita nampak agak slim sedikit.

Mereka akan bercuti selama sebulan di tanah air. Tidak ada kepastian kemana rancangan mereka selama mereka disini. Apa yang pasti mereka akan bersama kita semua dalam sambutan hari keluarga yang di rancang 20 hb Jan 2012 akan datang. Kepulangan mereka sudah pasti menghilangkan rasa kangen kedua ibu bapa mereka yang sudah agak lama berpisah.

Petang semalam suatu majlis meraikan kepulangan mereka diadakan di rumah saya. Tn Haji Nasir sekeluarga sudi datang ke rumah untuk meraikan bersama. Saya menjamu mereka masak lemak cili api ikan patin yang di bawa oleh Wak Siti dari Pahang. Wow marvelous, sayang nya mereka masih kepenatan dan menu itu hanya digemari oleh warga Jawa sahaja. Apa pun mereka telah selamat kembali ke tanah air selepas menempuh perjalanan selama 40 jam dalam penerbangan dari rumah beliau ke Malaysia.


Selamat Hari Lahir


Hari ini 30 hb Dis 2011, Selamat hari lahir kepada Norasyikin bt Miskiran (Kak Oya). Semoga beliau dipanjangkan usia dan diberi kesihatan serta di murahkan rezeki. Jodoh ? itu saya tak pasti kerana kabarnya usia beliau belum 30 tahun. Setakat ini tiada majlis sambutan hari lahir diadakan. Tapi mari kita ucapkan selamat hari lahir kepada beliau.

Selamat tinggal tahun masihi 2011

Tinggal 2 hari lagi tahun 2011 masihi bakal meninggalkan kita semua. Itu lah ketentuan Allah SWT masa yang berlalu tak akan kembali lagi. Semua nya bakal jadi kenang-kenangan. Perjalanan hidup kita di muka bumi sepanjang tahun masihi yang lalu bakal tinggal dalam lipatan sejarah. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Begitu juga dengan amalan kebaikan kita atau amalan kita yang buruk sepanjang tahun masihi yang lepas akan tersimpan didalam buku catatan waktu.

Selamat datang tahun masihi 2012
Insyaallah ia tetap akan datang. Selepas tengah malam esok kita biasanya akan mengucapkan selamat tahun baru. Biasa nya ia dikaitkan dengan azam baru. Bagaimana azam kita yang lalu?
Semoga tahun baru masihi 2012 memberi kerahmatan kepada kita semua. Bagi saya azam lama banyak yang masih belum selesai, ia perlu diteruskan dan diselesaikan dalam tahun akan datang. Yang paling utama saya berazam untuk mempertingkatkan solat saya supaya lebih sempurna dan berkesan. Menjaga solat, Bangun malam, Membaca Al quran, berpuasa dan sentiasa berniat baik. Anda bagaimana..

Jumpa lagi

Selamatttttt...











Friday, December 23, 2011

Menghampiri Hujung Tahun Masihi

Assalamualaikum
Sudah agak lama saya terhenti menulis dan menyumbangkan entry baru didalam blog kita ini. Saya memberi laluan kepada isu semasa perancangan hari keluarga kita yang sedang rancak dibicarakan. Harap-harap ia menjadi kenyataan kerana sudah beberapa kali ia tertangguh dan tertunda. Teringat kata-kata Pengerusi pesatuan kita Wak Misbah  yang mencadangkan untuk ditangguhkan sehingga ahli yang jauh seperi Kak Ita dan Kak Niah dapat bersama semasa mesyuarat bulan Mac lalu di rumah saya. Seperti masin kata kata beliau akhir nya minggu hadapan Keluarga dari USA akan kembali ke tanah air bercuti selama sebulan.

 InsyaAllah hujung minggu ini Ahad akan diadakan majlis perjumpaan AJK untuk membincangkan program ini secara terperinci. Cadangan nya di rumah saya di Shah Alam. SU persatuan Pn Syamsiah sudah mewar-warkan nya. Kepada ahli yang ada kelapangan sudikan lah hadir. Yang tiada kelapangan kerana bertugas di kecualikan. Apa pun semua keputusan yang di buat perlu di persetujui. Insyaallah kita akan cuba buat yang terbaik dan memmuaskan hati semua ahli persatuan. Setakat ini Wak Misbah, Tuan Haji Nasir, SU dan Bendahari akan hadir. Mereka ini pun yang penting menjadi tonggak dan tulang belakang kepada kejayaan program kita. Dan kewangan juga faktor yang paling penting dalam melaksanakan program ini. Oleh itu mari lah kita  lunaskan segala yuran kita termasuk yang tertunggak secepat mungkin. Jika ada sebarang masalah serta cadangan kemukakan lah kepada AJK untuk perbincangan dan penyelesaian.Tuan Haji Miskiran malam tadi menelefon saya menyatakan tidak dapat hadir. walaubagaimanapun dia mewakilkan anak nya Kak Oya untuk hadir. Diharap SU dan Bendahari sudah bersedia dengan agenda dan isu-isu untuk di bincangkan InsyaAllah jamuan istimewa akan saya hidangkan.

Entry saya juga di tangguhkan untuk memberi laluan kepada KTS menulis Travelog Perjalanan ke 5 beliau ke Tanah Suci baru-baru ini. Tapi nampak nya baru masuk bahagian ke 2 sudah terhenti. Kabar nya beliau telah terlibat dengan kemalangan jalanraya semasa mengayuh basikal pada hari Cuti keputraan Sultan Selangor Isnin  12 hb yang lalu. Kabar nya ditabrak oleh motorsikal dari belakang dan penunggang  motorsikal itu pergi begitu sahaja. (Macam kes langgar lari). Alhamdulillah kecederaan nya tidak serius namun bercuti seminggu juga kerana berurut dan lebam di ponggong nya jatuh terhentak ke jalanraya. Hujung minggu lepas saya membawa nya berurut dengan Pak Daud Patah di Jalan Kebun Kelang. Saya pernah membawa Arif ketika bahu beliau patah dahulu berubat dengan nya. Kabar nya KTS sudah semakin pulih. Adakah ini antara dugaan yang diberi sebaik beliau pulang dari tanah suci.... Kita doakan agar beliau sembuh dan sehat seperti sediakala dapat menjalankan ibadah dan tugas kerjaya seperti biasa. Amin. Saya juga berharap agar kita semua dapat membaca  dan mengikuti lagi sambungan Travelog Perjalanan ke 5 beliau seterus nya dan memperolehi semangat serta iktibar dari perjalanan suci beliau itu. Elok juga jika pengkesahan ini disampaikan dalam slot perjumpaan hari keluarga kita nanti.....manalah tau ia dapat menyentuh dan meresap kedalam kalbu kita......Penyampaian secara lisan berbeza nikmat nya dengan penyampaian secara tulisan....

Semalam keputusan peperiksaan PMR sudah diumumkan. Setahu saya hanya Nur Arina Bt Danuri sahaja yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Alhamdulillah beliau berjaya mencatat keputusan yang baik. Sesuatu yang membanggakan beliau telah memperolehi gred A untuk subjek Bahasa Arab. Subjek ini dianggap susah kerana ia bukan bahasa ibunda kita seperti mana yang kita tuturkan sehari-hari. Namun berkat usaha kegigihan serta keyakinan dan doa kepada Allah SWT beliau berjaya memperolehi kejayaan tersebut.Semoga beliau akan terus menggandakan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih baik dimasa hadapan.Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli persatuan yang sama-sama mendoakan kejayaan anak -anak dan cucu kita dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan berkeluarga mereka.Saya ingin mencadangkan agar suatu slot motivasi menuju kecemerlangan diri di dunia dan di akhirat dapat dimasukkan dalam agenda hari keluarga kita nanti.

jumpa lagi..





Wednesday, December 21, 2011

Mampukah Aku?

Mesyuarat Program Hari Keluarga

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan Salam buat yang amat dikasihi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Memandangkan tarikh sudah semakin hampir dengan program yang dirancang, saya mencadangkan agar satu mesyuarat diadakan bagi tujuan tersebut. Berikut merupakan butiran mesyuarat:

Tarikh : 25 Disember 2011 (Ahad)
Masa : 3.30 petang (selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Bik Roh dsi Sek.16)Tempat : Rumah Encik Danuri (rasanya itu yg paling sesuai he..he..he..)
Agenda : 1. Ucapan pengerusi
2. Pembentangan kertas kerja Hari Keluarga
3. Laporan penyata kewangan
4. Pengisian program dan tentatif program
5. Hal-hal lain



Sekian, harap maklum...
p/s sumbangan kudapan amat dialu-alukan

Bertugas demi silatrurrahim,
Setiausaha Persatuan
Puan Suria Sobar..

Sunday, December 18, 2011

FINANCIAL STATEMENT... .huhu.. =)

Assalamualaikum wbt...
PASTI RAMAI YG TERTUNGGU2 POST DARI KITE KAN????!! hu2..bace tau..jgn xbace.. =)

Seperti yang semua sedia maklum, bayaran yuran pada tahun 2010 adalah seperti berikut:
Family - RM50
Bujang - RM20

Akan tetapi, bayaran yuran pada tahun 2011 sudah dikurangkan sedikit iaitu:
Family - RM30
Bujang - RM10

*mengikut kajian dan analisa yg sy lakukan, pengurangan bayaran yuran yg diberikan tidak berapa mendapat galakan dari ahli-ahli persatuan ini. (merujuk kepada Jadual pertama). oleh itu, apa kata kite naek kan balik yuran seperti biase!!..hahaha...gurau jer.. =)

*ok..ni kiraan dan jumlah kutipan yang kite buat ckit..atas arahan bik sham...;p klo xpaham boleh tanye k... =)



** Ni jumlah duit yang kite ade sekarang TERMASUK yang RM2000 yg ade kat Bik Sham. (Bik, Tapi tak termasuk RM240 duit dulu.)



P/S:
*1 Arie ade lebih duit RM30 lagi yang x dikira memandangkan family die da byr sampai bulan Julai.(kire bwk ke depan la..)
*2 Kak Niah pulak ade lebih RM20 yang x dikira. (pon bwk kebulan depan)
*3 Jumlah kutipan Naha pd tahun 2010 berjumlah RM360 sbb dua bulan terawal kutipan die belum bertukar status kepada ‘berkahwin’…

**Jumlah Maksimum Family (tahun 2010) - RM450 tp abg naha RM360
Jumlah maksimum Bujang (tahun 2010) - RM180

Jumlah Maksimum Family (tahun 2011 sehingga Jun) - RM180
Jumlah maksimum Bujang (tahun 2011 sehingga Jun) - RM60

Kt sini, kite ade gak wat ckit anggaran kalo2 ade ahli yg nk selesaikan untuk tahun 2011 sahaja dulu (sehingga JUN). tp untuk 2010 maseh perlu byr..cume byr lmbt ckit..lepas family day ni ker.. tp ape2 pertanyaan atau cadangan pasal amount yuran tu kne tnye bik sham atau mesyuarat dulu..k;p



** Klo tgok pada anggaran, kite mmg boleh bikin gempak ngn family day kite ni..huhu..;) sile byr yer, ahli2 sekelian.. maaf bik sham, kite xsempat2 nk upload statement ni.. lmbt ckit..

**harap semua ahli memberikan kerjasama agar program yang bermanfaat dan dpt merapatkan hubungan silaturrahim antara kita ini berjaya dilaksanakan…

** ooo…pas2 harap semua memberikan kerjasama tuk jadi AJK ape2… berat sama dipikul.. ringan pon sama dipikul..haha.. saye nk jadi AJK maen2 leh??? Xpon tuk acara bebas..(huhu..) Xpon masak2 ker…. Boleyh la..Harap d pertimbangkan..Huhu… time kaseh ahli2 sekalian..maaf la klo gamba kecik ckit..klo nk jelas lg klik jer kt gamba tu ek..tq2..sy chill n out dulu yer…nk sambung wat keje..jgn lupe byr..hu2..wassalam… =)

Thursday, December 15, 2011

TENTATIF PROGRAM

Assalamualaikum w.b.t
Bissmillahirrahmanirrahim...Selawat dan salam buat Nabi Junjungan yang dikasihi Nabi Muhammad S.A.W

Berikut Cadangan Agenda Program Hari Keluarga kita di Resort Assakinah...

Tarikh: 20 Januari 2012 (Jumaat)

3.00-5.00 ptg: Tiba di resort dan Check in...
: Pendaftaran

5.00-6.30 ptg: Santai, mandi sungai, minum petang (tajaan sendiri/potluck)

7.15 mlm : Solat magrib berjemaah di surau

8.30 mlm : Makan malam- barbekiu-(kita masak sendiri?)
: Taaruf- untuk ahli keluarga baru spt Balqis, Liza, Osman, Jue dan cucu-cucu baru

11.30 mlm :masuk bilik masing-masing


Tarikh:21 Januari 2012 (Sabtu)

6.00 pagi : Solat subuh berjemaah di surau

7.30 pagi : sarapan

8.30 pagi : Permainan 1 (outdoor)-ikut kumpulan

11.30 pagi : Bebas

1.00 tgh hari: Makan tengah hari
: Solat

3.30 ptg :Permainan 2 (indoor)-pasangan suami isteri
- permainan minda
5.00 ptg : minum petang
: Solat
: Santai/bebas

7.15 mlm : Solat Magrib berjemaah
: Bacaan Yassin/Tahlil
: Tazkirah Usrah

9.00 mlm : Makan Malam

10.00 mlm : Bebas


Tarikh: 22 Jan 2012

6.00 pg : Solat Subuh berjemaah

7.30 pg : Sarapan

8.30 pg : Permainan 3 (outdoor)

10.30 pg : Majlis penutup

11.30 : Berkemas

12.30 :Check out-balik/ke destinasi masing-masing

p/s kalau ada cadangan, sila kemukakan...
Setiap AJK bagi slot-slot tersebut kena berbincang bagi pengisian dan peralatan yang diperlukan dan kemudian maklumkan kepada saya untuk penjelasan dan corfirmation. Senarai AJK nanti saya tulis ...tak sempat nak tulis sekarang..ada selingan yang perlu dilayan..

Wednesday, December 14, 2011

ASSAKINAH (BAHAGIAN 3) - MY OPPINION

Assalammualaikum Semua...

lama dah xtulis ape2 pkai nama sndr...haha...
bik sham...sy nk bg pendapat ckit...tiba2 terpikir...sbb mgu ni pej ade wt family day gak..

1. kite kena ambik villa 2 sbb ruang tamu dia msti bsr...blh sumbat bujang2 laki2..sy pun leh je tido kt toto tp nia xleh..dia kna katil br leh tido (dh try kt umah..dia bgn main sbb xselesa)..so jue lehlh kongsi bilik dgn mak, farah, sal...

2. kalau aktiviti byk...maybe knalah ambik bilik seminar...tp mcm sblm nie..kite xde akt ape pun selain game n ke surau..leh bg idea lps tgk tentatiflah nnti..

3. bab makan plak..klu kt situ ade katering pun ok..leh try tanye harga..dia leh sediakan air, pinggan semua...leh ambik RM8/10 tuk tghr/mlm..sarapan pun leh..tp xtaulh owner bg ke x...kna tanyelh dlu...

4. ni sekadar cadangan..setiausaha sediakan satu borang...mcm borang keahlianlah..tulis nama, alamat, no.tel, nama suami/isteri/anak (no.tel sekali), kerje ktne...supaya selain kita dapat senarai penuh keseluruhan keluarga..kite gak ade no.tel semua org klu ade ape2..lbh senang..klu dpt semua bukukan bg kt semua...lg cantik..

5. ni pun sekadar cadangan...ape kata tahun ini kite wt bj family day??wt yg simple jer...murah pun xpe...adelah kenangan nnti..wt ms ni leh ckp RM20/shirt..kna tgk design dgn brp byk gak klu ade..

6. klu yg mcm bbq nk bwk brg dr umh kna bgtau urusetia gak..tkt semua bwk bnda sm jer nnti...2 jelh..

7.game2 adekn???brg2 kt situ ade ke??tiba2 teringat...

oklh...ni jelh dlu kut...nnti klu ade terpikir ape2 sy tanye/bgtau lg...anyway maaflah sbb penggunaan bahasa sms....sori...

salam...

Tuesday, December 13, 2011

ASSAKINAH (bahagian 3)

Bismillahirrahmanirrahim..
Resort Assakinah ini ada 12 bilik dan 1 villa (banglo 3 bilik). Setiap bilik ada 1 katil queen dan 2 katil single @ 3 katil single. Harga 1 bilik RM 200.00, villanya pula ada 3 bilik dan 1 loteng yang mempunyai 5 katil bujang di loteng tersebut. Villa ni berharga RM 900.00. Di belakang resort ada satu rumah rehat milik tuan punya resort. Yang itu tak dibuka untuk disewa. Di sebelahnya ada sebuah pusat pengajian untuk murid-murid Tahfiz..muridnya tak ramai dalam 14@ 15 orang. Di sebelah resort ada sebuah banglo besar yang asalnya milik tuan punya resort tapi dijual kepada kawan baiknya. Lupa pula nak cerita tuan punya resort ni sepasang suami isteri. Suaminya orang jenjarum..dia kata dia kenal keluarga Pn. Faridah. Isterinya seorang dato'....mereka peramah dan senang berurusan dengan mereka.
Di hadapan resort ada sebatang sungai yang airnya mengalir agak deras...(boleh mandi). Di sekitar resort terdapat pelbagai spesis bunya dan tumbuh-tumbuhan yang memikat para pengemar flora, terdapat juga beberapa kolam yang mempunyai ikan hiasan dan ikan untuk dipancing...boleh memancing, sekilo ikan RM 10.00.

Ada sebuah bilik seminar..(kena sewa lain), surau, pejabat yang di dalamnya ada mini perpustakaan- boleh diakses oleh pengunjung...Padang untuk aktiviti permainan dan riadah juga disediakan.

Di villa pula kemudahannya seperti di rumah, ada dapur, peti sejuk, mesin basuh dan tempat untuk berbabique. Dibenarkan memasak bagi yang menyewa villa ini. Alat pendingin hawa hanya dibekalkan di villa tetapi tidak di bilik biasa. Namun demikian suhu pada waktu malam sudah cukup dingin...TV juga hanya ada di ruang makan...tetapi di villa ada sebuah TV LCD di ruang tamunya. Resort ini tidak ada kolam renang....Mandi di sungai ajelah...Konsep resort ni islamik,rasanya sesuai dengan Hari Keluarga kita.

Bab makan agak payah sikit kat Janda Baik ni..sebab tidak ada restauran besar walau bagaimanapun saya sedang berusaha mencari jalan penyelasaiannya..cuma nak tengok budgetnya sajelah...Resort boleh menyediakan makanan untuk mana-mana kumpulan yang melebihi 20 orang..tetapi kosnya saya rasa agak mahal iaitu RM 10.00 per kepala untuk sarapan, RM 15/17 untuk makan malam/makan tengah hari.
Saya cadangkan macam ni...untuk sarapan kita sediakan sendiri untuk hari pertama dan hari kedua saya dah cuba dapatkan contact yang boleh sediakan nasi lemak dan roti canai anggaran kos RM 3 per kepala. Makan malam pertama tu kita buat barbeque sendiri..(bawalah bahan dari rumah masing-masing) selain daripada potluck...kita cuma order makan tengah hari dan makan malam untuk hari berikutnya...jadi kos makan untuk satu kepala lebih kurang 50.00/60.00 seorang untk sepanjang kita berada di sana..itupun kalau ramai yang bersetuju dengan cadangan saya ini.

Saya sudah merangka agenda dan aktiviti serta senarai AJK..nanti apabila sudah siap saya publish dalam blog ini...Walau apapun saya sangat mengalu-alukan cadangan..supaya idea boleh dikembangkan dan dimurnikan lagi...

Oleh itu langkah pertama yang amat saya harap-harapkan sila beri pengesahan kehadiran ahli-ahli dalam program ini. (kalau boleh nak wajibkan..) Saya sudah maklumkan adik-beradik utama keluarga ini untuk memberitahu ahak-anak/menantu masing-masing. Perkara ini sangat penting kerana saya perlu beri pengesahan tempahan bilik selewat-lewatnya sebelum krismas...selain budget untuk makanan.


Langkah kedua, sila rujuk Cik Salbiah untuk penjelasan yuran..bagi tahun 2010..masih ramai yang belum menjelaskannya iaitu RM 50.00 satu keluarga dan RM 20 bagi yang bujang (untuk sebulan ya..bukan sepanjang tahun.Bagi tahun 2011 pula RM 30.00 bagi sebuah keluarga dan RM 10 bagi yang bujang. Namun demikian saya ada cadangan memandangkan ramai yang belum habis bayar untuk tahun 2010, maka yuran untuk tahun
2010 pun RM 30 perkeluarga dan 10 untuk yang bujang.... Itupun kalau AJK tertinggi bersetuju...(sila respon)

Langkah ketiga, kepada nama yang tersenarai sebagai AJK, sila bertindak untuk merangka pelan operasi bidang tugas masing-masing dan saling berhubungan untuk berbincang sesama AJK bagi memastikan perjalanan program lancar. Harap ahli-ahli keluarga tidak berkira dalam soal tugas yang diamanahkan sebaliknya berasa gembira dan berkobar-kobar melaksanakannya serta ikhlas supaya mendapat keberkatan...

Langkah keempat, sila buat laporan kepada saya hasil perbincangan masing-masing supaya saya dapat tahu perkembangan terkini.

Langkah kelima, rancang hari cuti masing-masing dengan keluarga, majikan atau tugas-tugas lain agar Hari Keluarga ini benar-benar mencapai objektifnya.

Kalau ada sebarang cadangan/tidak bersetuju dengan perancangan ini sila maklumkan segera...apapun no maney no talk.....

Apapun saya memohon maaf atas sebarang kekhilafan/kekurangan...saya cuba untuk organise program ini sebaik mungkin., tetapi perlukan sokongan dan kerjasama semua ajk dan ahli yang lain.

Ok..nanti saya sambung balik untuk senarai AJK dan cadangan tentatif program...

Lagi Gambar...Assakinah




































Maaflah..saya tak sempat nak muat turun semua gambar sekaligus, itupun ada entry dan tersilap publish..foto pun ada yang termuat naik 2 kali..maff ya, saya ni bukan pro sangat, lagipun banyak betul selingan yang terpaksa dilayan..faham-faham ajelah...

ASSAKINAH (bahagian 2)















Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification