Sunday, October 25, 2009

SUARASA SEORANG IBU

Esok Adam akan menghadapi peperiksaan akhir tahun, darjah satu bagi tahun ini. Ini bukanlah kali pertama Adam menghadapi peperiksaan. Tapi, sebagai seorang ibu, debarannya lebih dirasai...mungkin ada pendapat mengatakan apalah sangat dengan peperiksaan budak sekolah rendah, darjah/tahun satu pula tu. Kalau SPM lainlah ataupun paling tidak UPSR. Persoalannya ialah sebagai seorang ibu, kita biasanya mengharapkan anak kita mendapat yang terbaik. Atas faktor itulah seseorang ibu sering menasihati anak-anaknya agar mengulang kaji pelajaran atau atau lebih tepat berleter. Situasiku juga begitu. Adam tidak istoqamah dalam mengulangkaji pelajarannya. Dia lebih leka main, menonton siri kartun kegemarannya atau bertengkar dengan adik-adiknya. Menjelang hari-hari peperiksaan baru ditunjukkan jadual peperiksaannya. Sudahlah begitu dia sedikitpun tiada perasaan risau sebaliknya mengharapkan kita yang menunjukkan setiap jawapan latihan ulangkajinya. Peperiksaan Akhir Tahun akan menentukan kelas yang akan didudukinya tahun depan. Takkan nak duduk di kelas 2 Dahlia ? Paling terukpun biarlah 2 Bakawali kalau tak dapat 2 Anggerik pun...Itu belum kira nombor berapa dalam kelas/darjah, berapa A nak dapat? Sebagai seorang ibu bukan sahaja prestasi anak yang difikirkan, prestasi diri sendiripun kena jaga, yelah kalau rakan sejawat tanya," anak kau macamna? Naik darjah 2 apa? Nombor berapa?" Itu belum jiran-jiran/saudara mara tanya, " hai anak cikgu pun tak boleh score ke?" Siapa nak menjawab tu.....tekanan ni....

Friday, October 23, 2009

mari kita doakan mereka

sewaktu aku menduduki PTK beberapa tahun lalu, aku telah menghubungi kak ti pada malam sebelum pereksa.'mimpi apa ni' mesra bunyi suaranya dari tengah hutan cini. kakti kepada aku suaranya sentiasa mesra. kalaupun dia tak puas hati atau mendongkol perasaannya, dia tak kan marah. marah kepada adeknya yang seorang ini, tak bererti langsung. ngetablek!
aku katakan aku nak ambik pereksa dan minta dia doakan supaya aku berjaya. aku percaya kak ti telah mendoakan aku kerana keputusan pereksa - aku lulus!

dalam hidup ini kita tidak bersendirian. hidup ini adalah satu rantai. keluarga sakijan-saamah adalah satu rantai. setiap orang adalah mata rantainya. semalam baru aku sedar ianya telah memanjang lagi. haikal bin sahri. selamat datang. semuga tangisanmu lebih kuat dari abahmu semasa bayi. anak sulong patut lebih kuat teriakannya, kerana kau akan menjaga adek-adek mu. kalau dapat lebih lagi dari paman adam mu dan kalau boleh kembangan idungmu lebeh besar darinya apabila kau marah atau tak puas hati.

setiap dari kita mempunyai hubungan telepatik yang tidak berjasad. kalau kita ada kembaran ianya lebih kuat daya sentuhnya. kerana itulah tatkala ebal dan pamannya sedang mengata aku dalam box-catting- aku boleh resah dan batuk-batuk. kalau martabat aku tinggi, aku malah dapat mendengarnya melalui bisikan kalbu!

memang seringkali kita kelelahan untuk ziarah atau tiada cerita untuk dikongsi, oleh itu kita tidak berhubung. lalu kita menyepi tanpa kabar. sesekali perayaan dan rumah terbuka, baru kutatap wajah mu dan ku renung mata mu. perhubungan selalu kita bataskan dengan hubungan fizikal semata. sedangkan kita boleh berhubung secara batin, secara dalaman!
aku mengingati mu ini pun satu bentuk hubungan dalaman- kalau telepatik mu cukip power; kau akan dapat merasainya. bukan ingatan sahaja hubungan dalaman; malah satu bentuk hubungan dalaman yang sangat kuat kuasanya adalah : doa.

kerana itulah aku minta doa kak ti kerana aku tahu betapa mapannya kuasa doa yang yang dipohonkan oleh orang yang menyayangi kita.

beberapa minggu lagi ku kira semester tahun ini akan tamat. beberapa orang dari ahli keluarga sakijan pula sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. salybie di uitm, begitu juga zana. ebal pula di uthm, naim di polyteknik uo, arif dan huda, paman kurang pasti dimana. maaf !
pastinya meraka sedang memerah otak dan bersengkang mata belajar bagi menghadapi pereksa akhir. minggu lalu salybie beritahu tidak tidur selama 43 jam kerana menyiapkan projek dan tesis. hanya aku saja yang boleh tidur lena kalau pereksa dah dekat. suria jenis strugle, tentu dia tidak sealiran dengan aku.

anak-anak kita ini adalah generasi baru keluarga sakijansaamah yang akan menjenamakan semula keluarga ini. bakal memberi image berlainan. merekalah yang bakal mengenalkan keluarga ini dengan enginear, lecture, pilot, doktor, arkitek atau artis.malah munkin jutawan!
oleh itu jangan biarkan mereka sendiri-sendiri dalam mengalas tangungjawab berat ini. kita adalah sebahagian dari mereka. marilah kita hubungi mereka bagi menyatakan sokongan kita. sekurang-kurangnya secara dalaman.

bukankah telah ku katakan, doa adalah kuasa ampuh buat seorang insan. dari itu marilah kita sama-sama munajat kehadirat Allah swt semuga mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang, terang hati, mudah mengingat apa yang dipelajari. doakan juga agar kesihatan mereka terpelihara, emosi mereka tenang dan hati mereka tenteram. Amin!

aku sangat yakin dan percaya tiada doa yang ditolak. lagi-lagi kalau doa yang baik. tetapi kita tidak tahu doa siapakah diantara kita yang di makbulkan Allah swt. kerana itulah aku berharap semua dari kita melaksana kannya sebanyak mungkin dengan harapan diterimanya salah seorang dari kita. aku juga beerharap supaya ada diantara kita yang mempunyai ketahanan diri bagi melaksanakan puasa sunat atau solat hajat kerana ini juga mempunyai kuasanya yang tersendiri.

sumbangan ini tidaklah seberapa, tetapi sangat bermakna kepada mereka dan penjenamaan keluarga ini.
sesunguhnya: hidup ini pendek, marilah kita panjankan dengan zikir dan doa.

wassalam.

arip join persatuan???

hai.. apa khabar kepada ahli keluarga sakijan saamah??
`Arip baru nak join persatuan ni sebagai ahli biasa je...
tak yah kena bayar yuran kot, sebab belum berkerjaya lagi...
tak de apa crita lg la.. crita raya dah habis...
apa- apa pun, keep contacting...

CADANGAN AKAUN

Assalamualaikum..

seperti yang telah kita semua sedia maklum.. persatuan kita memerlukan dana untuk bergerak & juga tabungan untuk sebarang perkara.
saya mencadangkan agar kutipan yang dulu pernah kita kutip digerakkan semula, apa yang saya ketahui dana yang ada pada akaun persatuan pada puan samsiah berjumlah rm100 lebih sahaja. apa kata kalau kita mulakan tabungan bermula dengan setiap ahli yang telah berkeluarga membuat bayaran rm 216.00 setahun bermakna 18.00 sebulan. bagi yang telah bekerjaya (bekerja) bayaran rm 10.00 sebulan @ 120.00 setahun akan dikenakan.
bayaran boleh dibayar sekali setahun @ 2x . bermakna kita boleh mengumpul rm2352.oo

mungkin ada sesiapa yang mempunyai idea yang lebih baik?.

banyak aktiviti-aktiviti yang boleh kita jalankan dengan duit kutipan ini seperti membuat perjumpaan (gathering) ataupun membantu sesama ahli keluarga yang memerlukan. kalau dana kita banyak mungkin boleh kita usulkan untuk sebarang pelaburan bagi menggandakan dana yang sediaada.

sekian..

KENANGAN LALU


Kadang-kadang kenangan lalu perlu juga kita ingati, cuma ini yang ada pada aku untuk dikongsikan bersama.



gambar dengan kaktie








Gambar dengan Nuri masa kecik





Gambar dgn lan









MADAH UNTUK PANDUAN HIDUP

ADAH UNTUK SEKADAR RENUNGAN DIPAGI JUMAAT

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...


Thursday, October 22, 2009

SEKADAR SUATU RENUNGAN

Sudah dua hari aku memandu ke beberapa kawasan di Kota Baru. Menyinggahi dari satu bengkel pembuatan batik ke satu bengkel yang lain. Tujuannya hanya untuk mengumpul maklumat. Aku sedang melaksanakan suatu kajian profiling batik dengan grant penyelidikan dari ECER. Di temani seorang rakan bekas kakitangan perbadanan kemajuan kraftangan yang dah pencen juga bertindak sebagai informer aku memasuki bengkel-bengkel tersebut satu persatu. Ada sebanyak 191 pengusaha yang berdaftar dengan Kraftangan di seluruh kelantan. Hari ini baru 8 bengkel yang aku pergi.
Selama 2 hari ini terlalu banyak yang aku pelajari. Erti Sebuah kehidupan. Erti sebuah kegigihan. Ketekunan dan kegilaan. Semua nya digabung dan diolah dipintal menjadi tali kehidupan.
Aku membaca entry dari suria. Anak-anak zaman sekarang umpama kain putih yang dicorakkan dan diwarnakan oleh ..........mungkin terlalu banyak yang terlibat. tidak seperti dahulu. Dah tentu oleh emak bapak sendiri. Aku masih teringat kecik-kecik dulu ruang lingkup kehidupan kita amat terbatas sekali. rakan sepermainan kita hanya adik beradik dan rakan jiran terdekat. Hiburan hanya lah radio. Itu pun sentiasa berebut stesen dengan kakti terutama apabila ada bangsawan diudara. nak tengok tv kena pergi ke kedai arsad atau kedai kopi pak kasim. Itu pun kena tengok ikut tingkap atau duduk depan kedai kopi pak kasim waktu petang. Hitam putih pulak tu. Sekarang macam-macam ada kat rumah sendiri. TV Astro vcd segala-gala nya ada. Game yang ada nak mencabar sikit main tembak-tembak itu pun buat senapang sendiri lepas tu kubang kat parit belakang sampai merah mata main Konda kondi atau main bola rounders dan baling seliper. Sekaraang segala macam game ada depan komputer. tak cukup boleh down load dari internet.
maghrib mesti dah berada di rumah. lepas maghrib mesti mengaji. Ngaji dengan emak ok. Dengan kakti kena piat telinga. dengan bapak kena jentik telinga sebab tu telinga aku jadi keras. Lepas subuh kena ngaji lagi.... Bagaimana kita sekarang......bagaimana anak-anak kita dan bagaimana kita pulak sebagai ibu bapa mendidik mereka......
Lepas subuh .....kena kejut lepas tu sambung tidor sampai tengahari kalau waktu cuti.
Dulu subuh kalau terlewat baru dengar motor bapak depan kedai hj mat nooor berlari turun loteng masuk bilik air.....takut. sekarang bilik air tepi katil......... pun kalau tak kejutkan subuh dinosor lah depa. lepas subuh cepat-cepat capai buku .....buat lah apa yang patut sebab dia akan cek kita.........
Waktu sarapan mesti bersama...itulah waktu nya bapak akan memberikan syarahannya dan kita tak boleh lari dari mendengar syarahan nya sebelum di sudahkan denganmeninggalkan wang saku sebanyak 20 sen. Sekarang anak-anak kita berapa duit jajan nya ke sekolah.....

Marilah kita renungkan. Keadaan memang dah berubah, persekitaran dah jauh berubah.
Mak bapak pun dah berubah. Mendidik anak pun dah berubah caranya. Zaman dah berubah.Kadang-kadang seronok juga mengingat kesah lama kalau zaman itu boleh muncul semula dan anak-anak dididik mengikut zaman kita dulu........

asal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain......

jumpa lagi.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification