Tuesday, October 26, 2010

Wajah yang pernah kita kenali



dulu dan sekarang

Saturday, October 23, 2010

Insy'allah versi melayu

assalamualaikum,
Segala Puji bagi Allah, tuhan seluruh alam. KepadaNya kita memohon dan kepadaNya kita berlindung dari godaan syaitan terlaknat. kitalah hamba maha lemah yg memerlukan perlindungan.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan saw. semuga kita mendapat syafaat baginda pada hari yg tiada naungan.

sejak maher zain datang ke negara kita baru kita kenal penyanyi lagu Insy'allah. sebelum ini ana tak berapa kisah mengenainya walaupun suka kepada lagu berkenaan. tetapi individu yg obsess kepada penyanyi keturunan lebanon ini adalah ebal. ana dah kabo kat hang pa dalam entry tedahulu [rujuk : 10.10.10 ]. dalam facebook beliau beberapa minggu kemudian ana terbaca lirik lagu tersebut dalam versi melayu. baru sahaja ana berkira-kira utk memberi pendapat, minggu berikutnya dia load lagu versi melayu nyanyiannya sendiri. mulanya rasa janggal, kemudian rasa ok, sekarang rasa best lak. sehingga maknya nak gunakan dalam persembahan tadika akhir tahun. beberapa hari sudah semasa ana buka blognya: [infinitsane.blogspot] ana dapati lagu itu lebih baik kualiti suaranya berbanding yg terdapat dalan fb. sudahkah kalian mendengarnya!

desawarsa ini, nyanyian sentiasa mengelilingi kita. kemana kita berada atau bepergian nyanyian sentiasa ada. radio dan tv adalah medianya. dalam kereta, pawagam, kedai makan, ruang tamu malah dalam kenderaan awam juga sentiasa berkumandang. sehingga sewaktu sendirian pun kita menyanyi. dalam jamban dan menunggu mata lelap kepala kita menyanyi. ini dinamakan minda bawah sedar kita telah terpengaruh, dan pengaruhnya sangat kuat.

beberapa kali penceramah disurau depan rumah ana menyebut nyanyian adalah perkara lagho dan perlu dijauhi. terutama lagu-lagu yg menyentuh cinta dan kasih serta lagu-lagu barat yg entah ape-ape. pagi ini ana sarapan diluar. tv yg dipasang memaparkan siaran hitz, lagu-lagu luar negara bersekali dgn videoclip. memang ahli keluarga ana tak suka siaran ini. ana sesekali je buka nak tahu apa berlaku dalam dunia. sebahagian besar dari videoclip luar negara ini dalam penelitian ana terutama melibatkan penyanyi kulit hitam akan membawa masage keseronokan dan kepuasan libido. kalau si lelaki menyanyi diatas pentas, ada seorang wanita sedang menunggu dalam bilik. apa kena mengena lelaki menyanyi dgn perempuan dalam bilik kalau bukan berkaitan dgn unsur libido dan penguasaan. kalau ini setiap hari diasak dlm minda kita, pasti, minda bawah sedar kita akan re-programing sistem belive dan value kita bahawa hidup perlu seronok dan memuaskan libido. penyanyi-penyanyi kita juga mungkin telah terpengaruh dan berperilaku sedemikian dimana kalau kita meneliti banyak gejala sosial yg telah diberitakan dikalangan artis-artis kita didalam surat khabar.

orang-orang agama menasihatkan kita supaya menjauhi lagu dan hiburan yg melekakan. sedangkan kemana kita pergi, lagu dan hiburan mengelilingi kita. dalam situasi inilah ada ulama yg mencadangkan uzlah. bagi mereka yg jadi bos pada diri sendiri, mungkin boleh dan berupaya, tetapi bagi kebanyakan kita pasti berserah dgn keadaan sedia ada. berserah adalah kenyataan negatif. bersifat lemah dan menyerah. sepatutnya ada pilihan. dalam sirah Nabi saw ada diceritakan bahawa baginda tidak menolak hiburan. dibenarkan dalam keadaan tertentu dengan cara tertentu. pada pendapat ana pilihan kita adalah lagu-lagu seperti Insy'allah maher zain dan lagu ebal dalam versi melayu serta lagu-lagu nasyid kumpulan raihan sebagai contoh. lagu-lagu yg memuji Allah dan mengajak kearah kebaikan bakal menyemarakkan minda bawah sedar kita bagi meningkatkan ketakwaan. memang kita diminta berzikir, tetapi zikir terlalu primitif dan tradisional serta mempunyai kelas tersendiri. kerana itu ianya gagal menguasai ruang minda berbanding lagu peterpan atau lady gaga.

diberitakan pada jaman jahiliah, para penyair lebih disanjung dan dipuja dalam masyarakat. syair mereka yg memuja wanita dan arak sangat digemari. oleh itu wanita dan arak jadi objek libido dan kepuasan. kerana itu masyarakat mereka rosak dan bobrok. Rasulullah lah yg memperbaikinya. sekarang, lagu-lagu barat juga memuja wanita dan arak. bukankah kita juga menyanjung penyanyi lebih dari ulama, arak dijual merata dan wanita dipermainkan. bukankah kita telah kembali ke jaman jahiliah. jahiliah bagi fasa ke-2. tahukah kalian apakah yg Allah buat apabila jahiliah melanda makkah!
marilah kita dengar lagu ebal, maher zin dan raihan lebih banyak, lebih selalu sebagai sumbangan dakwah kita.
*Boleh dengar lagu InsyaAllah versi melayu kat bawah ni.





wassalam.

klang.

Wednesday, October 20, 2010

matlamat/ pereksa dah abis

assalamualaikum whw
dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang. dariNya segala pujian dan kepadanya segala permintaan. kita hamba dan Dia Tuhan. kita lemah dan kepadanya kita berlindung.
selawat dan salam buat Rasul Junjungan saw semuga selawat kita mendapat balasan dari para malaikat dan penghuni langit.

ana balik petang itu dapati farah sedang nonton tv. wajahnya tenang dan lega. nyata sekali tension sekian minggu telah terhakis dari rona wajahnya. ana tanya sudahkah ia jeritkan yahoo..... kerana hari itu pereksa pmr adalah hari terakhir. ade lah... jawabnya tanpa perasaan. semasa ana ambil pereksa srp [sama macam pmr- sijil rendah pelajaran] pada hari akhir kami telah jerit dgn berbagai jeritan bagi melepaskan perasaan tension. mungkin situasi dulu dgn kini berbeza. dulu kami jerit sepenuh hati, kini mungkin jerit perlahan pun dah lega dalam dada.

semasa hantar nuri ke klia setelah balik dari cina [ana dah cerita sebelum ini] ana terfikir satu perkara. apakah matlamat farah dalam mengambil pereksa pmr. oleh itu beberapa hari setelah pereksa tamat, ana tanya farah apa matlamat dia ambil pereksa. nak dapat 8A. jawabnya tegas. mungkin dia tahu ana suka kepada jawapan yg tegas. jawapan yg tegas menunjukkan keyakinan kita. ana suka ketegasan dan keyakinan. ini peribadi positif yg patut di pupuk semasa kita remaja. dgn dapat begitu banyak A apa yg farah nak. dia diam. mungkin mencari arah kemana ana nak bawa pertanyaan tersebut. atau tak faham soalan kerana soalan terlalu tinggi. adek beradik ana selalu keliru dgn perbualan ana kerana soalan tinggi begitu. kerana itu mereka sering mengangap ana negatif thingking!

soalan ana kepada farah terhasil dari maklumat yg ana dapat bahawa dia tidak isi borang utk masuk ke sekolah asrama jika dapat keputusan cemerlang. sedangkan borang itu telah dikeluarkan setelah tryle exm tempohari. ini bererti dapat 6A ke 8A ke tetap masuk tingkatan 4. berbeza pada jaman kak ti dan kang mis dulu, kalau tak pas srp, tak naik tingkatan 4. kena ulang. oleh itu mereka kena struggle. disini matlamat jelas, kena pas dan dapat sambung sekolah. kalau tak, stp - sementara tunggu pinangan. maknanya, pada peringkat srp sudah boleh menentukan future kita. sama ada kita drop-out dan cari kerja kilang atau sambung belajar dan ada harapan kerja kerajaan. tetapi pmr hari ni serupa macam akhir tahun persekolahan, tahun depan masuk tingkatan baru. adakah anak-anak kita yg seperti farah dikategoriekan sebagai berjiwa kecil. tidak bercita-cita. kalau dulu yes, sekarang, tidak semestinya.

bagaimanapun matlamat pmr beliau adalah 8A. utk siapa matlamat 8A di tingkatan 4 di sekolah yg sama. ana berpendapat ini sebenarnya matlamat ego kita sebagai ibu-bapa. beliau berhempaspulas selama ini bagi memenuhi matlamat ego mak-bapak. kerana kita sebagai mak akan ditanya oleh jiran semasa keputusan keluar kelak, berapa anak cik nah dapat pmr? dimana kita berasa sangat koman jika memberitahu keputusan setakat cukup makan sahaja. bagi cik gu seperti suria dan balkis, tentu lebih lagi penderitaan jiwa mereka kalau anak kurang cemerlang kerana cik gu sepatutnya dapat mengajar anak sendiri.

adakah kita bertindak bijak dan adil kepada anak-anak kita. soalan ini sangat berguna buat budak-budak kita seperti arie, jelan, nahar dan mungkin nurul yg telah ada stedy friend. mereka ada anak kecil yg perlu didikan dan di tunjuki jalan hidup. kita berharap mereka pandai sedari peringkat tadika. cemerlang pada setiap pereksa dan masuk u. mengapa? kerana kita miskin. pelajaran adalah harta yg boleh kita beri supaya mereka bakal senang. ini matlamat kita. kita pastikan matlamat ini diikuti. kita paksa mereka belajar. hantar tusyen. beli score-A dan berbagai lagi. tanpa kita sedari kita membentuk zombies dalam jiwa anak kita. dimana prinsip kebebasan. dimana pilihan. individu seperti ebal yg punya jiwa berontak pasti akan pilih jalan sendiri dari laluan pilihan kami. tandanya sudah mulai kelihatan. tetapi sabarlah kata ana dan minta beliau tamatkan pengajian sedia ada. sebenarnya pengajian yg dilaluinya adalah berkas-berkas pengalaman yg sangat berharga demi masa depan beliau. pengalaman ini akan terkumpul dalam kotak minda bawah sedar dan akan terbuka satu demi satu membantu menyelesaikan masalah yg bakal kita hadapi. bukankah ia sangat berharga.

kepada farah ana katakan supaya relax, jangan terlalu suspen dan tenang-tenang saja. matlamat sebenar adalah setelah ini. spm. pastikan pencapaian cemerlang kerana dgn itu akan dapat peluang yg baik ke peringkat lebih tinggi. lepas ini baru nampak future kita. bagaimanapun persediaan kena dari awal. tingkatan 4 sangat terkenal sebagai honeymoon year. form 5 struggle year. kita kena ubah sebaliknya. matlamat ini kena dihayati sepenuh jiwa sehingga tiada konsep paksaan. sehingga ada kesedaran dan inisiatif sendiri. setelah ini tugas kami hanya sebagai facilitator sahaja. anak-anak sepatutnya jangan dirosakkan emosinya sebelum peringkat itu. kita sering jumpa kanak-kanak periksa akhir tahun seperti ambl pereksa u. sedangkan tahun hadapan bertukar kelas juga. sepatutnya tenang dan ikuti perkembangan mereka. ingatkan pentingnya kelas A pada setiap tahun dgn cara berhemah dan kesedaran kendiri. bukan memaksa. memang persepsi dulu dapat no.1 terbaik. persepsi sekarang bukan nombor, tapi berapa A. biarpun no.10 tapi 8A, masih cemerlang. bukankah cara fikir kita telah berubah!

ana pun kena bersedia dgn emosi dan mental. walaupun apa keputusan farah, ana kena hadapi dgn tenag. pastikan dia tidak rasa guilty conscious dan terima dgn seadanya. hargai usahanya selama ini dan celebrate. kemudian ingatkan matlamat bagi tahap spm. apa yg perlu dilaksanakan berdasarkan pengalaman kita dan seniornya. semuga jiwa tenang akan dapat menguasai minda bawah sedar yg positif lalu menghasilkan tindakbalas positif juga. insyallah.

minggu lepas ana singgah rumah nuri. kami transit saja. tak sangka dia sedia makan malam ikan kembung goreng tepung. ana lantak dua ekor. kari kepala ikan dan sotong. banyak cerita positif dari cina yg dapat dipelajari dari lawatan beliau. ini juga dapat membuka minda. terima kasih dan selamat pulang ketempat asal. kami mengalu-alukan. kalau ada kompang memang kami berkompang sepanjang malam.

wassalam.

klang.

Monday, October 18, 2010

Sajak untuk ayah... anak.....

Menjelma cahaya subuh

Kumandang azan syahdu

Menusuk hati yang lama sendu

Gerak langkah

Seiring desir angin

Menyusur pasir putih

Melewati penghuni sepi

Di sana…

Kemboja segar berdiri

Tidak lekang zikir suci

Setia meniti hari

Korban diri layu menyembah bumi

Di sana…

kicau murai berterbangan

seakan mengucap salam

melabuh medan kesepian

meredah daratan keinsafan

Ayah…

Di sini aku berdiri

Berdiri anak yang sepi

Rindu menggamit hari

Tidak bisa dibendung lagi

Bapak…

Akulah bongsu tinggalanmu

Akulah yang masih mencari

Sisa-sisa keusangan

Sebuah kasih sayang yang abadi

Bapak…

Di sini aku masih

Menggenggam sebuah amanat

Amanat kasih kesumat

Yang pasti belum tersisih

Bapak…

Biar kita berpisah

Antara langit dan bumi

Hati anakmu masih di sini

Teguh melabuh hari

Bapak…

Di sini inginku sampaikan

Salam al-Fatihah buatmu

Dari anak-anak mu yang setia

Kami semua beradik.

Bapak…

Di sini kutaburkan

Bunga-bunga kerinduan

Kalam Yassin kuiringkan

Doa untukmu ketenangan

Bapak…

Terlerai sudah

Seribu kesyahduan

Bila terhampar segala kalimat

Moga rohmu dicucuri rahmat.



Anakku......

Bila kau sudah maju ke hadapan

Sesekali tolehlah ke belakang

Agar tidak kau lupa

Bagaimana susahnya menjadi

Seorang manusia berguna

Anakku......

Bila kau berjaya ke kemuncak langit

Sesekali pandanglah rumput di bumi

Agar tidak kau lupa

Tanah tempat asalmu

Anakku.....

Bila kau sudah mencapai segalanya

Janganlah kau mendabik dada

Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa

Dalam sekelip mata kau akan menjadi

Seorang yang meminta-minta

Anakku.....

Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan

Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya

Jangan sekali-kali kau lupa

Bahawa semua itu hanya sementara

Anakku ......

Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan

Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir

Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya

Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa

Anakku.....

Hanya itu nasihat dari ku

Buat bekalan di hari depanmu

Doaku sentiasa mengiringimu

Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu

Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu

Friday, October 15, 2010

Tahniah dan Takziah

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Semoga di berkati Allah Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW.
Semalam lewat petang aku menerima SMS dari Syamsiah -Bik Syam memberitahu bapa nya yang juga bapa mertua Paman Emi telah kembali kerahmatullah.Mari lah kita sama-sama menyedekahkan Al fatihah kepada arwah dan semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang Soleh. Kebetulan petang semalam adalah hari Khamis, hari yang sama ketika Arwah kakik dan embah meninggal dunia juga. Begitulah ketentuan Allah SWT yang menentukan segala-gala nya dan telah merancangkan dengan baik segala urusan kita didunia ini. Semoga bik Syam dan paman emi sentiasa bersabar dan redha dengan ketentuan nya.

Minggu lepas juga khabar nya ada kelahiran baru dikalangan ahli keluarga kita. Meskipun tiada maklumat didalam blog ini namun dari maklumat lain menyatakan abang Lan telah menimang cahaya mata. Alhamdulillah bertambah lagi cucu Wak Misbah selepas abang ari menimang anak kedua nya bulan lepas dan bertambahlah gelaran kitaorang sebagai datuk. Nampak nya sejak bulan lepas hingga sekarang dan bulan hadapan kabar nya akan ada kelahiran baru. Begitulah hidup ini dan hukum alam yang telah diaturkan segala gala nya telah sempurna dan menyimpan pelbagai rahsia harmoni dan kontra untuk kita lebih bersyukur dan bertakwa.

Wassalam
Jumaat Machang Kelantan.

Tuesday, October 12, 2010

perpisahan.

assalamualaikum.
segala puji bagi Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw.

petang ini sedang ana berkemas utk balik, masuk seorang pekerja kami. bos, tinggal dua minggu saja lagi. apa hal? tanya ana. ni pun dah jenuh menjawab tahniah dari kawan-kawan balasnya. ana senyum. tak payah beri penjelasan pun ana dah tau sebabnya. bulan lepas beliau pergi intervew jawatan kanan, beberapa minggu lepas beliau beritahu kemungkinan utk terpilih adalah cerah. selalunya fikiran kita cepat membuat persepsi berdasarkan situasi. tetapi adakalanya andaian kita salah. oleh itu sepatutnya kita sabar dan dapatkan penjelasan terlebih dahulu, sebab dua minggu ada banyak event dan kemungkinan. barangkali cuti, kursus atau menimang cahaya mata. sekarang musim cahayamata. arie + balkis anak kedua. tadi dalam fb emi ucap tahniah kepada jelan yg dah jadi bapa. emi sendiri bakal tambah ahli dan nahar juga. ana .... akan membilang jumlah cucu dalam keluarga ini..tambah lagi tidak kut. nuri tak taulah.

malam ini ana terfikir tentang perpisahan. lazimnya kita membenci perpisahan. lebih-lebih lagi perpisahan dgn org yg kita sukai dan sayangi. pernahkah kalian bercinta. tak kiralah samada cinta monyet. atau menyayangi seorang teman. sampai waktu kita terpaksa meninggalkan atau ditinggalkan. hati kita sedih, perasaan kita sayu. seperti ada ruang kosong dalam dada kita. maka rindu mengisinya. beberapa hari emosi terganggu. kita kehilangan momentum hidup. mood kita bercelaru dan kita lebih suka menyendiri.
sewaktu kita melayan perasaan, minda bawah sedar yg rasional akan memberitahu kita bahawa perpisahan adalah sesuatu yg biasa. kita juga telah beberapa kali menempuh pengalaman tersebut. lalu kita bangkit dari pembaringan, keluar dari gua kelam emosi buat menyambung kehidupan. sesungguhnya hidup ini perlu diteruskan.
bulan depan ana akan kehilangan teman itu. walaupun ana bos, hubungan kami akrab. dalam beberapa situasi beliau melayan/ treat ana sebagai seorang pamannya. kerana perbezaan usia dan penerimaan emosi. oleh itu wajarlah kalau ana katakan perpisahan ini bakal menggangu perasaan ana. seperti tiori sains, setiap tindak ada balasnya/ tindakbalas; ana kena percaya bahawa perpisahan ini ada kebaikannya. dalam kajian hypnosis, minda sedar kita hanya mempengaruhi 12% dari perlakuan kita. gelombangnya = betha. 88% lagi ada dalam minda bawah sedar. gelombangnya alpha. kata ebal gelombang ini lebih perlahan dari alpha. tetapi ada lagi yg lebih tenang = delta. itu saja penjelasan ebal dan itu saja yg ana paham. tapi menarik bukan! ok, minda bawah sedar inilah yg mempengaruhi sistem believe kita. kepercayaan kita. contoh. merokok memudaratkan. maka diprintlah gambar paru-paru kenser pada kotak rokok. tetapi perokok akan mengatakan berapa ramai wak-wak kat kampung yg telah merokok tak pun mati sehingga 80 th usia. iklan hanya 12% knowledge, sedangkan believe 88%.
oleh itu positiflah ana kerana telah mempercayai perpisahan itu baik! secara logik, kawan tadi akan naik pangkat dan gaji. harga dirinya dan statusnya akan naik. dgn gaji baru beliau akan mampu menukar kereta lamanya kepada yg baru. manakala ana mungkin mendapat ganti beliau yg mungkin lebih muda. kalau yg ini lelaki, mungkin penggantinya berlainan jantina. bagaimanapun ini masih satu kemungkinan. balkis dan suria jangan melenting dgn andaian liar.
walau apa kemungkinan sekalipun, percayalah bahawa setiap kejadian, setiap peristiwa ada hikmahnya. inilah kehidupan. cuma situasi dan scenario berbeza. sedikit sebanyak ana telah melaluinya. pengalaman itu telah mematangkan kita. jangan kuatir, kalian bakal melaluinya.
wassalam.
klang.

Sunday, October 10, 2010

Jemputan Majlis Kesyukuran & cukur jambul HASYA HUMAIRAH

Alhamdulilah..Hasya Humairah dilahirkan pada 8/9/10 jam 8.04 mlm di pusat perubatan ar-ridzuan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification