Thursday, December 31, 2009

Pengalaman Pertama Melihat Baitullah.

"DAN SEMPURNAKANLAH IBADAT HAJI DAN UMRAH KERANA ALLAH" (Surah Al-Baqarah Ayat 196)

Si Bahlol yang Tolol sebelum Bertahalol.

Sebenarnya semasa pertama kali miqat di Qarnul-Al Manazil kami diminta untuk menukar pakaian biasa kepada pakaian berihram. Sangkeng teruja dan penuh keyakinan aku pun turun bas ke masjid untuk menukar pakaian dan menunaikan sembahyang sunat 2 rakaat seperti jemaah yang lain. Aku yang bahlol ini tak ingat niat apa solat sunat ini kerana buku nya ditinggalkan didalam bas. Maka dengan penuh konfident diniatkan solat umrah lantas terus kedalam bas. Sampai didalam bas isteri ku bertanya sudah solat sunat?.Aku kata sudah kemudian aku terpinga-pinga ..niat apa aku solat tadi kemudian aku membuka buku dan tengok balik niat apa yang perlu dibaca.....subhanalloh niat ihram rupanya.... Dalam diam aku kata aku nak turun balik ke masjid.....dan aku tunaikan semula solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala. Bodoh dan tolol nya aku.........ternyata dalam saat seperti itu keegoan ku masih belum hilang Astagfirullohalazim....

Memasuki Tanah Haram hari dah maghrib . Mutawif membacakan doa memasuki Tanah Haram danterus ke kota Mekah dan kami mengaminkan nya. Kota Mekah agak sesak, Masih lagi traffic jam dan kami memandang keluar dengan penuh Excited. Kelihatan banyak bangunan yang masih dalam pembinaan dengan rancak sekali.Dikatakan pembinaan nya berjalan 24 jam sehari dan bangunan tersebut dikatakan bakal menjadi hotel atau tempat tinggal para jemaah Haji dan Umrah yang semakin ramai saban tahun. Akhir nya bas berhenti dibelakang lorong yang dikatakan dekat dengan Masjidil Haram tetapi tidak dapat memasuki sehingga depan Hotel kerana Orang ramai sedang keluar Masjidil Haram selepas menunaikan solat Isyak. Jam menunjukkan sekitar pukul 7 30 malam.

Kami berjalan kaki ke hotel dengan menongkah arus orang ramai yang balik dari menunaikan solat Isyak. Pandangan ku terpaku Subhanallah ramai nya orang......Penuh jalan yang berukuran 6 lane berduyun duyun.....kata orang kalau musim haji sembahyang pun sampai di depan hotel kita orang.....aku terpaku dan terkedu.....bagaimana nak mulakan tawaf malam ini.Sudah berihram perlu dsegerakan umrah nya kalau tidak menanggung pantang larang yang lama...
Mutawif meminta kami tunggu di lobi hotel pada jam 9 00 malam kepada sesiapa yang nak mengikut nya bertawaf dan sai.

Hampir Jam 9 20 kami bertolak menuju Masjidil Haram. Jemaah yang mengikut tidak ramai tak sampai 10 orang. Yang lain-lain akan buat sendiri kerana kebanyakkan mereka bukan kali pertama datang mengerjakan umrah. So mereka mengambil masa dan mengikut keselesaan sendiri. kami yang bodoh dan dungu ini terpaksa lah mengikut mutawif.....Kami berjalan menuju Masjidil Haram Bertalbiah sendiri dengan membawa uncang pelastik untuk mengisi seliper....

Mutawif menerangkan serba sedikit mengenai hal ehwal Masjidil Haram. Mengikut kata nya pintu utama ditandai dengan menara berkembar dan beliau berpesan untuk mengenalpasti tanda-tanda yang terdapat di pintu yang akan kita masuk dan keluar semula. Semua pintu utama dilabel dengan warna yang berbeza-beza. Ingat no tempat rak letak selipar dan pintu masuk.

Sebelum memasuki bangunan Masjidil Haram kami melalui dataran yang agak luas.Kelihatan ramai orang yang sedang duduk selepas solat isyak, dan ada yang sedang solat..terdapat menara jam disitu. Kami memasuki Masjidil Haram melalui pintu BAB AL MALIK ABD AZIZ Pintu 1 yang berwarna hijau.

Mutawif membaca doa memasuki masjid kami mengaminkan dan memasuki masjid dengan penuh debaran....Mana Kaabah? kata hati ku tak nampak kaabah.....rupa nya kami kena turun satu tangga ke bawah...dalam cahaya terang kelihatan orang sedang bergerak mengelilingi sesuatu ....kami turun satu tangga kebawah lagi........Subhanallah tiba-tiba mata terpaku melihat sebuah bangunan bertutup kain hitam berbetuk segi empat terletak ditengah dataran dibawah lagi........ kami akan turun ke satu tangga yang paling bawah lagi dan mutawif membacakan doa melihat kaabah dan kami mengaminkan nya.........sambil berjalan didataran kaabah mata tak lepas dari melihat kaabah dengan pandangan yang kosong.........kosong sekosong kosong nya......
Sebelum memulakan tawaf aku menunaikan solat Isyak dan Maghrib jamak takhir terlebih dahulu.......Itulah solat ku yang pertama dihadapan Kaabah. Tanpa disedari ketika solat air mata ini mengalir tanpa dipaksa.....ketika berdoa selepas solat jamak makin deras air mata ini mengalir terasa begitu syahdu dan kecil nya diri ini dihadapan Kaabah. Kiblat semua umat islam didunia ini. Kaabah berada di depan mata hanya beberapa meter sahaja.....dan kini aku diberi peluamg mengadap nya sepuas puas nya Subhanalloh syukur kerana diberi peluang ini yang mana tak semua orang berpeluang menikmatinya.......

Setelah itu kami melakukan tawaf sebanyak 7 kali keliling kaabah di ketua oleh mutawif. Inilah tawaf ku yang pertama di waktu malam hari.....setelah selesai tawaf mutawif membacakan doa dihadapan Multazam dengan dialihbahasakan sekali melayu nya air mata sekali lagi mengalir dengan deras....kali ini lebih deras kerana makna doa dibacakan dalam bahasa melayu yang difahami dan nada yang cukup syahdu......(mutawif pun pandai memainkan perasaan orang).
kemudian kami bersembahyang sunat 2 rakaat selesai tawaf dibelakang makam Ibrahim.

seterusnya meminum air zam-zam dan berdoa. Adab minum air zam-zam adalah sambil berdiri dan mengadap kiblat tarik napas dan teguk air itu sedikit demi sedikit dengan bilangan ganjil 3, 5 dan 7 kali doa untuk diberikan ilmu yang berguna,rezki yang luas dan disembuhkan segala penyakit.

Setelah itu kami bersai dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali ulang alik. Terasa jugak letih nya.....dan akhirnya kami bertahalol dan selesailah umrah kami yang pertama pada jam hampir 12 tengahmalam. Kami pulang ke hotel dengan perasaan yang puas, meskipun letih tetapi kami umpama baru lepas keluar dari satu dewan kuliah......dewan kuliah yang besar dengan ilmu iman dan taqwa..........ilmu mengenal diri ..........Subhanalloh....

Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan? (al Rahman ayat 36).

Bersambung.....

CABARAN PERTAMA

Sebenarnya hampir saban masa semenjak pertengahan tahun ini aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati ku, memberi jemputan kepada ku untuk mengunjungi Makkah dan diberi peluang beramal ibadat di hadapan Kaabah. Semakin dekat waktu keberangkatan semakin gairah aku rasai...tak sabar rasanya nak berangkat......disamping ada juga perasaan takut dan gelisah masih silih berganti....

Lantaran turun sahaja dari tangga kapal terbang Saudi Air yang besar itu aku secara rasminya telah menjejaki bumi Arab ini. Bumi para Rasul dan Nabi, para Ambia dan Syuhada yang mengembang dan gugur mempertahankan Agama Islam sehingga kita dapat menikmati nya sekarang dengan aman. Subhanallah......
Berbaris untuk melepasi Imigresen..Tak pernah ku bayangkan kami terpaksa berbaris yang tidak panjang sekitar 20 orang sahaja dihadapan ku untuk satu-satu barisan tetapi telah mengambil masa sekitar 3 jam....menunggu giliran ku untuk dicop pengesahan kemasukan kami ke Arab Saudi. Ramai yang mengeloh namun bagi kebanyakkan orang ini adalah perkara yang biasa malah agak cepat kerana biasa nya mengambil masa yang lebih lama. Dan mereka yang telah biasa mengatakan inilah cabaran pertama menuntut kesabaran diri yang tinggi apabila masuk ke bumi Arab ini. Kadangkala semasa Umrah bulan Ramadhan pernah berlaku mendarat jam 4 petang dan boleh masuk melepasi imigresen jam 7 pagi esok hari......dan ada yang pengsan kerana menunggu terlalu lama.......Mengikut pemerhatian ku pegawai imigresen ini keseluruhannya bekerja sambil lewa...tidak serius dan dedikasi dan banyak berbual sesama sendiri dan meninggalkan kaunter sesuka hati.......dan kita yang nak berurusan terpaksa lah mendiamkan diri dan melihat sahaja gelagat mereka yang mana rata-rata mereka ini masih muda muda belaka. Dengan ertikata lain mereka menganggap kita ini dengan apa cara sekalipun tetap memerlukan mereka.....untuk memasuki bumi Arab....Wallahualam.

Sekitar jam 11 malam waktu tempatan kami bertolak menaiki bus ke Taif..dengan diketuai oleh Mutawif yang dilantik oleh Syarikat yang menguruskan pakej kami - Andalusia. Selepas sejam perjalanan kami berhenti di R&R untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Taif. Kami tiba di Taif sekitar jam 5 pagi dan memasuki Hotel GRAND BAHADUR AL-HADA dan diminta untuk meneruskan perjalanan semula pada jam 8 pagi. Ramai jemaah yang komplen kerana waktu yang diberi terlalu singkat maka akhir nya kami keluar dari hotel tersebut pada jam 10.30 pagi. selepas mandi solat subuh dan bersarapan namun kami tak dapat melelapkan mata pun.

Perjalanan kami diteruskan untuk ke Makkah namun sebelum sampai di Makkah kami melawat dahulu sekitar bandar Taif dan tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan Baginda Rasullullah SAW. Taif merupakan negeri atau wilayah dimana Nabi Mohammad SAW junjungan kita disusu dan dibesarkan. Diantara wilayah di Arab Saudi Negeri Taif ini merupakan yang paling subur dimana banyak aktiviti pertanian dijalankan seperti penanaman sayur, anggur dan delima. Kami sempat bersembahyang Jumaat di Masjid Abdullah Bin Al Abbas RA. Sahabat nabi yang banyak menulis hadis dan dimakam kan disitu . Dan dibawah pohon yang paling rendang diluar masjid tersebut terletaknya 12 orang sahabat Nabi yang wafat dan dikuburkan disitu.

Kami juga sempat melawat sebuah Muzium lama yang menyimpan pelbagai khazanah peralatan harian, senjata dan pakaian tamadun Arab zaman dahulu di Taif disamping dihidangkan dengan makanan nasi mandi-Nasi yang diletakkan dalam talam dengan lauk dan ulam persis nasi ambeng di tempat kita.Satu talam dimakan oleh 5 orang kami pun susah untuk di habiskan. Bagi orang Arab ia dimakan seramai 2 orang sahaja.

Perjalanan diteruskan ke kota Makkah dan dijangka tiba pada jam 7 malam. Di pertengahan jalan kami akan berhenti untuk Miqat atau berniat Ihram di satu tempat yang bernama Qarnul Al -Manazil. dan kami tiba disitu selepas Asar untuk menukar pakaian IHRAM.

Maka bermula lah episod baru dalam diri ku sebagai Muslim yang buat pertama kali memakai Ihram secara rasmi disini...perjalanan ke Makkah masih jauh lebih kurang 3 jam perjalanan lagi...Sebaik sahaja kami memakai Ihram dan menaiki bas kami berniat Ihram dan mula bertalbiah kerana kita diminta untuk bertalbiah sepanjang perjalanan ke Makkatul Mukarromah.....Aku bertalbiah mengikut arahan Mutawif......selepas 10 minit bertalbiah keadaan kembali senyap....ramai yang tidur dan ada yang meneruskan bertalbiah sendiri-sendiri termasuk aku antara lena dan jaga.........antara talbiah dan mimpi.......Labbaikalloh Humma Labbaik..Labbaikala Sarikala-kala baik Innal Hamda Wan nik mata Lakawalmulk La sarikalak....

Memasuki kota Mekah .....(sambungan)

Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU..

Assalamualaikum..
Sudah agak lama saya tidak melayari blog ini lantaran tugas yang agak membataskan kesempatan untuk mengunjunginya.Rindu untuk membaca entry baru,memberi respons dan komen.Nampaknya kebelakangan ini blog agak sepi, ke mana ya menghilangnya ahli keluarga ini?Kepada Abang Danuri dan Kak Ida, Selamat pulang ke Tanah Air. Maaflah tidak dapat menyambut kepulangan kalian di lapangan terbang dan di rumah tempoh hari, tanggungjawab pada negara harus dilaksanakan.Apa pun tahniah kerana berjaya mengunjungi Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah.Semoga esok lusa saya dan keluarga akan dapat mengikut jejak langkah abang dan kak Ida.

Kepada Lan dan isteri, Tahniah dan rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru.Inai di jari masih lagi merah, bulan madu masih manis, harap-harap kalian mampu menggalas tanggungjawab sebaiknya dalam memainkan peranan masing-masing..

Kepada Niah, wah..nampaknya persiapan untuk menjadi raja sehari semakin rancak, kak Tie dan Kang Mis pun bertambahlah sibuknya.Alahai membuat kenduri menerima menantu kali pertama la katakan walaupun bukan menantu yang pertama.Walau apa pun berhemahlah dalam membuat perbelanjaan, rancanglah dengan baik, berbincanglah dengan suasana yang harmoni dan terbuka antara ahli keluarga.Mana yang boleh dibantu, kita bantu dan mana yang boleh kita murnikan kita sama-sama laksanakan.

Kepada anak-anak yang akan memulakan persekolahan semester baru di tahun baru,selamat kembali ke sekolah.Teruskan usaha dengan lebih gigih, tanamkan tekad dan capailah azam yang positif, semoga kejayaan milik kita.Farah akan menduduki PMR, Anis akan menduduki SPM, Siapa lagi ya yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini?

Kepada anak-anak buah yang lain teruskan usaha dalam mengejar impian, cita-cita dan visi, tapi awas jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa tujuan tanggungjawab sebagai hamba Allah.Saya pun sebenarnya mengingatkan diri sendiri yang selalu alpa, sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari segi hubungan kita dengan Maha Pencipta mahupun hubungan kita sesama manusia apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga..

Kasuttanpastokin, bagaimana dengan rancangan untuk bermuzakarah dengan ahli keluarga di tempat yang lebih dingin dan nyaman?Rasanya cadangan itu menarik, tapi kesempatan agak terhad.lagipun setiausaha kita cik Norasyikin agak sibuk dengan kerjayanya. Namun demikian saya mengharapkan agar kasuttanpastokin terus menulis dalam blog ini kerana ramai dalam kalangan kita perlu bimbingan dan panduan dari yang senior...

TRAVELOG UMRAH DAN ZIARAH

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Al-Rahman ayat 36)

Catitan ini ku tulis selepas kembali nya saya dari mengerjakan Umrah dan Ziarah. 17 -29 Dis 2009 1muharram 1431H - 11 Muharram 1431 H. Perasaan bersyukur teramat sangat ku panjatkan kepada Allah SWT kerana telah memberi kesempatan menunaikan Umrah dan Ziarah dengan diberikan Tufik dan hidayah yang tidak terhingga sehingga hati kami begitu berat dan masih merindukan rumah mu Baitullah. Namun tuntutan terhadap urusan dunia ini juga merupakan satu tanggungjawab yang wajib diuruskan sehingga akhir hayat dan kami kembali semula ke bumi machang ini untuk melaksanakannya.
Catitan ini juga ku tulis bagi menggambarkan perasaan kami dan sebagai motivasi kepada mereka yang belum pernah menjejak kaki ke bumi para ambia ini. Dan catitan ini hanyalah catitan peribadi dari saorang hamba nya yang daif dan dungu tentang Agama dan sering membuat dosa dan menzalimi diri sendiri dengan pengetahuan yang sangat terhad dan cetek terhadap agama Islam itu sendiri.Astaghfirullah, Subhanallah, Alhamdulillah.

Mengapa Umrah?. ...tidak Haji?...
Ini soalan pertama yang sering ditanyakan kepada ku...Jawapannya mudah. Haji itu wajib tetapi dalam keadaan sekarang kita perlu tunggu giliran dan giliran ku masih belum sampai. Umrah juga wajib bagi yang sudah berkemampuan dan boleh dilakukan bila-bila masa. Sebenarnya keinginan untuk mengerjakan Umrah telah lama terpendam.Sejak tiga tahun dahulu sebaik sahaja aku dinaikkan pangkat kepada Pensyarah Kanan. Namun jemputan nya tiba hanya dalam 2 bulan sebelum berangkat dimana hati ini telah nekad untuk tidak mahu memikirkan sebarang urusan yang boleh membantutkan rancangan dan cuba mencari ketenangan yang abadi kerna makin lama ditangguhkan hati ini makin resah, gundah dan semakin banyak perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati yang ku hadapi. Sedangkan sebelum itu terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dan difikirkan sebelum betul-betul berani membuat keputusan untuk meningalkan segala hal urusan dunia, keluarga kerjaya dan sebagai nya.
Subhanallah.........
Sebulan lagi nak berangkat perasaan yang berbagai-bagai ku rasai. Takut dengan pelbagai balasan keatas dosa-dosa yang telah dilakukan, masih tidak hafal doa-doa yang panjang dan banyak ....ditambah pula dengan berbagai syarat peraturan yang perlu diikuti jika dilanggar akan menyebabkan ibadat kita terbatal malah boleh di kenakan dam....walaupun membuat Umrah...Masyaallah....Lalu bertanyalah kepada ustaz-ustaz yang ada di kampus ini mencari tip-tip dan panduan disamping mencari kekuatan rohani....dan sedikit keimanan...yang memang senipis kulit bawang pun barangkali tak ku punyai....Akhir nya Ustaz kata disitu bukan tempat pembalasan tetapi tempat untuk kita menyucikan jiwa..Insyaallah pohon kemudahan dan petunjuk sebelum pergi berangkat....Bangun malam buat sembahyang taubat... tahajud...dan hajat.....Dan itu lah yang aku praktikkan saban malam disamping sebenarnya itulah latihan awal sebelum kita ke Tanah Suci......
Aku dan isteri berangkat ke KLIA dari Airport Pengkalan Cepa dalam hujan gerimis selepas subuh 17 Dis 2009 dan tiba di KLIA jam 9 30 pagi. Emmi sudah menunggu di sana lalu masih ada urusan dunia lagi yang belum diselesaikan. Terus menuju ke Bangunan Canselori UiTM Shah Alam untuk sesi penggambaran bagi penyelidik-penyelidik UiTM (Nampak nya nama ku sudah tersenarai sebagai salah saorang penyelidik di Universiti ini). Ia bagi dimasukkan dalam profil buku penyelidikan Universiti. Sesi Fotografi tamat jam 11.30 terus ke rumah emi untuk bersiap ke KLIA kerana perlu berkumpul pada jam 1 petang.

Jam 4 30 petang kami terbang dengan Saudi Air ke Jeddah....penerbangan mengambil masa lebih 8 jam. Rombongan kami dianggotai seramai 200 lebih orang jemaah atau 5 bas. Kami transit di bahrain namun tidak turun sebelum meneruskan perjalanan ke Airport Jeddah dan tiba disana sekitar jam 7.30 malam. 17 dis 2009 1 Muharram 1431 H. Kami menyambut tahun baru Hijrah tahun ini di bumi para ambia. Semoga sambutan Maal Hijrah ini menjadi titik tolak mengubah sempadan keimanan kami. Amin...

Di airport Jeddah dugaan pertama yang kami tempuhi.... (sambungan bahagian 2).

Wednesday, December 23, 2009

melaka bandaraya bersejarah

segalanya terjadi tanpa dirancang. memang kebiasaan kami akan bercuti pada akhir tahun. waktu itu cuti sekolah yang panjang dan ahli keluarga juga balik kerana cuti semester. sally tahun ini tamat pengajian; juga akan cuti panjang. nahar sebelum bekeluarga inilah waktu yg beliau dapat bersama adek beradek. waktu sebenarnya semakin pendek sedangkan tempat yg sesuai belum dimuktamadkan. tahun lepas kami ke langkawi, naik cabel car di gunong mt. cincang. tahun-tahun sebelum itu semasa aku di tk. intan kami sering bercuti di pulau pangkor. memandangkan makan agak susuh, kini tempat itu tidak lagi menjadi pilihan pertama.

minggu lepas aku telah mendapat arahan menjalankan tugas di melaka. tarikhnya pada 21 hb disember. oleh kerana aku tidak biasa dgn bandar melaka dan perlu berada pagi di sana maka aku merancang utk bermalam sehari sebelum. kawan yg tinggal di melaka telah ku minta bantuannya bagi mendapatkan penginapan. malangnya banyak hotel dan resort telah ditempah awal sehingga lepas krismas. mujurlah nahar telah berjaya mendapatkan hotel. dari situlah percutian akhir tahun keluarga ku dapat dilaksanakan.

mulanya kami membayangkan bandar melaka seperti bandar-bandar lain di negara kita. sebenarnya ia berbeza. pelancungan adalah produk melaka. kerana itulah apabila aku menjalankan tugas, keluarga yg turut serta telah melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat-tempat pelancungan. begitu banyak tempat yg disediakan sehingga lewat petang masih ada yg belum dijejaki. sebelah malam setelah mandi kami sempat menyusuri sg melaka menaiki bot, kata mereka venice timur. suasana malam sangat mengasyikkan dgn lampu-lampu disepanjang tebing terutamanya rumah-rumah di kg. morten. tapi benarlah kata ramai orang, suasananya berjaya diceriakan; tetapi bau air sg. yg kurang menyenangkan masih gagal diatasi. kata nahar, sg. kallang lebih teruk dari itu telah dapat di jernihkan begitu juga dgn sg di korea. sepatutnya sg melaka bersih dan jernih kerana ianya produk pelancungan. wajarkah kita menjual produk yg berbau kurang menyenangkan!

sebagai warga yg patriotik, aku sayang negara ini. tetapi nampaknya masih ramai rakyat yg memandang dingin kepada pembangunan jatidiri. lainlah kalau kau pendatang. matlamat keberadaan kau hanyalah mengumpul dana sebelum kau larikan ke negara kau. dinegara lain yg menjadikan pelancungan sebagai produk negara, rakyatnya mempunyai kesedaran tinggi utk turut menjaga persekitaran dan suasana. mereka akan turut sama menjaga kebersihan kawasan dgn mempastikan sampah dan bahan kotoran tidak dibuang merata. tetapi disini tong sampah hanya hiasan semata.

sebagai bandar tua dan bersejarah, melaka banyak musium. musium samudra, tentera laut, kastam dan berbagai lagi. bandar yg telah lama wujud memang mempunyai banyak peninggalan. dimana lagi kalau tidak dilonggok di musium. aku memang sentiasa menghargai sejarah silam dan sesiapa yg tahan mengikut aku akan bertambah pengetahuannya dalam memahami salasilah negarabangsa. aku gemar berziarah ke musium. tapi sayang, ada beberapa musium pintunya telah terkunci! memanglah mengurus musium memerlukan dana, dan peminatnya dalam negera yg sedang pesat mengejar meterial amatlah kurang. kerana itu agaknya ia telah ditutup. mungkin sementara waktu.. tetapi sayang sekali aku tidak dapat menikmatinya pada kesempatan ini.

didalam ilmu sosiologi kehendak manusia telah di bentuk secara piramid. manusia akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum berupaya memenuhi keperluan yg lebih tinggi. orang-orang akan memenuhi keperluan makan minum dan tempat tinggal terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan rohani dan kejiwaan seperti seni, sastera dan renungan. kerana itulah kita kurang menghargai arts, tetapi menggemari artis kerana artis dipromosi secara kasar dan gosip. kerana itulah kita tidak menggemari musium dan tidak menjaga taman kerana jiwa kita belum cukup halus bagi memahami sesuatu yg seni dan keindahan. benarlah melaka telah mengesahkan kita bangsa bertamadun, tetapi dapatkah kita mempertahankannya. nampaknya kita seperti berada di pentas sandiwara.

kami balik semalam dgn fikiran berbagai. kagum dgn pembangunan pesat bandar melaka dan kesungguhan pemerentahnya. kesal kerana banyak musium tutup pintu. sedih kerana taman mini asean terbiar rumah-rumahnya yg dalam beberapa tahun lagi akan memudahkan produser pilem hantu dan seram membuat penggambaran dan terharu kerana layanan baik sahabat yg telah lama tidak bertemu.

disepanjang jalan balik aku terlena, memimpikan hang tuah lima beradek, taming sari dan puteri hang lee po. tahun hadapan kemana kita ye...



klg.

MAKLUMAT KELUARGA BAH. 2


Assalammualaikum kpd smua ahli keluarga ku,
terima kasih ats maklumat keluarga yg telah anda berikan TETAPI masih byk lg fam. yg belum memberi apa2 maklumat.
Setakat ni fam. paman amy dan fam. shahri je dh lengkap cuma klu leh emailkn skali gmbr fam. tp sorg2 punyelh.
So ingin sy seru skali lg, tlg berikan maklumat keluarga masing kepada saya melalui blog ini atau email kpd muhamadnahar@gmail.com

maklumat yg saya perlukan:
1. maklumat kakek.
2. maklumat keluarga masing2 termasuk tarikh nikah dsb.
3. nama penuh anak2.
4. gambar setiap org.

kerjasama anda semua amat dialu-alukan.
sekian, terima kasih.

Sunday, December 20, 2009

1413 Hijrah.

18 hb disember 2009, bersamaan juma'at- hari mulia utk beraleh tahun. hijrah 1431. penutup 1430 kelmarin dikunci dgn doa akhir tahun. aku sempat membacanya 2 kali. sekali dipejabat sebalum balik dan sekali lagi di trafic light kapar. hampir-hampir maghrib memang aku selalu di situ. doa itu adalah doa memohon keampunan kerana salah yg kita lakukan sepanjang tahun lepas. selepas maghrib, kita buka pintu tahun baru dengan doa awal tahun. kita panjatkan pemeliharaan dan mohon kebaikan dilimpahkan sepanjang tahun ini. aku sedar ramai tidak membacanya. sangking sebok atau tidak ambil kesah.

syariat Islam telah lebih 1,400 thun. syariat Nabi Isa bertahan 500 tahun lebih kurang lalu umatnya meminda-minda hingga syariat asal tercemar. lalu Islam menggantikan.aku akan berdoa agar semangat/ spirit keislaman tidak meninggalkan malah makin menguat pada jiwa setiap ahli keluarga ini; walau dimana mereka berada sejauh USA atau sabah.. bah.

sewajarnya tahun beraleh, azam kita juga diperbaharui. banyak perkara positif boleh diambil sebagai azam tahun baharu. kepada pelajar, berazamlah untuk membuat pencapaian yg terbaik. pada yg sukar bangun pagi berazamlah utk berubah dan jadikan subuh sebagai pembuka hari, bukan subuh gajah. mereka yang akan balik 'u' berazamlah utk dapat anugrah dekan. banyak faedah kalau ianya kau capai. boleh sambung ketahap lebih tinggi. dalam keluarga ini masih belum ada Phd. bukan pingat hasud dengki. bagaimanapun kita telah ada enginear dan akauntant. siapakah bakal doktor?

mereka yg telah tamat belajar berazamlah utk menjadi pekerja kelas pertama. ramai yg baru bekerja tapi motivasi, nol! aku turut menghadapinya. pegawai muda yg angkuh dan berasa pandai dalam era maya ini. hargailah kerja kerana kini kerja sukar diperolehi terutama dalam bidang kita. percayalah apa yg kita pelajari di'u akan tidak berguna dalam pekerjaan. yg dapat kau gunakan adalah keyakinan diri dan pengalaman menyediakan tesis dimana kau tak tidur malam serta tension menghadapi pepereksaan akhir tahun. ianya akan sangat berguna apabila kau diarah menyediakan kertas kerja oleh bos mu kelak.

ibu-ibu muda berazamlah utk mendidik anak-anak dgn cara terbaik. fitri ku lihat kurang tangisnya, kau memang mengamankan ayahibumu. tetapi adam & co jeritnya bertingkah. sekampong bisa gamat. ibumu juga gawat. suria anakmu sudah 4. tentu ada no.3, berlainkah dengan saudaranya? tapi kau telah lali dengan kerenah anak-anak. kau akan matang dengan sendirinya. ingatanku hanya satu. kau perlu sensitif, anak-anak cepat berubah dan setiap perubahan harus dipastikan pada landasan yg betul. mengurus anak bukan sukar, tapi kau perlu sabar. anak sebenarnya mengikut ibubapa. kitalah idola mereka, kitalah fokus mereka. berikan tauladan yg baik. sentiasalah nasihati mereka, tetapi dengan cara berbeza kerana setiap anak ada pembawaan sendiri.

pengantin baru apakah azam kalian.

tengahmalam semalam aku dapat masage nuri. beliau sedang transit di bahrain. kau tahu pukul berapa disana? 7.20 mlm. 5 jam kebelakang. petang tadi dia beritahu baru balik subuh di Masjidilharam. aduh.. nadanya sangat syahdu. ditempat yg sangat suci itu, kita tidak berupaya membuka minda jahat dan nakal kita. aku yg suka mengusik kalian, pasti akan menulis secara tulus disana. tapi takdirku belum sampai. Insyallah nuri akan mendoakan kita di multazam. tempat yg sangat mustajab doanya.

kepada mereka yg masih ghairah mengejar dunia, aku nasihatkan kejarlah dgn sepenuh dayamu. syarikatmu masih baru dan muda. carilah kerja sebanyak mungkin. kau perlu memperelok profail syarikat dgn pengalaman kerja. tetapi jangan lupa cari ilmu. mengurus perniagaan bukan mudah. setiap pelaburan pastikan pulangannya. setiap RM yg kau belanja wajar kembalinya lebih dari itu. 2 x RM. peniaga selalunya orang yg bodo-bodo sikit. oleh itu gunakan orang yg pandai. umpamanya yg ada BBA. mintalah bantuan bagi memahami kewangan dan kosting. saudaraku yg pandai itu bila buat niaga masih jatuh/bangun. rekaan baru yg diciptanya sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa tidak pun diimplimentasikan. katanya lebeh biasa yg tradisional. dia semacam dgn leanardo da vincci banyak mencipta tapi tak digunakan.

saudara-saudara senior kita, apa azam wak. telah ku katakan semakin tua kita, semakin kecil dunia ini dan semakin burok. kerana kami tahu suatu waktu kita akan berpisah dengannya. kesayuan itu membuat dunia ini semakin kabur dan tidak kita sayangi. seperti kekasih yg membenci, biarlah kita lupakan.

aku tahu kepada sebahagian orang, tahun yg telah berlalu itu telah menghulurkan sembilu yang menghiris hati dan perasaan. perasaan adalah cahaya. sekali cahaya terobek bayangnya pasti terlihat walau bagaimana kau cuba menyembunyikan. bagaimana pun ketahuilah bahawa cahaya hanya bisa dirawat oleh cahaya. dari itu dekatilah cahaya agar cahaya yg luka itu bisa disembuhkan.

berbagai cadangan telah ku lontarkan buat azam kalian pada tahun ini. tidakkah ada yg ingin bertanya mengenai azamku. aku pun punya azam tetapi tak akan ku nyatakan. biarlah ianya menjadi ingatan ku semata. seringkali apa yg kita azamkan pada awal tahun tidak dapat kita laksanakan. ini menunjukkan betapa lemahnya kita.perkara ini perlu kita perbaiki. tetapi pastinya setiap tahun kita akan berubah dan pengalaman kita akan bertambah. dapat memenafaatkan pengalaman juga satu pencapaian yg membanggakan kerana didalamnya ada ilmu yg disembunyikan. berazamlah utk menambah ilmu dan pengetahuan dalam apa bidang sekalipun.

semuga Maal-hijrah ini akan memberi kebaikan kepada semua ahli keluarga sakijansaamah. wassalam.

salam hijrah.
klg.

Wednesday, December 16, 2009

Memohon keampunan dari semua.

Salam semua,
Ketika entry ini ku tulis aku sedang bersiap kemas apa yang patut untuk ku bawa ke Tanah Suci esok 17 Dis 2009. Perjalanan ini memang ada kelainan nya dengan perjalanan jauh yang pernah ku tempuhi sejauh benua kecil India malah ke kota London sekalipun. Tension dan dugaan nya sangat berlainan sekali. Ku kira ini merupakan pengalaman baru dalam siri pengembaraan ku di bumi Tuhan yang maha kaya ini. Kali ini aku menjadi tetamu nya bakal mengunjungi rumah suci yang menjadi kiblat setiap manusia yang berugama Islam di dunia ini Insyaallah.
Niat ini telah lama ku pendam.Namun benarlah kataorang kalau belum dapat jemputan kita tidak akan sampai ke sana. Jemputan istimewa untuk umat nya yang ku kira juga istimewa. Aku bermohon kepada Allah SWT agar aku menjadi tetamu nya yang istimewa. Yang sangat istimewa. Ya Allah terima lah kami sebagai tetamu mu yang istimewa dengan segala kemudahan dan jauhkan lah kami dari segala kepayahan sepanjang kami menjadi tetamu mu.Jangan lah engkau pesongkan niat suci kami untuk beribadat dan menyucikan jiwa kami. Jauhkan lah kami dari perasaan ingin bershoping dan malas sebalik nya sentiasa berperasaan cintakan rumah mu, dan memperbanyakkan waktu ku untuk mendekati mu. Beramal ibadat dan bermunajat kepada mu Ya Allah. Berilah aku tempat yang paling istimewa untuk ku pohon kan doa di Multazam, bersembahyang dihadapan Kaabah yang paling hampir dan mengucup Hajjar Aswad. Ya Allah berilah kesihatan kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu mu, berilah kekuatan fizikal, emosi dan mental kepada kami dan jauh kan lah kami dari berselisih faham diantara kami sebagai suami isteri dan jauh kan lah kami dari menyakiti orang lain sepanjang kami di tanah suci. Ya Allah ya Tuhan kami jauhkan lah kami dari perasaan riak dan membangga diri sebalik nya kami datang sebagai tetamu mu yang sangat daif yang menzalimi diri sendiri dan penuh dengan dosa Ya Allah permudahkan lah urusan perjalanan kami pergi dan kembali dengan selamat. Semoga perjalanan dan pengalaman ini dapat mengubah sempadan keimanan kami ya Allah .....Robbana Aatina Fiddunia Hasanah Wafil Aakhiroti Hasanah Wakina Aza Ban...Nar. Amin.
Kepada semua pembaca Blog ini kami memohon keampunan zahir dan batin doakan kami mendapat Umrah yang Mabrur.Insyaalah pengalaman ini akan ku kongsi bersama dalam entry akan datang sekembalinya kami dari Tanah Suci.
Amin.

Machang
Kelantan

Monday, December 7, 2009

Subject: surah al-quran sbg petua
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:

* Forward email ini kepada insan yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat

Foward dari kenalan melalui email
Wallahhualam.

Sunday, December 6, 2009

Raya Haji 09


Lagi gambar hari raya haji lalu...
Minta sesiapa yang lain yang ada mengambil gambar (Ayun) ataupun yang lainnya silalah persembahkannya...

Hari Raya Korban 2009

Assalamualaikum..

Setelah Hari Raya korban berlalu 2 minggu inilah antara gambar-gambar yang sempat diambil sempena hari raya korban yang telah kita
sama-sama sambut di kediaman Hjh Siti Khabsah & Hj Miskiran Tukimin di 193 Felda chini 5





Gambar di pagi Hari raya korban



Mesyuarat selepas solat hari raya membincangkan
1) Majlis perkahwinan En Azlan
2) Majlis perkahwinan En Nahar
3) Majlis Cik Saniah
4) Next Year Event (Family day-Cadangan Langkawi)
3) Hal-hal Berbangkit lain




Gambar di Cherating Hari Raya kedua

Pagi sblm bertolak pulang ke destinasi masing-masing
Tidur lagi da.. Bangun oi Sembahyang subuh.. ooo lepas sembahyang kot.

Majlis perkahwinan anak bibik roh di seksyen 16





KUTIPAN YURAN PERSATUAN 2009

Assalamualaikum..
Seperti yang telah kita putuskan didalam majlis mesyuarat yang telah diadakan pada hari raya korban yang lalu 22 nov 2009 dikediaman siti khabsah & En miskiran. saya memohon jasa baik semua ahli keluarga untuk membuat bayaran pada 13.12.2009 semasa berkumpulnya semua ahli keluarga di rumah Kang misbakhulmunir di pasir panjang atau membuat bayaran secara online @ bank0in kedalam akaun persatuan keluarga yang telah di buka oleh suria (016-6850859) A/c no CIMB BANK (BCB) :- SAMSIAH BINTI SOBAR 1226-0075906-52-4.
Seperti yang telah semua sedia maklum dan telah dimaklumkan,baki tunai didalam bank (akaun keluarga tersebut berjumlah RM200.++), dengan terkumpulnya duit tersebut dapatlah kita melakukan pelbagai aktiviti persatuan kelak, seperti hari keluarga (membeli hadiah, hotel, perjalanan & segalanya)-seperti yang sedia maklum.
Jumlah bayaran yuran juga telah kita semua persetujui iaitu RM120.00 kepada ahli yang masih bujang tetapi telah bekerja, & RM240.00 kepada semua ahli yang telah berkahwin.
senarainya adalah seperti tersebut:-
1) Keluarga Misbakhulmunir RM 240.00
2) Keluarga Siti Khabsah & miskiran RM 240.00
3) Keluarga En Kasuttanpastokin RM 240.00
4) Keluarga En Danuri Menara Gading RM 240.00
5) Keluarga Halimi & Suria RM 240.00
6) Keluarga Pn Kamisah & En Yusof RM 240.00 @ USD 240.00
7) Keluarga Shahri & Pn Balkis RM 240.00
8) Keluarga En Azlan RM 180.00 (Diskaun Baru kawin)
9) En shahrul nizam RM 120.00
10) En Muhd Nahar RM 120.00
11) Cik Norasyikin RM 120.00
12) Cik Saniah RM 120.00
13) En Khairul Anuar RM 120.00
14) Cik Nurul huda RM 80.00 (Bekerja & Belajar)

Jumlah kewangan wang sepatutnya dapat di kumpul adalah sebanyak RM 2540.00

Diharap agar semua ahli memberikan perhatian kepada perkara ini.

Sekian.

Thursday, December 3, 2009

MAKLUMAT AWAL KELUARGA


Assalammualaikum,
atas jawapan yg memberangsangkan utk wt salasilah keluarga nie, so sy kita akan mulakan skrglh.
utk permulaan sila berikan nama penuh arwah kakek & embah (klu sape2 ade tarikh bile diaorg kawen lg bgs & bg skali tarikh diaorg meninggal).
pastu bagi sekali nama masing2 n pasangan dgn tarikh kawen skali.
klu nk bg maklumat anak2 skali lg bgs.
tuk semua bg tarikh lahir skali..
lain2 akan di imform kemudian...skrg xleh nk ingat semua.

Wednesday, December 2, 2009

Last month of this year....

Inspire, Hope, Dream, Peace

Moga-moga bulan terakhir tahun ini memberi kita ilham...harapan untuk lebih memperbaiki diri pada tahun hadapan...dan angan-angan yang kita impikan pada tahun ini menjadi kenyataan sebelum tirai tahun ini dilabuhkan dengan ketenangan dalam diri kita...mahupun dalam kehidupan kita....

Jadikan lah inspirasi dalam keluarga ini sebagai contoh untuk kita lebih berjaya pd masa hadapan....

"Nothing gonna change our life, if we are not desire to change ourself"

and

"Always prepare the next step in our life...coz yesterday is a history...today is a story and tomorrow is a mystery"

wassalam....

from:

Tuesday, December 1, 2009

Berkorban untuk jadi cemerlang

Ketika aku memandu ke cerating sabtu lalu dengan Wak Miskiran kami berbual mengenai masa dahulu dan sekarang. Betapa bertuah nya anak-anak sekarang. Dahulu tak pernah terpikir pun kami akan mengalami keadaan seperti ini. Bercuti ke Cerating. Memandu dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan kereta masing-masing samaada baru atau secondhand.
Bermalam didalam bilik yang dilengkapi dengan Tv plasma katil antik dan ada ruang tamu yang selesa. Dahulu ruang perjalanan kami hanya lah sekitar kampong dan hanya melintasi sempadan daerah sahaja. Pergi pagi dan balik lewat petang. Kolam renang hanya gambaran dirumah orang kaya.Kolam renang kita hanyalah parit di tepi sawah. Tapi kita main bola dalam kolam renang di Impiana sabtu lalu.
Zaman telah berubah. Malah kita telah merancang untuk mengadakan Hari Keluarga pada tahun depan cadangan nya ke Langkawi. Ketika ini Mat sedang menjadi Parawisata di Jogjakarta. Jam 1tengahari tadi kasuttanpastokin ini mengirimkan mesej kepada ku mengatakan dia baru sampai di Jogja. Tidak dapat aku pastikan samaada dia pakai stokin ke Jogjakarta atau tidak. Pun aku pasti dia tak terfikir untuk sampai ke pulau Jawa tempat asal usul keluarga kita. Sebagaimana aku telah sampai ke Jakarta Bogor dan Bandung April lepas. Pastinya dia akan membawa cerita baru dari sana.
Ada masa dan ketika perjalanan hidup ini disandarkan kepada takdir. namun kita perlu merancang. Kemudian diikuti dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal. Perancangan dan usaha bersungguh-sungguh perlu bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Kita perlu menjadi cemerlang. Dengan kecemerlangan kita akan punyai banyak pilihan. Untuk menjadi cemerlang kita perlu pengorbanan. Korban masa, tenaga,emosi,pemikiran wang ringgit dan mengorbankan perkara yang paling kita sukai -tidor, berehat bermain dan bermalas-malas.
Jenerasi yang senior memang telah banyak berkorban demi kesenangan jenerasi junior. Bak kata wak miskiran kami adalah peneroka, jenerasi seterusnya perlu memajukannya. Oleh itu mereka perlu meneruskan pengorbanan ini demi kelangsungan jenerasi seterusnya dan jangan lalai ditengah jalan oleh secebis kejayaan yang belum berakhir.
Kejayaan hidup umpama perlumbaan diantara sang arnab dan kura-kura. Meskipun sang arnab itu gagah, pantas tetapi ia tidur dan berehat ditengah perlumbaan manakala sang kura-kura yang lambat tak pernah berhenti berlumba dan akhirnya dia berjaya kegarisan penamat dan diistiharkan sebagai pemenang. Musim cuti dan hujan ini isilah masa dengan membaca, berdiskusi dan merancang untuk tahun hadapan. semoga mejadi ahli keluarga sakijan saamah yang cemerlang.

machang.Klntan.

Inspirations

Moga ini menjadi inspirasi kalian

ADA SATU CADANGAN . . .


Kepada semua follower,
aku ade satu cadangan...
aku penah wt salasilah keluarga kt my heritage.com
so aku ingat nk kembangkan dr arwah kakek & embah...
ape pendapat semua??
kalau ok..leh aku start wt sbb nnti anak2 kecik semua leh pkai tuk sek dia nnti sbb msti cikgu bagi tugasan salasilah keluarga nie..
nnti xdelh serabut kepala bdk2 2...
mcmne???
sila berikan cadangan masing2....
tqvvvm....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification