Assalamualaikum.
Sengaja ku biarkan beberapa hari ini untuk tidak menyambung kesah ku semasa di tanah suci. Manalah tau ada sesiapa yang ingin memasukkan entry baru berupa isu baru atau komentar.Namun nampak nya blog ini tinggal sepi semenjak aku mengisikan nya dengan kesah-kesah ku . Barangkali masing-masing tengah sebok dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama menguruskan anak-anak yang masuk sekolah semula atau masing-masing sedang sebok sedang tugas-tugas baru diawal tahun, maklumlah awal tahun perancangan untuk setahun perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan komitmen yang tinggi. Teruskan dan selesaikan lah sebaik mungkin sebelum kita mula membiasakan diri dengan suasana tahun yang baru mendatang ini. Rancang lah dengan baik dan gunakan masa yang ada selama 24 jam dengan bijak kerana masa tidak akan bertambah menjadi 25 jam sehari semalam. Umpama peribahasa Arab "Masa itu umpama pedang" kalau kita tidak pandai menggunakannya ia akan mencederakan kita malah boleh membunuh. Tapi peribahasa kita "Masa itu umpama Emas" ..........kalau kita tak dapat emas pun kita masih boleh hidup. Barangkali juga masing-masing memang sedang memberi peluang kepada ku untuk meneruskan kesah ku didalam entry ini..
Ku sambung lagi kesah perjalanan ku di Tanah Suci dengan penuh kerisauan. Astagfirullahhalazim jangan lah ada perasaan riak dan bangga diri didalam hati ku ketika menulis kesah ini.Dan tidak ada niat langsung di hati ini untuk menyinggung perasaan orang lain yang membaca nya. Sesungguh nya niat ku tulis ini hanya untuk dikongsi pengalaman kepada orang lain semoga ia menjadi panduan dan motivasi kita semua agar mempunyai cita cita bagi menuju kesana jika diizinkan Allah dan melaksanakan yang terbaik malah lebih baik dari kami .... Subhanallah.
Kami berada di makah selama 7 hari sebelum berangkat ke Madinah. Malam rabu aku ingin tawaf sebelum tengah malam. Jadi kami pulang ke hotel dan tidur dahulu selepas isyak dan akan pergi ke Masjidilharam sekitar jam 11.30 malam. Tetapi malam itu kami dikejutkan dengan hujan dan angin kuat disamping guruh dan petir. Hujan turun mencurah-curah. kami membatalkan niat kami untuk ke masjidilharam. Hanya sebelum subuh sekitar jam 4 kami pergi untuk subuh dalam cuaca yang agak sejuk. sekitar 18 c. sebagaimana yang tercatat di menara bangunan depan hotel.
kami agak kecewa juga namun berazam malam nanti akan ke kaabah.
Hujan malam di Makah
Malam Khamis..malam terakhir kami berada di Makah. Kira-kira jam 11 30 malam kami menuju ke Masjidil haram untuk menunaikan tawaf sunat dan seterus nya beriktikaf selama mungkin kerana esok kami akan berangkat ke Madinah. kelihatan orang tidak berapa ramai seperti sebelum nya yang sedang mengelilingi kaabah. Kami pun turun ke kaabah selepas membaca doa melihat kaabah di tangga turun tadi. Melangkah ke penjuru Hajar Aswad dan berniat tawaf sunat 7 kali mengelilingi kaabah kerana Allah Taala. Setelah beristilam kami pun memulakan tawaf bersama orang ramai yang sedang berjalan. Sambil mengelilingi kaabah aku sempat menjeling-jeling kedalam kawasan Hijir Ismail (Bentuk seperti ladam kuda) dimana kelihatan nya banyak ruangan kosong.
Setelah habis tawaf kami pun berdoa mengadap Multazam sepertimana yang tertulis didalam buku dan solat sunat tawaf dibelakang makam Nabi Ibrahin dan berdoa seperti didalam buku panduan. Setelah itu kami pun bergegas ke Hijir Ismail .........Alhamdulillah memang masih banyak kawasan kosong. kami pun masuk dan menunaikan solat 2 rakaat.....Aku melihat keatas dan memilih betul-betul dibawah pancuran emas.........Subhanallah...Alhamdulillah syukur dan gembira nya tak dapat digambarkan,, Allah memang memberi kami keistimewaan pada malam itu..Aku tidak berebut rebut kawasan, bertolak-tolak dengan orang lain seperti sebelumnya.Aku berdoa sepuas nya tanpa dihalau oleh pengawal yang menjaga kawasan tersebut. Aku harap doa aku akan sampai kepada nya. Setelah puas aku pun keluar dari kawasan tersebut dan menunggu isteri ku rupa nya dia belum keluar lagi dan doa nya lebih panjang dari doa aku.....
Setelah itu aku pun meninjau kawasan di Hajar Aswad. Masih ramai dan bertolak-tolak. aku bertanya kepada isteri ku berani ke untuk mencuba.Pada awal nya dia agak keberatan kerana melihat orang ramai masih bertolak dan berebut-rebut. Kami pun berundur dan duduk menghadap kaabah sambil memerhatikan orang ramai berebut-rebut di penjuru Hajar Aswad.
Ada juga hati nak balik sahaja ke hotel kerana malam sudah larut sekitar jam 1 pagi dan tiada harapan untuk mengucup Hajar Aswad. Namun ketika duduk meghadap kaabah hati ini berkata-kata Ya Allah segala nya telah engkau tunaikan seperti yang aku hajatkan. Esok aku nak berangkat ke Madinah dan malam ini adalah malam terakhir aku berada di rumah mu....hanya satu yang belum aku dapat iaitu untuk mengucup Hajar Aswad.......entah bagaimana air mata ini tak semena-mena mengalir sendiri membasahi pipi, isteri ku ada disebelah ku aku tak pasti samaada dia pun seperti ku....kemudian aku melihat orang membuat barisan untuk mengucup Hajar Aswad......dan tak semena mena aku bangkit dan memberitahu nya aku nak ikut berbaris dan mintak dia tunggu disitu. Aku pun berbaris......agak panjang ....hampir 15 minit aku semakin dekat dengan Hajar Aswad debaran ku semakin kuat dengan tak semena-mena......terasa-tolakan yang agak kerasdari semua penjuru. dalam hati aku membaca doa Robbi Yassir Wala Tuasir......tak putus-putus dan dengan sekelip mata wajah ku berada didalam lubang Hajar Aswad dan aku mengucup batu yang ada didalam nya ......Alhamdulillah ....Subhanallah.......sesuatu yang tak dapat aku gambarkan perasaan ku .....dan aku keluar dari gumpalan manusia ramai menuju kearah isteri ku. Dia bertanya "dapat? dengan senyum dan perasaan yang tak dapat digambarkan aku kata Alhamdulillah dapat.......... dan entah bagaimana terus aku mengajak dia ke penjuru Hajar Aswad melalui arah sebelah kanan berlawana arus tawaf dibahagian pengawal keselamatan. Ketika aku keluar dari gumpalan orang ramai aku sempat melihat dari arah itu wanita tidak ramai yang berbaris. Ketika sampai hampir di Hajar Aswad kami dapat pergi sehampir mungkin dan ada 2 orang wanita dihadapan kami.Aku menyuruh isteri ku berbaris dan entah bagaimana wanita yang ada dihadapan nya memberitahu dia belum bersedia untuk mengucup Hajar Aswad dan meminta isteri ku pergi dulu......dan dengan sekelip mata aku lihat isteri ku sudah tiada rupa nya dia sudah berada dihadapan dan mengucup Hajar Aswad dan ketika aku tercari-cari aku nampak tangan nya diangakat keatas untuk meminta laluan keluar dari orang ramai lantas aku menarik nya keluar dan dengan perasaan puas yang tak dapat dinyatakan aku melihat dia tersenyum........Alhamdulillah........Syukur.....
kami berehat sebentar sambil memandang kaabah semula dengan perasaan sendiri-sendiri.....
Allah memang memberikan keistimewaan nya kepada kami malam itu......sesuatu yang kami pohon dan niat kan sebelum kami berangkat ke tanah suci...........Subhanallah....kami terasa makin kerdil disisi nya........kerdil dan bersalah......hanya syukur dan alhamdulillah yang tak terhingga dapat kami nyatakan.......apa lagi yang dapat kami buat kerana kami masih daif dan jahil terhadap agama.........air mata ini mengalir kerana Allah kabulkan permintaan ku........dengan mudah.......Subhanallah....Allahuakbar....
Hari Khamis sebelum masuk waktu zohor kami membuat tawaf widak. Tawaf selamat tinggal. Tawaf ini perlu dibuat kerana kita akan meninggalkan Baitullah dan keluar dari Tanah Haram. Tawaf ini adalah tawaf yang terakhir kami.....sayu dan sebak hati tak terkata....hati berbelah bahagi..ternyata hati ini begitu berat untuk meninggalkan nya......air mata ini mengalir lagi.....dan berdoa agar dapat mengunjungi Baitullah lagi dalam masa yang terdekat..ku pohonkan. Semoga Allah berikan aku rezeki untuk mengunjungi nya ....dan masih banyak lagi perkara-perkara kebajikan dan ibadah yang tak dapat aku tunaikan sebanyak mungkin ketika aku berada disana......namun aku terpaksa redha waktu ku hanya sampai setakat itu sahaja di bumi makah ini....dan segala nya adalah dengan izin dan ketentuan nya........dengan lenangan air mata dan langkah yang longlai aku berundur perlahan-lahan meninggalkan Kaabah rumah Allah yang disayangi..dan aku telah jatuh cinta kepada nya.....Ya Allah terimalah ibadah ku selama aku disana.........dan jangan lah tutup hati ku dari mengingati mu......setelah zohor kami pulang ke hotel untuk berkemas dan terus menaiki bas ke Madinah......
Di Madinah Al Mukarromah...........
jumpa lagi...
Tuesday, January 5, 2010
Malam terakhir dan Tawaf Widak
9:32 PM
DANURI SAKIJAN
1 comment
1 comments:
Orang Arab: Masa itu pedang, boleh membunuh.
Orang Melayu: Masa itu emas, sangat berharga dan sayang kalau disiakan.
Namun, emas juga boleh membunuh, membunuh keimanan kita terhadap Allah. Emas juga merupakan nikmat dan andai kita berbakti dengannya, kita akan menambah pelaburan di sana.
Semenanjung Tanah Melayu= Suvarnabhumi= Bumi emas= Golden Chersonese
Orang Arab: Hidup berpuak-puak
Orang Melayu: Suka berpuak-puak
Post a Comment