Friday, December 30, 2011

Selamat


Assalamualaikum Semoga di berkati Allah.
Selamat bermakna sesuatu perkara telah selesai disempurnakan dengan baik. Atau sesuatu perjalanan telah smpai ke destinasi yang dituju tanpa sebarang halangan.

Selamat kembali ke tanah air.


Selamat kembali ke tanah Air kepada Kak Ita dan keluarga, Maury, Daniel dan Emma Semenjak kali terakhir 2006 yang lalu. Ketibaan jam 8 45 pagi semalam 29 Dis 2011 menghilangkan rindu selama 5 tahun berpisah. Kepulangan kali ini membawa ahli keluarga baru beliau iaitu emma. Danial semakin membesar dan tinggi meskipun umur nya sebaya Adam anak paman emi. Maury masih seperti dulu gaya dan approach nya tidak berubah. Kak Ita nampak agak slim sedikit.

Mereka akan bercuti selama sebulan di tanah air. Tidak ada kepastian kemana rancangan mereka selama mereka disini. Apa yang pasti mereka akan bersama kita semua dalam sambutan hari keluarga yang di rancang 20 hb Jan 2012 akan datang. Kepulangan mereka sudah pasti menghilangkan rasa kangen kedua ibu bapa mereka yang sudah agak lama berpisah.

Petang semalam suatu majlis meraikan kepulangan mereka diadakan di rumah saya. Tn Haji Nasir sekeluarga sudi datang ke rumah untuk meraikan bersama. Saya menjamu mereka masak lemak cili api ikan patin yang di bawa oleh Wak Siti dari Pahang. Wow marvelous, sayang nya mereka masih kepenatan dan menu itu hanya digemari oleh warga Jawa sahaja. Apa pun mereka telah selamat kembali ke tanah air selepas menempuh perjalanan selama 40 jam dalam penerbangan dari rumah beliau ke Malaysia.


Selamat Hari Lahir


Hari ini 30 hb Dis 2011, Selamat hari lahir kepada Norasyikin bt Miskiran (Kak Oya). Semoga beliau dipanjangkan usia dan diberi kesihatan serta di murahkan rezeki. Jodoh ? itu saya tak pasti kerana kabarnya usia beliau belum 30 tahun. Setakat ini tiada majlis sambutan hari lahir diadakan. Tapi mari kita ucapkan selamat hari lahir kepada beliau.

Selamat tinggal tahun masihi 2011

Tinggal 2 hari lagi tahun 2011 masihi bakal meninggalkan kita semua. Itu lah ketentuan Allah SWT masa yang berlalu tak akan kembali lagi. Semua nya bakal jadi kenang-kenangan. Perjalanan hidup kita di muka bumi sepanjang tahun masihi yang lalu bakal tinggal dalam lipatan sejarah. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Begitu juga dengan amalan kebaikan kita atau amalan kita yang buruk sepanjang tahun masihi yang lepas akan tersimpan didalam buku catatan waktu.

Selamat datang tahun masihi 2012
Insyaallah ia tetap akan datang. Selepas tengah malam esok kita biasanya akan mengucapkan selamat tahun baru. Biasa nya ia dikaitkan dengan azam baru. Bagaimana azam kita yang lalu?
Semoga tahun baru masihi 2012 memberi kerahmatan kepada kita semua. Bagi saya azam lama banyak yang masih belum selesai, ia perlu diteruskan dan diselesaikan dalam tahun akan datang. Yang paling utama saya berazam untuk mempertingkatkan solat saya supaya lebih sempurna dan berkesan. Menjaga solat, Bangun malam, Membaca Al quran, berpuasa dan sentiasa berniat baik. Anda bagaimana..

Jumpa lagi

Selamatttttt...











2 comments:

kts said...

Diam diam dah 5 th kita adakan fam-dy kat PD. Ingat smula arwah mak (al-fatihah) kini famly dh bertmbah. High time for another gathering. Mungkin x sume dpt hdir. For me that ok. Kprluan everone berbeza, mana yg ada kita teruskan. Bukankah hidup begitu. Continue. Always continue.. Anyhow ana punya hutang yuran dh tingal sedikit.
Jumpa at janda baik 20th jan. Pa system pun dh jumpa.
Wassalam.

DANURI SAKIJAN said...

rasa nya elok ko tukar pengerusi dari BBQ kepada Pengerusi siaraya pa sistem termasuk MC..hahah bagus mic pun dah jumpa. Jangan lupa pinjam dan bawak sekali.

Kehidupan memang begitu ia perlu diteruskan..memenuhi kehendak semua orang memang sukar..perlu toleransi dan berkorban..Ana punya hutang yuran pun dah tinggal sikit..mengikut pemerhatian ana alhamdulillah yuran di bayar oleh semua ahli termasuk ita dan family ..bayar penuh. jumpa di sana.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification