Tuesday, January 19, 2010

sembang-sembang

salam semua.
tak tau berapa ramai yg menyambut salam ini. mungkin 2,3 org kot. nuri, emy dan ebal.
nuri dlm entry nya yg terbaru bertanya kepada dirinya sendiri, berapa ramai ahli keluarga ini yg melayari blog ini lagi. adakah makin berkurang. yg pasti aku, nuri, ebal dan emy. sunguhpun emy tak menyumbang lagi melalui jurucakapnya suria; tapi aku tahu beliau sentiasa memantau blog ini. dia web master. creator of this blog, tentu berperasaan bapa. blog ini macam anaknya. pasti bapa tidak tego utk melihat anaknya terniaya dan terbiar. penulis tetapnya bukan sebarang orang pulak tu. kaki pukul kg seberang. bukan tahu tapis maklumat. dalam alon-alon mengena.

petang semalam aku sedang menunggu maghrib bila terlihat baju sham yg baru siap dijahit masih belum diambil. mereka beritahu nak mengambilnya pada petang minggu. tetapi waktu itu aku berada di kkb. lewat malam mereka tidak datang. aku tak pasti berapa kali agaknya sham terjaga atau mengigau pada malam itu lantaran teringat baju barunya itu. sedang aku mengambil wudu' aku terdengar suara adam dan adik-adiknya. suara mereka memang obvius. sekampung boleh tahu mereka sampai. dulu masa aku sekolah rendah, ada seorang cekgu ku yg pakai motor norton. moto ini memeng terkenal dgn bunyinya yg semacam. seketul seketul pom.. pom...pom.. kalau beliau balik tengah malam, dalam suasana hening, dari taliair sembilan lagi dah mulai kedengaran bunyi motonya. adam dan adek-adeknya macam moto norton cekgu aku tu le.

ada beberapa perkembangan dalam keluarga emy semasa ziarah baju kali ini. ku lihat iman, anaknya yg kecil dah pandai berjalan. masa bayinya aku rasa macan baru sahaja berlalu. baru sekali dua aku mengangkatnya kini dah boleh berjalan. tangannya cepat. apa saja yg dia nampak nak dicapainya. mujur aku ada lagi cawan pelastik. kalau cawan kaca mungkin dua atau tiga dah pecah petang semalam. kalau pun pecah, aku tak kan marah kerana aku sedang mengejar erti kesabaran dalam hidupku. bagaimana nak mengurangkan penggunaan pelastik kalau sentiasa ada kanak-kanak. keberadaannya masih perlu. sekarang kalau ke pasaraya hari sabtu, kalian jangan lupa bawa bekas sendiri. tiada beg plastik disediakan. setengah tempat kena beli 0.20 sen. tetapi setengah tempat seperti di carefor tiada langsung disediakan. kalau kita sayang dunia yg kita huni ini sepatutnya kita akan menyokong kempen tanpa pelastik. tetapi bukankah boleh juga lesen kilang pelastik dihadkan kepada beberapa produk tertentu sahaja. umpamanya cawan pelastik manakala beg plastik jangan benarkan.

dalam komenku sebelum ini aku ada menyebut bmw. dan semalam emy datang dgn bmw. walau model lama tetap bmw. mungkin itu idaman emy. aku prefer merc. pada aku setiap orang ada kecenderungan sendiri. farah tak boleh nampak kasut. sering inginkan yg baru kalau masuk kedai kasut. hari aku ambil nuri di lcct sepang tempohhari aku lihat beg kerjanya sudahlah sngat buruk. lapisan dalamnya juga telah terkoyak. dulu bertahun dia guna beg jepun aku. fesen itu agak aneh kerana tiada dalam pasaran tempatan. tapi dah lama tak nampak mungkin dah koyak dan tak dapat di gunakan lagi. aku tak tau kecenderungan nuri. mungkin kerana dah jauh jadi kurang mengikuti perkembangannya lagi. ebal tak boleh jumpa kesset lagu nasyid, pasti nak memiliki. yg ori pulak tu. aku pula pantang nampak wallet. sebenarnya aku ini brand concius. tetapi suka yg pelek. tak perlu heran, aku anak n0.3!

berbalik kepada kedatangan emy semalam mengingatkan aku kepada insting dan gerakrasa.
sebenarnya diri kita ini bukan apa yg kau nampak sahaja. ini jasad luaran. kita ada jasad dalaman. kalau kau melihat dgn mata, kau akan nampak diriku yg semakin tua renta. tetapi mata hati kita akan nampak kau datang dgn kereta bmw merah. walaupun pada masa itu kau masih berada di taliair sembilan. penglihatan ini adalah melalui gerakrasa yg sangat sensitif. semakin kurang pergantungan kau kepada dunia materi, semakin tajam gerakrasa mu sehingga dapat membaca seseorang seperti kau melihat buku profailnya. jangan salah sangka, aku masih jauh dari makom tersebut. berinteraksilah seperti biasa, aku tak taupun apa fikiranmu.

sebelum balik emy menjanjikan hadiah harijadi. ini bukti dia sentiasa meneliti blog ini. ada komenku dalam entry nuri mengenai harijadiku pada ahad lepas. sungguh istimewa bunyinya. sepanjang zaman kanak-kanak kita, tak pernah kita menyambut harijadi. tidak seperti anak-anak kita. setiapkali harijadi pasti open table di kedai pizza. tetapi tiada hadiah diberi. emy kata ada hadiah, terasa besar hatiku. sebenarnya hadiah macamana rupanya tidak seberapa. sewaktu aku kejepun dulu kita telah diberitahu supaya menyediakan hadiah buat keluarga angkat. aku pun beli batik murah. baru kerja, anak ramai; itu saja yg termampu. sijepun bila dapat bukan main tunduk hurmat sambil mengucapkan; hadiah ini tidak seberapa berbanding hati baik tuan. maknanya ingatan itu lebih berharga dari hadiah yg diberi. dan ingatan emy ini sangat menyentuh perasaan. malam tadi aku kurang lena teringat hadiah yg dijanjikan.
sebelum balik aku ingatkan emy bahawa harijadi kelmarin adalah yg palsu. aku ada harijadi yg ke-2 yg betul punya. adakah hadiah utk harijadi berkenaan?

sembang-sembang je.
sekian wassalam.

30 comments:

Nia-Ixara Studio said...

salam...
dr ape yg kite prasan mmg rmai dh xtulis ape2...maybe sibuk kut...mcm kite sllu tgk je xsllu komen sbb tajuk smua berat2...bkn level kite nk bg komen...
mcm iqbal lain...ilmu dia lain ckit...

menara gading said...

Entah lah aku punya banyak keinginan. Antara nya Aku minat dengan Hi Fi tentu engko rang gelakkan aku tapi hakikat nya aku tak pernah beli walau sebiji radio pun dan tak siapa pun tahu hal ini sebelum ini.yang ada dirumah pun radio kaset kereta buruk yang orang bagi...sampai sekarang...Aku minat hias rumah tapi hakikat nya tak ada perabot baru pun yang aku beli selain kerusi besi itu lah masa masuk rumah aku di Shah Alam 1995 sampai sekarang.Almari pakaian dan katil ku itulah yang dulu masa aku kawin , itu pun kepunyaan isteri ku sampai sekarang tak pernah beli yang lain...Cuma mana yang aku suka itulah yang aku guna walau pun dah koyak sampai tak boleh jahit.Entah lah pasal Hal materi ini memang aku tewas.....pasal fesyen memang aku kalah ....pasal brended aku cuma mampu window shoping sahaja menyejukkan hati....barangkali didikan aku dahulu tidak kearah itu lalu aku tak pernah ada mimpi besar untuk kearah tersebut dan impian itu makin menjauh dalam usia dan peluang yang semakin menipis....yang masih muda teruskan lah perjuangan mencapai impian masing-masing buat diriku sekarang hanya perlu belajar mensyukuri dengan apa yang telah aku ada dan nikmat yang aku perolehi.....seadanya..keh-keh...jangan ikut style aku....

kasutwithoutstokin said...

sewaktu aku baru bekerja, aku sangat inginkan radio. masa itu yg sangat trendy adalah mini-kompo namanya. radio dgn speaker dikiri kanannya. aku telah membelinya di kl. oleh kerana tidak familiar dgn jalan kl, aku naik bas dari s.alam. masa itu jalan federal highway masih satu lorong dan tiada divider tengah jalan macam sekarang. bustation nya di kawasan shell station dekat uitm sekarang. disiti dulu student itm tunggu bas ke kl. siap ada warung lagi dikawasan itu. aku macam perasan waktu itu aku pergi dgn paman nok korang. sebab beliau lebih familiar dgn kl. maklom dia masih student di itm. kalian tahu dimana kitaorang window soping? puduraya. disitule aku beli radio berkenaan. radio hitam itu masih ada hingga kini dioperasikan oleh salbiah dan farah. memekak setiap pagi dan malam, tiada yg menutupnya. radio itulah yg menemani aku sepanjang malam masa duduk sendiri setahun di kkb.
mungkin dari peristiwa itu keinginan nuri terhadap hi-fi bermula. tapi sehingga hari ini masih belum tercapai. mungkin beliau menunggu kesempatan aku utk soping bersama seperti tahun 1980 yg lalu. atau mungkin berharap ianya menjadi hadiah harijadinya. itu kena tanya emy...

suria said...

salam..
saya antara anak kampung yang datang dari keluarga yang susah. Bapak dah tua walau saya kategori anak sulung. Walau berabang dan berkakak, saya tetap berdikari lantaran ketidakupayaan emak. Kalau nak diimbau kenangan lalu banyak yang perit dari yang gembira, namun zaman kanak-kanak adalah zaman yang mudah, mungkin kerana hati masih bersih maka semua kesusahan itu adalah detik-detik indah sebelum remaja dan dewasa. Itulah yang melatari latar belakang hidup saya dulu. Syukur teramat syukur atas segala nikmat yang tuhan berikan. Saya kira abang Danuri, abang Nasir dan Encik Halimi menikmati situasi yang lebih baik pada zaman kanak-kanak kalian. Namun siapalah saya untuk menghakimi...Maka kalau KTS punya gerak hati dan firasat yang dalam, KTS pasti tahu kenapa seseorang itu demikian tingkah laku dan perangainya..."saya selalu mengeluh kerana tidak berkasut sehinggalah saya ternampak orang lain yang tidak berkaki"

kts said...

sembang-sembang adalah aktiviti santai yg biasanya dilakukan diwaktu petang atau malam setelah makan selesai. oleh itu topiknya tidak berat. ada element gurau senda dan ketawa-ketawa. soal keinginan kita dan matlamat hidup. taklah berat mana. tujuan ana supaya lebih ramai participate. kalian sebenarnya boleh tapi dikuasai malas dan berat tangan. selebihnya alasan semata. kalau dah begitu apo nak dikato. kalau masih sudi membaca blog ni pun dah baik. yg penting....kerjasama! baru semua masalah dapat diselesaikan. selamat mencuba.

Ini Iqbal Nasir said...

Iqbal ada pesan kat member di UK suruh cari Album Maher Zain...sbb kat Malaysia x de album dia...
Ringan x?

Anonymous said...

sangat ringan.
kenapa minat sangat kat maher tu
apa istimewanya?

Ini Iqbal Nasir said...

suara dia best sgt...lain drpd yg lain...lain dari yusuf Islam...Sami Yusuf... Zain bikha... mesut kurtis...

Anonymous said...

waw... x terjangkau oleh akalku
betul2 la kau punya pengetahuan kpd lagu luar
tak minat ke penyanyi dalaman.

salbiah said...

salbiah said.. dr kkb.. (balik ari sabtu..huhu.. sje nk mention supaye abah xlupe nk amek kat komuter sah alam..)

kite sokong gak ckp naha yg ats skali tu... ;p

bal.. mmg ringan bal.. seringan album tu.. hakhak.. ;p

dah alang2 abah sebut bezday die nie... nk tulis skit la..di kesempatan ini.. kite.. nk ucapkan berbanyak terime kaseh sbb abah da bg kite hadiah 2 baju jersi aritu!!!!!!!!!!!! yay!!! ini membuktikan yg abah mmg sgt spesel ttp 'pelik' sedikit... sbb mne ade org yg sambut harijadi yg bg hadiah,kan????? huhuhuhu... ;p xpe2.. pelik cam2 kite suke!!!! time kaseh,ABAH!!!!

Ini Iqbal Nasir said...

minat penyanyi dalaman...artis2 nasyid Malaysia pun banyak...tapi x de album baru...paling latest Hafiz Hamidun...itupun dah beli...

halimi sakijan said...

iklan sebentar..

salam kepada semua penyumbang-penyumbang samada artikel mahupun komen yang bernas-bernas tak kurang juga kepada yang hanya membaca. apapun jgn lupa harinie jumaat penghulu segala hari 22.1.2010 (6safar 1431 hijrah)solat jgn tinggalkan. banyak kelebihan solat jumaat akanku creatkan satu bingkisan nanti sebentar lagi..

kts said...

kegemaran saly tak boleh nampak kedai sukan. beli jersy. sekarang minatnya pd footsal sangat tinggi. pantang kekawan ajak, cuti dan malam pun pergi. bagus gak utk kawal berat badan. tu yg tak leh nampak jersy lain sikit. itu ok lagi berbanding pakai jersy masa pasukan kegemaran beraksi sahaja depan tv sedangkan ianya kaki bangku. pada hemat ana wanita main footsal baik tetapi ada juga yg tukar baju tepi padang relax je tunjuk baju dalam. siap jerit lagi pada pasukan lawan. pooo rah... mungkin faktor ini footsal jadi popular masakini, tempat melepaskan tension. tapi masih ramai yg sopan.
bagaimanapun balik nanti kena belanja makan. kalau tak, balik sendiri naik bas.

menara gading said...

ya aku lah yang usongmoni kompo engko tu .....
dan aku lah yang beli tiket wayang engko tengok The Thing kat Kelang.....hehehe
dan aku lah yang mengaju kereta lancer engko masa lepak kat rumah asrama ss 2 shah alam masa pak gard datang chek malam-malam hehehehe....

kts said...

kah...kah...kah...
rasanya macam aku terlangar pagar asrama masa ziarah ko kan. kereta pomen ke keta use car...
betapa indah waktu itu. jaman yang tak akan berulang kembali. bila agaknya dapat makan ayam goreng mc donal lagi kat klang! kedai tu pon dah tutup jadi kedai lain. cuma kalau boleh ayam goreng lain dari mc donel, goreng tak garing. ada lagi darah merah kat tulangnya.
kah...koh....koh....
lama dah tak gelak besar.

SaudagarKelapa said...

Kita ada la paman. Currently being the observer as my schedule now is quite tight. Sebabnye? Got few things to settle and accomplish in the timeline set by myself. Wish me all the best ye!

Speaking about the comment, my opinions are same dgn Nahar. The topics are ‘slightly heavy’ to me. So, I dare not to give any view. But it’s good actually. Satu cara utk kita ketengahkan pendapat antara ahli keluarga dan dlm masa yg sama kita buleh inform semua org tentang isu semasa di M’sia. Mungkin ada yg tak menyumbang komen, tp tak bermakna meraka ni buat tak tahu. At least bila dibaca entry tu..it give everyone clue on what is happening in Malaysia esp issue yg melibatkan agama, akidah, politik and so on.

It’s good to know yg ahli keluarga kita punya byk info & pendapat ttng isu2 mcm ni. Keep it on. Surely kita akan bg comment, for any topic that I well-informed. (‘’,)

menara gading said...

Sekarang ni aku kat Dungun 3 hari semak prosedur ISO ...teringat masa-masa dulu kita memang jaman itu sangat hapening bukan sekali dua engko lepak kat asrama aku malah kawan serumah pun dah kenal masa tu..memang lah nak kena Mac Donald tapi masa tu yang ada kat kelang ayam goreng masih merah ialah Root Beer....hehehe tapi sekarang ni rasa nya elok jugak kalau kita mula balik untuk travel bersama...kita pegi lah jauh sikit Sabah ke Indonesia ke baru lah ok guna tambang murah air asia dan contact kawan-kawan aku je...kalau tak mkita travel keliling malaysia..mersing ke maklumlah anak pun dah besar-besar....

kts said...

waw... ide baik tu. dlm negara je, relax. klau naik bmw lagi happening kot. kau kat dungunG la bukan dungun. iso tu lagi hal heavy. cik cikin baru nak settle down. itu pun heavy thing. dah nak berumahtangga ke? perkara baik jangan simpan sorang-sorang. bgtau org tua. tapi kenapa budak muda sekarang melarikan diri dari persoalan berat-berat. aku dulu umor 20an dah pikir masalah negara. minat berpolitik, bercita-cita jadi ketua pemuda. membantu rakyat dan khalayak di kampung. bukan nak mengejar kekayaan spt sekarang. aktiviti berfikir seperti lain-lain aktiviti perlu selalu dipraktikkan baharu kita master. pelukis kena selalu melukis, baru dapat hasil yg halus dan ori. pemain badminton kena selalu berlatih baru dapat main net dgn betul. if not, akan jadi macam sahabat anda, 20 berbalas 1. kalah sengit. selalunya kita membayangkan boleh buat, tetapi kalau benar-benar terjadi, ianya lain dari bayangan kita. itu sebab ada latihan kebakaran dan menyelamat. tujuan ana yg tua ni adalah menyediakan ruang prkartis buat minda anda. bukankah tujuan murni! bukan mudah nak dapat ruang begini yg diselengara oleh guru berpotensi utk jadi jedi. guru hebat pahlawan iron-mask. sepatutnya kalian bersyukur ada manusia istimewa walau pelik bagi membimbing laluan muda kalian. ingatlah kalian akan rasa kehilangan kalau kami telah tiada lagi kelak, tiada panduan dan nasiat. aku pernah merasainya. cubalah ikuti kerenah kami, dgn sabar dan terpaksa. kami akan meneliti, memberi panduan. kalau ada yg kelihatan emosi, telah ditegur. jangan begitu, buat begini. ana tak nak guna terma guru mursyid. nuri kata terlalu tinggi dan amat sufi bunyinya. kalian pun takut kalau ana paksa kalian pakai purdah dan serban sebakul. ana masih seperti dulu, ngelengtem dan lepas laku. cuma ingin sangat melihat ahli keluarga ini melalui landasan betul. tiada yg menyeleweng dengan melakukan perkara-perkara keji dan mungkar seperti makan dadah dan sosial terlampau. rasanya kami yg telah berumur tahu lorong mana laluan lurus itu. i hope cikcikin wil settle her things sucsesfuly. wassalam.

Ini Iqbal Nasir said...

Teringat gambar Sultan Muhammad Al-Fateh yang besar serbannya itu...mmg besar mcm tu ke dulu tyme turki uthmaniyyah?

Entri sembang2 ni dah jadi entri kenapa org skrg mlas nak fikir berat2...hahaha...
Hipotesis ebal,(hipotesis shj, x semestinya tepat) org skrg dah TERBIASA dengan cara hidup barat..."Biarlah Ahli Fikir berfikir...biarlah pendakwah berdakwah..."

Kita dipisahkan bkn dgn warna kulit shj, malah dari apa kita nak jadi juga men"divide and conquer"kan kita...semua org ditugaskan berdakwah walau apapun profession kita...dalam Quran pun ada cter...fikir2kan...

Maaf sekali lagi kalau ini berat...saya menyusun jari memohon ampun...

kts said...

serban sebakul tu rasanya pesen saja dan tanda kebangaan. itu sebab kerajaan uthmaniah kemudian runtuh. rasa bangga ini sangat bahaya. minggu sudah aku beli satu selipar kerana selipar lama telah putus talinya. kalau masa kanak-kanak aku akan sendal balence tali itu dgn paku atau dawai. sebulan tahan lagi sementara kumpul duit 1.00 ringgit utuk beli ganti. aku telah kekedai sukan mencari ganti dan mendapati selipar nike berharga 87 ringgit. dah jadi pengurus minat lak aku kpd branded thing. dulu tak, selipar jepun 2.50 sen pun ok. ingatkan selipar bakal ditinggalkan merata aku tak jadi beli. sebagai ganti aku beli selipar asadi 9.90 sen. sehari dua pakai, terasa kurang selesa. mencengkam ditepinya. selalu asadi ok, adake asadi yg imitate. aku tak pasti. semasa kekedai sukan yg salbiah beli jersy itu, aku belilah selipar umbro dgn harga 19.90 sen. selesa dipakai dan aku mulai berbangga dgn hatiku sendiri. hari ini selepas jumaat aku gagal mencarinya ditempat yg aku meletaknya tadi! kontan! Allah amat cemburu kalau hambanya memberi tumpuan kepada selain dariNya. subhanallah. peringatan ini patut ana ambil perhatian berat supaya tidak berlaku lagi. hipotesis adalah satu perkara yg masih belum terbukti. belum jadi tesis lagi. hipotesis ebal tentang devide & concure ada logiknya. kita telah dilalaikan oleh penjajah supaya terus dijajah. minda kita terkongkong malah terkepung. kita gagal berfikir mencari pembaharuan dan kebenaran. kepada mereka yg berfikir akan diperlekeh, penentang arus, pelek dan rebelion. gambaran kita sebaris dgn chee gueara dan osama. orang jahat dan perosak. inilah penghalang buat kita berfikir, kita dididik utk menerima apa saja jg barat kata dan beri. walau setinggi mana pelajaran mu, malah lebih lama mempelajari ilmu barat semakin kalian jadi keder mereka. kerana itulah kalian sukar memikir heavy things. untuk mengubahnya, berjinaklah dgn ilmu agama. baca buku atau artikel berkaitan agama. insyaallah fikiran kalian akan terbuka dan mendapat hidayah. ana telah menyatakan perkara berat ini dgn cara santai beserta contoh semasa. harap dapatlah terima. wassalam.

salbiah said...

to en kasutanpastokin....
sahabat yg men badminton 20 berbalas 1 tu kite ker?????? (maaf kalo kite t'silap dan terasa sendiri...;p)
tp klo kite... bukan 20-1 la.. 20 berbalas 21 ngn 21-22... tu bru sengit... klo 20-1 tu senget name nyer,abah... hahahaha... ;p

kts said...

salah dengar la ni....
senget pun sengetlah.

SaudagarKelapa said...

Terima kasih En KTS for your wish.

Settle down ye? No worries. Sure kita akan inform semua org kalau kita nak settle down. No secret. Itu memang ada dlm wish list kita. Cume exact date tak tau bile lagi. Haha!! ini pun persoalan yg berat jugak sbnrnya. Utk settle down, kene la ada calon. Kene la start the process of screening & scanning. Then, followed by interview. 3 times maybe? Then go through probition period..say for 3 months? Or 6 months? Kalau pass baru boleh absorb jadi permanent kan? Hehe..berat issue nih! So, tak berapa tepat kalau ckp org muda skunk larikn diri dari fikirkan persoalan yg berat kn.. =)

Back to the issue- persoalan berat. Kami bukan melarikan diri sebenarnya. Kemahuan utk bersuara tu ada, cuma yg membuatkan pendapat terbatas sbb diri sendiri tak cukup ilmu. Orang selalu pesan, kalau ilmu belum lengkap di dada, jangan semudah-mudahnya berikan pendapat. Fakta memang boleh ditulis, sbb ia kenyataan. Berbeza dgn pendapat. Tersilap perhitungan, panjang pulak natijahnya. So, jln selamat; baca dan analize sendiri. Masalah nya skunk, kalau nak baca lama2 pun tak sempat. Dah kata pun persoalan berat kn. Perlukan lebih masa utk fahamkan issue tu.

Medan Tuanku, KL.

pe said...

betul tu cikcikin. semuga sucsess selalu.

Ini Iqbal Nasir said...

x de ilmu...cari,
x nak ilmu...duduk diam sahaja,
yang mana satu kita?
dengan izin Allah, mungkin kita boleh dapat ilmu tanpa mencari...itupun setelah berusaha...
Tapi rasanya nak sampai ke tahap itu, mungkin belum mungkin lagi...
Ibadat pun x terjaga, bagaimana nak dapat "layanan istimewa" dari Allah kan?
Ilmu yang patut dicari berbagai-bagai, carilah dan terus mencari...
Ibnu Firnas, orang pertama yang menemui, mencipta dan menguji konsep kapal terbang apabila menemui kegagalan dalam cubaan terbangnya setelah terlalai untuk membuat kajian untuk mendarat, mengalami kecederaan belakang yang teruk, memaksa Ibnu Firnas melupakan sebentar niatnya untuk melakukan ujian ujian penerbangan seterusnya. Tapi beliau x melepak je, beliau terus mengeluarkan karya baru dari fikirannya seperti puisi, kimia hinggalah kepada astronomi. Nampak x? mencari ilmu bukannya kepada satu bidang sahaja. Orientalis yang telah men"divide and conquer"kan pemikiran kita sepertimana yang ebal nyatakan sebelum ini. Sejujurnya, ebal bukanlah yang paling pandai di tempat pengajian ebal, ramai sangat lagi yang lebih bagus. Tapi kita x boleh berenti mencari ilmu kerana itu tuntutan Allah. Allah suruh kita baca(belajar) dengan namaNya yang menciptakan. Bukannya utk jadi pandai sahaja, kita belajar utk mendapat redhanya, sama juga dengan ibadat2 yang lain. Fikir2kan...
Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah.
p/s: Ada sesetengah ilmu itu adalah ilmu rahsia Allah dan x boleh disebarkan, ada sesetengah itu patut disebar dan dimanfaatkan. Ada orang merasakan semua ilmu Allah itu harus disenyapkan. Kalau senyap, mana nak tahu benda itu betul atau salah?

pe said...

Nabi Junjungan saw telah mengingatkan umat, tuntutlah ilmu walau ke negeri cina. pada waktu itu negeri cina sebuah negara maju dan tinggi tamadun. punya teknologi canggih dalam bidang tentera dan pelayaran. ini jelas ilmu dunia. hadis ini jelas ilmu dunia yg baik dan bermenafaat sangat dituntut supaya dikuasai oleh umat Islam. kerana itu para ilmuan Islam sangat berusaha bagi meneroka bidang baru dan ciptaan baru. sebagaimana yg ente nyatakan itu. tetapi sangat kurang yg mengetahui. kapal terbang umum tahu dicipta oleh wright bersaudara. bukan Ibnu Firnas. Ibnu Firnas malah diletakkan sebaris dgn pencipta metos dan dongengan kabur barat yg ingin melarikan diri dari pulau buangan dgn mencipta sayap dari bulu burung. sedang dalam Quran suci telah jelas tentang mesyen terbang, dimana tentera ababil burung yg menggugurkan batuan panas telah berjaya memporak perandakan tentera abrahah yg ingin meruntuhkan kaabah. inilah utamanya jet pejuang dalam pertempuran!
memang ada ilmu ketuhanan yg tidak boleh disebar. rahsia tersendiri, antara Allah dgn penerimanya. bertujuan utk mengelakkan riak, ujub dan sumaah. kepada mereka yg terpecaya ianya boleh dinyatakan. umpamanya kepada guru simurid supaya panduan boleh diberi. sahabat Nabi saw yg terpercaya pernah mengatakan, kalau aku nyatakan semua yg aku perolehi dari Nabi saw, aku akan dibunuh. bererti ada rahsia yg tak terjangkau oleh akal umum utk diterima sehingga bisa menjadi fitnah kalau dinyatakan. itulah penjelasan mengapa ada ilmu Islam yg tidak boleh didedahkan kpd umum lantaran boleh mendatangkan fitnah dan kemudaratan kepada khalayak.
wallahua'lm.

Ini Iqbal Nasir said...

Ada baca kosmo semalam? ade cerita pasal Ibnu Firnas...
Beliau adalah orang pertama yang mengkaji dan mencipta alat yang disebut pesawat terbang. Konsep dan ilmu penerbangannya kemudian hanya dipelajari oleh Roger Bacon 500 tahun selepas itu. Sekitar 200 tahun atau selepas 700 tahun ketiadaan Ibnu Firnas barulah ilmu dan konsep pesawat terbang mula dikembangkan. Orang-orang di barat pula baru mengajar anak-anak mereka tentang kapal terbang dan Wright Bersaudara 1000 tahun selepas Ibnu Firnas!

Yang ebal mksudkan, mmg la ade ilmu yg x bole disebarkan, tapi masalahnya, ada ilmu yg patut disebarkan, x disebarkan...itulah mksudnya...
sbb tu lah jadi x berani nak berbincang isu2 berat tu...klu nak amek contoh, selain Ibnu Firnas, bnyak lagi ilmuan2 islam yg menguasai bkn satu bidang sahaja...itu mesej yg cuba ebal smpaikan...

p/s: ebal prnah dgr hadis belajar smpai negara cina itu hadis palsu...wallahualam...

pe said...

moralnya bobrok, kerana tega menggunakan Nabi Junjungan saw sebagai sumber. tetapi maksudnya baik kerana meminta kita jangan membataskan pembelajaran. memang tidak wajar kalau mengunakan alasan ilmu rahsia lalu tidak mahu menurunkan ilmu kpd umat. kepada para pencari ilmu amalkan sikap sabar. teruskan hubungi mereka yg begitu agar terbuka hatinya dan percaya ia kepada kita bagi menerima ilmunya. ilmu sebenarnya suatu yg sangat berharga. tidak semudah-mudah diberikan, terutama kepada yg bukan ahlinya. kuatir terbiar dan tidak dihargai. kerana itulah ia disembunyikan oleh pemiliknya. teruslah mencari dan menggali.
wallaha'lam.

Ini Iqbal Nasir said...

Ni ade ganti hadis ttg ilmu...yg ni sahih...

"barangsiapa mencari ilmu lalu ia dpt memahaminya,maka baginya dapat dua pahala.dan barangsiapa mencari ilmu tetapi tidak memahaminya,baginya dapat satu pahala"
h.r ad-Darami

Barulah yakin dan selamat sikit...

pe said...

apa yg ana faham mengenai hadith ini ada betapa sangat pentingnya ilmu kepada umat. terutama ilmu yg berguna dunia akhirat. kerana itu ada dinyatakan sesiapa yg mati kerana menuntut ilmu ia mendapat pahala syahid. manakala penuntut ilmu termasuk dalam kategori penerima wang zakat. iaitu bagi mereka yg kurang berkemampuan. sangat besarnya pahala dan sangat pentingnya keilmuan berkembang dalam penganut Islam sepatutnya menyedarkan kita supaya tidak menurunkan nokhtah kepada belajar dalam kehidupan kita. kita bisa belajar secara formal atau non formal. segalanya bergantung kepada niat. selalunya kita hanya mengambil maklum segala informasi dan data dari sekeliling kita tanpa niat utk belajar. ini kurang tepat. sepatutnya kita berniat utk meningkatkan ilmu pada awal hari, insyallah kita akan diberi ilmu. kerana ilmu sentiasa berlegar disekeliling kita. waima pun katun dan wayang. kalau kita dapat menggali hasrat yg tersembunyi, ilmu akan kita perolehi. umpamanya the nany dlm beberapa siriya memaparkan baik dan hebatnya yahudi. ini propaganda dan perlu berhati-hati. maklomkan kpd anak supaya jangan terpengaruh. contoh sahaja.
anyware ebel, nampaknya sume org dah tido, mari kita concure blog ini semau-maunya. berikan pandangan ente!
wassalam.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification