Friday, December 23, 2011

Menghampiri Hujung Tahun Masihi

Assalamualaikum
Sudah agak lama saya terhenti menulis dan menyumbangkan entry baru didalam blog kita ini. Saya memberi laluan kepada isu semasa perancangan hari keluarga kita yang sedang rancak dibicarakan. Harap-harap ia menjadi kenyataan kerana sudah beberapa kali ia tertangguh dan tertunda. Teringat kata-kata Pengerusi pesatuan kita Wak Misbah  yang mencadangkan untuk ditangguhkan sehingga ahli yang jauh seperi Kak Ita dan Kak Niah dapat bersama semasa mesyuarat bulan Mac lalu di rumah saya. Seperti masin kata kata beliau akhir nya minggu hadapan Keluarga dari USA akan kembali ke tanah air bercuti selama sebulan.

 InsyaAllah hujung minggu ini Ahad akan diadakan majlis perjumpaan AJK untuk membincangkan program ini secara terperinci. Cadangan nya di rumah saya di Shah Alam. SU persatuan Pn Syamsiah sudah mewar-warkan nya. Kepada ahli yang ada kelapangan sudikan lah hadir. Yang tiada kelapangan kerana bertugas di kecualikan. Apa pun semua keputusan yang di buat perlu di persetujui. Insyaallah kita akan cuba buat yang terbaik dan memmuaskan hati semua ahli persatuan. Setakat ini Wak Misbah, Tuan Haji Nasir, SU dan Bendahari akan hadir. Mereka ini pun yang penting menjadi tonggak dan tulang belakang kepada kejayaan program kita. Dan kewangan juga faktor yang paling penting dalam melaksanakan program ini. Oleh itu mari lah kita  lunaskan segala yuran kita termasuk yang tertunggak secepat mungkin. Jika ada sebarang masalah serta cadangan kemukakan lah kepada AJK untuk perbincangan dan penyelesaian.Tuan Haji Miskiran malam tadi menelefon saya menyatakan tidak dapat hadir. walaubagaimanapun dia mewakilkan anak nya Kak Oya untuk hadir. Diharap SU dan Bendahari sudah bersedia dengan agenda dan isu-isu untuk di bincangkan InsyaAllah jamuan istimewa akan saya hidangkan.

Entry saya juga di tangguhkan untuk memberi laluan kepada KTS menulis Travelog Perjalanan ke 5 beliau ke Tanah Suci baru-baru ini. Tapi nampak nya baru masuk bahagian ke 2 sudah terhenti. Kabar nya beliau telah terlibat dengan kemalangan jalanraya semasa mengayuh basikal pada hari Cuti keputraan Sultan Selangor Isnin  12 hb yang lalu. Kabar nya ditabrak oleh motorsikal dari belakang dan penunggang  motorsikal itu pergi begitu sahaja. (Macam kes langgar lari). Alhamdulillah kecederaan nya tidak serius namun bercuti seminggu juga kerana berurut dan lebam di ponggong nya jatuh terhentak ke jalanraya. Hujung minggu lepas saya membawa nya berurut dengan Pak Daud Patah di Jalan Kebun Kelang. Saya pernah membawa Arif ketika bahu beliau patah dahulu berubat dengan nya. Kabar nya KTS sudah semakin pulih. Adakah ini antara dugaan yang diberi sebaik beliau pulang dari tanah suci.... Kita doakan agar beliau sembuh dan sehat seperti sediakala dapat menjalankan ibadah dan tugas kerjaya seperti biasa. Amin. Saya juga berharap agar kita semua dapat membaca  dan mengikuti lagi sambungan Travelog Perjalanan ke 5 beliau seterus nya dan memperolehi semangat serta iktibar dari perjalanan suci beliau itu. Elok juga jika pengkesahan ini disampaikan dalam slot perjumpaan hari keluarga kita nanti.....manalah tau ia dapat menyentuh dan meresap kedalam kalbu kita......Penyampaian secara lisan berbeza nikmat nya dengan penyampaian secara tulisan....

Semalam keputusan peperiksaan PMR sudah diumumkan. Setahu saya hanya Nur Arina Bt Danuri sahaja yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Alhamdulillah beliau berjaya mencatat keputusan yang baik. Sesuatu yang membanggakan beliau telah memperolehi gred A untuk subjek Bahasa Arab. Subjek ini dianggap susah kerana ia bukan bahasa ibunda kita seperti mana yang kita tuturkan sehari-hari. Namun berkat usaha kegigihan serta keyakinan dan doa kepada Allah SWT beliau berjaya memperolehi kejayaan tersebut.Semoga beliau akan terus menggandakan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih baik dimasa hadapan.Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli persatuan yang sama-sama mendoakan kejayaan anak -anak dan cucu kita dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan berkeluarga mereka.Saya ingin mencadangkan agar suatu slot motivasi menuju kecemerlangan diri di dunia dan di akhirat dapat dimasukkan dalam agenda hari keluarga kita nanti.

jumpa lagi..





1 comments:

kts said...

t.k atas doa semua. kemalangan yg terjadi = peringatan kpd kita. sbb smua yg terjadi merupakan hikmah. Allah tak menjadikan sesuatu dgn sia2. hanya kita kena muhasabah diri. ana belum 40 hari balik haji. malaikat pengiring belum balik Mekah ? itu kata org. wallohualam. entry sambung trawelog sikit terganggu. bnyk sngt ide. sukar nak dapat entry-point. insyallah akan sambung juga utk jadi panduan yg akan kesana. 2 famili klau seru sampai.
semuga fam.day kita sucsess. klau nak gagal sikit kut pada prog. BBQ, S/U salah pilih ketua BBQ. yg lain2 ok.
4 kak ita, welcome home. we mised u so much.
how about daniel yeh, & emma

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification