Salam semua
Isu semasa yang diketengahkan kelihatan hanya didominasi oleh beberapa ahli. Ini diukur dari response comment yang telah dibuat oleh ahli yang sama. Isu ini memang telah menjadi isu negara sejak 2 minggu yang lalu.Dan didalam blog ini penulis cuba mengajak ahli-ahli supaya memberikan idea atau sekurang-kurang nya memberi response pendapat masing-masing terhadap isu yang sebegini. Ku kira isu ini baik untuk kita sama-sama memberikan pendapat. Namun ada sedikit kegusaran dihati ini apabila melihat tidak ada ahli-ahli lain yang membuat sebarang komen. Samaada mereka tidak sensitif dengan membiarkan isu itu berlalu begitu sahaja atau tidak mempunyai idea untuk masuk ke gelanggang lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi menyambut debat secara terbuka dialammaya ini dalam topik yang telah diutarakan.
Kegusaran ini semakin menebal bila mana mereka yang memberikan response telah berdasarkan “Term” keilmuan agama yang tinggi martabat nya. Kesufian, tasawuf, tauhid , feqah dan sebagai nya. Lantas mereka menjauhkan diri .....Ku kira ini tidak menyalahi malah menggalakkan sekurang-kurang nya aku yang berfikiran terbuka ini mengetahui bahawa ada dikalangan ahli-ahli yang mendalami ilmu tersebut dan boleh dijadikan rujukan. Namun kebimbangan ku bukan kepada ahli yang mendalami bidang ilmu ini tetapi lebih kepada ahli-ahli kita yang ramai, rata-rata masih muda dan lahir selepas negara kita melangkah ke era kemodenan. Apakah pegangan mereka dan bagaimana mereka berpegang kepada Ajaran Agama Islam yang Syumul ini. Dan sejauhmana mereka beristiqomah melakasanakan nya? Apakah mereka betul-betul Faham dan memahami cara serta kaedah melaksanakan nya. ...........Apakah mereka dapat merasai kelazatan beribadah itu....atau adakan ibadah itu hanya rutin dan dilakukan kerana orang tua nya yang bising bertanya dan menyuruh tetapi bukan kerana kehendak sendiri dan kerana Allah Taala.......atau menunggu usia tua seperti kita baharu hendak kembali mendalami hal-hal keagamaan......
Perkara ini perlu difikirkan bersama. Satu kaedah penyampaian dakwah kearah keagamaan perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Dari perkara-perkara asas seperti Solat. Solat wajib, solat sunat... cara-cara sunat solat dilaksanakan, bacaan-bacaan yang di tuntut semasa solat dilakukan, Makna dalam bacaan setiap solat Fardhu dan Sunat dalam bahasa melayu perlu dicari dan disampaikan..mengapa kita perlu solat...Solat dan keimanan, Solat dan hubungan dengan Sains...Solat dan hubungan dengan sesama manusia solat dan hubungan dengan kehidupan didunia..dan di akhirat...dan Solat ini harus difahami dengan betul supaya kita merasai nikmat bersolat itu sendiri.....Ku kira ini soal yang paling penting....sebelum kita melangkah lebih jauh dan mendalam.....
Ku kira ini cabaran nya..cabaran yang sangat kuat dan mendesak ...dan diharapkan dalam blog ini ada dituliskan mengenai perkara-perkara tersebut oleh ahli-ahli yang tahu dan arif sedikit sebanyak mengenai nya supaya menjadi panduan kepada semua, menjadi pembuka jiwa dan seterusnya menjadi amalan dan mengubah sempadan keimanan. Kita perlu lebih fokus, lebih terperinci, umpama masalah penggunaan nama Allah..kita hanya mengupas luaran nya sahaja. Umpama makan karipap ...kita tak dapat menikmatinya kerana kita tak ada isi nya. Dan isi nya itu lah yang perlu diberitahu, perlu diperolehi dan akhir nya dinikmati.....
Anak-anak kita adakah mereka perihatin dengan Solat?...adakah mereka perihatin dengan hukum halal dan haram?.....adakah mereka perihatin dengan Al Quran....rata-rata kalau tak dikejutkan subuh maka hilang lah solat subuh nya....kalau tak diingat kan dengan solat Zohor dan lain-lain maka tak perlu lah syaitan bersusah payah menggoda nya kerana dengan sendiri nya solat itu akan tinggal begitu sahaja.
Aku terpanggil menulis entry ini kerana ku kira kita masih seperti dahulu. Bila kita balik kampung masih ada orang tua untuk mengingatkan kita..sekarang kita yang jadi orang tua pulak melakukan perkara yang sama..kita sepatut nya membimbing bukan membebel..dicari satu kaedah melaksanakan ibadah supaya roh, jiwa dan kelazatan nya dapat dinikmati oleh orang lain. Dapat di hayati dan diyakini......dapat dilakukan dengan betul dan beristiqomah..dan dapat merasai kerugiannya jika ditinggalkan... sayang ini bukan bidang aku...dan aku masih tercari-cari guru yang mursyid...untuk membimbing aku tapi alangkah sayang nya bila ramai ahli keluarga kita sebenarnya mempunyai latarbelakang sekolah agama .....malah ada yang menjadi guru di sekolah agama....tapi gagal digembeling untuk tujuan tersebut......
Kita tak pernah tanya mengapa burung bersiul?
Kita tak pernah merasai kemerduan siulannya
tapi suatu hari Kita akan bertanya kenapa burung tak bersiul hari ini?.....
Maaf dipohon jika entry ini menyinggung mana-mana pehak.yang baik dari Allah yang kurang dari saya sendiri.
jumpa lagi
Menara gading.
8 comments:
persoalan ini kelihatan remeh. solat! tidak siapa akan beri wang token kalau solat.
ditinggal juga wang tidak kurang. buat tak buat sama sahaja. ini kefahaman kafir. kefahaman iman berbeza. solat akan mendekatkan kita kpd Khaliq. Pencipta Agung, Maha Memberi. Dialah yg memberi wang dan kenikmatan dunia, besar atau kecil, banyak atau sedikit. kalau sedikit kita hidup sederhana, rumah tidak bertambah; kalau banyak, hidup mewah kereta berjenama, honda, merc, bwm. kerana itu kita solat. kerana iman masih ada. tapi sangat nipis. kekadang solat tertinggal, kerana sangat nipis; tidak terasa akan adanya. nuri, ini bukan perkara aneh, Nabi saw telah menyatakannya 1400 tahun yg lalu. akhir zaman keimanan umat ku senipis kulit bawang. kerana itu mereka yg muda tak ada feel walau apa yg telah terjadi kepada agama mereka. jiwa agama mereka telah jauh. hidup kini kalau tak cukup meteri, sangatlah menyesakkan. rumah, kereta dan kerjaya mesti ada. sedang agama buat secara sambilan. ebal yg sangat bergelora jiwanya kepada agama pun tak semestinya kekal begitu! semakin kuat ia mendekat, semakin kuat syetan akan menolaknya kebelakang. aku pernah merasanya. disebabkan kesebokan kerja yg ku kira kerana agama, negara dan bangsa; beberapa tahun aku tidak menjaga solat. dengan sangat mudah ku tinggalkan dari waktu ke waktu. hari ke hari. kemudian aku sedar seorang demi seorang kawan sejawat dapat naik pangkat. sedangkan aku
tertinggal. kepada siapa mengadu! jiwa agama telah ditanam oleh arwah ibubapa mengingatkan agar pulang kepangkal jalan. syetan telah membisikkan keutamaan salah, kerja lebih penting.
kerja juga ibadah, maka solat tidak penting. solat telah memberiku lebih dari pangkat yg ku jangka. inilah janji Allah, memberi rezeki yg tak terduga. kerana inilah aku menasihati ebal supaya tidak extreme, suatu masa kita terleka dan kelihatan cakap tak serupa bikin, maka kita ditertawakan, lalu kecewa dan menjauh. sangatlah ku doakan supaya perkara ini tidak terjadi begitu kerana aku dan paman serta waknya sangat memerlukan doa ebal dalam alam barzakh kami kelak.
kesimpulannya nuri, kita jangan mengharap pandangan dan pendirian mereka dalam soal ini. walaupun mereka telah belajar hingga ke menara gading, tempat yg utama dan istimewa; sebenarnya mereka tidak belajar apa-apa disana. mereka hanya ingin mendapat ijazah utk bekerja sedang fikiran mereka tetap tumpul dan kerdil. lebih baik kang mis yg sekolah atap thanawi tahap 3, dapat juga memberi nasihat kepada peserta felda khususnya felda cini5. itu sebab dalam entry ku aku beri wasiat. supaya mereka ingat apabila kita sudah tiada nanti ada nasihat dan ingatan telah diberi kepada mereka. usahkan bunyi burung, bunyi ayam pun mereka tak dengar lagi walaupun mereka meratah ayam hari-hari.
inilah pandangan ana. tapi jangan diikut.
wassalam.
walaupun x de kene mengena, just nak bgtau je, ebal kene gelak bkn pasal isu cakap x serupa bikin...kalau pasal kena gelak pasal cakap x serupa bikin lagi ebal suka...yg ebal kecewa, mereka merasa kebenaran adalah jenaka...itu yg membuatkan ebal kecewa...itu sahaja...
dai'e tidak boleh ada rasa kecewa.
ikutlah panduan Nabi saw. baginda sentiasa mengadu kepada Allah swt bagi mendapat panduan sepanjang berdakwah, tanpa kecewa dan bosan. oleh itu mengadulah dalam solat malam, tahajud dan qiamulail. mintalah petunjuk dan bantuan. kerja dakwah adalah perentahNya, pastinya jalan akan dibuka, hidayah akan diberi. yg mesti kita selidiki, keikhlasan tindakan kita.
betullah tu, cuma nak betulkan je tanggapan bahawa ebal diketawa kerana cakap x serupa bikin...ebal gembira klu org ketawakan ebal klu cakap x serupa bikin...sbb at least ebal sendiri bole cuba baiki...org lain ebal x bole baiki...
memang betul bal, suatu ketika oleh kerana telah penat mengajak umat arab masuk Islam tetapi sentiasa mendapat tentangan; Nabi saw telah berdoa supaya mereka diberi hidayah. Allah swt menyatakan bahawa tugas Nabi saw adalah berdakwah, menyeru; sedangkan memberi hidayah adalah hak Allah swt. oleh itu jelaslah ebal tidak boleh dan tidak ada upaya utk memperbaiki orang lain. semuanya kehendak Nya. tugas kita hanya mengingatkan, Dialah yg menentukan berubah atau tidak. cepat atau lambat. teruskan bal, dgn ikhlas dan hikmah.
Salam..
Kulli Haqqa walau kana murra..
Untuk Iqbal, pejuang muda..teruskan usaha dan pejuangan kamu. Jangan cepat terasa sinis, jangan mudah tersinggung.Memang adat manusia suka memperlekeh daripada memikirkan, suka dipuji daripada dikritik apatah lagi kalau itu yang dibisikkan oleh sang syaitan. Walau apapun saya Iqbal tetap ada mencapai kejayaan iaitu tulisannya tetap dibaca walau tidak difaham, walau tidak dihayati, malah diperlekeh dan dipandang sinis. Mungkin tuhan belum mengizinkan, belum membuka hijab hati mereka, belum merasai nikmat mendekati ilmu agama. Tapi sekurang-kurangnya ada respons itu. Siapa tahu itulah permulaan kepada sesuatu titik perubahan..Teruskan Bal..asalkan jalanmu lurus.
Bagi ahli-ahli keluarga ini pula, pada pendapat saya perjuangan tak semestinya sesuatu yang besar, tak semestinya melibatkan hal-hal yang berat. Adakalanya sesuatu yang kecil itu besar..Asalkan perkara itu memberi kesan terutamanya kesan positif itu lebih baik. Saya sendiri bukanlah cendikiawan, ataupun intelektual yang pandai mengulas, mencurah ilmu lantaran kecetekan pengetahuan dan kedangkalan pemikiran. Namun saya berpendapat, kalau setiap orang memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing sebaiknya, pasti keadaan akan menjadi lebih baik. Contohnya sebagai ibu bapa apa peranan dan tanggungjawab kita? Bukan setakat beri makan pakai pada anak-anak tetapi satu didikan yang sempurna. Memang manusia tidak pernah sempurna tetapi kalau kita menjadikan agama sebagai pegangan dan rujukan, keadaan akan menjadi bertambah baik. Jangan serahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru semata-mata atau cuba menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu masalah.(sambung..)
Pada pendapat saya..tuntutan dunia hari ini menjadikan kita leka, menjadikan kita sebagai bahan yang direncana. Sepatutnya kita yang merencana dan kita yang mengurus bukan kita yang diurus. Kita tewas dengan sogokan dunia kerana itulah kelazatan yang dirasai. Umpama pendapat kts, tidak ada token untuk solat maka solat nikmatnya tidak dirasai.
Sesetengah dariupada kita pula hanya pandai berkata-kata tapi tindakannya tidak ada. Contohnya dalam sistem pendidikan kita hari ini, melahirkan modal insan cemerlang merupakan salah satu matlamatnya tapi kita tidak pula melarang anasir-anasir yang boleh menghalang kewujudan modal insan cemerlang itu malah kita menyokongnya.
Anak-anak kita pula hari ini, entah apa rempahnya hingga lazatnya membawa haluan sencdiri tanpa memmikirkan hasrat ibu bapa, dan aspirasi agama. Koinonya mereka punya hak untuk menentukan hala tuju sendiri. Kalau yang dikejar itu memang pada jalan yang lurus, kita bersyukur tetapi malangnya jelas dan nyata semuanya bersifat sementara demi memenuhi kepuasan identiti remaja. Apabila pandai sedikit, melanjutkan pelajaran ke universiti kononnya itulah klimaks kejayaan mereka padahal itu baru permulaan hidup.
Ya...mmg betul, sbnarnya ebal sgt bersyukur dgn insiden diketawakan itu, dari situ, ebal dpt bertukar2 pndapat dgn abah, dan dapat membuka mata dgn lebih luas...dan dalam entri baru ebal, ebal dah pun menyetujui cadangan abah itu, cuma x tau nak buat apa shj lagi...tgh merangka...
Post a Comment