Jumaat 6 Safar 1431 - 22/1/2010
Ada seorang soleh yang telah buta di minta dihantarkan ke satu perkuburan. Sesampainya di kubur dia mengucapkan salam. Tiba-tiba Allah mengizinkan roh dari salah seorang ahli kubur menjawab salam orang buta tersebut. katanya "Bertuahlah engkau wahai penduduk dunia, kerana kamu dapat menunaikan haji empat kali dalam sebulan." "Bagaimana caranya?" tanya sibuta. "Semoga Allah memberi rahmat kepada mu, caranya adalah solat Jumaat. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa solat Jumaat itu sama dengan haji mabrur." jawab ahli kubur tersebut. Dan adapun kelebihan hari Jumaat itu sangat banyak..
Kebaikan dan kelebihan hari Jumaat
Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat. Jika kita tahu akan kelebihannya maka kita tak akan mahu bekerja pada hari itu melainkan beribadat kepada Allah sepanjang-panjang harinya. Kadang-kadang kita tak mengerti kenapa masa kini orang lebih memuliakan hari Ahad kerana hari tersebut adalah hari orang-orang kristian pergi ke gereja dan seolah-olah memberi kesempatan kepada mereka pula untuk `beribadat`.
Sedangkan kita umat Islam dibenarkan kerja pada hari Jumaat. Memanglah bekerja itu baik tetapi terlebih lampau baik jika kita dapat beribadat pada hari Jumaat. Alasan seperti jika cuti hari hari Jumaat pun bukan orang beribadat tetapi keluar bersantai jua tidak boleh dipakaiterima kerana ini hanyalah untuk orang-orang yang tidak mengenal kelebihan hari Jumaat itu. Bagaimana pula kepada mereka yang hendak beribadat pada hari Jumaat, kerana mereka ini tahu akan kelebihan Jumaat itu. Bukannya setelah tamat solat Jumaat tergesa-gesa ketempat kerja takutkan tak sempat untuk bekerja, takut majikan marah tetapi kita tak takut kepada kemurkaan Allah, bukankah dengan tergesa-gesa mementingkan urusan dunia itu keji dengan melupai akan rezeki yang diberi Allah kepada kita.
Bukankah rezeki itu Allah yang beri, cuma diberi melalui majikan sahaja. Jika perkara ini pun kita tidak boleh memberi kelebihan kepada Allah, apatah lagi dengan perkara-perkara lain. Orang-orang yang selalu menggunakan pekerjaan itu sebagai ibadat tidak faham apa sebenarnya yang hendak diperlukan dahulu, bersyukur kepada Allah atau bekerja sahaja sehingga terlupa rezeki itu Allah yang kurniakan.
Janganlah kita selalu terpedaya kepada mereka-mereka yang selalu mengucapkan perkataan sebegitu kerana turut mengheret kita kedalam dunia yang sementara ini tanpa memperdulikan akan hari akhirat.
"Hanya Allah S.W.T Maha Mengetahui"
Fadzilat
· Pada hari Jumaat itu pahalanya lebih daripada hari-hari lainnya.
· Sepanjang 24 jam yakni dari petang Khamis sehinggalah ke petang hari Jumaat itu sangat dimakbul doanya dan dalam 24 jam itu terdapat satu masa yang sangat-sangat dimakbul oleh Allah yang tidak diketahui oleh manusia. (sebagai contoh Allah tidak nyatakan bila itu Lailatul Qadar pada bulan puasa) sesetengah pendapat ada mengatakan bahawa waktu paling dimakbul doa adalah antara 2 khutbah (seperti 10 hari terakhir pada bulan puasa, lailatul Qadar itu berada).
· Sesiapa yang mati pada hari Jumaat terlepas dari siksaan kubur.
· Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat dan hari Jumaat dimasukan kedalam syurga dan dikeluarkan jua pada hari Jumaat.
· Sesiapa yang ambil wudu` dengan sempurna dan datang kemasjid, dengar khatib membaca khutbah dan diam tanpa berkata-kata maka diampun dosanya 10 hari.
· Hendaklah khusu` mendengar khutbah dengan tidak bergerak banyak memandang kesana kesini kerana dengan berbuat demikian maka hilanglah pahanya kerana mendengar khutbah itu jua seperti membuat sembahyang sunat 2 rakaat.
· hendaklah menyegerakan sunat tahayatul masjid itu kerana fadzilatnya besar. Jika kita datang ke masjid dan terus duduk maka terputuslah fadzilat sunat tahayatul masjid itu.
· Hendaklah datang jua ke masjid hari Jumaat itu kerana fadzilat itu sangat besar.
· Jika mendengar orang bercakap jangan ditegur orang itu kerana ia juga akan menghilangkan pahala Jumaat kita.
· Jika tidak sembahyang Jumaat (jua waktu) akan dibutakan hatinya oleh Allah. Yang selalu meninggalkan sembahyang akan dimetrikan hatinya, jadilah mereka orang-orang yang lalai.
· Setelah terbit fajar mandilah sunat hari Jumaat.
· Setelah habis solat Jumaat itu sembahyanglah sunat selepas Jumaat pun begitulah biarlah kita bersama-sama berdoa dan berzikir memuji Allah, bersama imam dan janganlah setelah tamat kita terus bangun tanpa adapun pujian dan kesyukuran kepadaNya.
Jika kita melihat dan merenung akan semua ini adakah kita patut lebih melebihi dunia ini dari berbakti kepada Allah. Tidakkah pada petangnya ingin kita mengucapkan zikir kepadaNya setelah sekian 6 hari itu bekerja di atas muka bumi ini. Tidakkah berasa dihati kita untuk mengucapkan terima kasih kepadaNya.
"Hanya Allah S.W.T Maha Mengetahui"...
sekian sekelumit bingkisan dari - halimi sakijan 9:47am
Friday, January 22, 2010
KELEBIHAN SOLAT JUMAAT..
9:39 AM
halimi sakijan
9 comments
9 comments:
Assalamualaikum
Ini lah maksud blog saya hari tu. Direct to the point. Kalau cerita yang berat-berat ramai yang belum bersedia untuk menerima dan memikirkan nya terutama seperti hal-hal kesufian dan sebagainya, tapi kalau kesufian itu kefahamannya dapat disampaikan dengan santai dan tidak secara langsung isi kandungan nya Bukan sebutan sahaja aku pasti akan mendapat sambutan ramai dan mudah difahami dan tak perlu diulas. Begitu juga maksud aku doa-doa, tatacara sembahyang sunat dan surah-surah yang afdal dibaca ketika solat dilakukan, waktu-waktu yang sesuai....dan sebagai nya....boleh diamalkan tengahmalam oleh ahli-ahli yang sering berjaga malam...
wallohualam. teruskan
alham dulillah... ana rasa macam baca kitab kulit kuning. dah lama tak menelaah kitab itu. itulah kitab yg ana baca pd awal tahun 80an. guru silat yg tak sempat katam kerana beliau meninggal accident selalu bacanya sebelum buka bunga. begitu org lama mendidik. anak muda datang memang niat silat, silat. kalau mengurat kat kg luar lebih confident. pemuda2 kg berkenaan kalau celenge boleh sergah balik. tapi guru buka kitab, 'kita kenal Allah dulu' kata guru sambil senyum. sebab itu ajaran ana tak direct. ada kona-kona sikit, tapi matamatnya - jitu! sebenarnya semua kita mengamalkan kesufian. nuri tak ada ingatan materi. ini kana'ah. terma sufinya. suria sedih kerana kasut tak berganti setahun. hatinya terubat setelah melihat ada orang tiada berkaki. [kalau mampu beli kasut setiap bulan pun beliau itu tetap tidak gembira jua] ini istilahnya redzo dgn apa kada' Allah. ana kata jaga sembahyang terutama sembahyang malam. nuri sejak berkesempatan solat di Raudah, diatas tempat sujud Nabi Junjungan saw sudah mulai istikomah melaksanakannya. sedang ana lagi pulas tidur dibuai mimpi indah. kalian sebenanya lebih sufi dari ana. ana ex dgn terma bombastik kesufian kerana ana baca buku. kalian pun kalau baca buku ana mungkin lebeh hebat. dan barangkali ente lebih banyak amal dari ana. walau sedikit ini lebih berharga dari ilmu yg banyak tapi amalnya nol! ini dipanggil keldai bawak kitab, keldai bawak.. bawak..kehulu kehilir tetapi keldai tetap berkuak. satu potong pun dia tak tau mengaji. ini maksud nuri, doa dan surah yg perlu diamalkan. ana sokong 100%. ana bagitau supaya berjaga malam, nuri bagitau apa doa dan bacaannya. wah baru lengkap dan jitu.
hari ini hari jumaat. hari utama penghulu hari dalam seminggu. marilah kita bersama mengimarahkannya. jangan tidur dan leka walaupun dalam cuti. wassalam.
Bgus Paman Emi...
Bnyak yg bole dipelajari dari entri di atas.
Harap2 kita boleh istiqamah dgn perkara2 diatas...
Harap Paman Emi cerita pulak tentang solat subuh berjemaah ya? supaya nanti suatu masa bilangan jemaah jumaat dan jemaah subuh sama ramai...
p/s: Paman Nok...Betul pendapat tentang isu2 berat kerana ramai x paham...TETAPI...klu kita crita direct to the point camni, ramai ke nak MEMBACA dan MENGHAYATINYA? sbb klu sekadar utk org2 yang dah mmg sedar, kira patut la entri sebegini...sekadar persoalan yg x menyebelahi mana2 pihak...sbb mmg dah diketahui formula isu berat buat masa ini mmg x bole pkai lagi...dan masih mengkaji bagaimana nak menarik org ramai...
betul tu bal. isu berat kadangkala akan jadi kompleks. ari ni ade yg campak minyak tanah dlam surau. ironinya berlaku kat negeri ko duduk sekarang. jangan emosi dan gegabah. tenang dan berfikiran rasional. sudah pasti ada hikmahnya. adakah kita nak lari dari berfikir mengenainya? ini memang benda berat yg perlu ditangani dengan sangat hati-hati. semua terlibat dan perlu dilibatkan. mereka yg pandai berfikir dan berstrategi akan tenang menghadapinya. banyakkan istighfar. wassalam.
Setakat provokasi fizikal, ebal jarang tergugat, biasanya ebal sng tergugat dgn provokasi vokal... tapi ebal sedang cuba kawal emosi dan percakapanlah...
p/s: pernah jgak curik bace kitab abah yang insan kamil tu, tyme randomly bkk page, smpai page yang ade cakap, "jgn berkata-kata bila nak berkata-kata, berkata-kata bila tak nak berkata-kata..." Sori kalau berat...sori sangat...teruskan perbualan anda, saya x msuk campur lagi...tapi saya baca jgak la...
geramnya nak menjawab.
tapi masa tak cukup
dah nak balik.
tungulah malam kang.
hahaha menjadi pendakwah sama seperti nak menjadi guru. Sebelum jadi guru perlu kursus perguruan dahulu. Disana mereka diajar ilmu mengenai psikologi,sosiologi, pedagogi dan pelbagai termasuk kreativiti. Tujuan nya untuk memudahkan guru itu menyampaikan pengajaran nya dalam pelbagai cara mengikut pelbagai latarbelakang kebolehan akademik anak murid nya. Murid yang pintar dan lemah tentunya diajar dengan kaedah yang berbeza kalu tak pasti tanyalah cekgu suria kerana dia adalah cekgu cemerlang......ebal sebagai anak muda yang sedang bersemangat perlu tau ilmu-ilmu tersebut disamping ilmu yang hendak disampaikan atau didakwahkan...Orang yang banyak ilmu tidak semesti nya menjadi guru yang terbaik...tetapi guru yang terbaik adalah pendidik yang berjaya mendidik anak murid nya menjadi saorang yang cemerlang dan berjaya dalam hidup nya didunia dan akhirat tanpa berputus asa.........itulah hasil dan kejayaan saorang guru......ahli persatuan kita pun sebenar nya seperti itu juga...mempunyai latarbelakang yang berbeza...mempuyai keegoan masing-masing....ada yang baik ada yang nakal...
ada yang sengaja nak menduga...
sapa makan cili tentu rasa pedas. tetapi ada juga yg telah rosak deria rasanya. yg ni macam mano....
aku rs akulh antara yg dh rosak deria 2 HAHAHA...
Post a Comment