Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam buat nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Apa khabar para pembaca blog keluarga ini..sudah sekian lama saya tidak menulis atau menyumbang apa-apa entry..bukannya ketandusan idea atau ingin menyepi tetapi kesibukan sangat membataskan ruang untuk menaip aksara-aksara di papan kekunci ini. Namun begitu saya tetap setia mengikuti perkembangan entry sumbangan penulis-penulis yang lain seperti MG dan KTS...
Dipendekkan mukaddimah , saya ingin terus pergi kepada tujuan utama penulisan entry ini. Subjeknya ialah Hari Keluarga tahun 2011..tetapi ditunda kepada tahun 2012...
Setelah Encik Danuri menyatakan hasrat Timbalan Pengerusi iaitu Tuan Haji Miskiran untuk mengadakan Hari Keluarga sebagai salah satu acara meraikan kepulangan saudara kita di USA bersama ahli keluarganya..kami pun meneliti tarikh yang sesuai iaitu pada asalnya 30 Disember 2011-1 Januari 2012.. Namun setelah dibincangkan semula tarikh tersebut agak suntuk kami membuat persedian, tempahan tempat penginapan dan kutipan yuran yang sekian lama tidak aktif dan tertangguh-tangguh. Setelah diteliti semula tarikh yang dipilih adalah pada 20-22 Januari 2011 (Jumaat-Ahad)iaitu sebelum Tahun Baru China (23&24 Januari). Diharap semua ahli keluarga dapat merancang cuti pada tarikh tersebut. 20 Januari adalah pada Hari Jumaat, jadi dapatlah kiranya ahli-ahli sekalian merancang untuk cuti 1/2 hari kerana kita akan check in pada petang Jumaat tersebut.
Sebenarnya, kami telah melakukan tinjauan (survey) agak lama juga..sebelum ini kami meninjau Hotel Impian di Morib..tempatnya agak menarik kerana kemudahan chalet, padang, kolam renang, dan dewan....tetapi pada pendapat saya, Itah dan Yusuf(Morey) tentunya mahukan sesuatu yang berlainan..suasana yang lebih semula jadi (nature) dan ada yang mengatakan, Itah kalau boleh tidak mahu lagi tempat penginapan di tepi pantai.... Saya sendiri secara peribadi sangat menggemari beberapa pilihan tempat di Janda Baik kerana suasana hutan, sejuk, sungai dan ketenangan daripada hiruk pikuk kota.
Beberapa perbincangan telah dibuat, saya dan Emi bercadang untuk melakukan tinjauan sekali lagi di Janda Baik. Pada 11 Disember 2011, saya ke Bandar Pusat Jengka untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara saya, jadi pada kesempatan itu dalam perjalanan pulang kami singgah di Janda Baik.
Janda Baik....namanyapun agak unik..kenapa Janda? tetapi yang pastinya Baik....beberapa resort dan chalet kami kunjungi..bersama 5 orang body guard kecil (Adam, Balqis, Alyaa, Iman dan Ikhwan) yang pelbagai kerenah dan ragam, emosi kami terganggu juga dalam melaksanakan tugas membuat tinjauan ini. Setelah beberapa jam kami membuat tinjauan dan bertanyakan sebut harga serta kemudahan yang disediakan bagi setiap chalet yang kami kunjungi akhirnya saya kami menemui sebuah resort yang sebelum ini saya hanya lihat dalam laman blognya sahaja iairu Resort Assakinah.... Hari kian senja, badan terasa sangat letih, perut dah lapar, anak-anak semakin meragam, Emi pun anginya dan semacam, sayapun terus bertanya kepada pemilik resort agar menyewakan kami sebuah bilik untuk menginap.
ooooo inilah Assakinah..tempatnya?...(nanti saya cerita dalam bahagian kedua)
Sila lihat gambar-gambar yang dimuat naik...
Tuesday, December 13, 2011
RESORT ASSAKINAH (bahagian 1)
9:41 AM
suria
No comments
0 comments:
Post a Comment