Thursday, January 14, 2010

isu semasa

dalam masa 2 minggu ini kita telah dikejutkan dgn persoalan yg tidak terfikir akan berlaku dalam negara majmuk, multireligous yg terkenal kuat toleransi sehingga bisa jadi contoh dunia; iaitu persoalan tuhan Allah.

maka demonstrasi demi demonstrasi membangkang dan meluahkan perasaan telah diadakan. akhirnya perasaan panas ini membara dan membakar jiwa tak rasional. rumah ibadat diserang. dalam suasana kurang setabil, tidak pasti siapa dan motif perlakuan. banyak kemungkinan bisa berlaku. tidak mustahil tukang kipas dan adu domba yg mencari kesempatan dari musibah yg terjadi.

ku kira tiada ahli keluarga ini yg terlibat. dikalangan kita yg ku fahami tiada kaki demo.beberapa tahun dahulu sewaktu ura-ura kompleks gereja terbesar akan dibena di shah alam, salah seorang yg kuat berdemo termasuk yg dihalang di mesjid negeri adalah paman Ngit. beliau saja seingatku yg ada jiwa berontak telah menzahirkan pemberontakannya. jiwa berontak adalah jiwa keluarga ini. tetapi tiadalah anak-anak saudaranya yg mengikuti tapaknya itu. aku sendiri walau punya jiwa rebelion tidak pernah ikut mana-mana demo. aku punya prinsip mengenainya.

bagaimana pendirian kalian terhadap isu ini!

isu ini adalah isu agama. agama adalah soal akidah. akidah adalah kepercayaan dan keyakinan ketuhanan. sebagai seorang Muslim tuhan kita adalah Allah swt. Yang Tunggal, Asa, Tiada sekutu bagiNya. begitu juga dgn agama lain. ada kepercayaan dan nama tuhan mereka. tetapi bagi agama langit [samawi], Islam, Nasrani [kristen] dan Yahudi yg asal syariat nabi Musa, Isa dan Muhamad saw; tuhan yg di sembah adalah satu- Allah. seperti yg pernah ku nukil dalam entry 'Hijrah 1413' agama nasrani telah menyeleweng dgn konsep trinity, maka Islam telah diturunkan bagi menggantikan nya.

dinegara kita lazimnya tuhan penganut kristen dipanggil god. dimana mereka begitu bangga mengunakannya. bunyinya moden dan intlek. bagaimanapun dinegara lain tidak mustahil dipangil Allah, dgn alasan ianya dibawa oleh Rasul pilihan. bukankah ini sama spt ajaran sesat ayah pin yg tetap mempercayai Allah tetapi mendakwa dirinya penguasa kerajaan langit.

ketakutan kita dgn pengunaan Allah dlm agama nasrani berasaskan kecelaruan yg akan lebih memudahkan dakyah mereka kpd penganut Islam dlm memesongkan akidah. Nabi Junjungan saw telah menyatakan yahudi dan nasrani adalah musuh Islam. sebagai musuh kita penganut Islam mestilah sentiasa waspada. sekali kita mengucap La illaha illah, hendaklah teguh, tetap dan yakin bahawa kita Muslim yg tidak mudah tergugat oleh mana-mana dakyah agama lain.

kalau kerajaan gagal menghalang mahkamah, raja-raja [penjaga agama negeri/negara] juga belum bersuara; kitalah sendiri yg wajib menjaga akidah kita sebagai penganut. demonstrasi boleh diadakan setiap minggu malah setiap hari, majalah mereka terus terbit dgn Allah menggantikan god. kita kumpul dan bakar, mereka terbit lagi. akhirnya kita lelah dan lemah. bukankah melayu [Islam] mudah lupa! kerana itu aku suka keluarga ini punya jiwa berontak biar kita degil dan cepat bingkas. tetapi suria dan ebal pun tidak mudah bingkas lagi kalau disergah. tidak heran kan mereka juga melayu [walau jawa] pastinya mudah lupa.

sarananku dalam isu ini- kuatkan agama. ibubapa kita telah memasukkan kita dalam Islam sebalum kita lahir. utk memilih nama Islam sebelum kalian lahir bukan mudah. ada yg membeli buku malah merujuk imam dan alim kampung. emy tak cukup dgn satu nama Islam, adam, rafik dan muhaimin. tentu hasratnya agar adam menjadi 3 x muslim sejati. kita juga telah diajar sembahyang dan mengaji Al-quran sehingga khatam. kita juga telah dididik utk mempraktikkan sembahyang 5 x sehari semalam secara istikamah dan melaksanakan amalan serta tuntutan agama. complete, lengkap; sekurang-kurangnya pada tahap asas. tuntutan dunia dan meterial mungkin telah merenggangkan sedikit dari tuntutan yg sewajarnya. kerana sebok kerja kita terlewat dzuhor atau asar dalam jem.

Allah swt telah mengingatan supaya mengingati Dia dalam diam dan baring. bermakna jangan putus walau sesaat pun dalam mengingat Nya. memutuskan ingatan kepadaNya akan mewujudkan ruang kosong, vakum yg bakal di isi oleh bisikan syaian laknatullah. kalau kau tinggal sembahyang, maka mudahlah dakyah mereka mengisi ruang kosong ini. ini dikeranakan tali penghubung mu dgn Allah telah kau putuskan. dalam terkapai-kapai adalah sangat mudah kau terpedaya. seperti orang lemas dilautan bergelora, secebis papan pun terasa dapat menyelamatkan. ini disebabkan pada masa ini jiwamu telah kosong. jiwa tidak boleh kosong dari sebarang kepercayaan.

kalau kali ini dgn menggunakan mahkamah mereka berjaya, pada masa akan datang pasti banyak perkara yg tak terjangkau oleh akal kita akan berlaku. banyak alat akan mereka gunakan dan explotasi bagi tujuan itu. meterial, wanita, maya. setiapkali kita terpengaruh secara mungkar kpd meteri, maya dan wanita sehingga lagho/leka, tanpa faedah; ini tanda amaran menunjukkan iman mu kurang power.

yg perlu kalian lakukan bagi memperbaikinya, tambahkan solat sunat, terutama solat malam, tadarus Alquran dan zikir. kita tidak dapat membayangkan kekuatan amalan ini dalam jiwa kita tetapi nuri telah merasainya di Raudah dan dihadapan Ka'abah. tanyalah beliau kalau inginkan kepastian.

aku telah mulai tua. kalian juga tidak akan muda sentiasa. kakek yg dulu kita temui semasa balik kampung kini telah tiada. beliau yg dulu menjadi panduan dan ikutan tidak dapat kita rujuki lagi. aku juga bakal tiada.

oleh itu ingatlah wasiat ku, jaga agama. jadilah muslim sejati. pastikan cucu-cucuku juga Muslim walau dimana mereka berada. didiklah mereka menjadi Mukmin yg murni dan berilah nama Islam yg baik-baik. buat kalian pula jangan sekali-kali memutuskan tali Allah. pastikan sembahyang jangan ditinggal, tadarus Alquran serta zikir secara istikomah. ini adalah perisai yg bakal melindungi kalian dari sebarang serangan musuh yg nyata dan tersembunyi.

ingatlah dan amalkanlah.

wassalam.

menara peladang.

25 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Sebnarnya di laman sosial facebook, ebal dah nasihat dah kpd rakan2 yg termampu... Alhamdulillah, mereka setakat ini masih berpegang utk menjaga kesucian agama mereka. Namun, ada juga yg join group menyokong penggunaan nama Allah pada agama lain. Sbb itu ebal tegur, tapi mereka terus senyap tanpa memberi hujah...
sebenarnya isu ini ada hikmahnya. Orang mula membelek dan mengenal Agama mereka, mula membelek rujukan sana dan sini...
Di profil Afdlin Shauki, dia turut menentang penggunaan nama Allah pada agama lain. Namun dia sedikit silap apabila menyebut ia hanya sekadar nama. Allah itu sbnarnya bkn sekadar nama. Ia sgt mendalam malah mungkin lebih dalam drpd Mariana Trench...
Dalam buka ebal "Mengenal Tasawuf" ada menceritakan betapa pentingnya tasawuf kpd seorng muslim itu. Ia perlu seiring dgn pembelajaran fekah. Contohnya mcm buat karipap. Tasawuf ni mcm inti di dlmnya. Kalau belajar fekah tapi x tau tasawuf, mcm karipap x de initi. Klu blaja tasawuf tanpa fekah, takut sesat...
Ini menolak hujah bahawa tasawuf ini bkn hanya untuk ahli2 sufi sahaja, kita sbgai muslim perlu blaja utk mengenal tuhan. Setiap kita hnyalah hamba, sama shaja, cuma ada darjat disisi Allah, klu ahli sufi, dkatlah lagi dgn Allah klu nak dibndingkan dgn kita ni...Doa mereka lagi cepat makbul, kita yg duk sibuk melabel dan merendahkan org, akan smpai jgk doanya, tapi x leh challenge doa ahli sufi la...
Biar skrg dipandang serong, di akhirat, mereka di priority-kan, tnggu jelah...
Ihsan itulah dia percikan2 tasawuf...
Maaf sekiranya terkasar bahasa...
Terikut emosi dan sebgainya...
Sentiasa fikir kita ini hnya bergantung kpd Allah shj...

Ini Iqbal Nasir said...

Tmbah skit, dalam peperangan, kita x dibenarkan menyerang rumah ibadat, org yg brlindung dlm rumah, perempuan, kanak2 dan org tua bkn? jadi klu sesiapa yg menyerang gereja itu org muslim, dia belum cukup belajar dan perlu bimbingan...
Tindakan yg lebih memburukkan nama agama islam yg suci, dlm New York Times dah kutuk kaw2...

kasuttanpa setokin said...

ALLAH telah menamakan Dirinya dgn sangat cantik dan penuh tarikan. cuba nama TUHAN DAN GOD di baca dan bunyikan dari belakang;
TUHAN akan jadi HANTU
GOD akan jadi DOG.
bayangan kepercayaan mereka hanyalah hantu anjing. patutlah hendak ditukar nama, tentunya yg cantik. manakala Allah Maha Cantik.

Ini Iqbal Nasir said...

dah bace entri baru ebal?
ebal dah kene gelak dah pun...
walhal ebal x melawak pun...
ebal dah jadi bahan jenaka...

nonama said...

dah baca,
jangan cepat melenting,
itulah cabaran penulis. bukan semua setuju, walaupun perkara berkait hukum dan agama.
kita percaya ianya betul, org lain percaya ianya masih boleh kompromi. itu sebab dalam disiplin Islam ada uzlah, menyendiri dari orang ramai.
yg ebal buat ini adalah kerja dakwah.keluar ke halayak, bukan beruzlah. pendakwah sentiasa menghadapi tentangan dan cabaran. harga mahal tentu pembuatnya alami kepayahan. saranan:- kawal diri, empathy dan guna jalan masok [entry point] yg berbeza.
semua ini pengalaman, yg mengajar mematangkan tindakan kita dimasa hadapan.
teruskan mencuba, cari isu semasa yg tidak menyentuh soal agama pula.

Ini Iqbal Nasir said...

rasa x boleh la nak sentuh selain agama, dan ada rasa mcm nak beruzlah pun ade...kalau yg ni mmg ebal tak de kompromi...biarlah mereka gelak, biarlah rasa diri ini hina, baru rasa bahagia...

nonama said...

seorang murid atau pemula ke jalan Allah mesti mempunyai guru mursyid bagi membimbing. kalau kelihatan murid menghadapi kesukaran utk melaksanakan sesuatu amalan, umpamanya zikir sekian banyak; guru akan mengatur semula kaedah dan disiplin. aku bukan guru mursyid dan ebal bukan murid. tetapi pada pengamatan ana ebal masih belum dapat mengawal emosi dan ada sikap ibumu, agak memaksa. oleh itu cuba topik lain bagi melepaskan gian menulis. agama dan keyakinan kalau mau dinukil, turunkan pada nota atau dalam buku catatan. pada waktu yg sesuai boleh dipublish. ingat, salah satu jalan masuk syaitan adalah melalui marah. laknatullah ini akan mengapikan perkara baik dan suci tetapi pada lorong yg salah.

Ini Iqbal Nasir said...

sbb tu lah ebal nak cuba "beruzlah" dulu, mngkin belum masanya utk ebal mengajak ahli dunia utk sejenak mengingat Allah, lagipun, ilmu pun belum cukup lagi, biarlah ebal perbaiki hubungan ebal dgn Allah sebelum cuba utk mengajak org lain...lagipun, buat masa ni, mereka belum dapat memahami apa yg ebal mksudkan...
Lagipun x de apa yg menarik utk ditulis kerana dunia ini x lebih nilainya dari sebelah kepak lalat...kalau mcm tu, x menulislah ebal...ebal menulis bkn utk suka2...

kasuttanpastokin said...

sebelah kepak lalat ni pun kita tak akan habis menulis dan mengkajinya. mengapa lalat berkepak utk terbang, mengapa tidak berlari. mengapa ia nipis tidak tebal, bagaimana kalau tebal, bagaimana sayap nipis dan rapuh boleh menangung badannya yang lebih besar. Allah memberi perumpamaan dunia dgn lalat bukan menunjukkan ia tidak berharga dan tidak bererti, tetapi menunjukkan betapa kekuasaan Nya. kalau lalat yg kecil pun tak terjangkau oleh akal fikir kita, apa lagi bagi menyingkap keujudan gajah! kerana itulah sains berkembang, kini kafir-kafir yg mengkaji dan membuat penemuan, bagaimana kaum Muslimin, sepatutnya dgn kekuatan iman akan lebih lagi pencapaian yg bakal ditemui. Muslim spt ebal lah yg patut menerokanya. bukankah dunia ini jembatan ke akhirat. tuntutan dunia bukan ibadat sahaja ditikar sembahyang, semua yg kita buat adalah ibadah kalau kita sentiasa mengingat Allah. nabi Junjungan saw berniaga, menjahit kasut dan berkeluarga. menulis perkara dunia bertujuan memberi peringatan juga satu ibadah. Hadis Nabi saw in-namal-akmalu-bin-niat, setiap amal adalah pada niatnya, kalau hijrah kerana wanita, akan dapat wanita, kalau menulis pengalaman dgn tujuan beri panduan baik, insyallah akan dapat pahala jua. bakat menulis telah Allah beri, bukankah ini jalan menambah pahala? mengapa disia-siakan dengan berhenti setakat ini atau buat sementara. teruskan . ahli keluarga ini patut memupuk sikap degil dan keras hati, semakin di perlekeh semakin bertambah yg ditulis.

salbiah said...

ebal, ko xkn menang debat dgn org yg lebih byk makan garam n panjang akalnyer.. ikut ajelah ckp abah tu,bal.... ;p

Ini Iqbal Nasir said...

salbiah...aku x berdebat la ngan abah...tapi bnde betul, aku tak de bnde nak tulis klu bkn pasal agama...sains itu agama...semua bnde adalah dalam agama...pasal tu lah islam tu syumul...okey? aku akan menulis jgak, tapi aku x kan lari dari agama aku...

Ini Iqbal Nasir said...

bknkah dgn belajar ilmu alam akan mendekatkan kita dan mensyukuri nikmatnya? mengapa bnda basic mcm ni pun x nmpak? bknnya bila kaji sains brmaksud mengasingkan diri dgn agama...ia seolah menidakkan kebesaran Allah...(maaf klu silap) klu dunia bernilai sebelah kepak nyamuk, org kafir pun x dapat makan rezekiNya...

nonama said...

bagus,
kini ebel dah faham bahawa kalau kita menulis pasal alam,sains dan kehidupan dengan pendekatan mengagungkan Allah swt kita juga telah melaksanakan tugas dakwah kpd umat. inilah maksud ana supaya tulis mengenainya kerana ianya kurang menimbulkan polemik berbanding tulisan direct kepada akidah, hukum dan kesedaran agama. dimana kita belum bersedia secara emosi dan ilmu sekiranya disanggah, diejek dan ditertawakan. pendekatan yg keras eloklah diimplimentkan kpd diri sendiri dahulu dan dakwah melalui tauladan. apabila kesedaran mendekati diri kita, kita berasa tidak sabar untuk melihat semua yg berada disekeliling kita memperoleh hidayah juga. tetapi ingatlah sejarah Nabi junjungan saw, selama mengembangkan Islam di Mekah, Nabi saw tidak berjaya; kemudian baru berjaya setelah berhijrah ke Yathrib. ini mahsyiah Allah swt, kehendakNya. begiti juga dgn kita penganutnya. treck inilah yg kita lalui. sebagai manusia kita punya sifat kurang sabar yg perlu dididik supaya lunak. masa diperlukan bagi tujuan itu. kerana itulah org dewasa lebih sabarnya berbanding pemuda. ebal masih muda kerana itu cepat lenting dan panas telinga. itu sebab ana nasihat ebal tulis pasal lain. alam, sains dan kehidupan. inipun Islam juga. kalau tulis pasal agama direct, pilih tajuk yg kurang polemik. seperti meringkaskan isi kandungan buku agama yg ebal baca. kalau ada yg komen kita jawab rujuklah buku sekian..sekian.. buat diri sendiri teruskan mencari ilmu agama selain ilmu dunia. ilmu dunia juga penting kerana kita sedang hidup didunia. kalau kita tidak berilmu, kita akan ditipu dan diperdaya. apa yg kita buat bukan jadi pahala malah menjadi dosa. dunia rugi, akhirat rugi. yg penting jangan mengikut hati dan emosi. syetan sedang duduk diemosi ebal sekarang. kalau kita ikut, kita telah diperdaya. kalau kita rational dan tenang dgn sentiasa istighfar, syetan akan lari. kalau kita diserang virus, kita akan demam dan batuk, kita sakit. kita mencari ubat. kalau kita diserang syetan dgn mudah emosi dan marah, mengapa meninggalkan ubat; dgn alasan emosi dan marah kita pada perkara benar! sbenarnya sakit kita makin parah.
tenang dan buatlah tahajud. semuga hidayah Allah akan ente perolehi.

kasuttanpastokin said...

ari ni ari jadi aku yg ke 25 [?] ops, tebalikkan.
it's a fake one. tua ke pada usia sebegitu?

menara gading said...

Selamat Hari Jadi....
Yang tua bukan terletak pada usia, atau raut wajah yang semakin berkedut.tapi apabila kita sudah mula mendengar perasaan kita mengatakan kita sudah tua. Ada orang tua pada zahir dan usia nya memang tua tapi masih berasa muda. Adakah kita mengatakan dia masih muda?..Ada yang muda tapi merasakan dia dah terlalu tua untuk melakukan hal-hal yang dilakukan oleh orang muda ...adakah dia kita kata sebagai dah tua?...adakah semasa kita memakai kasut dengan bersetokin kita masih golongan muda dan pakai kasut tak pakai stokin kita dah merasa tua....Yang penting jangan sampai kita mula lupa membezakan yang mana stokin dan yang mana kasut.....itu baru ternyata tua.....

salbiah said...

~~YAY!!!!! epi bezday 'da fake one' yg ke 52, abah!!!!! bile nk open table?? jom2.. abah belanjer la... huhu... ;p

kasuttanpastokin said...

boleh.. boleh.. dah lama tak open table. tapi bangunlah cepat nanti kedai tutup. tak yah la tiup lilin. menggah aku nak menghabiskan 52 batang.

analisa menara gading memang jitu. maklom duduk dalam gading. jaman dulu gading sangat berharga. org boleh berperang kerana gading. raja-raja juga menggunakan gading sebagai singgahsana dan hiasan sekeliling balai rong. lambang negeri pahang dimana kak ti dan kang mis kini menjadi warganya juga menggunakan lambang gading. kerana itu universiti di panggil menara gading. unggul dan istimewa. sebab itu mereka yg lepasan u adalah orang-orang yg terpandang. tapi sayang sekali u aku telah dipupuskan. mungkin kerana bunyinya primitif dan ketinggalan jaman. terima kasih kerana masih sudi berkongsi perasaan. hanya yg mendaki usia tua memahami. yg muda-muda? dimana mereka. tentuny mereka disebokkan oleh kecelaruan hidup. mengejar meteri, kerjaya, kereta baru dan yg telah pasti jalan jem. ini semua akan memakan usia kita. bila mencapai usia 50 baru kita terfikir, oh... apakah yg telah aku lakukan sepanjang waktu ini! adakah kosong dan sia-sia. tentunya tidak. ada banyak pencapaian yg telah kita buat. dulu jadi piun, kini opiser. jaga tunai lagi. dulu guru cabok, kini lecturer. dulu pengurus kecil, kini pengurus besar. dulu berniaga kecik, kini konglomerat. pencapaian berkenaan sebenarnya tidak cukup memuaskan apabila kau telah mulai lemah dan lelah. waktu itu baru kau sedar betapa kosong dan lompong jiwa mu. pencapaian duniamu rupanya telah meninggalkan jiwa gersang, sepi dan teraniaya.
analisaku: syukurlah dalam usia makin melemah kita sedar telah tua. hayat ada hadbatasnya. sehat dan kaya tidak menjanjikan hidup panjang. sedang sehat dan kaya sering melupakan kita kepada kematian. setelah mati tiada amal yg boleh kita laksanakan sementara menunggu perhitungan Padang Mahsyar. inilah apa yg kita buat didunia yg akan dibawa sebagai bekalan. kau telah merasakan betapa saratnya amal di Raudah dan Kaabah berbanding amal disurau tepi rumahmu kan. inilah bendanya yg akan kita usung di padang mahsyar kelak, bukan pangkat dan gading gajah. aku berdoa agar kita semua dapat merasakan betapa resahnya tua. keresahan ini akan membuka lorong amal yg akhirnya memberi ketenangan. mengelakkan konfuse mana kasut mana setokin. nyanyuk dan hilang ingatan ini bukan sahaja berlaku kepada situa tetapi juga org muda yg terlalu mengikut perasaan sehinga hilang fokus. kekecewaan juga boleh menghilangkan fokus. oleh itu ubati kekecewaan. kalau perlu mandi bunga mandilah, agar badi menjauh. tapi solat malam sudah cukup. doa dan munajat. Allah menunjuki kita supaya meminta kepadaNya, walau utk mengganti tali kasut. apalagi bagi perkara besar. umpamanya apa nak buat setelah pencen.
kesimpulan: aku sangat syukur kerana dapat merasatua pada usia ini. sangat banyak dosa dan maksiat yg telah aku lakukan terutama kepada kedua ibubapa juga diri sendiri. sehingga kini cabaran dan dugaanNya masih berterusan. aku tahu mengapa. sedangkan aku sangat berusaha untuk mendekatkan diri. sekurang-kurangnya dengan ingtan tua kita dapat memelihara diri. wallahallam. ini pendapat ana sahaja. jangan ikut lah.

halimi sakijan said...

a'kum...

kenapa tak cakap awal-awal hepi beleted berthay.. ikhlas dari kami sekeluarga bila nak open tebel kali ke2

kasuttanpastokin said...

kali ke2 bulan 4. kenalah bagi hadiah 2 x baru open table 2 x gak. anyware thank's.

suria said...

Terpanggil untuk menulis. Apapun istilah yang KTS guna pakai, saya tidak melayu walau disergah. Saya juga pejuang, walau yang saya perjuangkan tidak tertera di mana-mana. Saya juga menyuarakan pendapat walau tidak semua terbaca. Lantaran berjuanglah kesempatan menulis dan membaca blog ini terhad..

Rebel atau jiwa memberontak tidak disarankan dalam agama kita. Lihatlah betapa sabarnya Rasulullah dalam berdakwah. Penduduk Thaif melontar batu ke arah baginda hingga berdarah kaki baginda tetapi adakah baginda memarahi penduduk thaif tersebut sekalipun Jibril membuat tawaran akan menghukum penduduk thaif jika rasulullah setuju.

Dalam isu ini, memang kita perlu sensitif, kita perlu berjuang tetapi bukan dengan emosi yang akan menampakkan kejahilan kita tetapi dengan hikmah. Agenda Yahudi akhir zaman....

kts said...

sebenarnya kalian tahu dan boleh mengulas isu berat-berat. hanya berat jari utk menyatakan secara harfiah. jiwa pejuang anda makin terserlah setelah memasuki tahun baru. tahun ini makin mencabar, percayalah bahawa tahun ini makin panas. oleh itu sama-samalah kita berwaspada. ingatanmu kepada yg lain amat diharapkan. terutama kepada ahli sebaya dan segender. org tua lain caranya dan sukar difahami kerana berbeda genre. retro vs rokers. selamat memasuki barisan perjuangan semula.

Ini Iqbal Nasir said...

pendapat peribadi sahaja...maksud rebel atau memberontak yg dimaksudkan disini bukanlah secara zahiriah...yang kisah Rasulullah dibaling batu di Thaif itu lain cerita...yg KTS mksudkan, adakah kita hanya berdiam diri? sedangkan dalam kes cerita Rasulullah dibaling batu di atas adalah setelah nabi cuba berdakwah...bukannya mendiamkan diri...rebel dgn cara berhikmah mksudnya disini...bknnya abah menganjurkan pemberontakan...malah kalau dibaca komen KTS vs ebal pun, KTS menyarankan agar ebal x mengikut emosi...cuba try baca blk komen tersebut...pandang dgn "dua2" mata, jgn pndang dgn mata saintifik shj...kalau slah, jgn amek, kalau ini memberi manfaat, jadikan pedoman...Maaf klau terkasar bahasa...
Assalamualaikum

suria said...

Betul la tu.. maksudnya berdakwah dengan cara yang berhikmah..berdakwah bukan sekadar menulis dalam blog sahaja mungkin ada cara yang lain...mungkin dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing..

Ini Iqbal Nasir said...

yelah...betullah itu, yang penting, kukuhkan pegangan sesama kita dengan tali Allah...Ibu bapa mengingatkan anak2 supaya jangan takutkan selain daripada Allah...lecturer mengingatkan studentnya supaya berfikir kebesaran Allah... Guru mengingatkan muridnya akan tipu daya syaitan... Seorang muslim mengingatkan muslim yang lain untuk mencintai Allah setelah Allah melimpahkan kasihnya untuk kita dan bersyukurlah masih dalam islam dan mati pun dalam islam dan iman yang kental...Jadi, yang mana tanggungjawab kita?
Al-Imran ayat 110:
Bermaksud :" Kamu (wahai umat muhamad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan (bagi) faedah umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-benar iman)".

kts said...

anak bapak... rempah telah meresap kedaging , ajaran telah meresap keminda rasa. ajaran betul, bukan ajaran salah. watak-watak degil dan rebel aku ingat hanya kepunyaan aku seorang. telahan aku salah. ada juga batu-batu yg telah memasuki kepala ahli keluarga ini. adakah ini kesan pembinaan dan kemajuan pesat negara? mungkin juga kerana mereka yg duduk nun jauh di hutan cini, pulau melaka k'tan dan long pasia sabah tidak menunjukkan ciri-ciri begini. dari hari pertama suria menjadi ahli keluarga ini aku merasakan ia dgn ku sekepala. dari hari pertama ebal lahir aku merasakan dia lain cikit, spt kata bro nya. kini terbukti, mereka tak bisa bersua. pasti gaduh. jiwa pejuang sentiasa resah. walau satu ayat silap, pasti bingkas. selagi tak dibetulkan mereka tidak lena tidur. kerana itu org politik dan idealis boleh berjaga malam bermalam-malam. kalau org teringat baju baru pun boleh tak tidur malam, apalagi bagi mereka yg perjuangan belum selesai!
apa pun teruskan. lawan tetap lawan.
menara paladang.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification