Tuesday, December 13, 2011

ASSAKINAH (bahagian 3)

Bismillahirrahmanirrahim..
Resort Assakinah ini ada 12 bilik dan 1 villa (banglo 3 bilik). Setiap bilik ada 1 katil queen dan 2 katil single @ 3 katil single. Harga 1 bilik RM 200.00, villanya pula ada 3 bilik dan 1 loteng yang mempunyai 5 katil bujang di loteng tersebut. Villa ni berharga RM 900.00. Di belakang resort ada satu rumah rehat milik tuan punya resort. Yang itu tak dibuka untuk disewa. Di sebelahnya ada sebuah pusat pengajian untuk murid-murid Tahfiz..muridnya tak ramai dalam 14@ 15 orang. Di sebelah resort ada sebuah banglo besar yang asalnya milik tuan punya resort tapi dijual kepada kawan baiknya. Lupa pula nak cerita tuan punya resort ni sepasang suami isteri. Suaminya orang jenjarum..dia kata dia kenal keluarga Pn. Faridah. Isterinya seorang dato'....mereka peramah dan senang berurusan dengan mereka.
Di hadapan resort ada sebatang sungai yang airnya mengalir agak deras...(boleh mandi). Di sekitar resort terdapat pelbagai spesis bunya dan tumbuh-tumbuhan yang memikat para pengemar flora, terdapat juga beberapa kolam yang mempunyai ikan hiasan dan ikan untuk dipancing...boleh memancing, sekilo ikan RM 10.00.

Ada sebuah bilik seminar..(kena sewa lain), surau, pejabat yang di dalamnya ada mini perpustakaan- boleh diakses oleh pengunjung...Padang untuk aktiviti permainan dan riadah juga disediakan.

Di villa pula kemudahannya seperti di rumah, ada dapur, peti sejuk, mesin basuh dan tempat untuk berbabique. Dibenarkan memasak bagi yang menyewa villa ini. Alat pendingin hawa hanya dibekalkan di villa tetapi tidak di bilik biasa. Namun demikian suhu pada waktu malam sudah cukup dingin...TV juga hanya ada di ruang makan...tetapi di villa ada sebuah TV LCD di ruang tamunya. Resort ini tidak ada kolam renang....Mandi di sungai ajelah...Konsep resort ni islamik,rasanya sesuai dengan Hari Keluarga kita.

Bab makan agak payah sikit kat Janda Baik ni..sebab tidak ada restauran besar walau bagaimanapun saya sedang berusaha mencari jalan penyelasaiannya..cuma nak tengok budgetnya sajelah...Resort boleh menyediakan makanan untuk mana-mana kumpulan yang melebihi 20 orang..tetapi kosnya saya rasa agak mahal iaitu RM 10.00 per kepala untuk sarapan, RM 15/17 untuk makan malam/makan tengah hari.
Saya cadangkan macam ni...untuk sarapan kita sediakan sendiri untuk hari pertama dan hari kedua saya dah cuba dapatkan contact yang boleh sediakan nasi lemak dan roti canai anggaran kos RM 3 per kepala. Makan malam pertama tu kita buat barbeque sendiri..(bawalah bahan dari rumah masing-masing) selain daripada potluck...kita cuma order makan tengah hari dan makan malam untuk hari berikutnya...jadi kos makan untuk satu kepala lebih kurang 50.00/60.00 seorang untk sepanjang kita berada di sana..itupun kalau ramai yang bersetuju dengan cadangan saya ini.

Saya sudah merangka agenda dan aktiviti serta senarai AJK..nanti apabila sudah siap saya publish dalam blog ini...Walau apapun saya sangat mengalu-alukan cadangan..supaya idea boleh dikembangkan dan dimurnikan lagi...

Oleh itu langkah pertama yang amat saya harap-harapkan sila beri pengesahan kehadiran ahli-ahli dalam program ini. (kalau boleh nak wajibkan..) Saya sudah maklumkan adik-beradik utama keluarga ini untuk memberitahu ahak-anak/menantu masing-masing. Perkara ini sangat penting kerana saya perlu beri pengesahan tempahan bilik selewat-lewatnya sebelum krismas...selain budget untuk makanan.


Langkah kedua, sila rujuk Cik Salbiah untuk penjelasan yuran..bagi tahun 2010..masih ramai yang belum menjelaskannya iaitu RM 50.00 satu keluarga dan RM 20 bagi yang bujang (untuk sebulan ya..bukan sepanjang tahun.Bagi tahun 2011 pula RM 30.00 bagi sebuah keluarga dan RM 10 bagi yang bujang. Namun demikian saya ada cadangan memandangkan ramai yang belum habis bayar untuk tahun 2010, maka yuran untuk tahun
2010 pun RM 30 perkeluarga dan 10 untuk yang bujang.... Itupun kalau AJK tertinggi bersetuju...(sila respon)

Langkah ketiga, kepada nama yang tersenarai sebagai AJK, sila bertindak untuk merangka pelan operasi bidang tugas masing-masing dan saling berhubungan untuk berbincang sesama AJK bagi memastikan perjalanan program lancar. Harap ahli-ahli keluarga tidak berkira dalam soal tugas yang diamanahkan sebaliknya berasa gembira dan berkobar-kobar melaksanakannya serta ikhlas supaya mendapat keberkatan...

Langkah keempat, sila buat laporan kepada saya hasil perbincangan masing-masing supaya saya dapat tahu perkembangan terkini.

Langkah kelima, rancang hari cuti masing-masing dengan keluarga, majikan atau tugas-tugas lain agar Hari Keluarga ini benar-benar mencapai objektifnya.

Kalau ada sebarang cadangan/tidak bersetuju dengan perancangan ini sila maklumkan segera...apapun no maney no talk.....

Apapun saya memohon maaf atas sebarang kekhilafan/kekurangan...saya cuba untuk organise program ini sebaik mungkin., tetapi perlukan sokongan dan kerjasama semua ajk dan ahli yang lain.

Ok..nanti saya sambung balik untuk senarai AJK dan cadangan tentatif program...

4 comments:

DANURI SAKIJAN said...

Good job..Waiting for comment..

Anonymous said...

o.. dah tukar tarikh ye bik.. kami mula2 plan book nak ke Singapore pd tarikh yg awal itu.. pastu bila mak abah ckp tarikhnya yg itu kami tukar pd minggu lpas .. anyway ok trip kami dah berjln dgn lancar dan enjoy wlaupun masalah dgn penginapan di sana sbb kami pergi secara unplanned.. blan 1 ni INSYAALLAH setakat ini(harap-harap xde perkara lain yg tidak dapat dielakkan)

suria said...

Ooo gi singapura tak cakap..beli apa ole-ole utk kami?

Anonymous said...

Unplanned trip.. Kami pergi je pack brg siapkan anak2 terus g je.. smpai kastam pun marah kat kami xisi white card sbb xsempat nak ambik d malaysia. Kami cuma bawak passport je. ole2 dah cair la bibik nk tggu blan 1 baru jumpa. Singapore nak krismas ni coklat la best.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification