Sunday, January 24, 2010

23 jan.10 [asset]

asset adalah istilah ekonomi dan kewangan. sebahagian besar ahli keluarga ini memahaminya kerana terdidik dalam bidang tersebut. ramai yg ada diploma dan degree spt cikcikin, org rumah arie [maaf lupa nama kerana putus hubungan sejak kenduri tempohari] ayun dan terbaru jelan. kabarnya saudara kalian yg diamereka itu dah ada master. nuri, emy dan suria juga paham kerana mereka berniaga kain, walaupun disiplin mereka bukan ekonomi. suria sejarah, nuri seni dan emy autocat. yg tak paham mungkin enginear dan IT. itupun dengarnya ebal kena belajar akaunting. IT telah digunakan dalam semua disiplin ilmu, oleh itu pelajar IT kena tahu semua perkara yg menggunakannya. dalam bahasa mudah asset adalah harta. duit/tunai adalah asset/harta. dgn duit kita beli rumah, bmw atau simpan dibank. oleh itu asset perlu diurus dgn baik dan betul. baru bermenafaat dan berkembang.

pagi ini dalam ucapan perasmian pibg sekolah farah diklang utama, perasmi menyatakan murid dan orang muda adalah asset negara. ini dipanggil modal insan. sebagai asset ianya mesti diurus dgn baik dan betul. salah urus kita akan rugi, negara akan rugi. banyak negara tidak maju kerana modal insannya lemah dan ketinggalan. sekolah, kolej dan universiti adalah tempat dimana modal insan diurus. yg utama adalah sekolah. disitulah tunas muda ini diberi ilmu dan dididik dgn disiplin dan sahsiah. critical area adalah disekolah menengah kerana perubahan biologi dan emosi.

tanyalah ahli keluarga ini yg menjadi pendidik. adakah mereka gembira memikul tangungjawab membentuk modal insan agar cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semangat one malaysian? kalau ana jeling suria, akan terlihat rona lembayunag diwajahnya. senyumnya layu spt kembang cina pada waktu mentari meninggi dan tawanya surut. inilah yg dinyatakan dlm pibg pagi tadi. conteng tandas dgn perkataan tidak sepatutnya, tandas lelaki dan wanita , serta vandalism. merosak harta sekolah serta masalah disiplin.

lawan asset adalah liability. tangungan. contoh mudah dlm ilmu ekonomi adalah hutang. hutang adalah beban. kelihatannya modal insan telah jadi liability. mulai jadi beban kepada guru, sekolah dan masyarakat. kalau asset telah jadi liability, adakah ianya telah diurus dgn baik dan berjaya? guru cemerlang adalah guru yg berjaya dalam kerjayanya. guru yg perginya sebelum suria terjaga dan baliknya setelah suria menarik selimut malam. tapi kata nuri siguru otai, seorang guru yg berjaya berkeupayaan menjadikan muridnya juga berjaya dan cemerlang dunia-akhirat. inilah nasihat dan panduan yg diberi kepada ebal dalam menangani usaha dakwahnya. nasihat dan panduan ini akan menjadi kenangan apabila siotai telah tiada kelak.

inilah persoalan yg ingin ana ketengahkan. memang slightly heavy. agak berat but we have no choice. becouse we asp myself need to see the family members are the excelent. ini bahasa harian cik cikin yg ana lihat rambutnya mulai kemerahan. tak pasti kalau budak-budak cini masih mengenali beliau kalau balik kampung nanti. tugas mengurus modal insan bukan disekolah sahaja seperti dulu. kini urusan membangun modal insan dikalangan anak cucu kita semakin kompleks. jauh merentasi pagar sekolah. sekolah bukan lagi kilang mencanai produk baik dan berguna, malah ada sekolah telah menjadi kilang kotor yg mengeluarkan produk busok dan bobrok! para penjaga kilang tidak upaya mempastikan hasil baik dan bermutu kerana bahan mentah yg dihantar adalah bahan cemar dan bejat.

inilah persoalan yg ingin ana suguhkan. mempastikan modal insan yg kita labur dan kita hantar kesekolah adalah bermutu dan berkualiti. menyedari pentingnaya perkara itulah maka ana guna perkataan kompleks. kompleks kerana anak cucu kita kini terdedah kpd persekitaran dan ruang maya yg semakin sesak lagi menyesakkan. semuanya amat temptatius. mengiur dan menggoda. silap masuk laluan akan hanyut dan sukar kembali. arusnya sangat deras mengheret. disinilah peranan kalian sebagai ibubapa dan bakal ibubapa. telah ku katakan dulu tahun, rotan bukan senjata ampuh buat mengajar anak. leteran pula akan menjadi kaedah primitif dan mulai dipertikai. menakut-nakutkan dengan hantu atau momok merupakan bahan jenaka anak sekarang. mereka lebih takut lipas dari hantu.

pastinya cabaran sebagai ibubapa semakin mengunung. jaman untuk melihat anak kita memperoleh keputusan maxima pada tahap terbaik melalui sekolah semata telah berakhir. keibubapaan ana lihat bukan fokus kita terutama bagi mereka yg bekerjaya. kalau dulu bapa mencari nafkah, ibu mengawal anak. kini tugas mengawal terserah kepada guru, bibik, pengasuh pusat jagaan dan diri mereka sendiri setelah boleh berdikari. sendainya mereka mendapat kawan atau study-group yg baik, syukur. tetapi kalau dapat sahabat kelabu atau kuning, bagaimana kalian bisa mengharap putih sentiasa. bukan ibubapa yg mencorak mereka, tetapi kawan telah mencorak dgn berbagai conteng dan gambar. lebih teruk kalau ibubapa tidak sedar dan masih alpa. selalunya lakonan anak ini jempolan. dirumah sangat baik manakala diluar masyallah. sehingga kita terpedaya utk mempertahankan laku buroknya jika tertangkap.

oleh itu jagalah anak-anak kalian dari mula lagi. bukan sahaja dgn memberi madu setiap hari supaya tubuhnya tahan penyakit, juga pastikan emosi dan perkembangan mental terjaga. untuk itu kenalkan dia dengan agama seawal baru lahir. perdengarkan ayat suci Al-quran selalu, walaupun kalian ingin mengajarnya bahasa inggeris dari bayi lagi supaya mudah dapat kerja. Islam akan menyelamatkan merekaa dari godaan dunia dan penghuninya. percayalah Islam adalah jalan yg lurus yg disediakan oleh Alllah swt buat kita didunia ini. siapa mengikut lorong ini akan selamat dunia dan akhirat. adek ana yg akhir masa mudanya agak romeo, aweks keliling. semangatnya jua tinggi. beberapa kali tergolek malah ada yg total lost. tetapi berkat didikan ibubapa, beliau kawin muda dan selamat. ana yakin didikan agama telah meletakkanya pada lorong yg betul.

kerana itu ana sentiasa terapkan spirit agama dalam setiap entry. secara terusterang atau berkias. tujuannya supaya minda bawah sedar kalian terbuka untuk mencerapnya. tapi kata nuri ianya terlalu tinggi dan sukar difahami. waktu ana muda-muda, kenalan ana ada yg berjubah dan berkebaya. yg berjubah ini lebih menimbulkan leinginan utk mengenali kerana tersembunyi. tapi ana tak dapat pegi jauh lantaran ana tak joint group mereka. kalau tidak, anak-anak perempuan ana pakai purdah. payahla mereka nak main footsal. bayangkan sally pakai pordah!

lihatlah diri kalian. adakah kalian minum arak, kaki disco, lumba haram, makan dadah atau sosial melampau? yg hisap rokok pun bukan contoh bapa. tapi pengaruh kawan dan iklan. inspirsi. janji palsu pembuat rokok. ini semua kami terapkan kpd kalian hasil didikan agama oleh kakek kalian kpd kami. inilah jalan yg kami ingatkan supaya diikuti oleh anak-anak kalian, cucu kami. dgn melalui jalan agama, modal insan yg dilabur akan dapat diurus dgn baik dan betul. pastinya akan menghasilkan laba dan keuntungan. terlalu banyak ilmu dan petua yg perlu diketahui bagi tujuan itu. dimana kita mempunyai pilihan terhad, adakah kita masih ingin berlengah dan berkeras utk mengembalikan tangungjawab tersebut kepada sekolah? ana sarankan tetapkan arah kompas anak-anak kita dan belayarlah. tidak usah tunggu angin berubah arah. lima tahun yg akan datang belum menentu serta tidak menjanjikan apa-apa, malah duduk perkaranya semakin kompleks.

kesimpulannya, anak kita adalah modal kita, kitalah yg menguruskan. baik atau sebaliknya adalah anyaman kita sendiri. pastinya kita inginkan yg terbaik. wassalam.

klang.
ptg ahad cerah.

13 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Dalam solat, ebal sentiasa berdoa agar dikurnia isteri yang solehah dan anak2 yang soleh dan solehah...bnda macam ni memang patut dibentuk dari kecil lagi oleh ibu bapa...hatinya mestilah dibentuk untuk mencintai dan takutkan Allah...ebal nak cakap lebih pun x berani, takut jadi sebaliknya kpd anak2 ebal bila ebal dah berkeluarga nanti...jadi ebal banyakkan berdoa dan berserah kepada Allah untuk menentukan masa depan ebal...anak itu juga patut diberi peringatan tentang tipu daya dunia yang semakin hebat. Apatah lagi, dahulu tiada internet yang makin mudah didapati...budak 5 tahun pun dah ada blog...apa pun, inilah tanggungjawab semua untuk saling mengingat kepada org yang boleh mendengar nasihat kita... setelah berusaha, bertawakkallah dengan Allah sebagaimana perlu kita bertawakkal di atas jalan raya yang mengganas...

kts said...

semua dari kita kena bersedia. sekurangnya pada segi emosi dan mental. ilmu perlu ditimba sedari sekarang. mencari calon surirumah juga ada ilmunya. manakala ingatan Nabi Junjungan saw bahawa suami yg baik untuk isteri yg baik perlu dihayati. pastikan diri kita baik. bibit yg baik bukankah terbit dari pohon yg subur dan rendang. selain itu banyakkan doa, kerana doa bisa menyampaikan kita kepada harapan dan cita-cita.

Ini Iqbal Nasir said...

klu x silap ebal, ebal ada baca kat mana tah, antara cara untuk mendapat anak yang baik adalah sejak dari memilih calon isteri lagi...
lebih kurang camtu la ayatnya... x igt sgt...
betul tu, ebal berserah bulat2 kepada Allah sahaja tentang soal kehidupan ebal ni...Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ebal...
kita boleh berusaha, tapi ebal redha je apa yang Allah rezekikan...

Ini Iqbal Nasir said...

tambah lagi...asset2 ini kebanyakannya tidak didedahkan dengan keindahan agamanya sendiri...
kalau ada pun, hanya menanam tebu di bibir sahaja... cakap sahaja islam itu indah...namun, adakah dia hidup dgn cara hidup islam...lihat sahaja, kebanyakan kita x dpt mengulas isu2 berat ini kenapa? kerana mereka x ada keinginan utk belajar agama mereka sendiri dgn relanya...klu mereka tahu sedikit sebanyak, mngkin dapat disuarakan pendapatnya disini dan jangan lupa, perbezaan pendapat itu adalah satu kemanisan dalam agama...sejujurnya, zaman remaja ebal, ebal x pernah couple sbb ebal tahu, couple ini bukannya betul2 persediaan utk berkahwin, tetapi agamalah persediaan sebenar utk berumah tangga selain dari persediaan nafkah. Dan ebal sedang bersiap sedia melengkapkan diri dgn ilmu agama supaya anak ebal itu x rosak hasilnya. Mmg ebal sgt berkehendakkan zuriat yang sgt soleh dan solehah kerana doa mereka nanti bila ebal dah tiada, merekalah yang meringankan beban ebal nanti didalam kubur. Meskipun ebal minat dgn artis jepun, x bermakna ebal ikut sahaja mereka, mereka rasa menukar warna rambut itu cool, atau menghisap rokok itu cool, namun ebal tahu natijahnya buat masa hadapan. Wira2 Islam lagi ramai yang hebat2...ebal tahu, buat masa ni, mgkin ramai x bersetuju dgn ebal tapi x mengapa. Malah, mungkin ada yang berpendapat ebal kolot kerana sibuk beragama. Ebal cuba menjauhkan lagi pandangan ebal sejauh mungkin. Ebal suka "berangan" dgn anak2 yang soleh dan sbgainya. Tapi, andai ditakdirkan ebal x berzuriat pun, ebal redha...

pe said...

betul kata naha ilmu ebal lain sikit. tiada salah kerana ianya perkara betul. kalau boleh dalami lagi selain ilmu dunia yg sedang dipelajari. kalau baca kitab abah, silah rujuk kalau jumpa perkataan meragukan. jangan berkata kalau nak berkata, berkata kalau tidak nak berkata; baru sebahagian dari perkataan ulama dulu yg perlu penelitian dan penggalian. anyware janan banyak berangan, lebih baik makan buah berangan. gurau je....

Ini Iqbal Nasir said...

maafkan saya... terima kasih kerana mengingatkan, tanpa saya sedari, emosi saya terganggu kerana saya sensitif melihat perkembangan anak bangsa kini yang rela dilayukan...walhal, dulu bangsa2 lain hebat memuji bangsa melayu, malah dinasti merina yang memerintah madagascar dahulu pun bersusur galur dari keturunan melayu...sekali lagi terima kasih kerana mengingatkan...kali ini saya tewas dengan emosi saya...mungkin saya perlu mengawal "percakapan" saya. "percakapan" saya disini bermaksud penulisan. Mungkin saya memang kurang bercakap di dunia realiti, tapi di alam maya saya memang celupar kan? maaf sekali lagi... sama2lah kita ingat mengingati agar dapat ijazah yang hakiki di akhirat kelak...janganlah kita hanya berusaha mendapat ijazah fatamorgana sahaja...Terima kasih...

pe said...

memang aku berhasrat utk menulis mengenai melayu. bangsa besar nan hebat suatu waktu dulu. tetapi aku kuatir ianya akan disalah anggap kerana menyentuh bangsa akan memekarkan bungga sentimen serta emosi. curiga dengan diri sendiri andainya tidak bisa mengawal, maka ku pendamkan keinginan itu. kita sebenarnya agung dan berbudaya tinggi. tetapi telah dikecilkan oleh penjajah. kata mereka, kita tidak upaya membuat walau sebatang jarum; serta digambarkan bongok dengan berperisaikan betis melawan todak. untuk perubahan kita digambarkan sebagai repel kpd perubahan dgn membunuh hang nadim, sipemikir dan condong hal-hal negetif serta tahyul. sebagai bangsa bertamadun mengapa kita layu dan belayu dari alam realiti! serta mempercayai fatamorgana. persoalan ini terlalu berat. aku tau seperti kata emy: tak terjangkau dek akal ku.. tetapi cubalah renungkan... kerana ini adalah keberadaan kita dan kelestrian kita, dibumi Melayu ini...
ps: pe=penulis entry.

Ini Iqbal Nasir said...

betul la tu...mmg ebal mengaku ada masanya ebal terikut emosi...bukankah akan ada yang mengingat? itulah gunanya kita saling mengingat...kalau semua nak diam membisu takutkan emosi, sampai bila kita nak sedar kan?
ebal pun dalam usaha melatih emosi...sampai org yang selalu berdebat ngan ebal tu pun rasekan ebal merajuk ngan dia lagi sbb ebal dah cuba kurangkan berkata2 dalam perbualan seharian. Tapi ebal dah terangkan dah kenapa ebal berdiam diri...
igt x masa pernah pergi ke melaka? replika kapal flor de mar... baru ebal tahu ada kapal yang dinamakan "mendam berahi" yang jauh lenih besar dari flor de mar...pembinaan replika flor de mar melambangkan bangsa kita dijajah...sekiranya pembinaan mendam berahi dilakukan, ia melambangkan kehebatan bangsa kita...tapi mungkin kerana tiada pelan kapal tersebut atau terlalu besar sampai x cukup pulak tanah kat melaka nanti...
p/s: baru lpas berchatting dgn bdk teluk intan yang skrg kat india tu...nampaknya dia masih bernasyid...rindu betul nak bernasyid...grup member yang lain pun masih bernasyid...junior yang dah keluar sekolah pun masih bernasyid...

pe said...

i. melaka membina semula flo-de-la mare atas kepentingan perniagaan- pelancungan. kapal itu ada nilai komersil kerana seluruh dunia tahu kapal berkenaan. ramai ingin melihatnya dari serata dunia berbanding mendam berahi. lagipun birahi patut dipendamkan. bagaimanapun kapal berkenaan patut dinyata dimana-mana sebagai perbandingan dan kesedaran generasi bahawa kita bangsa berdaulat, berbudaya dan bertamadun tinggi.
ii. memang nostalgik mengingat momen-momen indah serta menggembirakan. jaman dimana masalah bukan masalah. jiwa suci walau kaki tak berkasut tidak akan terusik dan gusar. apa lagi kalau melihat ada yg tidak berkaki. kenangan itu seringkali menolak kita kepenjuru dunia- bersendirian. kembalilah ke realiti. saat manis itu bisa diraeh kembali. munkin lebih komersil jika kita dapat memadukan alun suara dgn nasyid kontemporary. paman mu suka benda komersil. mintalah panduan beliau. ku melankolik, tiada naihat enterprenour. hanya nasihatku, menciptalah dari sekarang. jangan berhenti. kalau nasyid dari malaya boleh didengar di india, apa lagi ditanah kelahirannya.
selamat mencuba, terus mencuba.

Ini Iqbal Nasir said...

ebal x pernah berenti mencipta lagu la...tapi skrg mp3 ebal dah rosak...hahaha...

pe said...

bunyi ketawa itu walaupun tidak kedengaran tetapi punya makna tersendiri. jangan gusar, akan diusahakan gantinya. org seni tidak betah duduk kalau bayu irama berhembusan ditelinga. sangatlah ku fahami, kalau karya tetap terukir. sebagai generasi melenium, explore irama baru yg aneh dan segar. rock&rool sewaktu ditemui, sangat aneh tetapi segar ditelinga. akhirnya menguasai genre. memang sukar dan terhalang lantaran pengaruh genre semasa. leap! melompatlah kehadapan, dan keluarkan diri dari kelompok kini. kita memerlukan orang berani dan futuristik. berat ke idea ini? atau terlalu gila-gila.

Ini Iqbal Nasir said...

macam faham...tapi belum dapat difikirkan lagi...

pe said...

jangan terlalu tinggi melompat pada awal percubaan, sehingga tak jejak bumi. mula dgn sumber sediada. guna irama r&b, regge dsb. then merger, kawinkan irama keroncong dgn r&b. ini contoh saja. sebagai satu entry point. cari entry point yg lain.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification